Kenapa DS Najib masih belum mengumumkan pembubaran parlimen hingga ke saat ini? Sedangkan besok (27/3/13) kerajaan negeri Negeri Sembilan sudah terbubar dengan sendirinya, diikuti dengan kerajaan negeri yang lain satu persatu. Apa sudah terjadi ni? Rasanya belum pernah dalam sejarah kerajaan terbubar secara otomatik akibat tempoh sah yang tamat. Kerajaan persekutuan pula khabarnya akan gugur secara otomotik pada 30 April nanti. Apa yang tidak kena dengan ini gambar?
Semasa ceramah PR di Taman Melewar dua hari lepas, saya terserempak dengan kawan saya Lokman seorang remiser yang juga penganalisa politik tegar kedai kopi. Dia provok saya untuk bicara politik. “Apa pendapat demo?” katanya. Dia menyambung, “Demo tahu doh? Kat ofis kawe oghe dok ghoyat, tak ada negeri yang selamat kecuali Penang. Hatta Kelantan pun akan jatuh kepada BN kali ini. BN akan pastikan mereka menang besar. Segala strategi kotor sudah pasang siap. Win by hook or by crook." Tu dia, agak terkejut berok saya dibuatnya.
Tapi bila fikir2 balik, ada benarnya analisa itu. Bukankah politik ialah about power? Kalau hilang power maka akan hilang segala. Itu sudah jadi falsampah BN sejak sekian lama. Bukankah DS Najib pernah mengistiharkan, “Kita wajib menang di Selangor.” Kegunaan perkataan wajib di situ memberi implikasi besar. Seolah-olah membenarkan pula andaian "to win by hook or by crook" tadi.
Saya belek akhbar BH free langganan majikan saya dan saya dok perhatikan tajuk2 propaganda pilihanraya sudah dicanangkan saban hari sejak tahun lepas lagi. Jentik minda sendiri dan saya terjemahkan sebagai satu mod serangan yang bergerak lama dah bagi melumpuh atau menghancurkan kebangkitan PR atau para pengganas yang boleh merampas kuasa dari tangan BN.
Isu Lahad Datu di eksploitasikan pada tahap maksima untuk membangkitkan sentimen cinta Negara dan benci pengganas atau penceroboh sekaligus cuba memadamkan isu2 sekandal politik BN yang lain. Para penceramah PR terpaksa berhempas pulas menghangatkan isu2 sebenar di pentas2 ceramah politik di seluruh pelusuk Negara. Itulah sahaja yang mereka mampu buat. Dibantu juga oleh media alternatif yang pro-PR sekelian. Namun kadar capaiannya sudah tentu tidak sama kalau nak dibandingkan dengan media arus perdana yang di control oleh BN.
Unfair advantage pada setiap pilihanraya. Tu tak cerita pasal segala teknik penipuan pilihanraya yang sudah menjadi unwritten rule atau well known best secret. Pilihanraya yang bersih sepertimana yang dituntut pada gerakan BERSIH sokongan jutaan rakyat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja bagi BN hinggakan sekulit taik telinga pun tak terusik. Peduli apa aku? Kalau aku layan tuntutan BERSIH tentu lingkup bro. Ingat, politik is about keeping you in power. Jadi rakyat marhain sekelian kena faham BN punya perspektif. You cannot blame them. A fair platform will give BN handicap factor.
Cuba saya paparkan tajuk2 utama pada akhbar BH bertarikh 25/3/13 untuk kita sama2 nilai..
- Muka depan: 2 pengganas cuba lolos ditembak
- Diskaun RM5,000 beli teksi
- Najib pemimpin prihatin
- Promosi gaya hidup sihat, aktiviti riadah
- Semakin ramai tinggallkan pembangkang
- Prestasi Najib pikat pengundi
- PM tetamu istimewa program ASTRO fiesta
- Ketua perisik Kiram diburu
- Hari Polis temukan 5 balu pahlawan Lahad Datu
- Suruhanjaya khas sisat kes Lahad Datu bakal ditubuh
- Edar percuma Jalur Gemilang
- Bantu baiki taraf hidup penduduk
- Karpal tak layak memimpin
- Guan Eng beri alasan tol terowong
- Hanya DUN bubar, kerajaan masih sah
- Tolak media pembangkang
- Rakyat muak janji pakatan
- PAS kini tersepit
- Kaum Cina makin sokong BN
- Ceramah PAS maki hamun ulama, UMNO
- Pemimpin pembangkang pindah kerusi takut kalah
- Anwar kurang selamat tanding kawasan melayu
- Pemuda BN perlu jadi tonggak hadapi PRU-13
- Kegiatan orang asli terjejas
- Kelana Jaya terabai di bawah pembangkang
- Kami dah hilang kepercayaan
- Penyokong PAS kena buka mata pendirian ulama
- Saya bukan Cassius, bukan juga Brutus
- Daim dedah cita-cita peribadi Anwar hingga tak peduli keamanan Negara
- Pilih pakatan, Anwar tuju jalan kehancuran
- Anwar cenderung huru-harakan Negara kejar kuasa
- Laman social medium utama jawab tohmahan
- Wujud puak berkiblatkan kuasa asing
- Pengundi wanita ikrar sokongan padu
- BN sentiasa jaga rakyat
- Puteri kuasai IT demi PRU
- Jangan lupa jasa kerajaan
Saya berhenti sejenak dan jentik minda lagi, “Dengan semua media dan kelebihan memihak kepada BN, kenapa DS Najib masih gagal mengistiharkan pembubaran parlimen?” Pelik juga ya? PR tiada harapan tapi kenapa masih gundah dan belum sedia membubarkan parlimen? Rakyat semuanya bukankah berada di belakang BN menyokong BN mendaulatkan Negara dalam isi Lahad Datu? Mengapa DS Najib masih diam seribu bahasa? Besok DUN Negeri Sembilan terbubar dah, apa lagi mahu tunggu?
