Please CLICK

Thursday, January 2, 2020

MENTERI PENDIDIKAN



Apakah dr mazlee terkorban atau di korbankan?

Antara topik & keywords yg diguna @ bicara kan..

1)dia memberi krisis kpd kepimpinan
2)he is not the real politician
3)he is going to be slaughted along the way
4)i have to go, ada arahan agar dia meletak jawatan?
5)antara 3 isu yg dia highlite ialah sarapan percuma, isu internet, & kasut hitam
6)suara netizen memuji perlaksanaan dr mazlee sepanjang 20 bulan, namun tidak kedengaran sblom ini
7)idealism yg kononnya bisa merobah confort zone
8)ada yg tidak berkemampuan @reluctant politician
9)membuka ruang utk TM merombak cabinet, slps kekalahan di prk tg piai
10)PH gagal dlm isu mengembali trust rakyat, koodinasi dlm komunikasi gagal
11)mengapa menteri2 lain tidak terkorban atau dikorbankan?
12)dr mazlee tidak memberi alasan yg jelas, namun dia memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan  kpd TM, pada hari pertama persekolahan (timing yg perfect utk maxsimum impact & coverage).

*****

MENANGGUK DI AIR KEROH

Ketika Dr Maszlee jadi menteri, apa yang kamu tak kutuk dia. Dari kasut hitam hinggalah status FB lama dia kamu ungkit. Sampaikan Wardina pun kamu kutuk sebab sokong Dr Maszlee.

Bila saja Dr Maszlee letak jawatan, kamu cuba menangguk di air keroh. Konon mahu membela Dr Maszlee, padahal beliau tidak mahu semua itu.

Apa yang Dr Maszlee mahu ialah kita terus perkukuhkan Pakatan Harapan supaya agenda reformasi negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Dr Maszlee juga sedar bahawa disebalik segala kekurangan dan kelemahan PH, ianya tetap menjadi satu-satunya harapan terbaik untuk rakyat.

Alternatif kepada PH adalah bencana buat negara.

Jamzuri Ardani.

*****

MEREKA SERANG  BERJEMAAH.....AKHIRNYA

PERLETAKAN JAWATAN DR MASZLEE KEMENANGAN BESAR UNTUK DAP?

Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

ISU 1: TIADA PERUNTUKAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA

Seawal Julai 2018 lagi bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.

ISU 2: GURU AGAMA SEMENANJUNG JADIKAN SARAWAK MEDAN DAKWAH

Datang bulan Disember 2018 bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Paling keras adalah kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.

ISU 3: KUOTA PELAJAR MATRIKULASI UNIVERSITI AWAM

Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90% Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar matrikulasi universiti awam yang menyebabkan 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.

Empat serangan paling keras datang daripada:
(1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and UMNO politicians?
(3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.
(4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.

ISU 4: PENGAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Bila pengenalan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”

Antara yang paling lantang menyerang adalah:
(1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli EXCO Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”
(3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can't take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”

ISU 5: KOMIK ‘INISIATIF JALUR DAN JALAN MERAIH MANFAAT BERSAMA’

Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.

Kali ini beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau menteri dilantik PH atau UMNO? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada UMNO yang rasis?”

ISU 6: SOALAN PEPERIKSAAN HUBUNGAN ETNIK UNIMAP

Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.

Antara yang paling lantang menyerang adalah:
(1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”
(2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”

Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah perletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.

Malah tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.

Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?

Dr. Kamarul Yusoff

*****

Padan muka kau maszlee!

Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor,  ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!

Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu,  menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak.  Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.

Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pengetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong  dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :(

-Ust Ibnu rijal-

*****

Sesungguhnya pengumuman perletakan jawatan YB Menteri Pendidikan ini telah mengejutkan tidur yg lena rakyat marhain, warga netizen, dan meledak perbincangan di media sosial.

Apakah masalah persepsi menjadi faktor utama dan kelompok yg menguasai naratif media social dan media arus perdana mencorak persepsi itu. Persepsi mungkin begitu negetif hingga melindungi prestasi dan keupayaan sebenar beliau. Persepsi mungkin telah mengatasi realiti.

Secara konklusi saya berpendapat Dr Maszlee yg berlatar belakang tokoh akademik, pemegang PhD, dan pendidikan agama yg mampan, telah berjaya melaksana beberapa perkara pokok sepanjang 20 bulan keberadaannya. Segala blueprint itu bisa diteruskan oleh menteri yg baru ini. Koodinasi komunikasi untuk menjelaskan plan perlaksanaan polisi pendidikan agak lemah berbanding dgn persepsi yg di apungkan di dunia siber. Hasilnya seorang menteri yg berhasrat melakukan perubahan yg melawan arus atau zon selesa telah terkorban.

Jazakallah.

#IsuHangatAwalTahun




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...