Please CLICK

Monday, November 10, 2014

Anwar Ibrahim Pencetus Ummah


Sejarah Malaysia tidak sunyi daripada bercerita perihal seorang tokoh yang hebat ini iaitu DS Anwar Ibrahim (DSAI). Walaupun sejak tahun 1999 iaitu sudah kira-kira 15 tahun, DSAI di tonjolkan di media yang di kontrol oleh kerajaan sebagai seseorang yang tidak hebat, seorang tokoh yang sudah expired, rendah moral, pengkhianat negara atau terpesong dari landasan perjuangan yang benar. 

Namun hakikat bahawa DSAI di halang dan di susahkan 'by hook atau by crook' samada melalui pertuduhan di mahkamah, propaganda berprofil tinggi secara langsung atau tidak langsung telah membuktikan di mata rakyat yang celik, hatta dari perspektif pandangan global bahawa tokoh unik ini adalah nama besar yang tidak boleh di pinggirkan begitu sahaja mengikut acuan penguasa dan agen2 mereka. 

Dan kini the world is watching detik2 akhir sebelum penghakiman di buat di Mahkamah Persekutuan atas rayuan akhir hukuman penjara 5 tahun pada pertuduhan Liwat II, kes yang sudah berlarutan sekian lama semenjak 2008.

Kenapa DSAI menjadi subjek yang panas. Apa bahaya sangatkah dia untuk negara ini? Atau kerana dia satu-satunya tokoh yang boleh menggugat status quo kebobrokan pemerintah kerajaan memerintah? Atau apakah kerana dia satu-satunya tokoh yang berjaya menyatukan pakatan pembangkang yang kredibel bagi memberi alternatif yang logik untuk menggantikan Kerajaan BN?

Saya petik mukaddimah intro di laman Wikipedia perihal DSAI untuk pencerahan bersama supaya tokoh ini dapat kita kenali dengan lebih dekat:


*****

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman di lahirkan pada 10 Ogos 1947, adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu, bertindak sebagai ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia, di atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh. 

Di peringkat akar umbi, Datuk Seri Anwar merupakan penasihat Parti Keadilan Rakyat dan ketua umum Pakatan Rakyat. Semasa awal kerjaya politiknya, beliau merupakan 'anak didik' Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, tetapi kemudiannya tampil sebagai seorang pengkritik Tun Dr. Mahathir yang lantang.

Dalam tahun 1999, beliau telah dijatuhi hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah di atas kesalahan penyalahgunaan kuasa. Pada tahun 2000, iaitu selama sembilan tahun kerana didakwa melakukan kesalahan di luar tabii (liwat). 

Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan Malaysia telah mengugurkan sabitan kesalahan liwat kerana pihak pendakwa raya gagal mengemukakan bukti yang kukuh tanpa sebarang keraguan bahawa perbuatan meliwat tersebut telah berlaku. Oleh itu beliau telah dibebaskan. 

Pada Julai 2008, beliau telah ditahan sekali lagi atas tuduhan dakwaan bahawa beliau telah meliwat pembantu peribadinya iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Namun pada tanggal 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat ketetapan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah atas kes liwat 2 yang dihadapi oleh beliau, dan melepaskan beliau sebarang pertuduhan liwat.

Pada 26 Ogos 2008, Anwar telah berjaya memenangi pilihan raya kecil Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN yang juga ADUN Seberang Jaya, Arif Shah Omar Shah bersama-sama calon AKIM Hanafi Mamat seterusnya kembali ke parlimen sebagai ketua pembangkang Malaysia. 

Beliau telah menyatakan perlunya liberalisasi, termasuklah satu kehakiman dan media, untuk melawan rasuah endemik yang beliau mendakwa ia menjadi sebab penolakan negara menjadi status sebuah negara yang gagal.

Anwar merupakan satu-satunya warga Malaysia yang pernah tersenarai di dalam 100 orang yang dikatakan paling berpengaruh di dunia oleh majalah Time iaitu pada 2008.


*****

Anwar terjun ke dunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dilantik menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dilantik ke portfolio Kementerian Pertanian. Pada tahun 1987, beliau telah memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1991. 

Pada 1993 Anwar telah memperolehi pencalonan yang terbanyak untuk kerusi Timbalan Presiden UMNO. Penyandang jawatan pada ketika itu ialah Tun Ghafar Baba telah gagal mendapatkan kuota yang mencukupi bagi mempertahankan kerusi. Oleh yang demikian, Anwar telah memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO tanpa bertanding. Susulan dari itu, sebagai memenuhi tradisi BN, Tun Dr. Mahathir telah melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Diantara jawatan-jawatan lain Datuk Seri Anwar ialah, beliau pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat bersama Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Di atas sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau telah dianugerahi ijazah Doktor Kehormat oleh Ateneo de Manila University dan anugerah Presiden oleh Georgetown University.

*****

Pada 7 Mac 2014 (sebelum tarikh penamaan calon PRK Kajang, di mana DSAI adalah calon pilihan Kajang Move), Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, 67, bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 26 Jun 2008.


Tuduhan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam beberapa hari ini akan menentukan samada DSAI akan ke Penjara atau lepas bebas untuk mewarnai hala tuju politik Negara. 

*****

Akhirnya saya ingin petik sebuah tulisan oleh Saifuddin Nasution (bertarikh 15/5/2014) yang ditujukan kepada Tun Mahathir yang menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.

Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini.

Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.


Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar.

Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. 

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...