|
Putrajaya milik siapa? |
Alhamdulillah satu
elemen suprise saya temui semasa membaca lembaran demi lembaran di akhbar Sinar
Harian pada pagi ini. Saya lihat ada banyak iklan2 politik terpahat untuk
tatapan umum dari calon2 PRU13 termasuklah daripada PAS, PKR, DAP dan Bebas.
Ini sesuatu yang bagus. Sekurang-kurangnya lari dari stereotype mengampu tahap
melampau akhbar2 arus perdana yang lain. Saya doakan akhbar ini akan terus laris
menjadi akhbar pilihan rakyat.
Di muka 8 dan 9
terpapar advertorial dari calon PR P-125 Putrajaya iaitu Husam Musa. Husam
menyatakan bagi mencapai cita-cita membangunkan Malaysia sebagai Negara berkebajikan
dan selepas mempertimbangkan pandangan dan aspirasi penjawat awam Negara,
dengan ini PR memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 untuk penjawat awam iaitu
dengan mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing,
amanah dan menjunjung cita-cita Negara Malaysia mencapai world class delivery
system.
Calon BN Putrajaya Tg Adnan pantas menngingatkan warga Putrajaya agar tidak termakan dengan janji kosong pakatan pembangkang. "Mereka tidak perlu ajar kami perkara yang sudah lama kami uruskan. Dah lama kami buat dan kami sudah lakukan yang terbaik untuk rakyat," katanya. Respon yang agak typical dari BN kepada setiap usha atau plan perancangan PR.
Apapun antara poin penting Deklarsi
Putrajaya 2013 ini ialah:
- Bayaran gaji berasas
bilangan minggu yang memberikan tambahan satu bulan pendapatan.
- Pinjaman perumahan
tanpa faedah.
- Pendidikan mesra
penjawat awam.
- Pencen pilihan.
- Belajar semasa tempoh berkhidmat.
- Menyerap ke jawatan tetap
bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat
perkhidmatan awam.
- Membangunkan sector perkhidmatan
awam menuju standard kelas dunia.
- Pertukaran dan
penerapan penjawat awam berteraskan mesra keluarga.
- Perlindungan insuran
bagi penjawat awam di semua agensi penguatkuasaan seperti kastam, polis,
tentera dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka
dihargai sepenuhnya oleh Kerajaan.
- Pengecualian cukai
pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuan memberikan pendapatan
benar yang lebih besar.
- Menyelaras gaji pegawai
dan kakitangan penjara sama seperti anggota sama seperti yang diamalkan sebelum
ini.
- Mengkaji untuk
menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari
jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah.
- Elaun cola tidak
dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di
Putrajaya.
Husam menambah, dua
minggu ini saya di Putrajaya telah membolehkan saya mendengar rungutan,
keluhan, masalah, isu dan pandangan serta harapan warga Putrajaya. Selama ini,
masalah dan isu warga Putrajaya dianggap sepi dan remeh. Putrajaya yang indah,
dirangka menjadi kota bertaraf dunia dengan pelbagai jolokan: Intelligent City,
Smart City, World City dan lain-lain. Malangnya terdapat ruang kecacatan
berhubung keperluan fizikan dan spiritual insane yang menghuninya.
Husam Musa bagi saya
memberi harapan baru kepada penjawat awam dan para penduduk di Putrajaya. Mitos
penjawat awam mesti memilih BN sudah boleh dikuburkan. Usah takut untuk
bersama-sama dengan Husam Musa membawa pembaharuan dan terus moving forward
meninggalakan politik sempit BN yang masih kekal memomokkan warga Putrajaya dengan
politik ugutan dan fear factor. Ayuh marilah bangkit untuk menajadi sebahagian
dari pencipta sejarah untuk merobohkan mitos sesat itu. Yakinlah PR sebagai
harapan baru seluruh rakyat Malaysia. PR sudah membuktikan keupayaan meraka
dalam mentadbir empat negeri dengan penuh jaya dan bergaya walau ditindas oleh
BN tahap melampau.
Ini Kali Lah UBAH !!
Berikut saya kongsikan
luahan seorang pegawai kerajaan untuk merangkumkan segala keresahan, kongkongan,
tekanan emosi selama ini dan ingin menterjemahkan kepada sebuah harapan baru yang
lebih munasabah dan baik.
*****
Apabila penjawat awam
di Kementerian XXX menulis :
Pilihanraya ni adalah medan untuk mereka yang
bertanding menawarkan kaedah terbaik bagi mereka mentadbir Negara, jadi aku
lihat manifesto serta kelayakan calon dan parti yang bertanding. Kelayakan ini termasuklah
juga track record serta sedekat mana mereka dengan ciri-ciri pemimpin mengikut
acuan Islam.
