Sudah lama saya tidak buat posting baru di blog Politikus ini. Senario dan landskap politik sudah banyak berubah bagi menghadapi PRU14 kalau nak dibandingkan PRU13 dulu. Saya jangka PRU14 akan dilangsugkan semasa cuti sekolah bulan Mac nanti. Sudah tak lama lagi.
Maka rasanya sangat afdal setiap parti politik bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat dan para pengundi akan ofering masing-masing bagi memberi solusi terbaek mereka untuk mentadbir negara atau negeri. Hakikat yang wujud kini ialah akan berlaku senario pertandingan tiga penjuru di majoriti kerusi melibatkan BN, PH & PAS(GS).
PAS & PH punya niat sama iaitu melawan BN. Itu pun hakikat yang usah di putar belit lagi. Jadi jom lawan tetap lawan dan lawan gaya gentleman. Beri keuntungan kepada rakyat dan negara Malaysia tercinta ini. Tegakkan hujah masing-masing. Its a free country.
Maka rasanya sangat afdal setiap parti politik bersungguh-sungguh meyakinkan rakyat dan para pengundi akan ofering masing-masing bagi memberi solusi terbaek mereka untuk mentadbir negara atau negeri. Hakikat yang wujud kini ialah akan berlaku senario pertandingan tiga penjuru di majoriti kerusi melibatkan BN, PH & PAS(GS).
PAS & PH punya niat sama iaitu melawan BN. Itu pun hakikat yang usah di putar belit lagi. Jadi jom lawan tetap lawan dan lawan gaya gentleman. Beri keuntungan kepada rakyat dan negara Malaysia tercinta ini. Tegakkan hujah masing-masing. Its a free country.
Ramai pula yang tidak puas hati bila PH memilih Tun Mahathir sebagai calon PM mereka hinggakan gerakan@viral #undirusak mendapat momentum pabila ada kelompok anak muda terutamanya merasa d permainkan oleh sogokan pilihan dua calon PM yg tidak menarik untuk memacu negara ke hadapan.
Sepatutnya muka2 segar di tonjolkan seperti Azmin Ali atau Nurul Izzah sebagai calon TPM misalnya instead of DSWA.
Atau mungkinkah rezeki TG Hj Hadi yang bakal meneraju negara?
Pilihan ditangan anda dan andalah penentu di PRU14 yang bakal hadir 2-3 bulan lagi ini. Time is running out. Apa pilihan anda?
Saya paparkan satu pendapat drp seorang netizen untuk renungan bersama:
Saya paparkan satu pendapat drp seorang netizen untuk renungan bersama:
- Mana lebih baik jika slepas Pru14 UmBN menang dan kekal dengan Agenda Pemerintahan Sekularnya serta menzalimi Rakyat...
- Dengan menukar kpd PH yg belum tentu corak pentadbirannya, namun yg PASTInya mungkin ia lebih buruk kerana PH dibawah pengaruh TM dan DAP yg sememangnya anti kpd Islam.
- Atau.. Memilih utk bersama PAS dan Gagasan Sejahtera, yg berusaha kearah menukar SELURUH Sistem Pentadbiran yg lebih ADIL dan Baik buat Seluruh Rakyat serta Agama dan Bangsa dibawah Pemerintahan Islam.
Seorang netizen yang lain menyatakan, "Allah tak perlukan kita dlm perjuangan Islam...kite sebenarnya yg memerlukan."
Berkenaan dengan kerjasama atau musuh politik kala ini, saya nampak PH tidak cuba berbaik-baik dgn PAS, seolahnya PAS sudah tidak signifikan lagi dalam senario politik negara. Benarkah? Atau bijakkah bermusuh dengan PAS ini?
Berkenaan dengan kerjasama atau musuh politik kala ini, saya nampak PH tidak cuba berbaik-baik dgn PAS, seolahnya PAS sudah tidak signifikan lagi dalam senario politik negara. Benarkah? Atau bijakkah bermusuh dengan PAS ini?
PH sudah berpatah arang dgn PAS, siap kutuk cow2 di pentas2 ceramah atau penyataan2 media. Rafizi pakar strategi PKR pun ada habaq, PAS paling baik pun dpt kot menang 15-20 krusi je.
Mana boleh lwn dgn PKR/PBBM/PAN/DAP yg boleh dpt 120 krusi. Jadi jgn sakit hati pulak kalau PAS berkawan dgn sdra seislam yg lain
Mana boleh lwn dgn PKR/PBBM/PAN/DAP yg boleh dpt 120 krusi. Jadi jgn sakit hati pulak kalau PAS berkawan dgn sdra seislam yg lain
ya benar..
terima hakikat itu
strategi masing2
so skrg fokus kpd strategi masing2 deh
ko guano?
PAS pun bukan baru dlm sepak terajang dan warna-warni arena politik ni
Biarkan PAS dgn halatuju & strategi dia sendiri.
