Please CLICK

Wednesday, December 19, 2018

KUTIP SAMPAH


Apa agaknya nasib DSAI slpas ini?

  • TM & PPBM nampaknya ada percaturan tersendiri 
  • PKR pulak nampak macam bercelaru dalamannya
  • mungkinkah nanti ada kelompok dlm PKR yg juga akan lompat ke PPBM?
  • geng Umno lompat ni rasanya bakal join PPBM belaka
  • memandangkan PPBM makin power, maka mungkinkah pengganti TM nanti bukan DSAI?


*******

Respon drp seorang Prof di UM ini agak menarik. Katanya, "PM8 namanya dah tertulis d langit. Org PH pun tak kisah dah sapa nama tu. Mmg ada dlm perjanjian ttp akhirnya taqdir yg menentukan."

"Org PH fikir yg penting PM8 dari PH. Org PAS kna fikir PM8 adalah TGHH."

******

hmmm...melepas lagi la DSAI nampaknya.. ๐Ÿค”
  • org PH dah tak kisah? 
  • ha ha...maklumlah kuasa dah di tgn.
  • mungkinkah DSAI akn kembali ke blok pembangkang, jika itu berlaku? 
  • interesting school of thoughts.๐Ÿค”

*********

Ada yg meletakkan senerio politik mendatang, dgn penyatuan melayu sebegini...

AGENDA PASCA HIMPUN812 : GERAKAN KESATUAN UMMAH

KERAJAAN BUMIPUTERA BERSATU (UNITED BUMIPUTERA GOVERNMENT)

1. PPBM13+36 = 49
2. Warisan 8
3. PAS 18
3. UMNO 19
4. GPS (Sarawak) 19
5. PKR (Kartel) 20

    Jumlah   = 133


PEMBANGKANG

1. PKR (Reform) 29
2. DAP 42
3. PAN 10
4. GBS (Sabah) 3
5. MCA 1
6. MIC 2
7. Lain2 2

    Jumlah.   = 89

*********

Nurul Izzah pula meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua Perhubungan PKR Penang. Apa sebenarnya krisis dlm PKR ni?

*********

Mahathir pengkhianat terima bekas pemimpin Umno masuk Bersatu – Nurul Izzah
 (23 HRS AGO ~Facebook)   

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan terus tampil mengkritik serta melahirkan rasa tidak senang berhubung penerimaan pemimpin bekas UMNO dalam Pakatan Harapan (PH).

Terbaharu dalam satu hantaran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan mandat yang telah diberikan oleh rakyat pada 9 Mei lepas seolah-olah telah dikhianati kepercayaannya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menambah, tindakan menerima wakil rakyat ‘lompat’ dari parti lawan umpama menghina ahli-ahli serta penyokong yang selama ini begitu setia dengan perjuangan mereka sehingga mencapai kejayaan besar kali ini setelah sekian lama berjuang.

“Parti kami juga pernah berdepan situasi tidak menentu sebelum ini dengan unsur pembelotan.

“Sudah tentu tidak sesekali mahu kesakitan itu sekali berulang sekali untuk pihak lain.

“Tidak ada makna demokrasi seandaiya negara ini terus dikuasai oleh golongan ‘elit’ yang berterusan berpolitiking seperti ini,” katanya semalam.

Komen itu menyusul sebagai merujuk kepada kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin yang membidas tindakan kerajaan sekadar membiarkan pemimpin UMNO melompat parti memasuki Parti Pribumi Bersatu Malaysia dengan begitu senang lenang.

Dalam ruang Twitter peribadinya bekas Pengerusi Bersih 2.0 itu mendesak para pemimpin menghentikan memberi laluan kepada wakil rakyat lawan untuk melompat parti kerana ini bukan perjuangan Malaysia Baharu.

Kata Maria Chin: “Hentikan amalan lompat ‘hopping’. 9 Mei lepas bertukar kerajaan kerana mahu menghapuskan rasuah dan salah guna kuasa.

