Please CLICK

Friday, January 30, 2026

KEBAJIKAN RAKYAT


Hari ini saya nak tulis perihal realiti politik dlm soal duit utk rakyat. Ada duit semua boleh jadi. Maka PMX memilih untuk kawal duit atau peruntukan kpd para MP. Kalau MP di blok kerajaan no problem peruntukan tahunan di beri sebagaimana entitlement. Brapa tu? RM3.7 juta setahun. Maka dapatlah MP kerajaan berbelanja di konstitusi mereka. Rakyat pun happy. Untung sokong kerajaan, kata mereka. Untung sokong PKR, DAP, Umno. Macam2 projek dapat dibuat.


Peruntukan kpd MP blok pembangkang PMX sekat, tak di bagi. Katanya kena berunding baru dia bagi. So dah 3 tahun berlalu, habuk pun takdak. Zero peruntukan kpd MP pembangkang. Padan muka. Majoritinya MP PAS yg pengundinya org melayu islam. Negeri2 di bawah PAS iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis adalah majoritinya rakyat melayu beragama islam.


Adakah adil begini? Atau zalim? Bak kata seorg MP, ikut kamilah nak buat apa, ni kerajaan kami. Angkuh sungguh bunyinya. Segala yg pernah PMX perjuangkan sblom jadi PM utk tidak meminggirkan peruntukan hatta drp blok pembangkang telah dicapatikan tahap gaban. Kenapa? Kerana nak bagi susah, nak tengok MP pembangkang tak dapat serve konstitusi masing2. Tentu rakyat marah. Rugi aku undi PAS. Habuk pun tak dapat. Jalan berlubang, bantuan bukak sekolah, bantuan mangsa banjir, subsidi baja, semua melepas. Padan muka aku.


Begitulah yg diingini berlaku. Keadilan utk rakyat letak tepi dulu. Tapi jgn lupa, time berkuasa ni semua kamu boleh buat, adil ke tak adil. Namun pengadilan di mahkamah Allah, semua tidak akn terlepas. Masa tu baru tahu bahawa dunia ini sementara, sekadar ujian dan hiburan. 


Untuk lebih mendapat gambaran yg lebih jelas posting drp MP Bachok ini boleh sama2 kita hadam. Begitulah realitinya. Ini fakta bukan auta.


*****



 MADANI: Pembangkang “0” Peruntukan


Untung siapa yang dapat bersalam dengan YAB Perdana Menteri, lebih beruntung jika salamnya berisi, janjinya ditepati.

 

Contohnya, isu #peruntukan kepada Ahli Parlimen.


Ahli Parlimen kerajaan:

RM3.7 juta setahun × 3 tahun = RM11.1 juta


Ahli Parlimen pembangkang:

RM0 setahun × 3 tahun = RM0 juta


Inilah ‘wewenang’ keadilan di bawah pentadbiran MADANI.


Entah apa yang hendak ditakutkan dengan pembangkang.


Sedangkan setiap juta peruntukan yang disalurkan adalah tertakluk kepada audit dan pemantauan, dan hendaklah dibelanjakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.


Malah jika dihitung berdasarkan 69 Ahli Parlimen pembangkang, sejumlah RM255.3 juta setahun, atau RM765.9 juta sepanjang tiga tahun, sepatutnya disalurkan, namun tidak diperturunkan.


Soalan kepada YAB Perdana Menteri:

Ke manakah jutaan ringgit ini dibelanjakan?

Jika disekat, amatlah malang.

Jika dialihkan, amatlah menzalimi.


Dalam perbahasan di Parlimen tempoh hari, perkara ini telah saya bangkitkan.


Hakikatnya, permintaan yang paling kerap disuarakan oleh rakyat ialah projek-projek mesra rakyat, antaranya:


Jalan berlubang, jambatan rosak, baiki rumah, baiki masjid, sekolah daif, klinik usang, gelanggang sukan, padang permainan, serta kemudahan awam lain; di samping sumbangan kepada golongan miskin, warga emas, pesakit, anak yatim, ibu tunggal, OKU, pelajar sekolah, PIBG, persatuan belia, dan persatuan penduduk.


