Impian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk
kerajaan baharu semakin hampir menjadi kenyataan dan pemimpin utama Pakatan
Harapan nampaknya semakin geli-geli untuk memegang tampuk pemerintahan sekali
lagi.
Ketika ini, Anwar
mungkin sudah merencana barisan Kabinet yang mantap ke arah untuk menyelamatkan
negara dengan membariskan tokoh-tokoh yang disegani dalam blok pembangkang
seperti Lim Guan Eng, Mohamad Sabu dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Selain itu, nama
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku anak murid Anwar yang setia
dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selaku pelobi utama dalam
menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pasti akan menjadi pertimbangan
Presiden PKR tersebut.
Agenda Daily memberi gambaran awal ‘Kabinet Anwar’ yang akan
dibentuk melibatkan pemimpin utama blok pembangkang termasuk Zahid dan Najib,
gandingan mantap yang disebut-sebut bakal menyelamatkan negara dalam krisis
pandemik ketika ini.
Perdana Menteri,
portfolio Menteri Kewangan – Anwar
Jawatan nombor
satu yang selama ini menjadi idaman Anwar, ia mustahil akan diberikan kepada
individu lain yang lebih layak selain Anwar dan dikatakan bakal mengekalkan
portfolio lamanya semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Menteri
Kewangan.
Portfolio
tersebut paling penting memandangkan Menteri Kewangan akan menguruskan segala
urusan berkaitan keluar dan masuk wang kerajaan, ketika era pentadbiran Barisan
Nasional (BN) umum mengetahui bagaimana Najib mengekalkan kuasanya semasa
memegang portfolio tersebut.
Anwar pasti
memilih untuk memegang portfolio tersebut bagi memastikan pengaruh dan kuasa
berada dibawah telunjuknya.
Timbalan Perdana
Menteri 1, portfolio Menteri Undang-Undang dan Parlimen – Zahid
Bagi membalas
jasa dan tanda penghargaan kepada Zahid yang setia serta dilihat pencatur utama
dalam menjatuhkan kerajaan PN, jawatan kedua tertinggi ini perlu diberikan
kepada anak muridnya.
Walaupun umum
mengetahui pelbagai skandal serta kontroversi salah guna kuasa terpalit dengan
Presiden UMNO tersebut, tiada pilihan lain selain Anwar perlu melantik anak
muridnya itu sebagai Menteri Undang-Undang dan Parlimen.
Portofolio yang
dijangka diberikan kepada Zahid pastinya berkaitan Undang-Undang dan Parlimen
memandangkan ia dapat membantunya dalam mengendalikan kes-kes mahkamah yang
sedang dihadapinya disamping dapat mengelak berdepan hukuman penjara sekiranya
didapati bersalah.
Sebagai Menteri
Undang-Undang dan Parlimen, Zahid akan dapat mengawal badan perundangan negara
dan boleh menjadi ‘gate keeper’ atau penjaga kepada kerajaan Anwar sekiranya
diserang atau dipersoalkan keabsahannya.
Timbalan Perdana
Menteri 2, portfolio Menteri Ekonomi – Guan Eng
Anwar perlu
memberikan jawatan kedua tertinggi kerajaan kepada Setiausaha Agung DAP
tersebut ia memandangkan parti tersebut memiliki 42 Ahli Parlimen dalam Dewan
Rakyat, komposisi terbanyak dalam kerajaan yang bakal dibentuk oleh Anwar.
Ia perkara wajib
dilakukan Anwar sekiranya mahu kekal mendapat sokongan DAP, tawaran jawatan
tersebut akan mengekalkan kesetiaan parti tersebut kepada Anwar, malah Guan Eng
juga mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum ini semasa era
pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain itu, Guan
Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang mempunyai pengalaman dalam
menarik pelaburan, ia terbukti dengan projek terowong yang berjaya menarik
pelabur dari China ke negeri Pulau Pinang.
