KABINET BARU
Malam tadi PM-10 dsai telah mengumumkan barisan kabinet baru kerajaan perpaduan nasional.
Jelas ada feel good factor dlm barisan menteri kabinet yg dipilih. Ditampilkan majoriti nama2 baru memegang portfolio baru. Tidak byk menteri2 terdahulu dikekalkan dikementerian dulu. Tokoh2 yg dipilih adalah dikalangan yg tampak boleh buat kerja, malah sebahagiannya dikalangan yg akan dilantik menjadi senator terlebih dahulu seperti tengku zafrul & datuk naim.
Terdapat juga nama baru first term sebagai YB yg terus dilantik menjadi menteri, satu strategi yg berani. Kedapatan 5 menteri wanita iaitu 17.8% drp 28 menteri.
Manakala dsai juga berjaya meletak org2 pkr yg dia percayai di kementerian2 utama seperti kewangan, ekonomi, dlm negeri, pendidikan, sumber asli, kesihatan, dan komunikasi. Starategi yg mampan.
Cuma one sit back bagi saya dlm membentuk sebuah kabinet yg clean with no controversi ialah perlantikan zahid hamidi (bn) & nga kor ming (dap). Namun bak lagu 'kerna terpaksa', dsai terpaksa 'benci tapi rindu' atau 'ikhlas tapi jauh' dlm percaturan ini.
Ketiadaan nama2 besar seperti LGE, syed saddiq, ismail sabri, kj, dswa, ahmad maslan, dan hishamuddin sedikit sebanyak meredakan keadaan dan dapat difahami.
Di kalangan BN tokoh2 yg dilantik kelihatan sebagai kelompok drp kem zahid, maknanya zahid sebagai strategist membuah hasil. Manakala dap remain in the shadow to cool things down, as part of the successful strategy as well.
Apapun sebagai rakyat marhain, wajar diberi peluang & ruang utk dsai & barisan kabinet baru ini utk beraksi menjalankan tugas dan cuba meletakkan negara di landasan yg betul, memberi kesejahteraan kpd rakyat, seterusnya bisa memacu negara menjadi tiger asia sekali lagi.
Manakala PN sebagai pembangkang mestilah memain peranan besar utk membuat check & balance, dan memberi idea2 atau komen2 yg constructive bagi sama2 menyumbang kpd kestabilan dan kejayaan negara kita. Shadow cabinet juga boleh diwujudkan utk memantau secara lebih fokus. Smoga malaysia akn dpt bangkit drp segala kemelut & ujian yg melanda.
Mungkin prioriti utama ialah utk mengembalikan keyakinan pelabur utk pemulihan ekonomi, menurunkan harga barangan esential, dan mewujudkan peluang2 pekerjaan utk rakyat.
Berikut saya paparkan beberapa artikel menarik yg saya dapatkan di media WA utk tatapan kita semua.
*****
𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗣𝗔𝗗𝗨𝗔𝗡 𝗡𝗔𝗦𝗜𝗢𝗡𝗔𝗟
Perdana Menteri & Menteri Kewangan : Dato' Seri Anwar bin Ibrahim
1. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Kemajuan Desa / Wilayah : DS Ahmad Zahid Hamidi /
2. Timbalan Perdana Menteri & Menteri Perladangan dan Komoditi: DS Haji Fadzillah Jusoh
3. Menteri Pengangkutan : Dato Anthony Loke
4. Menteri Pertanian & Keterjaminan Makanan : Mohammad bin Sabu
5. Menteri Ekonomi : Mohd Rafizi Ramli
6. Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan: Nga Kor Ming
7. Menteri Pertahanan : Mohamad Bin Haji Hassan
8. Menteri Kerja Raya : Alexander Nanta Linggi
9. Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution bin Ismail
10. Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri : Tengku Zafrul Aziz
11. Menteri Pendidikan Tinggi : DS Mohd Khalid Nordin
12. Menteri Sains & Teknologi : Chang Lih Kang
13. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat : DS Nancy Shukri
14. Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup : Datuk Seri Salahuddin bin Ayub
15. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Undang-Undang & Reformasi Institusi) : DS Azalina Binti Osman
16. Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim: Nik Nazmi bin Nik Ahmad
17. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi: Datuk Ewon Benedict
18. Menteri Luar Negeri : DS Zamri Abd Kadir
19. Menteri Pelancongan : DS Tiong King Sing
20. Menteri Komunikasi Digital: Ahmad Fahmi Ahmad Fadil
21. Menteri Pendidikan: Fadhlina Binti Sidek
22. Menteri Perpaduan Negara : Datuk Aaron Ago anak Dagang
23. Menteri Agama : Dato Dr Hj Mohd Naim Hj Makhtar (Ketua Hakim Mahkamah Syariah Sekarang)
24. Menteri Belia & Sukan : Hannah Yeoh Tseow Suan
25. Menteri Kesihatan: Dr Zaleha Mustafa
26. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Urusan Sabah & Sarawak) - Armizan bin Muhammad Ali
***
Politic is the art of the possible …politics is a matter of pragmatism, instead of idealism.
