Please CLICK

Sunday, July 27, 2025

DEMO 26 JULY



Negara menyaksikan satu perhimpunan rakyat di ibukota pada 26/7/2025. Temanya ialah Turun Anwar. Kita raikan perhimpunan aman yg di benarkan dlm perlembagaan negara. No issue here. Kita sama2 raikan hak rakyat dan proses demokrasi.

Ini mengembalikan nostalgia saya di tika berada dlm demo2 jalanan di masa lalu termasuklah sebagai simpati kpd AI dan perjuangannya. Demo jalanan ini bukan asing dlm kamus pmx. Justru pmx wajar raikan dan memberi sepenuh kebebasan kpd rakyat bersuara.

Namun disebalik kebenaran yg diberikan oleh pmx utk demo 26 july, masih juga berlaku beberapa insiden yg cacat dan mengulangi skrip2 lama. 

Antaranya, pentas yg diberikan kebenaran oleh pdrm utk didirikan di tepi dataran merdeka telah dirobohkan oleh dbkl. Sekadar nak bagi sedikit kepayahan, tidak mahu ucapan2 panas yg berlaku dipandang grand scale agaknya.

Propaganda di media milik kerajaan perihal jumlah kehadiran. Katanya hanya 18,000 org utk menggambarkan tak ramai rakyat yg support. Hakikatnya ratusan ribu yg hadir. Ini taktik lama yg di ulang kitar.

Seorg menteri juga siap bagi press release menyatakan lambakan sampah sarap berjumlah 20 tan terhasil slps perhimpunan itu. Hakikatnya kawasan perhimpunan di cuci bersih drp elemen sampah sarap oleh para sukarelawan dan unit amal. Satu disiplin yg wajar dicontohi. Tapi imej buruk juga yg mahu digambarlan kpd orang ramai. Taktik lama yg terus dikitar semula. 

Seolah ikhlas tapi jauh dlm meraikan perhimpunan suara rakyat ini.

Antara poin2 yg disuarakan pada demo rakyat kali ini ialah;

Rakyat terhimpit dgn peningkatan  kos hidup yg tinggi tak sejajar dgn kadar peningkatan pendapatan. Sgala janji manis pmx dan pemimpin2 di blok beliau nampak tidak dilunaskan. Rakyat melihatnya sebagai cakap tak serupa bikin. Atau apa yg dijanjikan itu bohong belaka.

Apa yg berlaku untuk meringankan beban rakyat seperti harga minyak turun, hutang ptptn di write off, cukai2 yg tidak membebankan rakyat, dan yg sewaktu dgnnya tidak dilaksanakan. 

Sebaliknya pelbagai subsidi utk barangan asas telah dihapuskan menyebabkan harga barang secara amnya terus meningkat, tiada yg menurun.

Pelbagai cukai juga diperkenalkan dan dinaikkan kadarnya. Sudah tentu harga barangan juga akan meningkat bagi menampung kenaikan kos. Hence, peningkatan kos hidup terus menekan rakyat.

Pelbagai pelaburan dari luarnegara yg di war2kan setiap kali pmx pulang dari luarnegara juga masih tidak menjadi realiti. Ia kekal sebagai pelaburan2 yg ada potensi. 

Hutang baru negara juga sudah melebihi RM200 Bilion sepanjang 2.5 tahun tenure pmx. Jumlah yg jauh lebih besar drp zaman2 pm terdahulu. Ini satu petanda yg sadis.

Juga peruntukan2 basic yg tidak diberikan kpd semua MP di blok pembangkang, sedangkan hampir keseluruhan mereka mewakili kawasan2 majoriti melayu. Ini juga teknik kitar semula yg dulunya sangat ditentang atas dasar tak adil oleh pmx. Sebenarnya taktik ini nak bagi payah kpd MP pembangkang utk serve rakyat di kawasan parlimen mereka. Agar nxt pru rakyat akn rejek MP pembangkang sebab tak bagi untung kpd rakyat. Maklumlah MP takde duit. Sedangkan semua benda pakai duit zaman skrg.

Dimomokkan negeri2 pembangkang seperti terengganu, kelantan, kedah, dan perlis terpaksa mengharap ihsan bantuan kewangan drp pmx, hatta utk byr gaji penjawat awam.

