Please CLICK

Friday, May 24, 2013

Pejuang Islam


Saya mengikuti olahan oleh seorang Ustaz yang juga seorang aktivitis veteran PAS dari Perak pada sebuah kuliah maghrib perihal kata hikmah no.3 daripada 265 kata2 hikmah dalam kitab al-Hikam yang sudah berusia melebihi 300 tahun yang sangat tersohor dan relevan hingga ke hari ini. Katanya,  “Mendahului oleh cita2 yang hebat tidak boleh merobohkan kota takdir.” Membawa maksud perancangan hebat macam mana pun tidak akan dapat merobah takdir Allah.

Kita selayaknya kena berusha keras tapi kita tidak bergantung kepada usha atau kerja tapi pergantungan kita mestilah 100% kepada Allah. Realitinya walaupun pahit namun kekadang ada kebaikannya, contohnya ubat yang selalunya berperisa pahit boleh menjadi asbab kesembuhan pelbagai penyakit. Sebaliknya sesuatu yang manis pula kekadang membawa keburukan dan mudarat, contohnya boleh mengakibatkan penyakit kencing manis. Takdir Allah tidak akan berubah malah sudah termaktub dan digezetkan sejak azali.

Takdir pula terbahagi dua iaitu bersyarat dan tanpa syarat. Contoh takdir tanpa syarat ialah kematian. Makan ubat pun mati. Orang yang bagi ubat pun mati. Doktor pun mati. Takdir bersyarat pula contohnya ialah kemenangan Islam. Kemenangan Islam tetap akan berlaku tapi ianya bersyarat. Bilakah Islam akan menang? Pada waktu yang Allah tentukan.

Berdoalah nescaya Allah akan makbulkan. Ada kisah seorang hamba Allah yang ditawan oleh perompak yang mengancam untuk membunuhnya. Dia meminta kebenaran mereka  untuk terlebih dahulu menunaikan solat sekadar dua rakaat sebelum dibunuh dan dibenarkan oleh perompak itu. Dalam sujudnya dia berdoa penuh tawadduk agar Allah musnahkan perompak2 itu. Doa itu dimakbulkan Allah pada kadar segera dengan menghantar malaikat membunuh perompak itu. 

Berbeza pula dengan doa Nabi Musa supaya dimusnahkan Firaun. Allah hanya perkenankan doa Nabi Musa 40 tahun kemudian dengan terbunuhnya Firaun dan pengikutnya ditelan Laut Merah.

Doa kita juga kekadang dimakbulkan dengan diganti oleh Allah dalam bentuk yang lain, iaitu yang lebih baik dan sesuai dengan empunya diri. Kekadang Allah makbulkan doa dengan menolak bala atau ujian yang bakal menimpanya.

Maka undang2 atau peraturan kemenangan Islam ialah kita para pejuang kena yakin tanpa syak dan ragu bahawa Islam akan menang. Dalam perjuangan Islam akan sentiasa ada pihak yang menang dan pihak yang kalah. Umpamanya Perang Badar dimenangi oleh pihak Islam manakala Perang Uhud dimenangi oleh puak kufur. Kemenangan memanglah sesuatu yang manis dan diharapkan dalam setiap perjuangan dan pertandingan. Itu hukum alam.

Selepas Perang Badar Allah menurunkan ayat2 peringatan iaitu sesungguhnya Allah tolong kamu kerana kamu lemah dan bilangan kamu yang sedikit. Kamu menang tapi jangan sombong. Kembalilah kepada Allah dan takutlah kamu kepda Allah. Pembahagian harta rampasan perang buatlah elok2 dan dengan adil. Jangan sombong dengan kemenangan. Menghalau rakyat sendiri supaya keluar dari Negara sendiri adalah satu penyataan sombong dan angkuh dan contoh terbaik pemimpin yang sombong dalam meraikan kemenangannya.

Perang Uhud walaupun tewas, Allah menurunkan ayat2 semangat jangan kamu rasa hina dengan kekalahan ini dan jangan terus berdukacita. Kamulah yang tinggi darjat dan mencapai kemenangan hakiki kerana kamu beriman. Kamu menang walaupun mati kerana kamu mempertahankan iman. Kamu hebat walaupun kalah kerana kamu beriman.

Apatah lagi jika kamu kalah kerana manipulasi sistem dan muslihat tipu daya. Ibarat satu perlawanan bola. Kamu mengikut segala peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur  dan pengadil perlawanan. Kamu patuh menurunkan pemain2 yang dibenarkan iaitu para pemain tempatan. Tiba2 pasukan lawan main kotor dengan menurunkan pemain2 import temasuklah dari Bangla, Indonesia dan Filipina. Pintu gol mereka pula dikecilkan supaya menjadi kesukaran melampau untuk menjaringkan gol walaupun kamu punyai striker yang lincah dan strategi yang canggih. 

Tika berjaya menjaringkan gol pula ia dibatalkan oleh pengadil berat sebelah dan dituduh offside atau curi ayam. Dan yang paling tak tahan sekali mereka asyik alihkan tiang gol mereka. Menjadikan kemenangan kamu sebagai mission impossible.

Tapi redhalah pada ketentuan Allah dan tetap yakinlah tanpa ragu akan janji Allah bahawa kemenangan Islam akan dizahirkan. Bila? Allah yang akan tentukan masa dan ketikanya. Tugas para pejuang Islam ialah berjuang nawaitu kerana Allah. Usah bergantung harap pada makhluk tetapi bertwakkal dan bergantung haraplah kepada pencipta makhluk iaitu Allah Yang Maha Berkuasa.

Dengan kembali taat dan patuh kepada segala perintah Allah dan Rasul-Nya maka peperangan demi peperangan selepas Perang Uhud terus membawa kemenangan demi kemenangan kepada Islam hatta berjaya menundukkan kuasa besar dunia kala itu iaitu Rom dan Parsi.

Allah nak buktikan bahawa pejuang Islam ini terdiri daripada orang2 yang betul2 beriman. Setiap kemenangan itu diraikan dengan kesyukuran tidak terhingga kepada Allah. Gunakan nikmat kemenangan itu untuk mendaulatkan Islam. Kalau takut kalah dalam perjuangan maka usah masuk dalam perjuangan. Menang itu adalah anugerah Allah dan kalah itu ujian Allah.


@@@

2 comments:

  1. sewajibnya beriman serta yakin pada kepastian allah swt. akan tetapi tidak akan berubah nasib atau keadaan jika semata mata bersabar serta berserah tanpa berbuat sesuatu usaha atau ikhtiar.membiarkan harta dirompak,hak dicabul sewenang wenangnya,islam diperintah bukan memerintah,fitnah serta rasuah adalah mainan para pemimpin terhadap rakyat,perundangan rimba makanan rakyat.berserah untok dipijak bukan ajaran islam namanya.

    ReplyDelete
  2. TQ maw. Kemenangan Islam tetap akan berlaku tapi ianya bersyarat. Bilakah Islam akan menang? Pada waktu yang Allah tentukan. Sudah tentu kena usha dan ikhtiar sehebat mungkin. Seterusnya tawaqqal kepada Allah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...