When a leader acts against his or her own stated principles, it’s because they are being pragmatic and seeking out the art of the possible.
And the challenge now is to practice politics as the art of making what appears to be impossible possible.
On rational note, seems DSAI is in control now, …. he silent everybody ( friends & foes) ..he is illustrating his master skill in politic after all Tun M is no more in the premier league and things getting more intresting, as the wind & water will flow in his direction.
*****
I think this is a necessary line up for the time being.
1. Firstly Zahid need to be TPM so he can control the rest of the backstabbers in UMNO. If he loses power he'll lose his UMNO presidency and this Unity gomen will bite the dust. The traitors and backstabbers like Hishamuddin and Ismail are waiting for Zahid to go. So putting him as DPM is a necessary evil.
2. I think the deal with Zahid is Anwar won't interfere with his court case and if he's found guilty he'll have to resign or be replaced. His case plus appeals etc may take another 2-3 years and that buys enough time for Anwar to clean up a lot of shit and put the right people in place.
3. With all the racial nonsense brewing .... PAS & PN are kicking up, this lineup will shut them up. One Indian and 3 Chinese ministers can't take over the gomen nor destroy the Malays for sure. This again is necessary to quell the Malay/Muslim population from more dissention and no reason for them to listen to those towelheads spewing nonsense.
4. This buying time is crucial for Anwar to put things in place. Eventually some ministers will be replaced/removed and by those who can do the job.
5. The key positions that are of utmost importance are held by capable and trusted ppl ie. Finance & Law......no more monkey business.
Right now it doesn't matter how many PKR or DAP ministers appointed. What's important is Anwar is in control.
*****
KABINET PRU-15: ANTARA KECERDASAN POLITIK DAN IDEALISME PERJUANGAN
PM10 telah umumkan senarai kabinet beliau pada malam ini. Pastinya ramai yang akan bercakap tentang hal ini. Bagi saya, ianya adalah satu kabinet yang mempunyai kecerdasan politik (political wisdom) dan bukannya kabinet ideal yang dikehendaki oleh rakyat.
Ramai juga yang akan troll atau menyindir PM10 kerana melantik kluster Mahkamah dalam kabinetnya. Bukan setakat dilantik menjadi Menteri bahkan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah sedangkan semasa kempen PRU-15, lagu nyanyian Altimet ‘hoi hoi ya hoi’ sering mengiringi kempen jelajah mega PM10.
Tidak kurang juga ada yang akan menyindir apabila orang yang kalah PRU-15 dilantik menjadi Menteri tetapi yang menang tidak diberikan jawatan Menteri.
Pertamanya, pelantikan ini dibuat secara sah mengikut peruntukan Perlembagaan. Perkara 43(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.
Perkara 43(2)(b) pula menyatakan ‘atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen.’
Situasi politik selepas PRU-14 berada dalam keadaan tidak stabil. Dalam tempoh 5 tahun, 3 orang Perdana Menteri telah dilantik dan kita semua tidak mahu keadaan yang sama berlaku selepas PRU-15.
Sebelum PRU-15, semua parti sama ada PH, BN atau PN masing-masing berharap supaya mereka dapat memerintah bersendirian dan dapat menguasai sekurang-kurangnya 112 majoriti ahli Dewan Rakyat.
Namun, qada’ dan qadar Allah SWT mengatasi perancangan manusia dan perancangan Allah itu yang terbaik. PH hanya mendapat 82 kerusi, BN mendapat 30 kerusi dan PN mendapat 73 kerusi. Mahu tidak mahu, BN adalah 'king maker' dan mana-mana pihak yang ingin membentuk kerajaan perlu mendapat sokongan BN. Kewujudan undang-undang anti lompat parti menyukarkan mana-mana pihak untuk membeli sokongan mana-mana ahli Dewan Rakyat secara individu.
