Please CLICK

Friday, August 27, 2021

KABINET BARU


Alhamdulillah PM telah mengumumkan barisan kabinet baru. Pelbagai komen muncul di medsos. Apatah lagi geng PH, keyboard warriors, dan red bean army semuanya tekan minyak baek punye. Kabinet re-cycle, pusing2 org sama, jumlah 70+ jugak, kabinet 69, same old story, rumah baru kabinet lama, ministers with slight ammendment, mcm2.

Ada beberapa menteri bertukar portfolio. Ada juga beberapa org menteri baru. Ramai menteri yg dikekalkan di porfolio lama. Ada juga menteri yg di drop. 

Empat menteri digugurkan iaitu Zulkifli Mohamad (senator), Redzuan Yusof (bersatu), Khairuddon Amam Ghazali (pas), Shamsul Anuar Nasarah (umno). Dua Timbalan Menteri juga digugurkan iaitu Abdul Rahim Bakri (bersatu) & Che Abdullah Mat Nawi (pas).

Lima menteri baru pula ialah Idris Ahmad (pas), Ahmad Faizal (bersatu), Mahdzir Khalid, Noh Omar, Shahidan Kassim (umno).

PM kata ini kabinet berorientasikan hasil. Kabinet yg bekerja bersama rakyat, yg perlu bertindak pantas dan bersepadu dlm usha membebaskan Malaysia drp ancaman Covid-19. Ia adalah formulasi semula berdasarkan situasi semasa, demi nengekalkan kestabilan dan meletakkan kepentingan serta keselamatan Keluarga Malaysia lebih drp segala-galanya. 

Barisan kabinet kombinasi mereka yg berpengalaman diyakini mampu membantu negara memulihkan ekonomi. Peka kpd keperluan semasa, bertanggungjawab dan amanah, utk mengembali semula keyakinan rakyat. 

Bersifat lebih terbuka dgn menyatuni aspirasi Keluarga Malaysia melalui penyampaian perkhidmatan dan maklumat yg efisyen, komited, dan proaktif. Setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dlm tempoh 100 hari pertama. Itu antara intipati amanat PM semasa mengumumkan barisan kabinet baru.

Apapun mengikut pengamatan sepintas lalu, saya nampak PM cuba play safe, supaya kestabilan sebuah kerajaan yg punyai majoriti tipis dapat di jaga. PM tak mahu rock the boat sangat. Pertukaran portfolio beberapa menteri tampak make sense. 

PM tidak mengambil pendekatan brani mati. Atau mungkin tak cukup kekuatan atau will power utk berbuat demikian. Jawatan TPM jika ada, masih lagi kosong. Mungkin reserve utk Tok Mat Hasan.


*****

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

YB. Datuk Seri Mohamed Azmin Ali 

Timbalan Menteri : YB. Datuk Lim Ban Hong


Menteri Kanan - Menteri Pertahanan

YB. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri : YB. Datuk Seri Ikhmal Hisham bin Abdul Aziz


Menteri Kewangan

YB. Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Timbalan Menteri I : YB. Mohd Shahar Abdullah

Timbalan Menteri II : YB. Tuan Haji Yamani Hafez Musa


Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya 

YB. Datuk Seri Haji Fadillah Yusof

Timbalan Menteri : YB. Datuk Arthur Joseph Kurup


Menteri Kanan - Menteri Pendidikan 

YB Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin

Timbalan Menteri I : YB Senator Dato’ Dr Mah Hang Soon

Timbalan Menteri II : YB Datuk Mohamad Alamin


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) 

YB Datuk Seri Mustapa bin Mohamed 

Timbalan Menteri : YB Eddin Syazlee bin Shith


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri  (Tugas-Tugas Khas)

YB Datuk Dr Hj Abdul Latiff bin Ahmad

Timbalan Menteri : YB Datuk Mastura binti Tan Sri Dato’ Mohd Yazid


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)

YB Datuk Seri Dr Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri : Datuk Wira Hajjah Mas Ermieyati binti Samsuddin 


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

YB Senator Tuan Idris bin Ahmad 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary


Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)

YB Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Hanifah Hajar Taib


Menteri Pengangkutan 

YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong

Timbalan Menteri : YB Dato’ Henry Sum Agong


Menteri Alam Sekitar

YB Datuk Seri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

Timbalan Menteri : YB Dato’ Dr Mansor bin Othman 


Menteri Sumber Manusia 

YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Awang bin Hashim 


Menteri Wilayah Persekutuan 

YB Datuk Seri Shahidan bin Kassim 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias 


Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat

YB Datuk Seri Rina Binti Harun 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff


Menteri Pengajian Tinggi 

YB Dato’ Dr Noraini binti Ahmad

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Dr. Ahmad Masrizal bin Muhammad 


Menteri Tenaga dan Sumber Asli 

YB Datuk Seri Takiyuddin bin Hassan 

Timbalan Menteri : YB Datuk Ali Anak Biju 


Menteri Dalam Negeri 

YB Datuk Seri Hamzah Bin Zainuddin

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Dr Haji Ismail bin Haji Mohamed Said

Timbalan Menteri II : YB Jonathan Yassin


Menteri Kesihatan

YB Tuan Khairy Jamaluddin bin Abu Bakar 

Timbalan Menteri I : YB Dato’ Dr Noor Azmi bin Ghazali

Timbalan Menteri II : YB Datuk Aaron Ago Dagang


Menteri Pertanian dan Industri Makanan 

YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Hj Ahmad bin Hamzah 

Timbalan Menteri II : YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Salleh 


Menteri Pembangunan Luar Bandar 

YB Datuk Seri Mahadzir Bin Khalid

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Abdul Rahman bin Mohamad

Timbalan Menteri II : YB Datuk Haji Hasbi bin Habibollah 


Menteri Luar Negeri 

YB Dato’ Saifuddin bin Abdullah 

Timbalan Menteri : YB Haji Kamarudin bin Jaffar 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

YB Datuk Alexander Nanta Linggi 

Timbalan Menteri : YB Dato’ Rosol bin Wahid


Menteri Komunikasi Dan Multimedia

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar bin Haji Musa 

Timbalan Menteri : YB Datuk Zahidi bin Zainul Abidin


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan 

YB Datuk Seri Reezal Merican bin Naina Merican 

Timbalan Menteri : YB Datuk Sri Ismail bin Abdul Mutalib


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi 

YB Datuk Seri Dr Adham Baba 

Timbalan Menteri : YB Datuk Haji Amzad bin Mohamed @ Hashim


Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 

YB Tan Sri Noh bin Haji Omar 

Timbalan Menteri : YB Tuan Muslimin bin Yahaya 


Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

YB Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin 

Timbalan Menteri I : YB Datuk Seri Wee Jeck Seng 

Timbalan Menteri II : YB Willie anak Mongin


Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan 

YB Datuk Seri Hajah Nancy binti Shukri 

Timbalan Menteri : YB Datuk Seri Dr Santhara Kumar a/l Ramanaidu


Menteri Perpaduan Negara 

YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique

Timbalan Menteri : YB Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal bin Wan Ahmad Kamal 


Menteri Belia dan Sukan 

YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Datuk Azumu

Timbalan Menteri : YB Senator Datuk Seri Ti Lian Ker


@@@

Sunday, August 22, 2021

WIBAWA PM

 


Alhamdulillah. Sesuatu yg berlaku itu tentu ada hikmahnya. Pemilihan DSIS sebagai PM-9 juga tentunya tersirat pelbagai hikmah. Ia bukan berlaku secara kebetulan. Tetapi semuanya telah di tentukan oleh percaturan Allah SWT.

Sahabat saya tadi ada berkongsi satu video yg menunjukkan DSIS sedang berhujah di parlimen, tika itu sebagai ketua pembangkang. Saya lihat ketokohan beliau begitu menyerlah. Mula dulu saya pun pelik knapa DSIS yg terpilih sebagai ketua pembangkang di zaman PH itu. Kini saya mengerti.

Di era kerajaan PN, rakyat Malaysia menjadi familiar dgn DSIS krana hampir setiap hari dia muncul secara live berbicara soal covid, sop, mkn, dsb. Wataknya agak mild dan sederhana, disenangi kawan dan lawan. Bila dia dilantik oleh TSMY ke jawatan TPM oleh TSMY melangkaui kesemua menteri2 kanan yg lain, saya menjangkakan tentu ada nilai2 yg mahal yg dia miliki yg mungkin rakyat biasa seperti saya tidak peka. Terbukti selepas sekadar 40 hari di jawatan TPM, yg juga rekod paling pendek dlm sejarah Malaysia ( kalau bukan dunia), DSIS mendapat sokongan 114 MP utk diangkat oleh YDPA sebagai PM-9.