Lagipun, kita orang Islam buat keputusan kena
fikir sampai hari Akhirat sebab banyak ayat Al-Quran sebut tentang pengikut
akan disusun ikut pemimpin yang mereka pilih masa di dunia & lepas tu ikut
saf Nabi Muhammad. Kalau pemimpin yang dipilih nanti dibangkitkan dalam group
lain daripada saf Nabi, apa pula harapan pengikut? Jadi, neraca aku sebagai
orang Islam senang.
So, siapa akan aku pilih? Setakat ini sebagai
penjawat awam, jujurnya manifesto PR utk penjawat awam yang dinyatakan oleh
Dato Husam bila bertanding di Putrajaya amat menarik sebab ia dibuat
betul-betul memahami isi hati aku.
Pertama, soal rumah. Rumah mahal satu hal, tapi
bila buat pinjaman kerajaan pun kena ada caj & faedah pula. Dato’ cadang
kalau PR menang, faedah & caj pinjaman ni mereka akan buang sebab tak logik
orang kerajaan kerja untuk kerajaan dan rakyat, tapi kena caj atas benda-benda
tu. Lainla kalau buat loan bank sebab bank tu buat bisnes.
Kerajaan Kelantan yang bajet terhad tu pun dah
lama buat, x bankrap pun negeri, so bagi aku realistik. Lepas tu Dato’ janji,
kalau PR review balik cara urus kewangan negara & boleh tutup kebocoran
berpuluh billion setahun spt yang Ketua Audit Negara bagitau, PR bercadang nak
bagi 4 bulan bonus kepada penjawat awam utk tahun pertama perintah. Honestly,
aku ragu juga betul ke boleh buat? Tapi kerajaan sebelum ni pun x pernah bagi
lebih 2 bulan, so nak juga aku tengok & nothing to lose pun. Pikir-pikir
balik – kutipan cukai LHDN diumum setiap tahun naik berbillion, member-member
dalam kompeni kerajaan seperti Petronas, TNB, Telekom, PNB, ada yang dapat
bonus sampai 6 bulan, padahal tu kira hak kerajaan & hak rakyat macam aku
jugak, kenapa kemakmuran tu x boleh dikongsi dengan adil?
So, aku akan pilih PR sebab nak tengok setakat
mana diorang boleh bagi. Staf aku yang 41 kebawah pulak akan dikecualikan
income tax. Make sense sebab ada staf bawahan aku ni terpaksa buat dua kerja
cashier kat Tesco, meniaga pasar malam nak tanggung family. Relief2 mcm ni
campur janji PR utk toll free, air free 20cubic, kurang2 boleh bantu depa utk
stay malam di rumah didik anak2, produktiviti pun meningkat sbb fokus satu
kerja aje. Yang terbaru, PR nak bayar gaji ikut minggu yang lebih adil kerana
rupa-rupanya ikut sistem gaji bulanan sekarang, setahun dikira 12 bulan = 12 x
4 = 48 minggu, sedangkan ikut sistem mingguan, setahun = 52 minggu. Jadi ada 4
minggu dlm sistem skrg yg gaji x dibayar. Jadi, nanti kalau PR naik, kakitangan
awam akan dapat 1 bulan gaji lebih dalam setahun,
Alhamdulillah. Kalau tengok track record, Dato’
Husam & PAS Kelantan antara kerajaan yang mula-mula introduce polisi yang
dekat dengan penjawat awam – hari berkerja 5 hari, cuti bersalin 60 hari, cuti
untuk suami, rumah/quarters wajib paling kurang 3 bilik, pinjaman x ada faedah
etc..so worth it utk aku tgk stkat mana dia perform di peringkat Pusat. Kalau x
jalan, next PRU aku tukarlah.
Tak takut ker? Hehehe..ramai tanya kat aku benda
ni..aku check dgn kawan2 lawyer, sekarang undi 100% rahsia sebab no. siri dah
ditiadakan atas kertas undi. So, apa nak takut lagi? Takut yang mutlak pada
Allah – Dia yang bagi rezeki – Kalau PM & satu dunia nak bagi aku naik
pangkat, tapi Allah kata tak, tak naik. Kalau satu dunia tak nak bagi aku
10sen, tapi Allah kata bagi, dapat.. . Lagipun x ke pelik kena takut. Bahkan
takut itu tunjukkan something wrong dengan system yg ada & sah2 kena ubah.