Inilah realiti yang kami hadapi sebagai wakil rakyat, sama ada Ahli Parlimen kerajaan mahupun pembangkang.


Sewajarnya, peruntukan ‘mesra rakyat’ sebegini disalurkan secara adil dan saksama di setiap kawasan Parlimen, tanpa mengira perbezaan politik.


Persoalan yang saya bangkitkan,


Kita dalam negara yang sama, bayar cukai yang sama, Perdana Menteri yang sama, Speaker yang sama; Mengapa layanan yang diberikan di kawasan kami, tidak sama? – Mengapa?


Adat menyukat sama penuh,

Adat menimbang sama beratnya;

Adat mengukur sama jauh,

Adat membahagi sama adilnya.


Di pihak kami, pembangkang akan terus BERTAHAN dan ISTIQAMAH, melaksanakan fungsi ‘semak dan imbang’ di Parlimen, menegakkan kebenaran, serta terus mendampingi rakyat, pekerja, peniaga, petani, mahasiswa, dan anak muda di lapangan.


Inilah keutamaan kami dalam tempoh berbaki, dengan wang poket kami sendiri.


Patah sayap bertongkat paruh, namun berundur pantang sekali.


#PrihatinBerkebajikan

#JalanTerus


SS, Bachok

Wednesday, December 31, 2025

MEMAHAMI MAHATHIR & ANWAR



Sebagai rakyat marhain yg peka kpd politik dan halatuju negara, sering kita menilai style atau watak kepimpinan dua tokoh ini iaitu Tun M dan DSAI. Apa kelebihan dan kekurangan kedua tokoh berpengaruh ini?


Analisa politik atau artikel2 hebat yg disebarluas di media2 sosial bisa membantu pengamatan kita dan pencerahan minda  perihal kepimpinan negara dan kehangatan politik negara melibatkan kedua tokoh ini.


Tidak salah utk kita menghadam pelbagai pandangan dan persepsi yg diketengahkan utk tatapan umum. Antara yg catch my eyes ialah coretan di laman FB Cheq D'cruz bertarikh hari ini 1/1/2026. 


Bagi saya ia antara analisa dan persembahan yg agak adil. Berikut saya kongsikan utk manfaat kita bersama.


*****


Jika sejarah politik Malaysia dianalisis tanpa emosi atau sentimen moral, perbezaan antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sangat jelas.


Ia bukan sekadar soal personaliti atau ideologi, tetapi berakar pada logik bagaimana kuasa difahami dan digunakan.


Jika politik adalah matematik, Mahathir memahami formulanya, manakala Anwar sering berhadapan dengan terlalu banyak pembolehubah.


Persoalannya bukan siapa lebih “baik”, tetapi siapa lebih “berkesan”, dan di sinilah jurang mereka ketara.


Perbezaan pertama ialah Logika Kuasa. Mahathir beroperasi dengan premis bahawa negara majmuk yang perlahan berubah memerlukan kuasa yang tegas dan berpusat. Gangguan politik dilihat sebagai brek kepada kemajuan.


Maka, penyingkiran pesaing dan pelemahan institusi semak imbang bukan tindakan emosi, tetapi langkah logik untuk menghapuskan halangan kecekapan. Hasilnya ialah kestabilan dan keputusan pantas.


Anwar pula bergerak atas Logika Kompromi. Tanpa majoriti kukuh, kelangsungan kuasanya bergantung kepada rundingan berterusan dengan sekutu berbeza kepentingan.


Tenaga banyak dihabiskan untuk mengurus politik dalaman berbanding pentadbiran negara, menjadikan keputusan perlahan dan tidak konsisten.


Kedua ialah Logika Ekonomi.


Mahathir memahami psikologi rakyat yang menilai kejayaan melalui apa yang boleh dilihat. Projek besar seperti KLCC, Putrajaya dan lebuh raya bukan sekadar infrastruktur, tetapi simbol kemajuan.

Walaupun mahal dari sudut fiskal, ia mencipta pekerjaan, kebanggaan dan kepuasan segera.


Anwar memilih Reformasi Struktur yang tidak kelihatan, rasionalisasi subsidi dan pembaharuan fiskal.