Be gentlemen la. Setiap peruntukan kerajaan persekutuan utk kerjaan negeri, wajar dilunaskan dan secara ontime. Ini hak yg termaktub dlm perlembagaan perihal tanggungjawab kerajaan persekutuan kpd seluruh kerajaan2 negeri di malaysia. Contoh la peruntukan yg telah termetrai dlm budget negara, kena di release pada bulan jan, tiba2 bulan jun baru dapat. Tak ke haru.

Pertama, kita kena faham juga tanggunjawab krajaan persekutuan kpd krajaan2 negeri dari segi kewangan. Krana sgala kutipan cukai adalah sumber income krajaan persekutuan. Sebab itu TMJ mintak balik 25% drp kutipan cukai dari negeri johor utk mempercepat keperluan negeri itu. 

Jgn la setiap kali PMX umum bantuan kpd kelantan, di ibaratkan dtg dari acct bank personal pmx.

Kedua, himpunan 26july itu adalah teguran keras kpd pmx akn ketidakpuasan hati rakyat akn sgala janji2 pmx yg gagal dia tunaikan setelah menjadi pm. Yg secara direct nya utk reflect bahawa pmx tidak mampu dlm tugasannya. Jadi kalau gitu turunlah utk diganti oleh pemimpin lain. Itu sebagai protes, sebagai isyarat. Mmg la kalau ikut buku, kena jatuhkan dgn undi tak percaya di parlimen, atau tunggu nxt pru.

Lastly, AI adalah jaguh dlm menyemarak himpunan atau protes jalanan tika dia di blok pembangkang dulu. So pmx wajar raikan perhimpunan seumpama ini di sepanjang tempuh dia masih jadi pm ini. Look at it positively. Tanpa himpunan2 besar sebegini dulu, mungkin pmx masih lepak kat sg buloh. Wallahu'alam.

@@@

Wednesday, July 23, 2025

MATLAMAT PAS



Memahami matlamat dan sejarah perjuangan sesuatu parti politik adalah penting agar kita tidak turut membabi buta atau sekadar mengikut tanpa asas ilmu yg kukuh.

Sebab itu seseorang itu wajar menghayati apa sebenarnya pegangan kita dlm sesuatu perjuangan politik atau dlm kita memberi sokongan padu kpd pemimpin.

Saya membaca artikel ini di satu posting FB, dan saya rasa ia sangat bermaklumat dan bermanfaat. Justru saya ingin kongsikan di blog politikus ini bagi menyebarluas kpd masyarakat umum. Smoga sejarah dan matlamat PAS dpt sedikit sebanyak kita fahami.

Dan saya sendiri kini faham mengapa sudah ramai bekas pemimpin dan ahli PAS yg tercicir di tgh jalan dan memilih wadah selain PAS. Rupanya itulah proses yg Allah tetapkan bagi menapis barisan kepimpinan dan keahlian sebuah perjuangan menuju kpd islam yg memerintah, bukan islam yg diperintah.

Sehingga kini PAS sudah menjadi sebuah parti yg menjadi pilihan org islam dan org melayu yg terbesar di malaysia melebihi parti2 lain. Jumlah MP drp PAS di parlimen adalah yg teramai berbanding parti2 politik melayu/islam yg lain. Ini menunjukkan betapa signifikan PAS dlm geopolitik di malaysia.


******

PAS ditubuhkan tahun 1951 oleh para penggerak Islam, dari kalangan ulama dan ilmuan berbagai bidang dan tokoh masyarakat yang terawal menentang penjajah.


Tujuannya untuk menyambung perjuangan Islam, berdakwah dan berpolitik untuk meneruskan gerakan islah dan tajdid.


Anggotanya termasuk yang miskin dan dipandang hina oleh masyarakat umum namun tetap menyumbangkan doa dan tenaga dengan ikhlas tanpa terlibat dengan pertandingan pemimpin dan meminta menjadi calon dan jawatan.


Kesemua mereka tetap pendirian walaupun tidak dipilih dalam mesyuarat agung atau muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan raya dan tidak mendapat projek dan balak tetapi tidak merajuk dan terus beristiqamah.


