Please CLICK

Wednesday, December 21, 2016

HARAPAN

HARAPAN


Sudah lama benar tidak mencoret di blog ini. Senario politik tanahair sudah jauh beza jika mahu di banding dengan era PRU13 beberapa tahun lalu. Tika itu rakyat di raikan dengan pertentangan sistem dwi-parti iaitu BN vs PR. Rakyat merasa seronok. Peluang kemenangan 50-50 untuk kedua2 belah pihak. Hasilnya sudah menjadi sejarah. Walaupun PR gah mendabik kemenangan undi popular tapi gagal menterjemahkan kepada kemenngan majoriti kerusi parlimen. Maka Malaysia kecundang untuk melihat DSAI diangkat menjadi PM selepas DSNR.

Pada ambang era PRU14, takdir menentukan hayat PR tidak panjang dan sudah lama berkubur. Kini PR digantikan dengan PH atau HARAPAN. Dan muncul watak2 baru di dalamnya seperti PAN dan PPBM. Semalam dikhabarkan ada ketua Umno yg melabelkan HARAPAN sebagai kapal buruk yang bakal tenggelam sebab katanya kapal belum siap tapi masing2 sibuk berebut bakal PM. Polimik ini dicetuskan oleh BN dan nampaknya ia telah berjaya menyerlahkan kelemahan atau ketidaksediaan HARAPAN sebagai platform untuk mengambil alih kepimpinan negara dari penguasaan BN.Cuma saya agak hairan kenapa kapal yang dalam pembinaan@belum siap itu di gelar kapal buruk?

Nampaknya calon PM pihak HARAPAN yg masih popular ialah DSAI. Nama2 lain yg muncul ialah TSMY, TM, Mukhriz, DSWA, Azmin, Rafizi, LKS dan LGE. Cuma nama Mat Sabu tak di sebut sangat. Nama2 tokoh2 PAS tak ada dalam kiraan la kan sebabnya PAS bukan entiti HARAPAN.

By the way saja saya nak timbulkan sikit pertanyaan dalam komposisi kekuatan parti2 dalam HARAPAN. Bagi DAP agak terserlah sokongan padu masyarakat cina dibelakang mereka seiras di zaman PRU13 dulu, Namun bagi parti baru seperti PAN dan PPBM, sekuat mana kah mereka? Berapa ramai ahli parti yang sudah di janakan setakat ini. Tika Mat Sabu atau Salahuddin atau Khalid Samad atau Mujahid keluar dari PAS dulu, seramai mana sebenarnya ahli PAS yg turut keluar mengiringi mereka masuk PAN?

Begitu juga tika TM atau TSMY atau Mukhriz menubuh PPBM seramai mana ahli Umno yang protes dengan mendaftar menjadi ahli PPBM? Pada bacaan saya tidak ramai sebenarnya untuk menjadi satu angka yang signifikan. Tapi mungkin saya silap.

Justru itu mungkin ramai yg faham bila PPBM masih sangat berharap untuk menarik PAS masuk ke kapal HARAPAN untuk belayar bersama menuju tanjung harapan berdepan dengan BN satu lawan satu. TM sebagai orang lama faham benar bahawa PAS terlalu utama untuk di pinggirkan begitu sahaja, Setakat hari ini PPBM masih sekdar ada MOU sahaja dgn HARAPAN dan masih kiv untuk mengistiharkan diri sebagai entiti rasmi HARAPAN pun.

Bagaimana dengan PAS? Tidak dinafikan PAS punyai kekeuatan akar umbi yang tersendiri. PAS ni seiras UMNO dari aspek sokongan dan kepaduan ahli yang setia tidak kira apa keadaan. Cumanya alam media saban masa cetuskan pelbagai polimik dan kecelaruan contohnya terkini lawatan TGHA ke Iran bertemu kelompok syiah atau keberadaan TGHA bersama DSNR di pentas Rohingya tempoh hari. Mungkin ada ahli2 PAS yg tergugat pegangan mereka melihat gelagat ini. Adakah PAS tetap utuh seperti sedia kala atau bisa goyang akhirnya?

Apapun PAS masih punyai kekuatan tersendiri. PAS lasak menghadapi sepak terajang politik tanahair sejak sebelum merdeka hingga kini. Kelebihan PAS bila tidak terikat dengan mana2 pihak ialah PAS boleh bebas bertanding 70 kerusi sebagaimana PRU13 tanpa perlu berkompromi dengan mana2 pihak, Atau PAS boleh bertanding dikerusi2 lain juga yang di rasakan berpotensi. Kalah menang adat pertandingan.

PAS sudah blajar drp PRU13 betapa strategi hebat dwi-parti satu lawan satu begitu pun sebenarnya tidak membuahkan hasil yang diharapkan. Harapan menawan Putrajaya adalah sekadar harapan palsu sahaja bila berdepan dengan percaturan dan jentera sistem pilihanraya parti pemerintah.Seolahnya medan yang di caturi untuk memberi kemenangan kpd BN jua walau hebat sungguh PR sebagai pakatan solid parti pembangkang tika itu.

Justru PAS kali ini mungkin punyai strategi lain iaitu mahu masuk ke medan juang dengan kekuatan sendiri. Jika dapat mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan Terengganu dan Kedah sudah menjadi kejayaan besar PAS. PAS rela melepaskan Selangor dan PP kepada HARAPAN.

Di peringkat pusat pula jika terjadi scenario 50-50 antara BN dgn HARAPAN maka kerusi PAS akan menjadi panas dan bakal menjadi rebutan. Di sana scenario kerajaan campuran atau persefahaman kerjasama peringkat tertinggi mungkin akan menjadi benda yg bukan mustahil.

@@@


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...