DSIS dlm karier politiknya telah memegang jawatan menteri kabinet di 6 portfolio yg berbeza termasuk sebagai TPM. Di usia 61 tahun, dia  tokoh yg penuh pengalaman, cukup stamina, dan faham benar sepak terajang politik.

Tentulah ramai yg memandang sinis, cuba memperkecil2kan keupayaan beliau termasuk dari luarnegara. Apatah lagi kelompok cyber trooper dan keyboard warrior yg tidak gheti erti jemu utk terus mengorek dan membantai DSIS.

*****

Takpe la kita kasi ruang kpd PM baru form his cabinet, and perform his duty. Nak kira pressure dan komen2 sinis ni mmg atas bawah kiri kanan. Its come with the job.

Org yg waras faham keadaan ini. Tidak la dok cari silap 24 jam, letih. Even dsai pun relax je, nak focus dan kerja kuat bagi pru-15, katanya. Dia pun terima hakikat tak cukup sokongan kali ini utk jadi PM. Yg terlebih kuah hingga lunyai ni balaci2 & cyber trooper. Nak layan pun tak guna sesen. 

Jom kita move on. Negara masih dlm suasana payah dgn pandemik, isu ekonomi, dan kesejahteraan rakyat. Marilah kita sama2 bantu membantu demi negara tercinta sekadar kemampuan dan kepakaran  masing2. 

Sgala amalan dan prilaku kita tetap dicatit malaikat 24x7 without fail. Cari pahala, bukan dosa.  Wallahu'alam.

*****

PM, COVID-19 DAN DAKWAH

Di pusat servis kereta hari ini…ketika sedang menunggu kereta di servis, Pengurus Pusat Servis itu (kami saling mengenali)..bertanya padaku..

“Apa pendapat tuan mengenai PM baru..mana lagi baik DS Sabri atau DS Anwar?”
Aku tersenyum… “Kita doakan yang terbaik..”
“Kalau tuan jadi PM..agak-agak apa yang tuan akan lakukan?”

Aku tersenyum lagi…
“Saya bersyukur saya tidak jadi PM…bukan senang diuji dengan pangkat sedemikian…ujian kesabaran, ujian pentadbiran…ujian dengan duit yang banyak…kuasa… bukan semua orang mampu di uji sedemikian…”

“Kita selalu kritik orang ini tidak bagus..orang itu tidak bagus…tidak salah kritik untuk memperbaiki…tetapi jangan sampai mengutuk…kerana jika kita diuji dengan jawatan sedemikian silap-silap kita lagi teruk..”

“Allah SWT pilih seseorang untuk diuji sesuai dengan kemampuannya…jika seseorang itu dipilih..maknanya Allah SWT hendak naikkan darjatnya samada dia lulus atau gagal..dua-dua adalah baik…kerana semua takdir Allah SWT itu baik…yang dapat jawatan baik baginya..yang tidak dapat jawatan..baik juga baginya…kita doakan kedua-duanya..”

“Saya ingat pesan Tuan Guru saya…berdamai lah dengan takdir… hidup akan jadi tenang..”

“Kita sebagai rakyat…kita doakan yang terbaik…jika kita merasakan beliau tidak sesuai memimpin..gunakan saluran yang betul…pilihlah pemimpin yang kita rasakan lebih baik.. tetapi kita  perlu ingat..kita hanya ikhtiar..yang menentukan adalah Allah Azawajalla..”

Aku memberikan pandangan…

Rupanya bicara kami didengari oleh seorang wanita chinese yang juga servis keretanya disitu..

“Kenapa Tuhan berikan Covid-19?” Tanyanya
Aku tersenyum..
“Kerana Allah sayang kita…kita cari duit sampai tiada masa denganNya..kita tidak pergi masjid…kita lupa kita mesti mati…melayu, cina.. india…semua pasti mati… Sekarang Allah beri kita banyak masa..masa duduk dirumah..boleh sembahyang bersama keluarga…ada masa dengan keluarga..sekarang semua orang rindu hendak pergi masjid…Tuhan uji dengan miskin supaya kita ingat duit tidak bawa ke mati..semua orang sudah ingat mesti mati..semua sudah ingat Tuhan..”

“Awak betul…” Dia tersenyum..

Semoga dia diberikan hidayah.
أمين

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفۡسًا اِلَّا وُسۡعَهَا ؕ لَهَا مَا كَسَبَتۡ وَعَلَيۡهَا مَا اكۡتَسَبَتۡؕ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذۡنَاۤ اِنۡ نَّسِيۡنَاۤ اَوۡ اَخۡطَاۡنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحۡمِلۡ عَلَيۡنَاۤ اِصۡرًا كَمَا حَمَلۡتَهٗ عَلَى الَّذِيۡنَ مِنۡ قَبۡلِنَا ۚرَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلۡنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهٖ ۚ وَاعۡفُ عَنَّا وَاغۡفِرۡ لَنَا وَارۡحَمۡنَا ۚ اَنۡتَ مَوۡلٰٮنَا فَانۡصُرۡنَا عَلَى الۡقَوۡمِ الۡكٰفِرِيۡنَ

286. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
(Al-Quran. Surah Al-Baqarah (2). Ayat 286)

#MuhasabahDiri

~Nor Arisham Bakar

@@@

Friday, August 20, 2021

NEW PM

 


Tahniah PM-9. Semoga bisa memacu negara ke landasan yg benar. Dapat mengemudi negara keluar daripada kemelut kesihatan, ekonomi, dan keselamatan. Insya-Allah.

Semoga hari ini menjadi detik yg penting ke arah norma politik baru. Semua pemimpin dapat berganding bahu mencari titik persamaan utk sama2 menyumbang kpd cakna rakyat dan kesejahteraan negara. 

DSIS tidaklah ketara mengejar jawatan PM. Agak sama jln cerita sebagaimana TSMY & TAAB dulu. Namun nampaknya namanya yg ditaqdirkan Allah naik utk mengemudi negara sebagai PM. Dia tidaklah berharap, tapi dia yg mendapat. Allah dah atur cantek. 

Alhamdulillah.

#PolitikNegaraHariIni

Tuesday, August 17, 2021

PM-9

 

---

Semalam rakyat Malaysia dikejutkan dgn perletakan jawatan PM-8 iaitu TSMY. Hari ini pelbagai posting dapat dibaca yg memaparkan luahan dan pandangan masing2. 

Setakat ini belum ada lagi pengganti TSMY yg dilantik. Spekulasi terus menular. Siapakah PM baru? Siapa yg akan dinobatkan sebagai PM-9? 

Dari blok PN, mungkinkah Ismail Sabri? TSZH? atau Kuli? Dari blok PH, solid di blkg DSAI? Atau mungkin Safaei Afdal? Atau ada nama2 lain yg mungkin dilantek oleh YDPA?

PM dah letak jawatan seperti yg didesak, tak cukup majoriti la kunun. So whats next? Tunjuklah sapa yg ada majoriti, this is the time. Tonjolkan diri mu yg hebat itu.

Meriah sungguh medsos dgn isu politik semasa. Hari ni juga wakil2 parti politik telah dijemput ke Istana Negara untuk mengadap YDPA. Kenyataan drp speaker dewan rakyat menyatakan setiap MP dikehendaki membuat kenyataan bertulis memilih seorang calon PM dan mesti dikemukakan kpd YDPA sebelum pukul 4:00ptg esok.

Siapa yg akan dipilih oleh YDPA untuk menjadi PM-9? Sebelum mandat dikembali kpd rakyat di PRU-15 nanti. Siapa yg ada majoriti yg cukup? 111 MP menyokong?

Hari ini dalam sejarah. Bagi merakam sinerio hari ini, saya paparkan di blog ini pelbagai coretan yg saya rasa agak interesting dan boleh diambil pot, drp pelbagai sudut dan school of thoughts. Read it with an open mind. Everybody may have their own opinion, expression and piece of mind. 

For your reading pleasure...


*****


PULANGKAN KERETA CURI PUN SEDIH?

Hari ni Pakdin pulangkan balik kereta yang dia curi..Tapi kereta tu dah teruk lah rosak.. sebab bawa gelong.. Tapi Pelik, Masa Pakdin serah balik kunci kereta..Makcik sebelah rumah sedih.. Kata sian kat pakdin sebab lepas ni dah tak boleh bawa kereta..

macam ni lah makcik.. Kereta tu bukan milik Pakdin, Pakdin tu mencuri kereta kawan dia sendiri.. Masa beli kereta tu dulu, masing masing kumpul Duit.. ada Duit Lim, Ada duit Azizah ada Duit Pak mat.. Masing masing kongsi beli Kereta tu sebab nak meniaga.. 