“Tidak boleh menerima ahli-ahli UMNO yang telah 61 tahun menyokong, membantu & menjadi sebahagian dalam rasuah selama ini. 

Ini Bukan Malaysia Baru !!!

*********

The other side of our PRIME MINISTER TUN DR MAHATHIR yang ramai diantara kita tak tahu atau pura-pura tak mengetahui.. 


Akhirnya, bolehlah semua orang bersetuju dengan buku '24 Hours in Cyberspace'

Dalam buku ini, penulisnya, Rick Smolan menyifatkan Tun Mahathir sebagai :
"the most political savvy on earth" 
atau "seorang yang amat celik politik di atas muka bumi ini!".

Hari ini juga, kebenaran kata-kata Prof. Kisho Kurokawa, arkitek tersohor Jepun, semakin terserlah.
Beliau adalah pereka bentuk lapangan terbang KLIA dan beratus lagi struktur hebat dunia.

Apa kata Prof. Kisho? 
Dalam bukunya, The Philosophy of Symbiosis, beliau menyifatkan Tun M sebagai "arkitek terhebat yang LEBIH HEBAT daripada dirinya!".

Tengoklah macam mana Tun M mengendalikan DAP,  Amanah, PKR dan kini, Umno.๐Ÿ˜Š

Kedudukan Tun M pada pandangan orang Arab pula, jelas terlihat melalui judul sebuah buku berbunyi  'Mahathir : Aqil Fee 'Asri al-Junun' (Mahathir, Seorang Yang Waras Di Zaman Gila).
Membaca komen-komen di media sosial Arab, menunjukkan betapa mereka mendambakan sosok seperti Tun M di negara mereka.

Seorang daripada mereka menulis, 'separuh Mahathir' di negara-negara Arab sudah memadai (kalau tak dapat Mahathir 'sepenuhnya' sekali pun).

Seorang lagi menulis, alangkah baiknya kalau dapat pinjam Mahathir selama 10 tahun di Iraq. Dijawab oleh seorang lagi Arab, "setahun pun sudah cukup!".

Dahulu, ada tokoh yang mengatakan, Tun M seorang yang cerdik, tapi tidak menggunakan kecerdikannya untuk Islam!

Tun M memakmurkan watan (imaratul ardh), membangunkan ekonomi, mengembang dan memperkasakan ilmu dan banyak lagi sumbangan beliau kepada negara dan ummah. 
Semua ini adalah tuntutan Islam yang sangat besar!

Kalau ini masih dikatakan tidak 'menggunakan kecerdikan untuk Islam', sesungguhnya Islam telah disempitkan sesempit sempitnya!

Ya, semua orang ada berbuat silap. Tapi, janganlah sampai dinafikan jasa dan kebaikan yang dilakukan.

Untuk melihat seorang lagi tokoh seperti Tun M, rakyat Malaysia perlu menunggu 100 tahun lagi, atau lebih.

*********

Kegagalan Jose Mourinho (yang dikenali sebagai antara jurulatih bolasepak terbaik di dunia) untuk melonjakkan prestasi pasukan Manchester United (yang pernah dikenali sebagai antara kelab bolasepak terbaik dunia) mengajarkan kita beberapa pengajaran kepimpinan yang penting:

1) Teras kepimpinan ialah kerjasama pasukan, bukan kehebatan individu. Sebelas orang biasa dalam pasukan yang hebat adalah lebih baik dari sebelas orang hebat dalam pasukan yang biasa

2) Prestasi kepimpinan dibuktikan dengan potensi yang mampu dilahirkan pada masa depan, bukan kejayaan yang telah ditempa pasa masa lepas. Pemimpin yang hebat perlu keluar dari keselesaan kejayaan masa silam untuk mencorak masa depan yang jauh lebih mencabar


3) Bola itu bolat. Sentiasalah tunduk kepada Yang Maha Esa untuk mendapat berkat. Segala usaha dan kemahiran manusia hanya alat. Tepuk dada, tanyalah diri apa sebenarnya matlamat?