Tak kenang budi ke? Hehehe..ini satu yg selalu
member2 dok tanya. Jujur, aku berterima kasih dengan kerajaan BN sebelum ni.
Banyak pembangunan fizikal dibuat. Macam Putrajaya ni, infra dia bagus. Tapi
untuk isi dengan benda2 bersifat dalaman ni, aku rasa PAS sbgai komponen PR
lagi layak. Pergi ajelah Bangi sekarang. Sejak PAS & PR pegang Selangor,
aku tengok parking Masjid Hijau tu penuh & sibuk selalu time solat &
kuliah maghrib. Masjid & surau lain pun aku tengok sama. Orang x pergi
surau x nampak la benda2 macam ni kan? .. BN buat sekolah, tapi aku nak PAS
yang isi dengan pendidikan Islam diorang mcm Tahfiz Sains di Kelantan. BN buat
masjid, tapi aku nak PAS yang isi dengan program ulama2 yg boleh menyentuh hati
& didik aku & keluarga.
BN buat highway, tapi aku nak PAS & PR
‘free’ kan dia dari tol mcm Ustaz Hadi Awang bagitau Islam haramkan cukai jenis
pukul rata org miskin & org kaya. Wakil2 rakyat PAS & PKR pun aku tahu
ramai jenis kaki surau. So, aku berterima kasih dengan UMNO/BN, tapi aku lebih
bersyukur pada Allah Taala dgn pilih wakil rakyat ikut acuan Dia.
Tak takut DAP ke? Hahaha… DAP bertanding 51
kerusi aje daripada 222. Nak pegang negara mcm mana? Calon Melayu Islam PAS,
PKR & 2-3 org DAP pun ada 145 orang lebih ramai dari 132 calon Islam dalam
UMNO/BN.
Apa nak takut? Lagipun DAP ini mcm MCA dalam BN
lah. Ada kakitangan awam yang bengang juga dengan DAP sebab kenyataan Tony Pua
yang sebut nak kurangkan bilangan kakitangan yang ada. Tapi aku check dlm
kenyataan Dato Husam terbaru, semua kekal, bahkan yang kontrak pun akan dinilai
untuk ditetapkan jawatan.
Tak takut dengan Anwar ke? Hehehehe…ini pun
satu. Kesian pun ada aku kat Datuk Seri Anwar & keluarga dia. Masa belajar
di MCKK, dia yang tubuhkan Badan Agama sekolah, lepas tu kembangkan ABIM,
sekarang lepas keluar UMNO kena kata macam2. Sejak pemuda, kalau kita google
dia aktif dalam belia Islam Antarabangsa dan rapat dengan ulama2 besar spt Dr
Yusof Qardhawi, Prof. Ismail Ibrahim & Syeikh Jabir Al-Awani.
Memang media
mainkan kata2 ramai kawan2 dia yang tinggalkan dia dan kata macam-macam, tapi
in the end, aku tengok juga bagaimana pembentukan keluarga kerana itu asas
kejayaan seorg lelaki atau suami. Isteri dan anak-anak dia nampak lebih dekat
dengan Islam berbanding ramai kalangan kita pun. Aurat jaga, personality pun
jaga. Nak hipokrit susah benda-benda ni kalau sampai berpuluh tahun.
Ada kawan2 kita yang dok Melbourne bagitau
anak-anak Anwar dihantar sekolah agama Darul Taqwa. Kalau nak jadikan mereka ni
liberalist, pluralist, buat apa hantar anak sekolah agama?
OK lah, ini pandangan aku. In the end, mcm aku
cakap tadi, sebagai kakitangan awam, aku berterima kasih pada kerajaan UMNO/BN
selama ini. Tapi untuk move forward mengisi pembangunan fizikal itu, aku nilai
PAS & PR lagi layak terutama pembaharuan2 mereka utk kakitangan kerajaan
dan juga masa depan Islam.
Chow dulu. Wassalam. Tolong sebarkan.
*****
Justru itu sebagai konklusi untuk para penjawat awam sekelian, keluarlah dari kepompong untuk melihat dunia luar dan realiti politik matang dimana suara rakyat adalah suara keramat yang tidak layak di tong sampahkan tapi wajar diangkat ke martabat yang mulia dan berhemah. Kebangkitan rakyat kini sudah memuncak dan momentumnya tidak bisa dibendung oleh BN lagi. Keluarlah mengundi dan pangkahlah calon pilihan hati without fear or favor. Kita berlawan dengan hujah bukan propoganda murah.
Ini Kali Lah untuk UBAH.
@@@