Nak jadi cerita, Satu hari masa Tok Det tertinggal kunci Kereta.. Pak Din ni pantang lepa... dia bawa lari kereta tu dengan kawan kawan dia hat lain, Dengan Tok Adi, dengan Pak Mail.. Dengan Pak Zahid.. habis dia lenjan kereta tu sampai Rosak.. Bila kereta dah rosak, Pak Zahid tipu pakdin pulak.. pi report Polis kata Pakdin Curi kereta tu sebenarnya.. 

Dah lama dah kawan kawan Pakdin suruh Pulang balik kereta tu elok elok..Bukan milik dia pun. Dia dulu pun bag duit 20% jer... Yang lain duit duit kawan dia..Tapi dia bawa lari kereta tu buat macam kereta dia sendiri.. Dari kereta tu elok, habis Rosak.. Jadi kawan kawan pun suruh pulang balik elok elok..

Masa Pak Din pulangkan kereta tu balik pagi tadi, Pakdin buat ayat sedih suara sekat sekat.. tiba tiba Ada makcik sebelah rumah sedih, kata dia selalu tumpang kereta Pakdin, Pakdin kalau bawa kereta selalu baca Doa dulu..Sedih katanya Pakdin dah takda kereta..

Aku cakap kat Makcik sebelah..Nak sedih apa..Tu kereta Curi.. Dia curi kereta kawan dia.. Padan lah dia kena pulang balik.. tapi nak buat macam mana , ramai orang tahu.. Makcik sebelah tu bukan cerdik mana.. Bodoh mcm makcik makcik bawang kat facebook hat sedih Mahiaddin letak jawatan yg dia dapat dengan cara khianat.... :)

Nota kaki: foto hanya hiasan semata mata, tidak ada kaitan dgn yang hidup atau mati kecuali empunya diri. Hakuna Matata. 


*****

Sayangnya Allah kepada Muhyiddin Yassin

Allah uji beliau dengan kanser yang parah, kemudian Allah sembuhkan. Allah uji dengan putaran ganas politik, kemudian Allah jadikan Perdana Menteri. Allah uji dengan pandemik dahsyat, kemudian diganti kejayaan vaksinasi. Allah uji dengan hutang besar dalam keadaan pandemik, kemudian dengan kuasa Allah jua kerajaan Amerika, FBI, Goldman Sachs, Riza Aziz, dan Jho Low pulangkan semula wang rakyat.

Cubalah anda tanya kepada diri sendiri, kenapa para petani, nelayan, suri rumah, dan golongan rakyat susah hari ini sangat bersedih apabila Muhyiddin meletakkan jawatan? Jawapannya kerana dalam keadaan pandemik yang mencengkam sejak lebih setahun lalu, beliau berusaha keras menyalurkan berbilion bantuan kepada setiap lapisan. 

Demi Allah, Satu sen saya tidak dibayar mana-mana parti atau ahli politik.  Satu sen pun saya tidak rugi dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin. Tapi Hati saya luluh, demi kebenaran saya gagahkan juga untuk tulis bukan hanya kepada penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin, tapi juga kepada penyokong Anwar Ibrahim, Najib Razak, Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, dan semua yang membaca saat ini. Demi Allah tidak sedikit ada rasa benci saya kepada Anwar, Najib, Ku Li, Zahid Hamidi, apatah lagi kepada Tun Mahathir.

Betapa banyak hutang peneroka FELDA dihapuskan di bawah Tan Sri Muhyiddin, berapa banyak bantuan diberi kepada pelbagai sektor, dalam keadaan terpaksa menyerap kos pembelian vaksin, disamping hutang baru dibuat demi suntikan fiskal dirancang?

Betul, beliau diamanah jawatan Perdana Menteri dengan sokongan ahli parlimen yang kontroversi. Tapi anda tanyalah dalam lubuk hati anda, apa pilihan beliau ada? Dalam keadaan PH sendiri yang letak jawatan tengah-tengah pandemik, dalam keadaan UMNO beri syarat sokongan ‘en bloc’, dengan PH yang bertindak potong berbilion-bilion bantuan rakyat malah siap beri amaran ‘rakyat jangan berharap bantuan kerajaan’, ‘rakyat jangan harap wang percuma’, ‘kerajaan nak bankrap tak boleh beri bantuan’, dan sebagainya?

Anda tanyalah sendiri apa perasaan penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) bujang yang hanya 27 sen sehari di bawah PH. Anda turun dan tanyalah nelayan yang dipotong Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) oleh PH sebanyak RM9 juta. Anda tanyalah penanam padi yang PH potong Subsidi baja padi sebanyak RM233 juta dalam bajet 2019. Tanyalah mereka juga tentang Insentif Pengeluaran Padi yang dipotong PH sebanyak RM282 juta.

Cubalah selami perasaan nelayan tentang Elaun Sara Hidup Nelayan dan Insentif Hasil Tangkapan Nelayan mereka yang dipotong PH sebanyak RM164 juta. Anda turunlah ke lapangan dan tanyalah pengusaha padi bukit yang dipotong Subsidi Baja Padi Bukit/Huma dipotong 100% oleh PH sebanyak RM70 juta dalam bajet 2019.

Ringkasnya anda tanyalah diri sendiri apa kesannya kepada para petani dan nelayan kecil bila PH potong peruntukan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hampir RM1 bilion lebih dalam bajet 2019 dulu. Itu belum lagi dikira kos U-turn projek infrastruktur rakyat seperti ECRL, HSR, MRT3. Malah demi bantu kontraktor tempatan akibat pandemik, projek HSR dibatal PN, diganti projek 100% untuk kontraktor tempatan. Itu belum lagi dikira bencana penghapusan GST berganti SST yang lonjakkan kos serta mengimpak kebergantungan kerajaan pada PETRONAS dengan negatif.

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempurna, memang tidak sempurna. Tapi dalam keadaan pandemik beliau berusaha sehabis daya; moratorium yang dituntut, KWSP, bantuan PKS, usahawan mikro, dan sebagainya. Apakah tidak boleh ditunggu sedikit saja lagi sehingga imuniti berkelompok dicapai barulah dibuat langkah politik menukar kerajaan dan pilihan raya?

Sungguh, Allah jualah yang berkuasa menjatuhkan seseorang pemimpin, Allah jualah yang berkuasa mengangkatnya kembali. Sama-sama kita doakan, jika benar Tan Sri Muhyiddin Yassin seorang yang membuat kerosakan besar dan dahsyat, jika benar beliau menindas rakyat susah dengan sengaja, janganlah Allah mengembalikan beliau sebagai Perdana Menteri dan tamatlah riwayat politik beliau segera. Moga Allah gantikan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, atau Datuk Seri Ismail Sabri, atau Tengku Razaleigh, atau Datuk Seri Najib Razak, atau Datuk Seri Zahid Hamidi, atau sesiapa sahaja yang lebih baik, lebih sayangkan orang susah, lebih mampu mendapatkan sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Namun, jika beliau sudah berikhtiar sehabis daya untuk orang susah dalam keadaan pandemik, tetapi berdepan tiada banyak pilihan rakan-rakan yang menyokong, moga Allah kembalikan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke kedudukan yang selayaknya untuk meneruskan proses pemulihan negara.

“Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa pun yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan siapa pun yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sungguh, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu”.


~ Abdul Muein Abadi



*****

https://www.facebook.com/101146291309873/posts/551295472961617/

https://t.me/MalayaCyberForce/4632

Ini bukan soal Interim atau "Caretaker"...

Mengapa Agong tak lantik Muhyiddin sebagai PM Interim adalah kerana istilah Interim tidak diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan...

Dengan kata lain, Mahathir dapat PM Interim dulu tu, adalah bahasa lain Agong untuk menghina beliau...

Berbeza dengan Muhyiddin yang diberi istilah PM "Caretaker" yang ada diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan...

Satu lagi perkara, ialah apabila sesebuah kerajaan jatuh, tetapi Parlimen masih tidak dibubarkan, maka kerajaan yang ada masih lagi sebuah kerajaan sepertimana biasa...

Dalam kes Muhyiddin, lantikan sebagai PM "Caretaker", sebenarnya telah memberi beliau kuasa Eksekutif yang sama untuk menasihati YDPA, cuma bidang kuasa lain adalah terhad...

PM "Caretaker" atau lebih tepat "One Man Show" sebenarnya merupakan satu penghormatan kepada Muhyiddin, walaupun tanpa Jemaah Menteri...

Bezanya Muhyiddin sekarang tidak lagi boleh meluluskan cek berjumlah lebih dari RM 1 bilion, serta tidak boleh melantik Jemaah Menteri...

Agong dengan kata lain tidak mahu perkenan perletakan jawatan Muhyiddin, tetapi untuk berlaku adil selaku ketua negara, maka istilah "Caretaker" digunapakai dan bukannya Interim...