Hal ini menjadikan mereka dipelihara Allah bersama keikhlasan walaupun dianggap bodoh. Mereka yang merasakan dirinya sangat bijak tanpa hubungan erat dengan Allah pasti tidak selamat dengan rasa bijaknya sahaja. Mereka tidak mampu mengubah dasar, mengalih matlamat kerana ingin mencapai cita-citanya yang segera menggunakan PAS.


Sesiapa yang terkeliru tidak mengikuti PAS daripada awal dan hanya memintas di tengah jalan hanya rakus untuk menang dunia sahaja.


Sesiapa yang tidak istiqamah di atas aqidah, dasar dan matlamat pasti berundur, melompat, terlompat atau dilempar keluar daripada jemaah.


Bagi sesiapa yang hanya ingin berlakon, Allah Maha Mengetahui bahawa dia hanya pelakon dan akan dikeluarkan tanpa diduga dan disangka bersama pelakon tambahannya. Sesiapa yang mengubah PAS lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga.


Allah telah menetapkan ciri-ciri kepada kumpulan Islam yang dinamakan umat di dalam kalangan umat Islam yang besar dan umat manusia yang lebih besar termasuk bukan Islam yang wajib diselamatkan dengan rahmat Allah daripada Islam.


Firman Allah SWT, Surah Ali-Imran ayat 104 :


"Dan hendaklah ada di kalangan kamu (orang-orang yang beriman itu), satu ummah (kumpulan) yang berdakwah kepada kebajikan (Islam semua ajarannya) dan yang menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran. Merekalah orang-orang yang mendapat kejayaan (dunia dan akhirat)."


Ayat ini dibaca dan ditulis ketika PAS ditubuhkan. Ini boleh dilihat dalam buku Umat Islam dan Parti Islam, karangan Al-Marhum Ustaz Ahmad Azam, yang diterbitkan sebelum merdeka apabila PAS masuk kedalam gelanggang politik.


Firman Allah, Surah An-Nur ayat 55 menafsirkan maksudnya :


"Allah telah berjanji kepada kalangan orang-orang yang beriman daripada kalangan kamu dan mengerjakan amal yang soleh, bahawa Dia jadikan mereka golongan yang memerintah dibumi, sebagaimana dikurniakan kepada kalangan dahulu daripada mereka.


"Di mana Allah menjadikan agama yang diredainya (Islam) untuk mereka, berkuasa dan Allah menukarkan keadaan daripada mereka berada dalam ketakutan kepada keamanan. Mereka memperhambakan diri kepada Allah, dan sesiapa yang kufur selepas itu, maka merekalah orang-orang yang fasik."


Janji yang tidak diketahui jarak masa dan perjalanannya, sehingga Nabi Nuh AS dan segelintir pengikut menunggu selama lebih sembilan ratus tahun, diikuti oleh para Rasul selepasnya bersama umat masing-masing, inilah adat perjuangan Islam.


Mereka yang tidak tahu adat ini akan pasti lari lintang pukang kerana tidak nampak penghujung perjalanannya dengan mata kasar, sama seperti makhluk yang matanya sama aras dengan perutnya maka berfikir dengan isi perut, tidak dengan akal.


Mereka yang menghayatinya sanggup menunggu sehingga mati, walaupun dia tidak sempat melihat kejayaannya di masa hayat, mungkin cucu atau cicitnya beberapa generasi, namun tetap beriman kepada janji Allah yang tidak tamat riwayatnya dengan kematian seseorang.


Hal ini samalah seumpama kisah filem yang tamat dengan kematian heronya atau sekadar sampai ke Putrajaya sahaja. Kerana harapan perjuangan Islam hanya penerimaan Allah dan redanya yang tidak perlu diperbaharui atau dipinda dan diubah.


Firman Allah, Surah An-Nisa' ayat 104 :


"Jangan kamu berasa hina atau lemah ketika menghadapi penentang kamu, sekiranya kamu menderita kesakitan, mereka juga berada dalam kesakitan yang sama, namun keadaan kamu berbeza, kerana kamu berharap daripada Allah apa yang mereka tidak harapkan."


Rasulullah SAW telah mentafsirkan ayat-ayat ini dalam perjuangan Islam bersama masyarakat majmuk di masa kumpulannya paling lemah ditindas di Makkah tanpa Negara dan ketika paling kuat bernegara sehingga membebaskan Makkah, dengan huraian mengikut panduan Allah bertonggakkan umat Islam dalam jemaahnya dahulu.


