Please CLICK

Sunday, May 5, 2013

PR Menang Dalam Kalah


PRU13 sudah tamat. Saya agak kecewa kerana harapan rakyat untuk Pakatan Rakyat menawan Putrajaya kali ini masih tidak kesampaian. Kekalahan Husam Musa di Putrajaya dengan majoriti yang agak besar begitu mencurigakan saya. Begitu juga dengan pelbagai magic yang saya dengar berlaku di serata tempat seperti kes blackout, pengundi hantu, dakwat kekal yang tak kekal lama, peti undi hilang, peti undi dilarikan dan peti undi di jumpai tersadai. 

Ini  termasuklah juga strategi pecah undi oleh calon bebas yang banyak,  manipulasi undi pos dan undi awal. Walaupun DS Najib menyatakan tiada sebab pertikai proses pilihanraya. Namun jika menang dengan apa jua teknik penipuan jika wujud, maka kemenangan itu mungkin haram dan tidak pure halalnya. Apakah ia akan diiringi dengan barokah dan rahmat Allah?

Setelah kita kunyah dan hadamkan maka statistik menunjukkan prestasi PR sangat memberansangkan sebenarnya disebalik kegagalan mengubah kerajaan persekutuan. 

  • Kalau pada 2008 kerusi Parlimen: BN 140 & PR 82, kini BN hanya 133 & PR 89 (meningkat 7 kerusi)
  • DUN pada 2008: BN 344 & PR 161, kini BN hanya 275 & PR 230 (meningkat 71)
  • Jumlah undi keseluruhan (popular votes): PRU12 - BN 4 juta & PR 3.7 juta, PRU13 - BN 5.3 juta & PR 5.6 juta.
Maknanya di sini kalau kita lihat BN hanya mendapat 41% jumlah undi keseluruhan berbanding dengan 59% yang diperolehi oleh PR. Siapa yang menjadi pilhan rakyat majoriti sebenarnya? Pakatan Rakyat bukan Barisan Nasional. 

Tetapi al-maklumlah dalam pembahagaian kerusi Parlimen seluruh negara yang kita warisi dalam PRU setakat ini, taburan jumlah kerusi memang di reka untuk tidak menggambarkan taburan jumlah keseluruhan jumlah pengundi (and never will). Itu hakikat pahit yang kena di telan oleh rakyat.

Peratus keluar mengundi PRU12: 8.0 Juta (76%) manakala PRU13: 10.4 Juta (80%)  iaitu tertinggi dalam sejarah PRU

Mari kita zoom-in pada pecahan undian mengikut polarisasi kaum. Jumlah pengundi berdaftar ialah 13.2 juta. Statistik menunjukkan:
  • Melayu 62% : BN dapat 34% sokongan  & PR 28%.
  • Cina 28%: BN hanya 1% & PR mencatat sokongan tertinggi 27%.
  • India 8%: BN dapat 4% manakala PR raih 4% juga.
  • Lain-lain 2%: almost 100% dapat kepada BN.
Maka agak benar ungkapan DS Najib bahwa tsunami kaum cina menolak BN tidak syak lagi memang berlaku di PRU13 ini. Kaum cina di Malaysia sudah tolak BN secara 100%. Kemenangan BN adalah melalui majoriri undi melayu dan kaum bumiputera yang lain. 

Kedah jatuh kepada BN manakala BN berjaya menang tipis dan membentuk kerajaan di Terengganu dan Perak. Manakala kita lihat kepercayaan yang meningkat diberikan oleh para pengundi di P.Pinang, Kelantan dan Selangor seolah-olah mengesahkan penerimaan rakyat kepada corak pemerintahan PR yang amanah dan tidak rasuah. 

Manakala negeri Melaka, N.Sembilan, Johor, Pahang dan Perlis menampakkan pengaruh PR sudah menular dan bukan sekadar di pinggiran lagi. Manakala Sabah dan Sarawak masih menjadi kubu kuat BN walaupun DAP dan PKR berjaya memecah monopoli dengan memenangi beberapa kerusi di sana.

PR sebenarnya boleh lagi mencapai sehingga 93 kerusi Parlimen (tambahan 4 kerusi lagi) kerana terdapat pelbagai kes keraguan melampau yang berlaku di pusat pengundian yang mana petisyen bantahan rasmi akan dibawa ke peringkat mahkamah. 

Manakala di peringkat DUN pula PR boleh mendapat kembali Kerajaan Terengganu dan Perak jika berjaya memfailkan petisyen bahawa apa yang berlaku di beberapa DUN adalah tidak munasabah sehingga boleh mengundang kepada penipuan dalam proses pengiraan kertas undi. PR akan kumpulkan semua bukti2 berkaitan dan akan membincangkan dengan BERSIH dan melawan mengikut saluran undang2.

Trend pengundi urban dan pinggir badan memilih PR nampaknya berterusan. Semua ibu negeri di Malaysia jatuh ke tangan PR kecuali Putrajaya, JB & Kangar. Rakyat yang banyak terdedah dengan informasi daripada media alternatif dan ceramah2 politik telah memihak kepada PR dengan harapan tinggi untuk mengubah dan menundukkan  kerajaan BN yang ada. 

Apakah konklusi dari trending yg sangat menarik PRU13 ini untuk PRU14 akan datang?


@@@

2 comments:

  1. Ulasan yang cantik Pak Jabit. Satu cadangan saya, lain-lain 2% bangsa tu dipecahkan lagi kepada Bangladeshi kerana mereka agak terkedepan kali ini.

    ReplyDelete
  2. TQ Cikli. Ada 2% dalam kategori lain-lain bangsa termasuklah Bangla. Mereka ini majoriti pangkah BN. Yang penting kita ambik semangat kata2 TGNA, "Buatlah segala yang upaya untuk memenangkan Islam di muka bumi ini sebelum bertemu Allah."

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...