Agong pasti tahu bahawa sebenarnya tiada siapa yang lebih layak menjadi PM selain dari Muhyiddin, berdasarkan kepada bilangan Ahli Parlimen yang menyokong beliau tanpa belah bahagi...

Bahasa kasar dia Istana Negara dan YDPA bukan tempatnya untuk ahli politik menjadikan gelanggang pertaruhan, serta memaksa Agong menjadi pengadil perlawanan...

Jika YDPA tersilap langkah, pasti ada pihak yang akan segera mengambil kesempatan untuk menjatuhkan Institusi Diraja Negara kepada berkuasa hanya di peringkat negeri sahaja...

Ini telah pun berlaku semasa Sultan Kelantan meletakkan jawatan baginda sebagai YDPA, atas permainan politik Pakatan Harapan yang memaksa untuk memperkenan pengampunan Diraja Anwar dan perlantikan Peguam Negara bukan Islam Tommy Thomas...

Walaupun calon terdekat untuk menggantikan Muhyiddin adalah Anwar Ibrahim, tetapi dengan hanya 105 Ahli Parlimen termasuk 15 dari blok Mahathir, ianya masih tidak dapat memuaskan hati baginda...

Ini kerana peruntukan Perlembagaan memberi kuasa kepada YDPA untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda 'mungkin' mempunyai kepercayaan majoriti...

Dengan kata lain, Agong ada kuasa untuk menolak Ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, walaupun mempunyai majoriti tertinggi, jika Agong melihat suatu ancaman kepada Istana...

Dalam bahasa lain, jika Mahathir atau Anwar mahukan jawatan Perdana Menteri dari YDPA, haruslah memuaskan hati baginda dengan satu angka yang stabil, atau lebih tepat mencapai majoriti mudah 111 Ahli Parlimen sekurang-kurangnya...

Disebabkan ini, Muhyiddin berani mendakwa bahawa tiada calon lain yang mempunyai majoriti mudah untuk melayakkan diri menjadi Perdana Menteri...

Walaupun sebenarnya YDPA tidak memerlukan angka majoriti mudah, tetapi cukup dengan majoriti tertinggi untuk dilantik menggantikan Muhyiddin, cuma Agong mahu guna kuasa maksimum yang ada pada baginda atau tidak sahaja...

Persoalannya disini, adakah 15 Ahli Parlimen blok Zahid dan Najib berani mengumumkan menyokong Anwar Ibrahim untuk menggantikan Muhyiddin...

Kerana jika itu berlaku, 15 Ahli Parlimen blok Mahathir sudah tentu akan berpihak pula pada Muhyiddin, kerana agak mustahil Mahathir akan berada dalam satu pakatan yang sama dengan Zahid dan Najib...

Ismail Sabri pula masih gagal mendapat sokongan yang cukup, kerana Bersatu dan PAS pasti tidak mahu menerima kembali blok Zahid dan Najib yang sanggup menjatuhkan Muhyiddin hanya kerana takutkan penjara...

Kecuali Ismail Sabri serta 22 Ahli Parlimen UMNO sanggup keluar parti dan menyertai Bersatu, maka tiada lagi calon lain yang lebih layak menggantikan Muhyiddin selain dari Azmin Ali...

Zahid dan Najib pula pasti mahukan jaminan jawatan jika sesiapa mahu bekerjasama dengan mereka, supaya kes mahkamah dapat diselesaikan segera...

Berdasarkan situasi ini, maka adalah tidak mustahil Muhyiddin akan dilantik semula oleh YDPA, memandangkan tiada calon lain yang layak menurut hemat baginda...

Atau bahasa kasarnya, jika terbukti masih tiada yang layak untuk menggantikan Muhyiddin nanti, maka cukup-cukuplah menekan YDPA dan Istana Negara, jangan pula sampai perkataan 'beruk' terpaksa diucapkan Agong kepada pihak yang tidak tahu erti malu...

Na'uzubillahiminzalik. Wallahua'lam. Allahu Akbar.

@MalayanCyberForces


*****

APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI

Dr. Madhi Hasan

Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12).

Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.

Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan

Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa. 

Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh.

Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.

Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.

(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum

Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.

Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.

(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam

Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an.

Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.

Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.

(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan

Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara. 

Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.

(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan

Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).

Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.

Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis.

Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor.


*****

Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah norma kehidupan manusia. Namun barangkali ia masih belum cukup hebat untuk mengubah norma politik perebutan kuasa.

Sepatutnya ujian besar ini  menyatukan ahli politik utk sama-sama berganding bahu berjuang mengatasi pandemik ini demi kebaikan semua, dan mengenepikan perbezaan politik buat sementara. Tetapi tidak. Ia hanya digunakan untuk mengintai kesalahan pihak lawan untuk dijatuhkan.

Ujian pandemik ini adalah peluang yg diberi Allah untuk semua bekerjasama dan bersatu tekad memperbaiki keadaan, namun karat nafsu politik masih tebal mengaburi kewarasan minda dan tindakan. Hanya mempertahankan naratif dan persepsi masing-masing, yang lain tidak penting dan tiada kompromi.

~ dr saadan man


*****

Kerajaan PN jatuh disebabkan oleh:

Pembukaan sektor perkilangan dan pembinaan ketika pandemik yang:

Menggagalkan Lockdown 2.0 dan 3.0.
Seterusnya menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan kes kematian akibatnya.
Seterusnya Kerajaan PN dilihat gagal mengawal pandemik.
... Dan akhirnya ia menjadi bola tanggung yang menjatuhkan PN.

Jadi rumusannya, buka kilang ketika pandemik boleh menjatuhkan sesebuah kerajaan!

Lain-lain faktor spt isu bantuan kepada rakyat dan krisis dengan istana adalah sampingan. Faktor game politik pihak lain itu biasa.

Apapun terima kasih TSMY atas segala jasa baik selama menerajui Malaysia dan bertahan 18 bulan dalam era pandemik yang sukar.

Semoga pimpinan kerajaan baharu akan lebih efektif dan dapat memimpin negara ke arah yang lebih baik dan cemerlang. Dan pesanan kepada kerajaan baharu, jangan buka kilang waktu lockdown!

~dr saadan man


*****

Aku sokong Abah masa dia mula2 naik dulu. Besar harapan aku masa tu pasal frust dgn PH. Tapi apa yg dia buat?

1. Pilihanraya Sabah utk rampas dari Warisan. Lepas tu kes Covid naik dari September 2020 onwards. Ini dia sendiri pun mengaku.

2. Perlantikan terlalu ramai Menteri/Timbalan Menteri & politicians ke jawatan2 GLC. Membazir. Berapa ramai yg perform pun? U know what the reasons behind all these kan?

3. Darurat dari January sampai hujung July 2021. Apa hasilnya? Kes makin naik, ekonomi makin hancur.

4. Flip flop polisi yg berterusan & perbezaan layanan antara golongan marhaen & kayangan yg ketara.

Cukup lah 4 sebab tu saja. Banyak lagi yg boleh disebut. Fact is, he made grave mistakes. Just because he delivered a touching, emotional "farewell speech" doesn't hide the truth that he failed to manage the country during his tenure. I know some might disagree with me but pls don't put him on the pedestal lah.

You guys might say that this is a global pandemic, semua negara terkesan, opposition politicians gila kuasa kacau dia buat kerja blablabla tapi don't U guys think that there was even a tiny chance that he can manage it just a wee bit better? If he do his job properly don't u guys think his position will be more secure? Basic rule in life. U perform, U stay. U failed, U get booted out lah. Simple as that. Macam Mgr bola juga.

I always try to be fair in all my comments. Aku bukan jenis hentam buta2 saja. I give benefits of doubts. So thank you Abah for managing the country during the most trial time ever in Malaysia. Thank you for all the "Bantuan Rakyat", for the quite efficient vaccination program etc2. U will always be remembered as Malaysia's PM ke 8. Itu sajalah kot.

Siapa pun jadi PM lepas ni, belajarlah dari kesilapan. Tak kira lah siapa pun, even if by any chances Abah dapat naik balik pun aku redho jer. Penat sgt dah. Too much politicking, putting others 1st than rakyat, flipflops policies etc will come back to haunt you. Cakap senang lah kan? Well nak sgt jadi PM kena hadap lah semua tu. Tak lama pun, buat laa elok2 dalam masa tak sampai 2 thn ni. Tak perform kalu PRU 15 nanti siap sedia laa kena humban dgn rakyat. Tu jer nak kabor..

Berkata Benar Walaupun Pahit..

~arif sanusi


*****

Kerajaan PN berundur dgn tertib, teratur dan bermaruah. Masing-masing mengucapkan terima kasih atas kerjasama yg diberikan oleh semua pihak.

