Please CLICK

Sunday, February 15, 2015

DSAI - Semangat Membara Pada Jasad Yang Terpenjara

Tokoh Hebat Abad Ini Di Penjara Sg Buloh Untuk 5 Tahun
SEMANGAT MEMBARA pada JASAD TERPENJARA

Saya rasa mahu percaya tapi minda terus-terusan reject dan tidak dapat menerimanya. Pabila di khabarkan kes ini ialah kes seorang pekerja mengadu di liwat oleh majikannya, nothing more nothing less. 

Namun dengan perbicaraan yang begitu panjang dan costly, sudah tentu sesiapa pun akan mengandaikan bahawa ianya bukan sekadar kes biasa2 sahaja. Apatah lagi kes yang seiras melibatkan watak tertuduh yang sama juga berlangsung sebelum ini.

Apatah lagi bila peguam tersohor pihak kerajaan di lantik sebagai pendakwaraya. Tidak dapat tidak anggapan bahawa pihak tertentu ada berkepentingan di sini sangat logik diterima akal. 

Apapun kes ini sudah mencipta sejarah tersendiri dan keputusan juga sudah kita ketahui pada 10 Feb lalu. DSAI disabitkan kesalahan dan di hukum 5 tahun penjara. Kini DSAI menjadi permestautin tetap di penjara Sg Buloh untuk kadar masa 5 tahun.

DSAI seorang tokoh yang menjadi duri dalam daging kepada kerajaan memerintah adalah watak penting yang boleh mengancam dominasi BN. Ini jelas terbukti bila DSAI menjadi penggerak dan pemacu PR hingga memperoleh kejayaan besar dengan 52% jumlah undi yang memihak PR di PRU13 yang lalu. Jika ini dibiarkan mungkin BN akan tersungkur menyembah bumi pada PRU14 nanti. 

Dengan terpenjaranya DSAI maka pening kepala yang timbul mungkin boleh dilegakan sedikit. Apatah lagi bila di mainkan di media saban hari perihal bibik2 perpecahan dalam PR terutamanya antara DAP dan PAS. DSAI yang menjadi pendamai dan pelekat selama ini kini sudah tiada dalam erti kata jasad yang di penjara walaupun semangat mungkin masih membara di dada.

Saya paparkan di sini aku janji dan sumpah laknat tertuduh pada keseluruhan senario pada pandangan dan perspektif beliau untuk kita sama2 fahami dan analisa, renung dan fikir apa sebenarnya hakikat kejadian, apakah mitos atau realiti?

**********

Saya kekal dengan pendirian tidak bersalah ke atas pertuduhan jelek ini- insiden ini tidak pernah berlaku.

Ini merupakan satu fabrikasi lengkap yang terhasil daripada satu konspirasi politik untuk menamatkan kareer politik saya.

Kalian tidak langsung memberikan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta kes yang diketengahkan oleh peguam saya sebermula hari pertama lagi – betapa insiden ini tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya mampu memandang ke hadapan, tetapi melihat kepada kenyataan anda hari ini, nyata sekali ia sia-sia. Kelihatan seperti saya diperlekeh sekali lagi sebagaimana yang berlaku di Mahkamah Rayuan, dan ia terus dilakukan di sini selepas kami mengharungi ranjau perbicaraan selama 8 hari!

Bukan satu kebetulan bagaimana Pejabat Perdana Menteri mampu mengeluarkan kenyataan bertulis penuh atas keputusan kalian hanya beberapa minit selepas kalian menyampaikan penghakiman sebelum menjatuhkan hukuman.

Tatkala tunduk patuh pada perintah penguasa politik, kalian telah menjadi sebahagian daripada rakan kongsi dalam jenayah pembunuhan integriti dan kebebasan kehakiman. Kalian telah menggadaikan jiwa kalian kepada syaitan, menukarganti hati nurani kalian dengan keuntungan materialistik dan kesenangan serta jaminan jawatan.

Kalian mempunyai kesempatan terbaik untuk menebus kekhilafan – dengan memperbetulkan kesalahan masa lalu dan meletakkan kehakiman atas paksi yang benar serta mengukir nama kalian untuk anak-cucu kalian kenangi sebagai pembela keadilan yang sebenar-benarnya.