Walaupun betul untuk akaun negara, ia sukar “dijual” secara politik kerana rakyat hanya merasai kenaikan kos hari ini, bukan manfaat jangka panjang yang abstrak. Namun faktor paling kritikal ialah Logika Konsistensi.


Mahathir ialah “autokrat yang jujur”. Beliau tidak menyamar sebagai liberal; kenyataan dan tindakannya selari. Rakyat tahu apa yang dijangka dan menerima “syaitan yang mereka kenal”.


Anwar pula berdepan dilema “reformis yang konflik”. Jenama reformasi, kebebasan dan anti-rasuah sering bercanggah dengan realiti kompromi politik seperti isu DNAA atau pengekalan undang-undang keras. Percanggahan ini mewujudkan ralat jenama yang menghakis kepercayaan.


Kesimpulannya, dalam ekosistem politik Malaysia, Mahathir beroperasi dengan logik yang lebih selari dengan sistem sedia ada. Beliau membina struktur yang menyokong kuasanya dan membolehkan tindakan efisien.


Anwar pula cuba mengamalkan pendekatan demokratik lembut dalam sistem yang dibina atas autokrasi. Akibatnya, beliau kelihatan lemah dan tidak konsisten. Dalam realiti politik tempatan, ketegasan sering lebih dihormati daripada diplomasi yang tersepit. 


#politikmalaysia #anwaribrahim #malaysiamadani #tunmahathir


@@@

Friday, December 5, 2025

PERSEPSI DAN NARATIF



Saya membaca sebuah artikel oleh seorang MP kerajaan di posting FB beliau yg membuat pengakuan iaitu menyatakan terdapat byk cybertrooper upahan yg mencipta pelbagai akaun palsu utk menyebarluas posting2 yg menyokong sesuatu pihak dan menyerang tubi sesuatu pihak yg lain. 

Itu rasanya adalah satu realiti di zaman dunia medsos dan dunia tanpa sempadan ini. Bukan hanya terpencil di malaysia sahaja tetapi diguna pakai sekian lama di negara2 lain juga termasuk negara2 eropah dan usa. 

Demi untuk mencipta sesuatu naratif dan persepsi yg diinginkan bagi mempengaruhi masyarakat banyak. Dan terbukti momentum naratif dan persepsi sangat kuat pengaruhnya yg boleh menumbangkan hatta sesebuah kerajaan atau pemimpin.

Artikel itu jelas ingin menuding jari kpd pihak pembangkang. Namun realiti sebenarnya ialah kekadang situasi sebenar ialah mengata org tapi dia yg lebih.

Tabiat utk melonjakkan seseorang pemimpin dgn membandingkan dgn tokoh pemimpin yg lain, ada keburukan dan kebaikannya. Sudah tentu tidak dapat lari utk mendapat komen pro dan kontra drp netizen. Banyak komen yg bersifat picisan dan emosi. Tapi tidak kurang juga komen2 yg worth reading dan punyai nilai ilmu atau fakta yg padu.

There is one long article comparing pmx with TM on their academic background, career achievements, leadership perfomances, and world recognitions, to highlites pmx is much better than TM. One particular record stated pmx have a formal education in political science where else TM is very much in the field of medical doctor.

The following article is one of the comment published to response directly on the issue raised. 


*****

Academic Titles Do Not Define Great Leaders.

The original post tries to compare DSAI and Tun Dr. Mahathir as if academic titles are the sole measure of intelligence, leadership, or governance. That argument is fundamentally flawed.

Let’s correct several inaccuracies with calm, precise, and strategic facts:

1. Academic Titles ≠ National Leadership

Nowhere in political science does it say:

“To lead a nation, one must be a professor.”

Tun Mahathir may not be a full-time academic,

but he is one of the most influential policy thinkers in Southeast Asia.

His writings, memoirs, economic policies, and geopolitical analyses have been referenced globally long before visiting professorships became fashionable titles.

Let’s be clear:

A Visiting Professor ≠ a Tenured Professor.

It is an honorary invitation, not an academic appointment.

Meanwhile, Tun Mahathir’s policies became actual reference points in global development studies.


2. Studying Political Science Does Not Guarantee Political Mastery

The argument says:

“Anwar is smarter in politics because he studied Political Science.”