Kerajaan PH pula bukan berundur, tapi jatuh "gedebab" hingga mereka terpinga-pinga dan tak sempat nak berkata apa-apa.  Yg terpacul dari mulut pemimpin mereka ialah "haram jadah" dan mengamuk dlm parlimen macam....!!!

Itulah beza akhlak PN dgn PH! Nak sokong PH lagi ka?

~abu sumaiyyah


*****

5 fakta sangkal propaganda ‘Kerajaan PN gagal’
 
LAUNGAN kerajaan gagal terus bergema sehingga ke hari ini. Adakah kerajaan hari ini benar-benar gagal? Ayuh kita lihat apa Kerajaan PN telah buat:

1. Malaysia mendapat pengiktirafan antara negara yang terpantas di dunia mengatasi United States, United Kingdom, Singapura, Jepun dari segi kepantasan pemberian vaksin bagi setiap 100 penduduk.

2. Kerajaan PN berjaya menghapuskan hutang FELDA berjumlah RM8.3 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 92 ribu warga peneroka.

3. Berjaya menaikkan harga paras minyak sawit mentah yang menguntungkan 3 juta rakyat Malaysia sekali gus mampu mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan.

4. KDNK negara meningkat sebanyak 16.1 peratus bagi suku kedua 2021 dan pertumbuhan dijangka akan terus beransur pulih pada suku keempat 2021 serta akan bertambah baik menjelang 2022.

5. Pelan Pemulihan Negara (PPN) kian mula menunjukkan hasil melalui program vaksinasi negara. Di mana kadar kemasukkan pesakit COVID-19 kategori 3, 4 dan 5 semakin menurun di beberapa buah negeri (Sarawak, Labuan, Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Perlis).

5 perkara ini merupakan fakta yang perlu anda ketahui sebelum membuat kesimpulan, Kerajaan PN adalah kerajaan yang gagal. Namun, persoalannya adalah, adakah benar kerajaan gagal ataupun kita yang gagal memahami realiti sebenar cabaran pandemik yang berlaku pada hari ini?

USTAZ ZARIMI ABU ZIH AL-HAFIZ – HARAKAHDAILY 17/8/2021

https://harakahdaily.net/index.php/2021/08/17/5-fakta-sangkal-propaganda-kerajaan-pn-gagal/


*****

https://www.facebook.com/797212753703143/posts/4198581746899543/

PM interim perlu regu yang ada watak pendamai dengan asas Qawiy al Amin

Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) paling layak menjadi regu sebagai TPM kerana ada ciri Qawiy al amin dan watak pendamai yang boleh memperkuatkan MN dan PN

Setelah Perdana Menteri (PM) meletak jawatan semalam, tidak lama lagi negara kita akan mendapat PM interim yang akan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong (YDPA). 

Jika PM interim datang daripada UMNO, regu TPM yang terbaik adalah Tuan Ibrahim Tuan Man. Ini bukan soal parti, tetapi soal masa depan negara, PN dan MN. Sementara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU15) tidak lama lagi.

Kenapa saya berkata sedemikian? 

Pertama, Tuan Ibrahim bebas daripada skandal 3 TA,  takhta, harta dan wanita, yang lazim terdapat pada ahli politik. Jauh sekali daripada skandal seks seperti yang menimpa  beberapa pemimpin lain, sama ada skandal seks sejantina mahupun berlainan jantina.

Kedua, TITM mempunyai watak pendamai. Watak pendamai ini amat penting dalam mendamaikan umat Islam Ketika krisis. Bukan pemimpin lain tidak ada, tetapi markah lebih menyebelahi TITM.

Ketiga, kejayaan TITM menguruskan Kementerian Air dan Alam Sekitar (KASA) walaupun kurang daripada 22 bulan. Tahun pertama menjadi Menteri, berjaya selesaikan perjanjian penstrukturan air tiga negeri. Sedangkan PH gagal selesaikan waima satu negeri sepanjang 22 bulan memerintah. Kejayaan penstrukturan air Pahang telah membolehkan negeri tersebut mengurangkan hutang Persekutuan sebanyak RM2 bilion. Begitu juga negeri Kedah dan Perlis. Kesannya, penghapusan hutang Persekutuan sebanyak RM699 juta (Kedah) dan  RM185.4 juta (Perlis)

Keempat, TITM pandai memilih pasukan berkesepakaran untuk membantu menguruskan KASA. Kepandaian memilih pasukan kesepakaran tanpa melihat ideologi dan latar belakang ini menjadi KASA terserlah. Kadang kala kita lebih memilih pasukan kesepakaran yang hanya pandai membodek dan mengampu. Tetapi tidak kepada TITM.

Kelima, TITM mempunyai hubungan akrab dan memahami tatacara berinteraksi dengan institusi diraja. Saya banyak kali juga berforum sepentas dengan TITM terutama ketika Forum Perdana Ehwal Islam TV1 berada di kemuncak. Sejak dahulu TITM mempunyai hubungan yang amat baik dengan YDPA (istana), terutama apabila melibatkan program agama dengan pihak istana. Sudah tentu TITM disenangi oleh pihak istana.

Keenam, TITM mempunyai watak dan potensi besar dalam menyatukan orang Melayu berhadapan PRU15. Dengan watak dan keperibadian TITM, tidak mustahil TITM boleh menjadi penyatu kepada bukan sahaja Melayu dan bumiputera Sabah Sarawak tetapi juga bukan Melayu (Islam)

Ketujuh, jarang kedengaran semasa menjadi Menteri, beliau mengambil pendekatan ‘menyerang’. Lebih kelihatan fokus kepada agenda menguruskan negara

Banyak lagi watak TITM yang saya kenali secara peribadi. Watak 'orang tua' yang berhemah, kaya dengan senyuman. Cukup sekadar ini dahulu. Bukan mahu membodek. Sekadar luahkan kebenaran meskipun pahit.

Apa yang ingin ditonjolkan adalah, semua ini membuktikan bahawa pak lebai boleh menguruskan negara secara profesional dengan baik jika diberikan peluang. Sifat takut kepada Allah menjadikan pak lebai lebih berhati-hati dalam menguruskan negara, walaupun saya tidak nafikan ada pak lebai yang bernafsu besar.

Mungkin ada dalam kalangan kita tidak bersetuju, tetapi kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju. 

Apapun PM interim dan regunya perlu ada asas utama iaitu al-Qawiy dan al-amin. Inilah yang sukar untuk dicari. Qawiy ialah kekuatan, kemampuan dan kemahiran menjalankan tugas. Manakala al-amin ialah amanah atau bertanggungjawab. Kemampuan untuk melaksanakan dan al-amanah ialah perasaan takutkan Allah SWT dari melakukan pengkhianatan atau kecuaian. Sekiranya dua ciri ini dipastikan, maka sudah tentu tanggungjawab kepimpinan tidak akan dicemari, kebajikan rakyat terpelihara. 

Hari ini, kita ketandusan tokoh untuk memenuhi kedua asas ini, ada memiliki al-qawiy atau kekuatan dan kemampuan tetapi kurang amanah, sementara seorang lagi memiliki ciri amanah iaitu soleh dan bertanggungjawab tetapi lemah atau tidak berkemampuan. Sudah tentu kita amat perlukan kedua-duanya terutama ketika pandemik ini. Moga Allah memberikan keberkatan dengan adanya pemimpin qawiy al amin. Kita tidak mahu lagi pemimpin yang terlibat dengan salah laku, salah guna kuasa, korupsi dan rasuah yang boleh meruntuhkan negara. 

Dalam hal ini, siapa yang lebih layak untuk dipilih sebagai PM interim dan regunya? Malah, saya tidak menolak jika TITM turut boleh dicalonkan sebagai PM interim, demi maslahah agama, bangsa dan negara.


*****

PERDANA MENTERI CARETAKER DAN PERDANA MENTERI INTERIM DALAM BAHASA MUDAH

Perdana Menteri "caretaker" atau Perdana Menteri penjaga adalah Perdana Menteri peralihan, sementara menunggu Perdana Menteri yang baru dilantik oleh SPB YDP Agong.

Perdana Menteri caretaker hanya boleh menjalankan tugas-tugas pentadbiran harian kerajaan berdasarkan akta-akta dan peruntukan kewangan sedia ada.

Dia tidak boleh melantik jemaah menteri, mencadangkan undang-undang dan akta yang baru, atau membuat peruntukan kewangan atau bajet kerajaan yang baru. 

Perdana Menteri caretaker juga tidak boleh melantik atau mengganti pegawai tinggi kerajaan, atau membuat pinjaman kewangan untuk kerajaan.