Justeru, PM10 pastinya menerima takdir Allah ini dan ditakdirkan PH + BN = 112 kerusi majoriti. Maka PM10 bertindak pantas untuk menghulurkan salam perdamaian dengan BN untuk membentuk kerajaan. Inilah yang menjengkelkan pemimpin PN kerana mereka gagal menjadi kerajaan walau pun dijaja kononnya PN sudah mendapat sokongan 115 ahli Dewan Rakyat. Malah, pada malam pengumuman keputusan PRU-15 pun Presiden PAS membuat sidang media menyatakan PN sudah boleh membentuk kerajaan.
Perkara yang paling penting selepas PRU-15 ini adalah kestabilan politik. Pelantikan Menteri Kabinet ini adalah refleksi kepada kestabilan politik. Kegagalan memahami dinamika politik akan menyebabkan kerajaan perpaduan ini tumbang kerana penebuk-penebuk atap pastinya akan berusaha sedaya upaya untuk menebuk atap kali kedua.
Mungkin sebab itulah PM10 telah mengatur jemaah Menterinya seumpamanya ini. Pelantikan Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri akan memastikan bahawa kerajaan ini stabil. Kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN memastikan 29 orang MP BN yang lain akan sentiasa mengikut disiplin parti.
Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Haji Hasan juga dilantik menjadi Menteri Pertahanan. Tambahan lagi, pelantikan Zambry Abd Kadir yang juga Setiausaha BN sebagai Menteri Luar Negeri juga dilihat sebagai usaha untuk mengukuhkan kestabilan politik ini. Ketiga-tiga mereka ini adalah kunci kepada kestabilan kerajaan PM10.
Dengan pelantikan 6 Menteri daripada BN ini hampir pasti bahawa PM10 akan menjamin undi percaya kepadanya pada 19 Disember 2022 akan memihak kepadanya.
Oleh itu, sebenarnya PM10 masih mengekalkan kehendak rakyat untuk tidak melihat kluster Mahkamah dalam kabinet kerana Lim Guan Eng dan Syed Sadiq tetap tidak dipilih untuk menjadi Menteri dan pelantikan Zahid Hamidi ini boleh dianggap sebagai pengecualian kerana faktor kestabilan politik.
Hanya yang agak sukar difahami oleh rakyat adalah pelantikan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri MITI. Ini kerana beliau telah kalah dalam PRU-15 di tangan Dr Dzulkefly Ahmad dan yang menang pula tidak dilantik.
Beliau juga dilihat sebagai bukanlah orang yang boleh memainkan peranan untuk membawa kestabilan politik. Begitu juga, pelantikan orang bukan politik iaitu Mohd Naim Hj Mokhtar sebagai Menteri Agama dilihat tidak mewakili mana-mana parti politik.
Namun, jika kita membaca kembali peruntukan Per. 43(1) Perlembagaan itu kita akan fahami bahawa pelantikan Menteri mesti mendapat perkenan YDPA dan mungkin YDPA sendiri yang memerlukan Tengku Zafrul untuk menasihatinya dalam hal MITI.
Mungkin juga YDPA melihat betapa politik agama dan perkauman terlalu mendominasi kehangatan iklim politik negara maka dipilih individu yang tidak berparti untuk menjadi Menteri Agama.
Mohd Naim juga bukanlah orang yang asing kerana beliau sebelum ini menjawat jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dan pastinya banyak isu-isu berkaitan Mahkamah Syariah yang perlu diselesaikan sekarang.
Seperkara lagi yang harus diingati adalah bahawa SEMUA Menteri ini mempunyai tanggungjawab kolektif (collective responsibility) dan tidak boleh bertindak sendirian. Diharapkan prinsip tanggungjawab kolektif ini akan sentiasa menjadi amalan semasa membuat keputusan dan dasar kerajaan.
Akhir kata, kita berharap semoga PM10 dan pasukan Menteri yang dilantik ini dapat membawa kestabilan politik dan dapat membawa ekonomi negara ke arah yang lebih baik untuk tempoh masa 5 tahun yang akan datang.
Dr Zulqarnain Lukman
02 Disember 2022
@@@