This is incorrect.

History shows that many of the greatest political strategists never studied political science:

 • Lee Kuan Yew – Law

 • Deng Xiaoping – Engineering

 • Winston Churchill – History

 • Nelson Mandela – Law

Tun Mahathir studied medicine, yet he:

- Became Malaysia’s longest-serving Prime Minister

-Engineered Malaysia’s modernization agenda

-Built coalitions that lasted decades

-Stabilized Malaysia through multiple global crises

-Was recognized by IMF, World Bank, and Japan as an influential Asian statesman

Political brilliance comes from real governance, not lecture halls.


3. Economics & Finance: Mahathir as Architect of Modern Malaysia

Calling Mahathir “weak in economics” is a shallow argument, because it ignores the foundations he built.

Mahathir transformed Malaysia through:

 • The Look East Policy

 • HICOM & heavy industries

 • PERWAJA

 • PROTON (national automotive identity)

 • Multimedia Super Corridor (MSC)

 • Putrajaya (administrative capital)

 • KLIA (regional aviation hub)

 • North-South Expressway

 • Petronas Twin Towers (global brand icon)

 • Industrial Master Plans (IMP1 & IMP2)


He built economic infrastructure, not just theoretical frameworks.

1997–98 Asian Financial Crisis

Tun Mahathir rejected IMF prescriptions when the entire world mocked Malaysia.

Years later, those same policies were recognized as sovereign economic brilliance.

Many Asian countries followed Malaysia’s model.

This is not accidental brilliance, it is strategic leadership.


4. Islam: Mahathir’s Contributions Are Structural, Not Cosmetic

Mahathir may not have formal Islamic academic credentials,

but his contributions to Islam in Malaysia are institutional:

 • Founder of JAKIM

 • Founder of IIUM (International Islamic University Malaysia)

 • Strengthened Tabung Haji modern governance

 • Expanded syariah legal frameworks

 • Elevated Malaysia in OIC

 • Promoted progressive Islamic governance

A person “weak in Islam” would not be able to build this institutional foundation.

Claims that he “insulted Islam” are political manipulations, not historical facts.


5. The Most Important Point:

Academic Knowledge Does Not Replace Proven Leadership

Anwar Ibrahim has strong academic exposure and that is respected.

But Mahathir has:

 • 22 years + 22 months of governing experience

 • A legacy of physical nation-building

 • Structural economic transformation

 • Realpolitik mastery

 • International statesmanship

 • Policies studied in universities worldwide

This is not the result of “Medical Science”.

This is the result of vision, strategy, and long-term governance intelligence.

If academic titles alone determined who is the best leader,

the world would be ruled by professors and not statesmen.

But history shows us a simple truth:


Professors write theories.

Tun Mahathir wrote a nation.

That is the difference between someone who studies politics,

and someone who makes history through politics.


Credit: Copypaste somewhere.


*****

Its always various angle to see things in life. Life is about choices. Politic is about choices as well. People should choose the right leaders to lead the nation. The wellbeing of the people and its shape in the futures will very much depend on those choices.


@@@

Wednesday, November 5, 2025

SIAPA CALON PM?

Isu yg dibangkitkan ialah PN tiada calon PM. Jawapannya calon PM ialah salah seorg MP drp pakatan parti politik yg memenangi PRU-16 nanti, yg diperkenan oleh YDPA. So no issue here. 

Manakala tokoh yg ditonjolkan oleh PH sebagai PM utk penggal kedua ialah tidak lain dan tidak bukan, the only pmx. 

Rakyat yg akn mengundi. Kalau nak focus kpd perkara2 negatif, pmx juga byk issue nya. Rakyat bisa menilai. Bukan skadar telan bulat2 sgala propoganda atau pandangan sblah pihak. Jazakallah.

Apa yg berlaku skrg ialah masing2 cuba mencari pengaruh utk pru-16. Rasanya hampir pasti tiada parti politik yg akan bertanding di pru-16 akan mendapat majoriti mudah 112 kerusi.

Makanya kena ada pakatan parti politik  bagi membentuk kerajaan untuk mencukupi 112 kerusi bagi majoriti mudah. Sgala kemungkinan boleh saja berlaku.