Dia juga tidak boleh menggunakan peruntukan Perlembagaan Artikel 40 iaitu supaya SPB YDP Agong mendengar nasihatnya.

Secara efektif, YDP Agong tidak perlu mendengar nasihat Perdana Menteri caretaker.

Perdana Menteri caretaker tidak mempunyai kuasa Eksekutif penuh.

Oleh sebab kekangan-kekangan di atas, Perdana Menteri yang baru perlu dilantik dengan segera terutama di masa krisis seperti sekarang untuk membolehkan kerajaan berfungsi dengan kuasa Eksekutif penuh. 

SPB YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri yang baru di kalangan ahli-ahli Parlimen yang pada hemat Baginda mempunyai majoriti.

Sekiranya tidak ada seorangpun ahli Parlimen yang mempunyai majoriti, SPB YDP Agong boleh membubarkan Parlimen.

Namun dalam keadaan krisis COVID-19 yang masih getir ini, pilihanraya umum tidak semestinya diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

YDP Agong boleh mengisytiharkan satu lagi proklamasi dan ordinan darurat untuk menangguhkan pilihanraya selepas Parlimen dibubar.

YDP Agong juga boleh melantik Perdana Menteri caretaker yang baru dalam tempoh pembubaran ini sehingga pilihanraya umum diadakan apabila COVID-19 reda.


*****

PERDANA MENTERI INTERIM

Istilah Perdana Menteri Interim tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu takrifannya bukanlah takrifan undang-undang namun adalah takrifan politik.

Ia bermakna Perdana Menteri sementara yang dilantik oleh SPB YDP Agong untuk masa yang terhad.

Beza Perdana Menteri Interim dengan Perdana Menteri caretaker ialah Perdana Menteri Interim mempunyai kuasa Eksekutif penuh tetapi dengan tempoh yang terhad berbanding Perdana Menteri caretaker yang tiada kuasa Eksekutif penuh.

Perdana Menteri Interim boleh melantik jemaah menteri dan membentuk kerajaan yang baru.

Menghadkan masa Perdana Menteri di bawah tempoh penggal Parlimen (5 tahun) juga tidak ada dalam Perlembagaan. Oleh itu, had masa ini juga bukanlah tertakluk di bawah undang-undang atau Perlembagaan, namun adalah persetujuan politik yang perlu dicapai di antara ahli-ahli Parlimen dan SPB YDP Agong.

Oleh itu, sekiranya persetujuan dicapai, ahli-ahli Parlimen boleh menyokong seorang Perdana Menteri Interim dengan tempoh masa terhad (contohnya 6 bulan atau setahun) untuk menyelesaikan krisis COVID-19 dengan kuasa Eksekutif penuh sebagai Perdana Menteri ke-9. 

Apabila tiba tempoh had masa tersebut (atau lebih awal jika COVID-19 reda) Perdana Menteri Interim tersebut perlu meletakkan jawatan dan menasihati SPB YDP Agong untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihanraya umum seperti yang telah dipersetujui.

ISHAM JALIL
16 Ogos 2021

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/1032771034145087/?d=n

@@@

Saturday, August 7, 2021

MACAM2 ADA

 


DSNR antara figura yg begitu lantang mengkritik PM samada secara sinis, secara direct, ataupun dgn memberi pelbagai pandangan atau cadangan. Namun persepsi yg meletakkan beliau di kelompok kluster mahkamah, menjadikan sgala posting atau tindakan beliau dilihat dlm sudut prejudis di mata umum, walaupun sangat disanjung oleh para penyokong beliau. Berikut ada beberapa posting yg telah tular di medsos, yg dikongsikan bagi menonjolkan dua perspektif yg berbeza untuk sama2 dinilai with no obligation. Sekadar menyumbang kpd big picture kpd sinerio politik semasa. Wallahu'alam.

*****

Saya sanggup sokong kerajaan PN sekiranya ada sesiapa boleh jelaskan kenapa kerajaan PN mengambil langkah-langkah berikut dan kenapa ianya bukan kesilapan amat besar yang terlalu jelas.

1. Bermula dengan bulan Jun 2020. Langkah tidak lagi memerlukan pelawat asing kuarantin di pusat kerajaan tetapi kuarantin kendiri di rumah. Lepas itu, kerajaan U-turn satu bulan kemudian tetapi terlambat sebab varian baharu berjaya masuk dan mencetuskan kluster Sivagangga pada bulan Julai dan Covid mengganas di negeri-negeri utara.

Inilah sebenarnya punca gelombang ini - bukan sekadar PRN Sabah yang berlangsung dua bulan kemudian.

2. Pada bulan Oktober 2020, langkah kerajaan hanya perlukan kurantin kendiri selama 3 hari sahaja bagi mereka yang pulang dari PRN Sabah. Lalu u-turn seminggu kemudian tetapi sudah terlambat.

3. Langkah kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan pada bulan Disember 2020 ketika kes baharu sebanyak 1,600 kes biarpun kerajaan sudah meminta darurat untuk kali pertama sebulan dahulu ketika kes cuma sekitar 500.

Akibat keputusan ini, kes naik ke 2,232 sebulan kemudian. Ini membuka jalan untuk kerajaan meminta darurat sekali lagi pada bulan Januari.

4. Langkah kerajaan tiba-tiba mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat asing daripada 14 hari ke 7 hingga 10 hari pada bulan Disember lalu pada ketika seluruh dunia sedang ketatkan lagi proses kuarantin mereke sebab varian baharu sedang mengganas.

Paling malangnya ialah langkah ini hanya U-turn 5 bulan kemudian pada bulan April 2020.

Masa itu sudah terlambat sebab varian-varian UK, Afika Selatan dan India ataupun dikenali sebagai varian Delta sekarang sudah masuk ke negara.

5. Langkah kerajaan membuat PKP separuh masak pada PKP 2.0 di mana kilang dan tapak pembinaan merupakan penyumbang terbesar Covid ketika itu. Tapi semua sektor lain disekat kecuali sektor kilang dan tapak pembinaan.

Ini seumpama tangan kanan patah tetapi dibalutnya seluruh badan kecuali tangan kanan.

Dan diulangi lagi kesilapan ini bagi PKP 3.0, total lockdown, PKPD dan PPN. Diumum Total tapi dibenarkan 129,000 syarikat dan 1,100 tapak pembinaan seluruh negara terus beroperasi.

6. Pada bulan Februari 2021, Kerajaan umum sekolah dibuka semula pada bulan Mac ketika kes baharu lebih tinggi berbanding masa darurat bermula.

Biarpun kluster-kluster pendidikan semakin banyak setiap hari dan lebih 80,000 murid sudah dijangkit pada bulan April, kerajaan masih teruskan sekolah bersemuka termasuk di kawasan yang sudah dilaksanakan PKP.

Malah ibubapa disuruh jangan risau kononnya kerajaan ada caranya untuk mengawal kluster pendidikan.

Akibat ini, murid sekolah yang tidak bergejala dan sukar dikesan positif Covid membawa balik virus ke rumah masing-masing untuk menjangkit ahli keluarga.

Ahli keluarga pula menular virus ke komuniti sehinga Covid menjadi sporadik di mana-mana.

7. Kerajaan tunggu sehingga penggunaan kapasiti ICU cecah 103% sebelum mengumumkan total lockdown seminggu dahulu pada bulan Jun biarpun KP KKM dan beberapa menteri kerajaan sudahpun memberi amaran bahawa penggunaan ICU hospital sudah membimbangkan seawal bulan April.

Langkah yang lembab ini yang menyebabkan sistem hospital tidak mampu bertahan.

Paling menyedihkan ialah langkah-langkah tersebut adalah terlalu jelas merupakan satu kesilapan besar yang tidak masuk akal ketika ianya dilakukan - melainkan niat ialah untuk membiak Covid supaya ada alasan untuk meminta darurat dan tidak ditamatkan awal.

Setiap kali langkah-langkah di atas dilaksanakan, saya telah berulang-kali memberi amaran bahawa ianya akan membawa parah pada negara tetapi kerajaan tidak mahu dengar.

Ya, pandemik mengancam seluruh dunia tetapi Malaysia tidak jadi antara negara paling corot dalam dunia dari segi Covid dan ekonomi tanpa sebab.

Malaysia tidak menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia di mana makin lama kita berkurung, makin tinggi Covid naik biarpun kerajaan sudah diberi kuasa penuh darurat selama 7 bulan.

Perlu ada seorang yang bertanggung jawab sebab kesilapan-kesilapan di atas adalah terlalu jelas serta tidak masuk akal dan kerosakan serta kehilangan nyawa yang di bawanya adalah terlalu besar.

~DSNR

*****

Siapa boleh jelaskan?

Kluster-kluster pendidikan tiap-tiap hari semakin naik mencanak.