**********

Dengan pelbagai ketidakpuasan rakyat tika ini tentang janji2 yg di palsukan, kepentingan melayu yg di robekkan, pelbagai kenyataan kontroversi pak2 menteri, dan ketidakupayaan memberi ”feel good factor" pd rakyat marhain." 

Apakah fikir dan risau Dato Mukhriz bahawa Kerajaan PH mungkin dapat bertahan satu penggal sahaja, akan menjadi kenyataan?

**********

Tika DSAI sibuk mengutip sampah di setiap hujung minggu di persisiran pantai PD selepas berjaya memenangi kerusi parlimen PD tempoh hari, TM pula sibuk mengutip bekas2 MP Umno yg melompat. Ini tidak adil. Adakah Umno mahu dijelmakan dalam PPBM? 

Ini sebahagian drp percaturan TM atau bagaimana? 

Yang saya nampak DSAI kini tenggelam atau ditenggelamkan sudah dari arus perdana?

Wallahu'alam.


@@@

Saturday, December 8, 2018

PERHIMPUNAN 812

Lautan Manusia Di Perhimpunan Bantah ICERD 812 
Perhimpunan Bantah ICERD di KL pada 8 Dec 2018 telah berlangsung dengan jayanya. Kalau mengikut lapuran daripada bilik gerakan seperti di bawah, kehadiran mencapai angka 1.7 juta orang. 

Ini satu kejayaan besar kepada pihak penganjur, malah memberi kesan psikologi yang berbekas kepada rakyat marhain. Ia juga mencatat sejarah kerana disertai oleh dua parti politik melayu terbesar tanahair iaitu Umno dan PAS. 

Isu ICERD ini berjaya menyatukan mereka di platform yang sama. Apakah ini menjadi titik permulaan kepada kerjasama yang erat antara kedua-dua pihak? Hanya masa, keadaan dan strategi politik yang bisa menentukan. 

Saya yang menghadiri perhimpunan ini dapat merasakan aura dan kesungguhan para peserta yang datang dari dekat dan jauh untuk menjana harapan baru dalam percaturan dan halatuju politik negara terutamanya yang melibatkan kepentingan orang melayu islam.


******

Bilik Gerakan Ops Aman Rakyat BANTAH ICERD  IPK KL.
08.12.18 @1130hrs. melapurkan  anggaran peserta himpunan adalah:
  • Masjid Negara - 180,000
  • Masjid Jamek - 180,000
  • Masjid India - 150,000
  • Pdg Merbok - 160,000
  • SOGO - 50,000
  • PWTC - 250,000
  • Kompleks PAS - 200,000
  • Masjid Wilayah - 180,000
  • DBKL -100,909
  • Dataran Merdeka 120,000
  • Pasar Seni - 100,000
  • Bar Council -100,000
  • Petaling Street - 150,000
  • Masjid Kg Baru 70,000

Keadaan adalah baik dan terkawal.


**********

Mungkin kita boleh mohon Dr Mazlee (YB Menteri Pelajaran) masukkan peristiwa 812 dalam buku teks sejarah agar cucu cicit dia dan kita semua boleh belajar sejarah ini nanti. 

Sebelum itu cuba baca artikel ini yg saya petik drp FB Tn Ali Russia untuk analisa dan hadaman bersama...


**********

Drama Sentap

Tulisan Seorang Cina Setelah Melayu Berhimpun Dan Bersatu. 

Cerita

Tay Tian Yan ( ้ƒ‘ไธ่ดค ), seorang penulis kolum isu semasa dan juga penolong editor Sin Chew Daily  ( ๆ˜Ÿๆดฒๆ—ฅๆŠฅ ) menulis rencana bertajuk “Selepas perhimpunan besar” (ๅคง้›†ไผšไน‹ๅŽ) sehari selepas perhimpunan bantah ICERD pada 8/12/2018 yang lalu

Ikutilah terjemahan saya dari rencana ini untuk tatapan semua.