Kalau kini BN join PH. Tidak mustahil slps pru-16, BN pilih utk bersama PN demi kepentingan org melayu. Sgala kemungkinan boleh saja berlaku dlm politik negara. Begitu juga dgn gps & grs, bisa saja membuat pilihan masing2.

*****

The issue that has been raised is that PN has no PM candidate. The answer is that the PM candidate is one of the MPs from the political party alliance that won PRU-16 later, which was approved by the YDPA. So no issue here. 

Meanwhile, the character highlighted by PH as PM for the second part is none other than, the only PMX. 

The people will vote. If you want to focus on negative things, PMX also has a lot of issues. People can judge. It's not just about swallowing all the propaganda or views of either party. Jazakallah.

What's happening now is that everyone is trying to find influence for Pru-16. It seems almost certain that no political party that will compete in pru-16 will get an easy majority of 112 seats.

That's why there is an alliance between political parties to form a government to provide 112 seats for the simple majority. All possibilities can happen.

If now BN joins PH. It is not impossible that  after Pru-16, BN will choose to be with PN for the benefit of the Malay people. Anything can happen in politics. Likewise with GPS & GRS,  can make their own choices.

@@@

Tuesday, September 16, 2025

BARISAN PAS


PAS telah memilih barisan kepimpinannya bagi sesi 2025/2027. Sebagai rakyat yg faham peranan PAS dlm politik negara, pemilihan kali ini sangat signifikan. 

Sebagai parti melayu yg memiliki MP paling ramai, PAS dilihat sudah tiba masanya untuk menjadi ketua yg memang layak utk membentuk satu kerajaan sekiranya mencapai kemenangan bersama rakan PN pada PRU-16 nanti. 

Berikut saya kongsikan beberapa paparan utk info kita bersama.


*****

KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS PUSAT 2025/2027


PRESIDEN :

- YB. TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI BIN AWANG


TIMBALAN PRESIDEN :

- YB. DATO’ SRI USTAZ HAJI TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN


NAIB PRESIDEN 

- YB. DATUK USTAZ HAJI IDRIS BIN HAJI AHMAD

- YB. USTAZ DATO’ HAJI MOHD AMAR BIN ABDULLAH

- YAB. DATO’ SERI DR. HAJI AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR


AJK PAS PUSAT

1. AHMAD FADHLI SAARI

2. MUHAMMAD SANUSI MD NOR

3. DR HAIM HILMAN 

4. DR MUHAMMAD KHALIL ABD HADIR 

5. IR KHAIRIL NIZAM

6. NASRUDDIN DAUD

7. AZMAN BIN IBRAHIM

8. DR HALIMAH ALI

9. SITI ZAILAH YUSOF 

10. AHMAD MARZUK SHAARI

11. AMZAD HASHIM

12. FADHLI HASSAN

13. DR RIDUAN MD NOR

14. SHAHIDAN KASSIM

15. NIK ABDUH NIK ABDUL AZIZ 

16. AWANG HASHIM

17. MUMTAZ MD NAWI

18. ISKANDAR ABD SAMAD


*****

Serba serbi Madani sehingga pendekar pun ada istilah madaninya dengan janji peruntukan berjuta-juta. 

Sementara kesemua MP pembangkang dah 3 tahun tak dapat peruntukan yang setiap MP mewakili berpuluh ribu bahkan ratusan ribu rakyat rakyat di kawasan mengundi masing-masing. 

Semoga PRU-16 nanti PAS-PN akan menerajui negara dan mampu merealisasikan pentadbiran Islam yang syumul tanpa melalui propaganda dan slogan yang berlebihan bagai 'Indah khabar dari rupa'.

والله المستعان وان شاءالله باءن الله تعالى

~ kamal azahari


*****

PAS akan mengadakan sambutan ulang tahun ke-75 pada tahun depan di Pulau Pinang, tempat di mana parti itu didaftarkan pada 1951.


“Kita akan gegar Pulau Pinang, dan juga DAP,” kata Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan disambut sorakan perwakilan, pada muktamar ke-71 parti itu.


Muktamar PAS seterusnya pula kemungkinan besar diadakan di Kelantan.