"Kluster pendidikan melonjak 83.3 peratus:
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/04/kluster-pendidikan-melonjak-83-3-peratus/

Tapi kerajaan tetap tak mahu hentikan.

"Ibu bapa jangan risau, KPM ada cara tangani Kluster Pendidikan - Rina"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-bapa-jangan-risau-kpm-ada-cara-tangani-kluster-pendidikan-rina-295007

Kerajaan laksanakan PKP sebab kes dah tinggi dan keadaan kritikal.

Tapi sekolah tetap tak tutup biaprun PKP dilaksanakan.

"Sekolah di kawasan PKP tidak ditutup: KPM"
https://www.sinarharian.com.my/article/134052/BERITA/Nasional/Sekolah-di-kawasan-PKP-tidak-ditutup-KPM

Akhirnya...

"COVID-19: 64,046 kanak-kanak dijangkiti setakat 18 Mei"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-64046-kanakkanak-dijangkiti-setakat-18-mei-299238

Jadi, bagaimana pula Covid tidak tersebar luas ke dalam komuniti dan menjadi sporadik?

~DSNR

*****

Faktor saya suka dan kagum pada Dato' Seri ialah,Dato' Seri kritik secara profesional,sertakan fakta dan bukti,ada graf,ada kronologi,sangat teratur.Yang penting dah kritik Dato' Seri siap bagi penyelesaian.

Dato' Seri tak seperti ahli politik lain,main isu persepsi,serangan peribadi,keluarga,menuduh tanpa hujung pangkal,menuduh meminta mencampuri urusan kehakiman,tapi bukti tak bagi.Kami mahu lihat budaya politik profesional seperti Dato' Seri terus ada.UMNO sahaja yang saya lihat ada ciri-ciri profesional dalam kepimpinannya. 

Kepada semua rakyat Malaysia,nilailah pemimpin dari sudut pencapaian,kebolehan bukan dari sudut emosi.Bila kita nilai dengan akal,maka kita akan dapat pemimpin yang berakal juga.

~ Firdaus Bin Mohammad

*****

Tk payah sibuklah..sedang menteri Umno dan lain lain bertungkus lumus berusaha hapuskan pendemik..

Kamu sibuk buka aib kwn sendiri..ini tk betul itu tk betul..sibuk hancurkan kerajaan yg ada..

Pada hal ..TPM, Mosti, Menteri kesihatan dan Keselamatan adalah dtg dari Umno.. Kerajaan PN adalah kerajaan yg di dominasi oleh umno..
Nk apa lagi..??

Jgn jadikan Ahli Umno Punching bags utk utk agenda pribadi..
Ada 8 MP yg bersama Zahid..nk kemana kamu..??

Bila parliment tutup panggil buka..
Mesyuarat sana sini boleh..bila urusan Makamah tangguh berkali kali..beralasan covid19..

Tk semua org sempurna..
tetapi semua org cuba mencari yg lebih sempurna..

Kebahagiaan, Jodoh dan saat kematian adalah milik Allah..siapa kita hari hari sibuk nk pertikai kerja Allah..

Kata Syaitina Aishah..Org yg buruk bila dia mengatakan diri dia sentiasa baik..

Terima kasih Pada PM, TPM, KKM ,Mosti dan Fronliner..PDRM ,ATM dll..kamu memang hebat walaupun ada sedikit kekurangan..

Allah syg kamu.

~ Abdul Jalil

*****

Surat terbuka untuk Najib Razak

Ghazali Haji Amin

Assalamualaikum WBT

Semoga Datuk Seri dan keluarga berada dalam keadaan sihat walafiat.

Datuk Seri, mutakhir ini kita dapat melihat bagaimana bencana dasyat sedang melanda negara kita dan parti kita UMNO.

Kita ibarat jatuh ditimpa tangga. Sudahlah bencana penyakit yang dahsyat sedang melanda, ditambah pula dengan krisis politik negara yang sedang tegang. Dalam masa sama UMNO turut berkecamuk. Perpecahan yang teruk sedang melanda parti.

Manakala Datuk Seri pula dari seorang mantan PM kini sedang berlakon menurunkan taraf menjadi seorang cybertrooper. Datuk Seri berpura-pura tidak mencampuri masalah yang melanda UMNO sekarang.

Hakikat yang sebenar, Datuk Seri dan isteri adalah tok dalang yang mengarahkan Presiden UMNO melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya untuk memberi tekanan kepada Perdana Menteri, bagi melepaskan kes mahkamah Datuk Seri dan isteri. Termasuklah kes notis bankrap kerana gagal membayar cukai pendapatan kepada LHDN.

Datuk Seri perlu ingat, hilangnya penguasaan UMNO hari ini dari pemerintahan negara berpunca dari Datuk Seri, isteri, Jho Low dan anak tiri Datuk Seri sendiri.

Datuk Seri akan dikenang sampai bila-bila kerana memandu UMNO terjun ke dalam gaung. Sekarang Datuk Seri dan isteri memerah pula tenaga Datuk Seri Zahid Hamidi untuk mengangkat Datuk Seri dan isteri naik ke atas.

Rakyat Malaysia tidak rela untuk melihat Rosmah Mansor kembali menjadi First Lady. Cukuplah beban yang kami ahli-ahli UMNO tanggung selama ini. Kami sudah letih hendak mempertahankan batang tubuh dan beg tangan Rosmah.

Datuk Seri sedang bermimpi untuk menjadi PM interim. Sedar atau tidak oleh Datuk Seri yang telahpun disabitkan kesalahan oleh mahkamah?

Atas asas apa Datuk Seri perlu dilantik ? Jika hendak kata kerana popular di Facebook, Ebit Liew jauh lebih popular dari Datuk Seri. Jika itu dijadikan ukuran, lebih baik Ebit Liew sahaja yang dilantik sebagai PM interim.

Jika hendak dikatakan kerana pengalaman, pun tidak juga. Kerana sejarah telah membuktikan Datuk Seri adalah satu-satu PM dalam negara ini yang membawa sebuah kerajaan kalah PRU. Rekod Datuk Seri sangat teruk.

Datuk Seri cuba hendak menjadi hero dengan memberi idea-idea yang tidak realistik kepada PM di Facebook. Hanya semata-mata hendak memenangi hati rakyat.

Sedangkan jika ditakdirkan Datuk Seri menjadi PM kembali, yang mana idea itu Datuk Seri sendiri pun tidak mampu lakukan. Kisah ini lebih kurang janji manis PH dalam manifesto.

Datuk Seri sedar atau tidak yang Datuk Seri hanya popular oleh beberapa kerat rakyat Malaysia di Facebook sahaja. Tidak di Twitter dan platform media sosial lain. Sebab itu Datuk Seri hanya aktif di Facebook. Di Twitter Datuk Seri tidak berani aktif kerana takut dihentam.

Datuk Seri sedar atau tidak sewaktu Datuk Seri berkuasa dulu, ramai orang meminta Datuk Seri meletak jawatan kerana tiada ketelusan dalam hal 1MDB? Tetapi Datuk Seri buat bodoh hingga BN kalah dan ditamatkan penguasaannya oleh rakyat Malaysia.

Hari ini Datuk Seri pula hendak mendesak PM meletak jawatan kerana gagal mengawal penyakit Covid-19. Datuk Seri hendak tunjuk yang Datuk Seri hebat boleh mengawal Covid dan ekonomi.

Datuk Seri, minta maaflah. Kami tidak percaya Datuk Seri boleh mengawal Covid, benda yang tidak terlihat di depan mata, sedangkan sebesar-besar Rosmah dan Jho Low yang di depan mata pun Datuk Seri tidak boleh kawal. Hingga ranapnya sebuah kerajaan yang paling lama berkuasa dalam dunia, BN.

Datuk Seri dan isteri, bertaubatlah. Usia sudah di penghujung. Datuk Seri dan isteri telah lama berkuasa dan telah memegang pelbagai jawatan.

Orang yang banyak pengalaman kebiasaannya akan mencatatkan kejayaan yang manis ketika telah sampai di puncak. Namun bagi Datuk Seri pula ketika berada di puncak, Datuk Seri menolak UMNO ke gaung. Semuanya kerana mengikut kata isteri.

Akhir kata, kami ahli-ahli UMNO tidak mahu Rosmah kembali berkuasa. Cukup sudah beban yang ditanggung oleh kami empat peringkat dan JR Wanita selama ini untuk menanggung malu dan menjawab isu-isu Rosmah.

Sekian

Ghazali Haji Amin
Ahli UMNO Bahagian Tangkak

@@@

Wednesday, August 4, 2021

KEABSAHAN PM


TSMY cukup bertanggungjawab mencadangkan utk usul percaya di bentangkan di dewan rakyat bagi menentukan once & for all keabsahan dirinya sebagai PM yg punyai majoriti sokongan MP. Isu majoriti sokongan MP ini sering dibangkitkan.