Bersatu dengan aqidah, dasar dan matlamat, bekerjasama dengan kawan dan lawan termasuk bukan Islam sehingga bermaaf apabila mencapai kemenangan, menjadikannya tidak sama dengan perjuangan yang lain.


Beristiqamah dengan makna teguh tidak berganjak dalam perkara thawabit (aqidah, dasar dan matlamat). Murunah (anjal, atau boleh menerima perubahan dan perbezaan) dalam perkara mutaghayyirat (menerima perubahan) dalam perkara pendekatan, uslub dan strategi.


Ia perlu diteruskan sehingga Islam menunjukkan rahmat kepada masyarakat majmuk, berbilang bangsa, agama dan budaya dalam keadaan Islam memimpin bukan mengikut telunjuk pihak lain.


Di samping berpadu dan bersama dalam perkara Thawabit sehingga tidak diizinkan berpecah pendapat. Berpadu juga dalam perkara Mutaghayyirat walau pun berbeza pendapat dan berkhilaf dalam urusan berparti atau berjemaah.


Tetap patuh dan setia kepada jemaah apabila sudah menjadi keputusan dalam berjemaah oleh kalangan yang  pendapatnya tidak diterima walaupun sehingga dirinya ditolak, tidak dilantik lagi atau dipecat, juga tetap bersama jemaah.


Tegasnya seseorang dan kumpulan dalam berjemaah tidak diizinkan berdegil dengan pendapatnya apabila sudah ada keputusan jemaah, inilah adab dalam kumpulan Islam sepanjang zaman. Barang siapa yang tidak berpegang kepada adab ini maka tidak layak bersama jemaah.


Maka lebih malang nasibnya kalau menunjukkan sifat menolak kalau tidak memilih dirinya, dengan sendiri mendedahkan isi hatinya bahawa dia bersama jemaah kalau dipilih berada di atas, dan tidak pula bersedia berada di bawah.


Rasulullah SAW pernah menerima pandangan orang lain dalam perkara bukan wahyu dalam peristiwa Badar dan sanggup menerima pandangan lain juga dalam perstiwa Uhud dan inilah ketetapan Allah walaupun pandangan itu menyebabkan gugurnya para syuhada yang ramai dan ramai pula mendapat kecederaan, termasuk batang tubuh Rasulullah SAW.


Bandingkan diri kita dengan Saad bin Ubadah RA yang dilucut jawatan oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa Fathu Makkah, Khalid bin Al Walid RA yang dipecat oleh Khalifah Umar RA tetap bersama saf perjuangan sehingga wafat.


Begitulah juga Ka’ab bin Malik RA kerana tidak menyertai perjalanan ke Tabuk sehingga diambil tindakan disiplin dipulau beberapa bulan, tidak keluar daripada jemaah dan tidak menerima tawaran Raja Ghassan supaya meninggalkan jemaahnya. Rasulullah SAW bersabda bahawa secupak bijirin yang disumbangkan oleh sahabatku tidak sama dengan sumbangan generasi kemudian walaupun emas sebesar bukit Uhud.


Mustahil ada kalangan ahli PAS yang menyumbang sebesar bukit Uhud, maka jangan tunjuk kita lebih kuat daripada sahabat Rasulullah SAW.


Mereka yang tidak merasai kemanisan perjuangan Islam bersama fadilatnya tidak akan merasai hakikat ini. Mereka yang merasai kemanisan iman dalam perjuangan dapat membezakan di antara kawan dan wali, boleh berkawan dengan kalangan DAP dan sepertinya tetapi tidak boleh berwalikan DAP, kerana tidak beriman dan budiman.


Mereka yang tidak ada kefahaman dan kemanisan tersebut sanggup hidup dan mati bersama kalangan DAP dan yang sewaktu dengannya kerana tidak membezakan di antara kawan dan wali.   


Kepada sesiapa yang tidak berkenaan PAS sila baca firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra', ayat 36:


"Dan jangan kamu mengikut (atau bercakap atau menulis) apa-apa yang kamu tidak ada ilmu berkenaannya, sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan fikiran kamu semuaya akan disoal Allah secara bertanggungjawab dengan amanah ilmu."

 


ABDUL HADI AWANG 

Presiden PAS.


@@@

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...