Sementara itu, perwakilan diingatkan masa untuk membahaskan ucapan dasar presiden adalah terhad, dan mereka yang tidak berkesempatan untuk berucap boleh melakukannya di peringkat negeri dan kawasan.


Ahli PAS juga diingatkan agar tidak memberi ‘peluru’ kepada parti lawan dengan menyuarakan kekecewaan dalam talian hanya kerana masa terhad.


“Perjuangan sebenar kita adalah PRU akan datang, bukan sesama kita,” katanya, sambil menyeru kepada perpaduan dan disiplin dalam parti.


Beliau juga mengingatkan para ahli bahawa rakyat bukan Islam daripada mana-mana agama kini dialu-alukan untuk menyertai PAS sebagai ahli bersekutu.


~ahmad fadhli saari


*****


Pilihan pucuk pimpinan PAS kali ini adalah penting sebagai barisan pemimpin yg diamanahkan untuk menjadi halatuju dan strategis bagi gerakkerja untuk mencipta kejayaan dlm PRU akan datang. 

Apatah lagi ada keperluan untuk mengetengahkan seorang calon PM daripada parti PAS sekiranya PAS terus mencipta kejayaan cemerlang bersama parti komponen lain dlm PN di PRU-16 nanti.


@@@



Wednesday, August 27, 2025

M E R D E K A

Kita kini berada di bulan kemerdekaan negara. Setiap 31 ogos kita raikan Hari Merdeka. Kita akn diulang tayang jeritan Merdeka Merdeka Merdeka tunku abdul rahman di stadium merdeka. Semangat patriotik kita membara. 

Kita terhutang budi kpd pejuang2 kemerdekaan tanahair. Walau siapa pun mereka, samada yg dicatat dlm buku sejarah ataupun yg dihilangkan dari sejarah. 

Bagaimana semangat kita dlm mengenang kemerdekaan negara? Saya ingin berkongsi sebuah artikel yg menarik di bawah ini untuk kita sama2 hadam dan ambil iktibar.


*****


Kalau lah mahathir buat kenyataan seperti kenyataan bekas PM Australia ni kan senang, barulah cina dan india sedar diri tahu siapa dan asal usul mereka. Dah bagi betis, paha pulak dia nak. 


Coretan Bekas PM Australia tentang Cina Australia !


1. Orang Cina yang harus sesuaikan diri di negara ini, bukan kami sebagai Australian. Terima atau keluar sahaja dari sini. Saya selaku bekas Perdana Menteri bosan dengan negara yang bimbang tentang sama ada kita menyinggung orang Cina yang tinggal dinegara ini. Sejak serangan pengganas di Bali, kami telah mengalami peningkatan dalam patriotik oleh majoriti Australia. Oleh itu, budaya orang kami telah dibangunkan sejak dua abad perjuangan, melalui pelbagai ujian dan kemenangan diperjuangkan oleh orang asal Australian yang berjuang mendapatkan kebebasan.


2. Bahasa:

Kami orang Australian bertutur didalam Bahasa Inggeris, bukan bahasa Mandarin, Hokkien atau bahasa Cina yang lain. Oleh itu, jika anda orang Cina ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat kita atau menyesuaikan keadaan disini, sila belajar bahasa kami iaitu Bahasa Inggeris. Bukan kami yang perlu belajar bahasa Cina. Sikap kamu orang Cina yang berkelompok dan hanya menggunakan bahasa Cina sesama kamu membuatkan kami orang asal Australia tidak faham dan ini seperti menghina kami.


3. Agama:

Kebanyakan Australian percaya kepada God (Kristian). Kenyataan ini bukanlah kerana semata mata hendak menyebarkan dakwah agama Kristian atau kerana politik. Tetapi hakikatnya negara ini diasaskan oleh orang-orang Kristian, prinsip-prinsip Kristian, dan ini telah dijelas didalam perlembagaan negara Australia. Ia sudah pasti sesuai dan menjadi keperluan untuk dipaparkan di dinding setiap semua sekolah di Australia. Mengapa sudah ada suara suara dari orang Cina untuk menuntut hak yang sama supaya dipaparkan juga agama budha?