Sekarang PM dah setuju. Itu satu aksi yg gentleman & brani. So apa masalah lagi? Bulan depan settle la kan. Tunjukkan sapa yg ada majoriti sokongan. Apa yg dok gelabah lagi ni?
 
~Ia menimbulkan prejudis bahawa kluster mahkamah yg dok stress dok usha nak lepas tengkuk

~ia menimbul tanggapan knapa dok tak sabar sangat ni, nak tukar PM? Sedangkan PM baru pun tak bisa jamin dpt selesai masalah Covid-19, kepayahan rakyat, dan masalah ekonomi pun.

~nak bersidang skrg sebab takut MP lompat kem. Sebenarnya dua2 kem pun terbuka utk usha dapat sokongan MP atas pagar ni, fair & square.

~ so kesimpulannya, belajar la muhasabah & sabar sikit. Tengok
la sesuatu tu dgn mata lebah yg nampak kebaikan & positif, bukan tengok dgn mata lalat sepanjang masa yg fokus kpd keburukan & hal2 busuk shj.

Wallahu'alam.

*****

What happens now? Ex-top judge answers questions on latest political development.

Gopal Sri Ram addresses a number of issues from whether the prime minister has lost the majority to what happens if he resigns.

Umno president Ahmad Zahid Hamidi yesterday indicated by way of a media conference that at least 11 MPs from the party had revoked their support for Muhyiddin Yassin.

Former Federal Court judge Gopal Sri Ram, who during his years on the bench delivered more than 800 judgments considered as leading legal authorities in Commonwealth courts, answers some frequently asked questions by the public regarding the constitutional and legal aspects of this latest development.

1. Does the announcement by Zahid mean Muhyiddin Yassin’s government has lost the majority?

The announcement of the withdrawal of support outside the Dewan Rakyat is useless, it has no effect in constitutional law.

The proper place to test the confidence is on the floor of the Dewan Rakyat. It is possible that some opposition MPs could support the government.

2. Zahid has said that statutory declarations (SDs) of MPs who revoked their support for the prime minister would be submitted to the palace.

They can send all the SDs to the palace, it does not matter. It is only the floor of the Dewan Rakyat that matters.

An SD is worthless because it is not a floor vote. Losing confidence means losing the confidence of the Dewan Rakyat. Until there is a floor vote that carries a no-confidence motion, the government continues in power.

The government does not fall based on SDs sent to the palace.

3. How does a floor vote take place?

A resolution must be passed for a vote of no confidence in the Dewan Rakyat. What if the MPs who revoked their support change their mind?

There may be opposition MPs who may not want a general election at this time, and who will therefore support the government and defeat the confidence motion.

The usual way in which confidence is tested is by moving a motion to reduce the salary of the PM by RM1. If the motion passes then the government falls because the budget providing for expenses (including the PM’s salary) has failed.

4. How does the prime minister prove or show that he still enjoys the majority?

He can show it in the Dewan Rakyat, such as when the vote on the 2021 budget was carried out last year. The government succeeded, that was the last time a test of support was done.

Only during a Parliament session can the PM’s majority be proven. Any other way shows an ignorance of procedures.

5. Is Muhyiddin legally bound to resign? What happens if he does not resign?

He is legally bound to run the government, and he has to ignore political manoeuvres.

If a motion of no confidence passes, then the PM may ask the Agong to dissolve Parliament.

But the Agong has discretion. If he refuses to dissolve Parliament, then the PM and his entire Cabinet will resign.

It is then for the Agong to send for the person who in his opinion is likely to command the majority of the House and to appoint a prime minister, who will then form the Cabinet.

6. But a minister has resigned.

If one or two ministers resign, he can appoint another minister or ask other ministers to take over that portfolio.

7. Can Muhyiddin be brought to court if he refuses to resign?

No, he can’t be brought to court because there is still no proof of the loss of confidence. Again, it can only be tested on the Dewan Rakyat floor.

8. If Muhyiddin resigns, what is the next step?

If the prime minister resigns, the whole Cabinet falls.

If Muhyiddin wants to resign, he has to have an audience with the Agong and give his reasons. The Agong may not accept his resignation.

This happened when Dr Mahathir Mohamad tendered his resignation last year.

9. Can the Agong appoint an interim PM and administration?

There is no such thing as an interim PM in the Federal Constitution. There is a provision for a caretaker government, but only when the Dewan Rakyat is dissolved. Our constitution does not recognise an interim PM, only a caretaker government.

@@@

Tuesday, August 3, 2021

POLITIK HARI INI

 

   Perutusan PM pada 4/8/2021


Saya seperti jutaan rakyat marhain yg lain mengikuti ucapan secara langsung PM di media tadi untuk mengetahui status politik semasa. Satu pencerahan yg jelas dan bertanggung jawab. Bukan lari drp amanah. Pemimpin yg sangat relevan di musim yg payah ini. Smoga rakyat & negara terus dilindungi dan dilimpahi rahmat Allah. 

Antara intipatinya ialah PM telah mengadap YDPA pada pagi tadi dan menyembah pekenan status politik terkini iaitu penarikan sokongan 12 MP drp umno. 

PM menyatakan bahawa dia masih mendapat sokongan majoriti ahli2 parlimen buat masa ini, jadi isu perletakan jawatan jemaah menteri tidak timbul. 

Keduanya, isu keabsahan sebagai PM yg sering dibangkitkan. PM mencadangkan agar isu ini ditentukan once & for all di dewan rakyat yg akn bersidang pada bulan Sept nanti. PM sendiri akn mengusulkan undi percaya bagi menentukan sokongan MP mengikut undang2 & perlembagaan negara. Dan ini telah dipersetujui oleh YDPA. Bagi saya, ini adalah satu tindakan gentleman dan berani daripada seorang PM.

Kerajaan akan terus berfungsi dan proses pemberian vaksin kpd rakyat tidak terganggu, dan bantuan2 yg telah diumumkan dapat dilaksanakan. Para penjawat awam & frontliners dapat menjalankan tugasan tanpa gangguan. 

Kemelut politik ini sengaja dicetus utk menangguk di air yg keruh, pabila beberapa tuntutan utk mencampuri urusan mahkamah dlm kes2 jenayah telah tidak berhasil.

Berkaitan tuduhan menderhaka, PM menjelaskan tindakan yg diambil adalah utk memelihara keluhuran perlembagaan & institusi raja. Bukan sebaliknya. PM menegaskan utk menjalankan kewajipan dgn jujur dan penuh taat setia kpd raja & negara.

Sebagai konklusi saya lebih cenderung agar pertukaran kerajaan dilakukan secara legitamik dgn memberi mandat pilihan kpd rakyat di PRU-15 nanti. 

Sehingga itu saya berharap agar majoriti ahli2 parlimen sekelian dpt berfikir secara waras dan mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kehendak beberapa politikus yg berkepentingan & penyokong mereka yg rakus & hilang sabar itu, dengan memberikan undi percaya kpd PM utk terus memimpin negara dimusim yg payah ini sehingga tamat tempoh iaitu sehingga parlimen dibubar utk PRU-15 nanti. 

Jazakallah.


***

Kedudukan terkini parlimen:-

1) PN +

  • PPBM - 31
  • PAS - 18
  • STAR - 1
  • PBS - 1
  • UMNO (bukan team zahid) - 26
  • MCA - 2
  • MIC - 1
  • PBRS - 1
  • GPS - 18
  • BEBAS - 4

Jumlah= 103 (kurang 8 untuk majoriti mudah =111/220)


2) PH +

  • PKR - 35
  • DAP 42
  • PAN 11
  • PSB 2
  • MUDA - 1
  • BEBAS - 1

Jumlah = 92 (kurang 19 untuk majoriti mudah=111/120)


***

3) Umno (team zahid) 

Jumlah = 12 (kurang  99 untuk majoriti mudah=111/120)

4) Tun M +

  • PEJUANG - 4
  • WARISAN - 8
  • UPKO - 1

Jumlah= 13 (kurang 108 untuk majoriti mudah =111/120)


***

(A) Jika PN+ bergabung dengan Tun M+ =103+13 = 116 boleh bentuk kerajaan.

(B) Jika PH+ bergabung dengan Umno zahid = 92+12 =104  masih gagal bentuk kerajaan..

Jelas kem Tun M + adalah king maker dan kem ini anti umno zahid..

jika (A) - kerajaan 'Melayu Islam'

jika (B) - kerajaan yg dipimpin oleh bekas banduan 2x, plus DAP anti melayu/Islam &  kluster mahkamah


@@@




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...