SELEPAS PERHIMPUNAN BESAR

Hari Sabtu, Kuala Lumpur yang dipenuhi dengan suasana yang amat meruncing.

Dari Pasar Seni ke Dataran Merdeka , ribuan manusia bersesak-sesak memenuhi ruang dalam bantahan ICERD. Hanya jalan yang bertentangan dengan jalan besar iaitu Jalan Petaling hampir kesemua kedai-kedai menutup pintu perniagaan mereka. Suasana lengang dengan ketiadaan pejalan kaki.

Kedua-duanya dalam Kuala Lumpur, menampakkan dua suasana yang amat berlainan. Sama-sama dalam Malaysia, semacam berada dalam dua dunia yang berbeza.

Ahmad Zahid dan Hadi Awang boleh dengan megah mengumumkan yang mereka telah mencapai matlamat iaitu Melayu Islam telah bersatu kembali.

Walaupun perhimpunan ini dipenuhi dengan elemen kaum dan ugama, ia juga bertepatan dengan agenda UMNO dan PAS, namun ia telah berjaya membangkitkan perasaan sebegitu ramai umat Melayu Islam.

Sesungguhnya, ada atau tidaknya ratifikasi ICERD bukanlah perkara utama yang mana janin ICERD telahpun mati di dalam perut. Pakatan Harapan telahpun mengatakan tidak meratifikasikan ICERD.

Hanya menggunakan ICERD sebagai sumbu untuk membakar semangat masyarakat Melayu dengan ketidakpuasan hati dan kegelisahan mereka selepas PRU 14. Juga mencari ketetapan bagi golongan ini sebagai peneraju dalam bumi bertuah ini.

Di belakang bantahan ICERD, juga menampakkan lantonan puak kanan konservatif Melayu terhadap kerajaan Pakatan Harapan. Walaupun Pakatan Harapan telah memenangi PRU tetapi sokongan daripada masyarakat Melayu hanyalah sekitar 17% hingga 25% sahaja.

Dalam konteks pemikiran masyarakat Melayu masih lagi dikuasai oleh sifat perkauman yang ditunjangi oleh UMNO dan sifat keugamaan Islam yang dipelopori oleh PAS.

Setelah jalan-jalan di sekitar Dataran Merdeka dibanjiri dengan sebegitu ramai, bilangan sebenarnya masih lagi satu angka yang abstrak.  UMNO dan PAS boleh mengaku yang mereka adalah mewakili kekuatan umat Melayu Islam, di masa akan datang akan menguasai kuasa mereka yang berbahasa Melayu.

Apabila UMNO, PAS dan NGO telah mencapai kesepakatan yang matang nanti, ia semakin boleh menggunakan kekuatan ummah termasuklah untuk kuasa berdemonstrasi bagi menonjolkan kekuatan mereka. Seterusnya menggoncang asas-asas kerajaan Pakatan Harapan.

Bagi masyarakat bukan Melayu, perhimpunan bantahan ICERD mendatangkan satu persoalan dan kegelisahan serta satu penafian untuk mengelakkan diri.

Dalam komentar oleh ramai pelayar internet kaum Cina menganggap perhimpunan ini sebagai bahan jenaka yang menjengkelkan serta menggunakan ayat-ayat serangan kasar, sehinggakan membuta-tuli untuk menafikan kebenarannya. Mereka tidak dapat memahami mengapa perhimpunan itu boleh menarik sebegitu ramai orang, malah masih bertegas mengatakan yang gambar-gambar serta video yang dipaparkan telah diedit.

Hasil daripada PRU kita mengharapkan akan berada dalam suasana yang amat baik dan menganggap setelah Pakatan Harapan menerajui kerajaan maka masalah Malayasia bermula dari isu rasuah, perkauman sehinggalah hal-hal ugama akan berakhir dengan sendirinya. Dengan itu kita akan memulakan satu penghidupan laksana hidup dalam kerajaan dongeng.