4. Pendidikan:

Orang Cina yang menetap disini sepatutnya tidak boleh menuntut hak yang sama atau dengan sengaja mempersoalkan mengapa perlu berbahasa inggeris dan menghormati agama Kristian disini. Jika perkataan God (Kristian) itu menyinggung anda, maka saya selaku bekas Perdana Menteri mencadangkan anda orang cina perlu mencari negara lain untuk menetap. Ini kerana perkataan God (Kristian) adalah salah satu bahagian didalam adat yang dipraktikkan di Australia ini.


5. Kami akan menerima kepercayaan anda, dan tidak akan mempersoalkan mengapa. Apa yang kami minta ialah anda menerima kami sebagai penduduk asal Australia, dan hiduplah dalam suasana harmoni dengan kenikmatan yang telah kami kongsikan.


6. Ini adalah NEGARA KAMI, TANAH KAMI iaitu Australia. Kami Australian yang memboleh serta membenarkan anda orang Cina peluang untuk menikmati kehidupan di Australia ini. Tetapi apabila anda orang Cina telah selesa di negara kami, mengapa anda tiba-tiba mengadu dan merengek? Jika kamu orang Cina merasakan ini semua tidak adil tentang Bendera negara kami, Perlembagaan kami, cara kami membelanjakan wang yang fokus kepada penduduk asal, mengenai agama Kristian kami, cara hidup kami, kerajaan kami, saya rasa selaku bekas Perdana Menteri Australia memberi pintu terbuka kepada mana-mana orang Cina untuk keluar dari negara ini dan pilih negara yang lebih bebas yang dapat menerima semua permintaan kamu ini.


John Horward.

Ex-Prime Minister, Australia.


*****

Tahun ini adalah tahun ke-68 kita menyambut Hari Merdeka. Masih tidak byk Jalur Gemilang yg dikibarkan di premis2 persedirian. Adakah semangat patriotik kita semakin menipis? Adakah kita mula take things for granted? Tanah ini dulunya Tanah Melayu. Bagaimana kedudukan melayu di tanah ini sekarang ini? Bagaimana pula bangsa2 lain di Tanah Melayu ini? Sendiri tanya sendiri jawab. Mari kita sama2 hadam dan fikir. Selamat menyambut Hari Merdeka, 31 Ogos 2025.


@@@


Sunday, July 27, 2025

DEMO 26 JULY



Negara menyaksikan satu perhimpunan rakyat di ibukota pada 26/7/2025. Temanya ialah Turun Anwar. Kita raikan perhimpunan aman yg di benarkan dlm perlembagaan negara. No issue here. Kita sama2 raikan hak rakyat dan proses demokrasi.

Ini mengembalikan nostalgia saya di tika berada dlm demo2 jalanan di masa lalu termasuklah sebagai simpati kpd AI dan perjuangannya. Demo jalanan ini bukan asing dlm kamus pmx. Justru pmx wajar raikan dan memberi sepenuh kebebasan kpd rakyat bersuara.

Namun disebalik kebenaran yg diberikan oleh pmx utk demo 26 july, masih juga berlaku beberapa insiden yg cacat dan mengulangi skrip2 lama. 

Antaranya, pentas yg diberikan kebenaran oleh pdrm utk didirikan di tepi dataran merdeka telah dirobohkan oleh dbkl. Sekadar nak bagi sedikit kepayahan, tidak mahu ucapan2 panas yg berlaku dipandang grand scale agaknya.

Propaganda di media milik kerajaan perihal jumlah kehadiran. Katanya hanya 18,000 org utk menggambarkan tak ramai rakyat yg support. Hakikatnya ratusan ribu yg hadir. Ini taktik lama yg di ulang kitar.

Seorg menteri juga siap bagi press release menyatakan lambakan sampah sarap berjumlah 20 tan terhasil slps perhimpunan itu. Hakikatnya kawasan perhimpunan di cuci bersih drp elemen sampah sarap oleh para sukarelawan dan unit amal. Satu disiplin yg wajar dicontohi. Tapi imej buruk juga yg mahu digambarlan kpd orang ramai. Taktik lama yg terus dikitar semula. 

Seolah ikhlas tapi jauh dlm meraikan perhimpunan suara rakyat ini.

