Please CLICK

Tuesday, October 3, 2017

PELIK


Saya terbaca satu artikel yg pelik di FB. Saya nak kongsi cerita pelik ni. Parti PAS yg pelik. Pelik juga bila PAS buat program RU355 di KL tahun lepas ratusan ribu org mai. Program Fastaqim di KB dulu pun ratusan ribu join. Fastaqim 2.0 yg PAS buat di Terengganu minggu lepas pun ratusan ribu hadir. Pelik kawe. Pelik tapi benar. Betul ke PAS ni?

😎😎😎

PAS PARTI YANG PELIK.
-oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

Pertama yang pelik pada PAS ialah PAS dimusuhi oleh kedua-dua belah pihak. PAS dimusuhi oleh pemerintah dan PAS juga dimusuhi oleh blok pembangkang. Apa yang tak kena pada PAS ini? BN serang PAS bermati-matian. Blok pembangkang juga serang PAS siang dan malam. PAS ini dikelilingi oleh musuh. Adakah PAS tak pandai berkawan? Peliklah PAS ini kerana mengelak daripada manusia spesis kawan makan kawan.

Dalam keadaan kawan dan lawan berjuang demi Putrajaya, PAS pula berjuang demi redha Allah. Orang lain kata PAS ini gila kerana berjuang untuk kalah. Yang peliknya, orang gila inilah yang sibuk mencatur gerakan massa. Orang tak gila pula sibuk mencatur kabinet bayangan, Orang gila inilah yang tidak duduk sebelum berlunjur. Orang tak gila pula  burung terbang dipipiskan lada.

Yang peliknya, dalam mengharapkan redha Allah, orang PAS-lah yang berjuang pelik-pelik. Orang lain berjuang apabila dihulurkan habuan. Ada duit minyak ada duit tambang. Ada bekal, ada makanan, ada upahan. Orang PAS pula turun ke medan sambil menghulurkan wang. Orang lain berjuang kerana rasa partinya akan menang. Orang PAS berjuang walaupun tahu partinya selalu kalah berjuang.

Peliklah PAS ini. Orang lain berimankan undi non-muslim penentu pemenang. PAS pula beriman dengan pertolongan Allah. Allah kata pertolongan-Nya dekat. Orang PAS yakin kemenangan itu semakin hari semakin dekat walaupun sudah menjangkau puluhan tahun. Inilah peliknya orang PAS. Mereka tak pernah ragu dengan janji Allah.

Orang lain mengangkat pakar yang berkiblatkan akal. PAS pula mengangkat pakar ilmu wahyu. Gahnya orang lain dengan kajian dan data yang bersumberkan hukum akal. PAS tidak. PAS dilihat lekeh kerana bersumberkan hukum wahyu. Orang lain sudah merasakan mereka telah jauh ke depan kerana akal. PAS pula yakin mereka sentiasa ‘evergreen’  kerana selari dengan wahyu.

Ya PAS memang pelik.  Orang lain takut menuntut syariah kerana takut hilang sokongan rakyat. PAS tegas dengan Islam. Kamu nak benci, bencilah. Kalau nak kalah, kalahlah. Orang PAS memang pelik. Ketegasannya gila-gila. Keyakinannya gila-gila. Pengorbanannya gila-gila. Kerja pilihanayanya gila-gila. Istiqamahnya gila-gila. Ini pelik orang PAS.

Puncak  segala kepelikan ini teringat aku akan hadis Nabi s.a.w. Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing,pelik). Dan ia akan kembali asing (pelik) pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing (pelik)".
#istiqamah

Monday, October 2, 2017

MANDUL ?


Satu pandangan dari seorang Prof yg juga seorang penganalisa politik yg peka, untuk di renung dan fikir. Ada benarnya atau sekadar mitos atau realiti?
Lu PK la sendiri...

😎😎😎


DAP Hina Islam, Kenapa Pakatan Diam? – Ridhuan Tee*


Jangan kecam saya dengan status ini. Ia adalah realiti bukan fantasi.

Kita bukan rasis kaum kerana ajaran Islam adalah universal.

Saya pun keturunan Cina. Saya sayang bangsa saya tetapi saya lebih sayang agama saya.

DAP BAIK… PKR BAIK… PH BAIK…

ORANG ISLAM BACA ELOK-ELOK

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?

Mereka serang PAS tanpa letih. Mereka tegar fitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu lagi bersama dengan DAP. Mereka berasa DAP penting demi tawan Putrajaya.

Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya. Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi.

Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS sebagai musuh tetapi DAP pula jadi kawan tanpa lagi melihat panduan hadis Nabi SAW dan al-Quran.

Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka dalam pakatan pembangkang. Sampai bilakah mereka hendak keliru atau dikelirukan?

Pertama, pemimpin DAP Perak, Nga Kor Ming pernah menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.

Kedua, tokoh DAP Pulau Pinang Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor Tuan Guru Harun Din dengan ungkapan ‘Adios Harun Din’. Mereka tidak terasa apa-apa.

Ketiga, Nga Kor Ming sindir purdah yang dipakai sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus cadang pramugari memakai pakaian menutup aurat, pemimpin DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.

Keempat, Pemimpin DAP yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.

Kelima, DAP pernah lantang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa di Pulau Pinang. Mereka diam juga.

Keenam, DAP biadab mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara masjid. Mereka buat lembu kenyang.

Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.

Kelapan, DAP berani menghina dan mempersenda hukum hudud. Mereka diam juga.

Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata konon RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.

Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.

Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP.

Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka sendiri. Tepuk dada tanya iman.

TAMBAHAN:
1) Isu Kalimah Allah hendak letak dalam Bible – Penyokong DAP & PKR
2) Isu Azan guna pembesar suara jadi isu – Penyokong DAP
3) Isu memudahkan proses murtad – Penyokong DAP
4) Isu status agama anak kita selepas umur 18 tahun – Penyokong DAP

Semua isu ini disokong 100% oleh DAP. Malangnya Melayu Islam kita di dalam PKR dan Parti Harapan masih lagi buta! dan tetap sokong DAP lalu menghina PAS.

*Walaupun hakikatnya mereka nampak DAP sebenrnya adalah musuh Islam yang nyata!!!!* –

 Prof. Dr. Ridhuan Tee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...