Namun sesungguhnya, mereka hidup dalam dunia yang dirangka sendiri dan tidak tahu bahawa sesuatu itu telah dirancang muslihatnya dan perangkap berada di mana-mana.

Yang disebut sebagai “Malaysia Baru” hanyalah satu ilusi, bukan satu kenyataan. Jarak pandangan setiap kaum bukannya semakin mengecil tetapi semakin melebar.

Bagi kerajaan Pakatan Harapan yang baru memerintah lebih setengah tahun dengan prestasi yang hambar dan perebutan kuasa dalaman. Dengan kekurangan kerjasama dalaman yang menyebabkan hari ini ia menerima hasil yang terburuk.

Dengan mendakwa Najib, Rosmah, Ahmad Zahid dan lain-lain pemimpin terdahulu sememangnya bertujuan untuk mengubah kepada corak yang betul, namun ia bukanlah kesemuanya kewajiban kerajaan untuk berbuat demikian. Ia bukanlah seharusnya digunakan untuk jangka panjang.

Hal-hal yang bersangkutan dengan rasuah biarlah disiasat dan diadili oleh pihak SPRM dan mahkamah, janganlah digunakan sebagai modal politik yang tanpa penghujungnya. Terutamanya bagi masyarakat akar umbi Melayu ia telah melahirkan kebosanan yang membuak-buak.

Dalam hal-hal ekonomi dan kehidupan rakyat, polisi Pakatan Harapan didapati masih tidak terurus. Bermula dari masalah harga komoditi utama yang semakin rendah, pelaburan tidak berkembang dan pasaran statik yang sehingga kini masih belum nampak apa-apa perancangan menanganinya.

Dalam setengah tahun ini, perkara yang menjadi tumpuan kepada Pakatan Harapan ialah pelbagai bentuk U-Turn. Seorang demi seorang menteri membuat kenyataan yang semborono. Cerita mengenai kereta nasional ke 3 dan jambatan bengkok. Konflik perebutan kuasa antara Mahathir dan Anwar. Persengketaan dalam PKR yang tidak berkesudahan. DAP yang berkiblat kepada “kepala Ma” (yang dimaksudkan Ma ialah Mahathir) dan pelbagai masalah masyarakat Cina yang dipandang dingin.

Jikapun nak ratifikasi ICERD tetapi tersilap perkiraan dan tak tahu bagaimana untuk menanganinya. Kerajaan sebelum ini tidakpun membuat penjelasan dan menggerakkan aktiviti muhibah antara kaum dan penerimaan toleransi ugama, dengan tiba-tiba muncul dengan idea ratifikasi ICERD. Maka dengan itulah menyebabkan berlakunya gelombang penentangan ini.

Selepas perhimpunan besar ini, kepercayaan umum terhadap Pakatan Harapan jatuh menggelunsur. Kemampuan untuk memerintah menjadi tanda-tanya. Untuk mendapatkan sokongan dari masyarakat Melayu semakin sukar.

Namun dengan peristiwa ini, ia boleh dijadikan satu pengajaran.

Diterjemahkan oleh:
Hisemudin Kasim

5:30pm, 10/12/2018

**********

Sesungguhnya perhimpunan Bantah ICERD 812 ini adalah detik Hari Ini Dalam Sejarah yang penting. Di sini kita lihat umat melayu di Malaysia telah bersatu menentang satu isu walaupun berbeza fahaman politik dan latarbelakang. Signifikan ini sangat besar sebenarnya.

Momentum 'melayu @islam bersatu' ni boleh membawa rebah kpd kerajaan setahun jagung PH kalau tidak di tangani dgn baik. 

Mungkin ia bisa  mencetus pewujudan blok pembangkang baru untuk realisasi kan dua partai sistem d PRU15 nanti. Blok ini mungkin berupaya memaut 70% atau lebih sokongan melayu @islam? 