Akan tetapi kalian memilih untuk kekal di sisi gelap dan menenggelamkan moral kalian dalam kancah kepalsuan dan tipu muslihat. Apakah kalian tahu betapa kalian kini sedang bergelumang kekotoran dan penipuan lantas ketidakadilan tersebut akan menyelinap di setiap sudut Istana Kehakiman ini, dan saya bersimpati kepada kalian.

Benar, kalian telah menghakimi saya – dan saya akan, untuk ketiga kalinya, melangkah ke penjara, tapi ketahuilah yang saya sama sekali tidak akan tunduk. Cahaya kekal menyinari saya.

Tetapi kalian yang harus berasa malu tatkala kalian akan dinilai sejarah sebagai pengecut terulung atas nama kemanusiaan. Dengan kedudukan dan kuasa kehakiman yang tinggi, kalian membungkam begitu rendah untuk diperalat oleh penguasa politik.

Mahasiswa undang-undang dan kalangan professor jurispruden akan meneliti penghakiman kalian dan di saat mereka membedah alasan serta keputusan kalian, kredibiliti dan integriti kalian akan dicarik halus. Di saat itu kalian akan didedah sebagai perekayasa yang memakai jubah kehakiman hanya untuk memperlekeh keadilan.

Jangan sesekali kalian lupa, sebagaimana kita semua, kalian juga harus menjawab kepada Sang Pencipta. Kalian harus menjawab kenapa kalian berpaling daripada prinsip-prinsip yang telah kalian lafaz dan sumpah untuk ditegakkan.

Mereka yang datang ke kamar mahkamah perlu menunduk hormat dan memanggil kamu sebagai Yang Arif, tetapi tidakkah kamu tahu bahawa satu hari nanti kamu juga perlu menjawab kepada Yang Maha Arif? Di saat itu kamu memerlukan lebih daripada tunduk hormat untuk menghuraikan mengapa kamu dengan sengaja melanggar perintah Allah melalui Ayat 58 Surah An-Nisa.

Melangkah ke penjara, saya anggap sebagai satu pengorbanan buat rakyat Negara ini Saya telah berjuang hampir seluruh kehidupan saya demi rakyat Negara ini – dan demi rakyat jugalah saya bersedia untuk ke penjara dan menghadapi sebarang bentuk akibat.

Perjuangan saya akan diteruskan, ke mana saja saya dihantar dan apa jua yang diperlakukan ke atas saya.

Kepada sekalian sahabat dan rakyat Malaysia, izinkan saya merakamkan penghargaan jauh dari sanubari saya atas setiap dokongan yang telah diberikan. ALLAH SWT menjadi saksi, saya berjanji tidak akan didiamkan, saya akan berjuang untuk kebebasan dan keadilan dan saya tidak akan menyerah!

ANWAR IBRAHIM
10 FEBRUARI 2015


**********

DSAI terus mengungkap semangat membara pada sekujur jasadnya yang terpenjara. Barisan kepimpinan PR nampaknya memberi sedikit keyakinan untuk sama2 bangkit lebih kuat sebagai reaksi yang mereka lihat sebagai satu lagi cobaan untuk menghancurkan pakatan yang tampak kukuh untuk memberi saingan jantan kepada gagasan BN pada sistem pilihanraya umum akan datang. 

Tidak dinafikan kawan dan lawan, DSAI ialah tokoh utama dalam mencorakkan senario politik yang dual parti untuk di pilih rakyat. Ini memecah dominasi dan monopoli BN selama ini. Ini tak boleh jadi. DSAI mesti di gagalkan walau dengan apa cara jua. Hukuman penjara ini juga melucutkan kelayakan DSAI sebagai MP. Justru kelihatan musnah sudah masa depan pilitik beliau, apatah lagi pada usia yang sudah senja. 

Melihat ke depan harapnya akan lahir barisan pelapis yang boleh mengatur strategi baru atas semangat dan visi yang sudah di lakar DSAI selama ini. Rakyat rindukan persaingan sihat demi mengajak negara ini kepada ketamadunan dan kematangan urus tadbir negara yang memberi lebih kebaikan kepada rakyat semua. 

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...