Antara poin2 yg disuarakan pada demo rakyat kali ini ialah;

Rakyat terhimpit dgn peningkatan  kos hidup yg tinggi tak sejajar dgn kadar peningkatan pendapatan. Sgala janji manis pmx dan pemimpin2 di blok beliau nampak tidak dilunaskan. Rakyat melihatnya sebagai cakap tak serupa bikin. Atau apa yg dijanjikan itu bohong belaka.

Apa yg berlaku untuk meringankan beban rakyat seperti harga minyak turun, hutang ptptn di write off, cukai2 yg tidak membebankan rakyat, dan yg sewaktu dgnnya tidak dilaksanakan. 

Sebaliknya pelbagai subsidi utk barangan asas telah dihapuskan menyebabkan harga barang secara amnya terus meningkat, tiada yg menurun.

Pelbagai cukai juga diperkenalkan dan dinaikkan kadarnya. Sudah tentu harga barangan juga akan meningkat bagi menampung kenaikan kos. Hence, peningkatan kos hidup terus menekan rakyat.

Pelbagai pelaburan dari luarnegara yg di war2kan setiap kali pmx pulang dari luarnegara juga masih tidak menjadi realiti. Ia kekal sebagai pelaburan2 yg ada potensi. 

Hutang baru negara juga sudah melebihi RM200 Bilion sepanjang 2.5 tahun tenure pmx. Jumlah yg jauh lebih besar drp zaman2 pm terdahulu. Ini satu petanda yg sadis.

Juga peruntukan2 basic yg tidak diberikan kpd semua MP di blok pembangkang, sedangkan hampir keseluruhan mereka mewakili kawasan2 majoriti melayu. Ini juga teknik kitar semula yg dulunya sangat ditentang atas dasar tak adil oleh pmx. Sebenarnya taktik ini nak bagi payah kpd MP pembangkang utk serve rakyat di kawasan parlimen mereka. Agar nxt pru rakyat akn rejek MP pembangkang sebab tak bagi untung kpd rakyat. Maklumlah MP takde duit. Sedangkan semua benda pakai duit zaman skrg.

Dimomokkan negeri2 pembangkang seperti terengganu, kelantan, kedah, dan perlis terpaksa mengharap ihsan bantuan kewangan drp pmx, hatta utk byr gaji penjawat awam.

Be gentlemen la. Setiap peruntukan kerajaan persekutuan utk kerjaan negeri, wajar dilunaskan dan secara ontime. Ini hak yg termaktub dlm perlembagaan perihal tanggungjawab kerajaan persekutuan kpd seluruh kerajaan2 negeri di malaysia. Contoh la peruntukan yg telah termetrai dlm budget negara, kena di release pada bulan jan, tiba2 bulan jun baru dapat. Tak ke haru.

Pertama, kita kena faham juga tanggunjawab krajaan persekutuan kpd krajaan2 negeri dari segi kewangan. Krana sgala kutipan cukai adalah sumber income krajaan persekutuan. Sebab itu TMJ mintak balik 25% drp kutipan cukai dari negeri johor utk mempercepat keperluan negeri itu. 

Jgn la setiap kali PMX umum bantuan kpd kelantan, di ibaratkan dtg dari acct bank personal pmx.

Kedua, himpunan 26july itu adalah teguran keras kpd pmx akn ketidakpuasan hati rakyat akn sgala janji2 pmx yg gagal dia tunaikan setelah menjadi pm. Yg secara direct nya utk reflect bahawa pmx tidak mampu dlm tugasannya. Jadi kalau gitu turunlah utk diganti oleh pemimpin lain. Itu sebagai protes, sebagai isyarat. Mmg la kalau ikut buku, kena jatuhkan dgn undi tak percaya di parlimen, atau tunggu nxt pru.

Lastly, AI adalah jaguh dlm menyemarak himpunan atau protes jalanan tika dia di blok pembangkang dulu. So pmx wajar raikan perhimpunan seumpama ini di sepanjang tempuh dia masih jadi pm ini. Look at it positively. Tanpa himpunan2 besar sebegini dulu, mungkin pmx masih lepak kat sg buloh. Wallahu'alam.

@@@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...