Cuma, projek
tersebut tidak diteruskan dan sebaliknya Guan Eng kini sedang berdepan kes
mahkamah berkaitan projek tersebut.
Menteri Senior,
portfolio Menteri Pendidikan – Mat Sabu
Walaupun kurang
menyerlah semasa menerajui Kementerian Pertahanan sebelum ini, Mat Sabu mungkin
akan diangkat Anwar sebagai Menteri Pendidikan sebagai balasan terhadap
kesetiaannya untuk kekal bersama dan sanggup meninggalkan Dr Mahathir yang kini
tidak lagi memiliki sokongan AMANAH dan DAP.
Anwar yakin
dengan kemampuan Mat Sabu untuk membawa era baharu dalam pendidikan negara
semasa era pandemik, ia walaupun tidak habis belajar selepas dibuang daripada ITM.
Namun,
kejayaannya dalam pentas politik tidak boleh dinafikan dan Mat Sabu pastinya
dapat menaikkan motivasi para pelajar untuk mengikut jejaknya, gagal dalam
pelajaran tidak semestinya gagal dalam hidup.
Paling tidak pun,
kemungkinan ramai pelajar jurusan kulinari yang bertaraf dunia dapat dilahirkan
memandangkan kehebatannya dalam bidang masakan. Pasti ramai mengetahui
kehebatan kari Mat Sabu.
Cuma pesan Agenda
Daily, Mat Sabu perlu mengelak ada skandal dengan pelajar sekolah kerana
sebelum ini pernah tersebar klip audio seksi beliau dengan seorang wanita muda.
Menteri Senior,
portfolio Menteri Pertahanan – Shafie Apdal
Anwar tidak boleh
meminggirkan Presiden Warisan tersebut dalam barisan Kabinetnya jika mahu
mendapatkan sokongan Ahli Parlimen dari Sabah dan jawatan Menteri Pertahanan
perlu diberikan kepada Shafie.
Bekas Ketua
Menteri Sabah tersebut juga memainkan peranan penting dalam menumbangkan
kerajaan PN dan bagi memastikan kestabilan kerajaan, Anwar perlu memberi
jawatan yang dianggap penting kepada Shafie.
Jawatan Menteri
Pertahanan paling sesuai diberikan kepada Shafie memandangkan negara sedang
berdepan isu pencerobohan perairan negara di Laut Cina Selatan dan sebagai
seorang anak Bajau Laut, pastinya Shafie lebih memahami isu tersebut serta
memahami cara untuk mengatasinya.
Dan terakhir,
Penasihat Khas Perdana Menteri (PM) – Najib
Dalam memastikan
sokongan berterusan dan ampuh terhadap Kabinetnya, peranan Najib tidak boleh
dipandang ringan Anwar kerana tanpa sokongan bekas Presiden UMNO itu mustahil
langkah menyingkirkan kerajaan PN berjaya direalisasikan.
Situasi kali ini
berbeza dengan perjanjian yang pernah dimerterai Anwar dan Najib semasa Pilihan
Raya Umum Ke-13 lalu yang orang tengahnya ketika itu adalah bekas Naib Presiden
Indonesia Jusuf Kalla.
Mengapa kali ini
berbeza, kali ini Najib memerlukan bantuan Anwar untuk menyelamatkan dirinya
dan sama seperti Zahid juga, kedua-dua mereka tidak mahu hidup meringkuk dalam
penjara.
Jalan terakhir
yang Najib dan Zahid ada sekarang ini hanya bekerjasama dengan Anwar, tiada
jalan lain lagi. Apa jadi sekali pun, kepentingan peribadi lebih penting
sekarang.
Sebagai balasan,
Anwar perlu meletak Najib pada kedudukan selamat atas bantuan yang diberikan
dan Penasihat Khas adalah tawaran terbaik yang tidak akan ditolak.
Maka,
terbentuklah Kabinet Anwar yang baharu. Tahniah! Agenda Daily
AGENDA DAILY
@@@