Berbillion RM sudah di taburkan kepada rakyat demi meraih sokongan mereka dan menegakkan mitos kerajaan BN yang prihatin, apa lagi yang di tunggu? Mitos Negara hura-hara bila PR memerintah pun sudah dipahatkan di minda rakyat jelata, apa lagi mau?
Heran bin ajaib juga ya. Kedatangan 139,000 pengundi baru@hantu dalam daftar pengundi di Selangor secara mendadak di Selangor juga memberi kelebihan buat BN. Kawan saya Lokman juga kata yang semua DUN akan dikuasai semula oleh BN kecuali Penang. Jadi kenapa BN masih tak konfiden hingga menbiarkan DUN demi DUN terbubar dengan sendiri? Hmmm…pelik bin ajaib.
Atau apakah intelligence report from special brunch atau pihak2 perisikan sekelian masih memberikan laporan yang berat kepada kemenagan PR sekaligus kekalahan BN? Hinggakan tarikh pembubaran parlimen terpaksa ditunda lagi dan lagi hingga kini tiada ruang lagi untuk di godek kerana tarikh luput sudah sangat dekat. Tiada kelebihan elemen ‘terkejut’ lagi yang boleh dimainkan untuk kelebihan BN. Ish ish apa sudah jadi ni? Apakah benar situasi kini boleh disamakan dengan ungkapan AR Tompel yang masyhur dalam sebuah filem zaman merdeka dulu, “Kalau engkau takut, aku lagi takut.”
Takut apa? Takut hilang kuasa. Hilang segala. Hilang emas dan permata. Hilang harta berbillion dan berjuta ringgit. Maruah tercemar dan segala goblok rasuah dan skandal akan dikorek licin dan didedahkan? Segala ketirisan ekonomi akan diperincikan. Segala penyalahgunaan kuasa akan di dakwa dan yang jika sabit kesalahan akan meranakan hidup dan melenyapkan segala kesedapan?
Politikus jika benar juangmu ikhlas untuk rakyat jelata, maka beranilah untuk berdebat menegakkan hujah pada pentas yang sama rata. Politikus yang bijak dan benar tidak payah berselindung di balik bayang propaganda dan kuasa, mesti berani berdepan dan menghadapi realiti.
Usah bangga dengan pencapaian lalu dengan memomokkan bahawa orang lain tidak bisa memerintah dengan bijak. Kerana rakyat deserve more dari sebuah Negara yang begini kaya, jika pengurusannya yang lebih efisyen dan amanah. Rakyat kini sudah tidak pekak lagi kerana banyak sumber ilmu dan informasi yang menjadi tatapan umum. Kita sudah tidak hidup di zaman batu. Jentik minda untuk fikir dan risau.
Janganlah sumbangan RM500 itu menenggelamkan penyalahgunaan RM250 juta atau bilion2 atau juta2 yang lain oleh YB dan kuncu2nya. Cukuplah melihat sandiwara YB yang bermuka-muka ini. Bagilah peluang kepada YB yang baik iltizam dan perjuangannya untuk rakyat. Negara yang kaya seharusnya lebih berkebajikan kepada rakyat semua, bukan kepada kelompok tertentu sahaja. Kita perlukan kerajaan yang boleh mewujudkan polisi2 yang yang lebih mesra dan faham keperluan rakyat untuk tidak menafikan agihan yang lebih luas dan saksama, bukan sekadar sumbangan ad-hoc setiap kali pilihanraya.
PRU-13 ini penentunya. Penyokong tegar BN akan terus dengan BN begitu juga dengan penyokong tegar PR akan mengundi PR. Bagi kelompok atas pagar, ayuh fikir dan risau dan usah tidak peduli lagi. Undi anda akan dipertanggungjawabkan nanti di hadapan Allah. Kelompok pengundi baru daripada golongan anakmuda terutamanya mahasiswa, walaupun di hidangkan dengan pelbagai tekanan dan propaganda khabarnya 80% sudah nekad akan menyokong PR, Alhamdulillah.
Akhirnya kita ini merancang, BN merancang, PR juga merancang, Allah juga merancang dan di akhirnya perancangan dan ketentuan Allah lah yang akan berjaya. Jangan lupa SSR – Syukur, Sabar dan Redha. Semuanya tersirat hikmah. Belajarlah menerima hakikat ketentuan Allah.
@@@