Lagi pun PH dah cukup mantop skrg ni. Tak perlu nak cuit2 PAS kot. Biarlah PAS terjun dgn labu2nya. Lagi pun ada kajian yg menyatakan PAS akan kehilangan semua kerusi parlimennya
Tiada lagi perbincangan dengan BN atau PH..PAS hanya bersama Gagasan Sejahtera dan NGO2 utk menghadapi PRU 14..
Bagi PH, mereka serius nak ganti BN. PAS takde apa2 pun dan sangat tak releven
Setiausaha agung PAS bagitau Tiada kerjasama PAS-UMNO :
PAS tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke 14 (PRU-14) kerana ia boleh melemahkan parti itu.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan itu sudah dibuat menerusi Majlis Syura Ulama yang mengambil kira beberapa faktor sebelum memutuskan perkara itu.
"PAS tetap berpegang dengan tahaluf siyasi yang diadakan menerusi Gagasan Sejahtera dalam menghadapi PRU-14. Itu sudah jelas dan tiada perubahan.
(sumber bhkb@bh.com.my Oleh Attirmidzie Rahman)
Pada satu kuliah maghrib pada minggu lepas di masjid di khariah saya, seorang aktivis PAS Ustaz Wan Samsuddin memberitahu: "Pilihlah pemimpin yg di pandu wahyu bukan di pandu nafsu. Pemimpin yg di pandu wahyu bisa mengangkat dan memerdeka manusia utk menjadi Hamba Allah. Manakala pemimpin yg di pandu nafsu suka menindas dan lebih suka manusia menjadi lagi miskin dan bodoh agar mudah mengikut segala percaturannya."
Saya mendengar sebuah video di youtube wawancara bersama Salahuddin Ayob menyatakan, "Saya sudah lama berada dalam PAS. Sejarah menunjukkan kejayaan PAS meraih banyak kerusi ialah bila mereka bersahabat dengan parti lain. Jadi jika PAS memilih untuk bersendiri maka saya tidak nampak PAS akan mencapai kejayaan."
Saya melihat Umno ada kekuatan tersendiri dengan ahli totok mereka. Walau apa pun isu yang melanda, mereka tetap akan pangkah Umno@BN. Salah satu faktor utama TM di calonkan menjadi PM ialah untuk merobohkan tembok ketaksuban kelompok orang melayu ini. Kerana TM juga punyai banyak jasa dan nostalgia tersendiri dengan kelompok totok Umno ini. Rafizi menyatakan PH hanya perlu swing 2-4% undi kelompok ini untuk menang di banyak kerusi Umno. Berjayakan TM dlm misi itu? Wallhu'alam. Sama-sama kita lihat nanti.
Manakala PAS juga punyai pengikut totok yang ramai juga, mungkin mencapai angka satu juta org. Walau apa pun isu atau tohmahan yang timbul, datang PRU14 mereka akan setia pangkah PAS. Sementelah lagi PAN yang mahu menjadi pengganti PAS ini, gagal menarik walau secubit ahli-ahli PAS ini sebenarnya. Walau Salahauddin ada menyatakan permohonan yang mereka terima untuk menjadi ahli PAN mencecah 1,000 org sebulan, saya musykil dari kelompok mana agaknya orang-orang ini? Mungkin kelompok atas pagar agaknya.
Justru PAS tetap punyai kekuatan tersendiri. Having said that, sebenarnya PAS masih sangat memerlukan pengundi2 atas pagar supaya terus mengundi mereka. Kerusi di Kelantan pun bukan lagi kerusi selamat buat PAS.
Di khabarkan PAS dan GS akan bertanding di semua kerusi Parlimen. Iaitu memungkinkan secara matematik untuk PAS menjadi kerajaan persekutuan. Dengan kata lain PAS juga boleh menjadi pilihan rakyat dalam PRU14 untuk menjadi kerajaan menggantikan BN.
Saya melihat, dengan PAS bergerak solo dan tidak terikat menjadikan mudah untuk bertanding dlm PRU14 di mana-mana kerusi yang dirasakan ada potensi. Kalah menang adat bertanding kata mereka. Kiranya PAS dapat kekal memerintah Kelantan dan berjaya menambah satu lagi negeri samada Terengganu/Pahang/Kedah maka itu sudah berbaloi bagi PAS.
Track rekod tadbir urus yang cekap diakui oleh Jab Odit Negara tanpa rasuah selama 28 tahun di Kelantan adalah satu rujukan yang mampan untuk rakyat menilai jika mahukan sebuah kerajaan dengan pemimpin yang beitegriti dan amanah.
Akhir sekali sebagai konklusi posting menjelang PRU14 kali ini, tepuk dada tanya iman. Kerana memilih pemimpin yang boleh menjadi khalifah yang akan memegang amanah Allah menjaga ummat ini mengikut syariat Allah bukan perkara main-main. Kamu akan dipertanggung jawab di hadapan Allah nanti. Pangkahlah kertas undi itu dengan iman yang sahih dan aqidah yang benar. Nawaitu kerana Allah. Bismillah. Sekian. Jazakallah.
@@@
No comments:
Post a Comment