Chin Peng meninggal dunia pada 16 September 2013 di dalam buangan di Bangkok Thailand, berserentak dengan sambutan Hari Malaysia. Kebetulan tarikh yang agak menarik.
Siapa Chin Peng? Chin Peng ialah bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, seorang pemimpin perang gerila yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM di usia 23 tahun pada 1947, menggantikan Lai Tek yang telah dibunuhnya di Thailand. Lai Tek adalah perisik tiga mata yang telah belot dan melarikan wang Parti Komunis Malaya.
Chin Peng telah dilabel sebagai pengganas yang sangat kejam dan zalim. Aspirasi politik komunis pada mulanya ditubuhkan untuk membebaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah, namun sebaliknya telah tersasar menjadi satu perjuangan yang mengundang kemarahan rakyat pada ketika itu. Inilah nasib Chin Peng. Kebencian ini berlarutan hingga kini dan selamanya, malah beliau juga dilarang menjejakkan kaki di tanah kelahirannya buat selama-lama.
Chin Peng juga mempunyai memori tersendiri berkaitan berbagai peristiwa yang dilalui, kehilangan rakan dan taulan, anggotanya yang terbunuh, marah pada pihak lawan, dan tersiksa. Mungkin baginya ini adalah satu siri sejarah perjuangan yang panjang demi maruah partinya. Silapnya, apa yang dianggap perjuangan baginya, sejarah indah baginya. Tapi dalam tafsiran sejarah tanah air, semua itu adalah siri pemberontakan dan kezaliman. Tidak lebih selain membangkitkan kemarahan umum.
Ramai juga yang menganggap Chin Peng sebagai seorang yang berjasa kepada negara. Contohnya Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) yang menganggap bersemadinya Chin Peng tetap sebagai pejuang kemerdekaan dan katanya Tunku Abdul Rahman sendiri pernah mengakui jasa-jasa Chin Peng, tapi kenapa mereka yang menggalas senjata ini tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya?
Setelah keruntuhan komunis di Rusia dan Jerman Timur, PKM semakin goyah. Satu perjanjian damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaysia telah ditandatangani di Haadyai pada 1989. Perjanjian ini dikenali sebagai Perjanjian Haadyai. Selepas itu tiada ada lagi perjuangan bersenjata PKM. Ahli PKM diterima sebagai warganegara Malaysia dan boleh kembali ke Malaysia. Walau bagaimanapun, pemimpin utama seperti Chin Peng dan Rashid Maidin memilih untuk menetap di sebuah perkampungan khas di Yala Thailand.
Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of History", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.
*******
Suara hati Chin Peng mungkin terdengar seandainya dirujuk kepada bukunya, bab ke-32. Chin Peng meluahkan kerinduan dirinya terhadap Setiawan apabila menulis, "aku tidak merintih dan menyesal, meskipun dalam keperitan semasa zaman perjuangan bersenjata, apatah lagi sekarang?..."
"Kedahagaanku
untuk kembali ke tanahair telah aku simpankan. Hanya pada waktu
kesepian, ianya akan menjelma dalam ingantanku. Aku akan mulai dari
Setiawan, semasa zaman kanak-kanak. Selepas bersembahyang di kubur
nenek moyang, aku akan menjenguk sekolah asalku. Kemudian, aku akan
berjalan di lorong kampungku, mengimbas persahabatan yang terjalin
dahulu..."
"Ingatan ini tidak akan
meninggalkanku. Lorong, pohon, rumah dan papan tanda, segala-gala ini
memberitahu aku, inilah Malaysia, bukannya tempat lain. Aku dahaga
untuk kembali ke ribanya..."
Malah,
bukunya mencatatkan pertanyaan berikut, "aku sanggup terkorban demi
tanahairku. Mengapa tidak membenarkan aku untuk menjenguknya?"
Pada
akhir wawancara tersebut, Chin Peng diminta untuk mengungkap sepatah
bahasa Melayu yang paling ingin disampaikan kepada rakyat Malaysia.
Setelah merenung sejenak, "Selamat tinggal" terkeluar dari mulutnya.
Wartawan
agak terkejut dengan jawapannya. Untuk Chin Peng, selamat tinggal
boleh membawa maksud "hidup dengan baik dan selamat", juga boleh
memberi makna "selamat jalan".
Dengan
terus-terang, dan sambil ketawa, Chin Peng mengakui bahawa usia
dirinya telah lanjut dan bakal kembali ke pangkuan Tuhan tidak lama
lagi. Walaupun belum sempat kembali ke riba Setiawan, namun "Selamat Tinggal" pula yang terpaksa diucapkan.
Dengan
kata lain, apakah ini juga sebagai petanda seorang bekas pejuang
bersenjata meninggalkan sejarah Malaysia, yang pernah dilakari
sebahagiannya oleh dirinya?
*** Sedutan soal-jawab antara media dengan Chin Peng tika usianya 85 tahun (iaitu 5 tahun yang lalu) di Haadyai.
Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90 tahun, di Bangkok Tahiland
pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal
dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini
didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui
dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam
golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan
ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai
Haadyai tersebut.
@@@