Apatah lagi dengan kemeluatan rakyat marhain kpd PH yg acap membudayakan teknik U-turns @janji palsu, bisa menjadi bara dlm sekam yg boleh memendek jangka hayat kerajaan of d day sebenarnya, jika tidak di pulih @padam dgn cepat. 

Di tambah dgn sense of 'insecurity' di bwh PH yg di lihat cuba menggugat @mengganggu kepentingan melayu @islam juga menjadi sel2 barah dlm daging dan kebimbangan. 

Pendirian kerajaan yang agak liberal, malah memberi ruang isu ICERD ini untuk di ketengahkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan sangat meloyakan.

Posting ini adalah sekadar pemerhatian rambang saya. 

Wallahu'alam











Thursday, December 6, 2018

ICERD OR NOT?


ICERD: Presiden PAS seru rakyat sertai himpunan
(8 Dec 2018 ~ Dataran Merdeka, KL)

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/8957-icerd-presiden-pas-seru-rakyat-sertai-himpunan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

*KUALA LUMPUR:* Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam untuk keluar beramai-ramai menyertai Himpunan Rakyat Bantah ICERD pada hari Sabtu nanti.

Menurutnya, menjadi kewajipan kepada umat Islam di nsgara secara fardu ain mencegah kemungkaran itu sebelum berlaku perkara lebih buruk kepada negara ini.

"Jelas bahawa perjanjian ini bercanggah dengan realiti yang ada di Malaysia. Bahkan mengikut pengamatan saya, sebenarnya perjanjian ini diilhamkan oleh Freemason dan Zionis yang menguasai agensi-agensi di bawah Bangsa-bangsa Bersatu.

"Dengan tujuan untuk menundukkan segala bangsa dalam dunia ini supaya tidak beragama dan tidak berakhlak, menjadi agenda mereka dengan cara halus. Apalagi kepada kita, perjanjian ini akan menjejaskan hubungan baik di antara Bumiputera dan rakyat bukan Bumiputera.

"(Di mana ia) telah dijalin dengan baik dalam masyarakat majmuk di negara kita, dengan cara yang begitu baik sejak 60 tahun kita mencapai kemerdekaan. Walaupun berlaku berbagai-bagai kemalangan, kita dapat atasi dengan cara yang baik.

"Di mana campur tangan melalui ICERD ini, kepada saya, sama dengan Perjanjian Pangkor yang menjadi anak kunci untuk campur tangan penjajah terhadap negara kita," ujarnya hari ini.

Beliau juga menyeru penganut-penganut agama lain untuk bersama membantah ICERD kerana perjanjian ini sebenarnya bercanggah dengan semua agama dan hubungan antarabangsa.

Sedangkan katanya, perkara itu di dalam dunia ini telah dijalin oleh Allah S.W.T dengan cara yang baik kepada umat manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga mengajak kaum bukan Islam percaya bahawa umat Islam dapat melaksanakan hubungan yang baik ini dengan cara yang sebaik-baiknya.

"Dan kita mahu supaya hubungan umat Islam dengan semua pihak yang ada dalam negara ini berlaku dengan baik. InsyaAllah himpunan ini akan diadakan dengan aman. Kita akan menentang sebarang provokasi yang cuba mengalih keamanan yang kita nak wujudkan dalam himpunan ini.

"Kalau ada pihak tak bertanggungjawab, kita akan bertindak dan membantu polis untuk menghalang sebarang langkah provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan.

"Dengan sebab itu saya harap seluruh rakyat akan bersama dengan kita dalam himpunan yang bersejarah ini untuk menyelamatkan negara kita dalam masa yang lebih panjang setelah kita mencapai kemerdekaan selama 60 tahun," katanya.

***********

"ICERD hari ini umpama kuman yang ada di dalam badan kita. Dikala antibodi kita kuat ia diam. Namun apabila antibodi kita lemah ia akan bangkit (dibangkitkan) semula. Jadi umat Islam mesti tunjukkan solidariti agar Himpunan Bantah ICERD 812 ini beri ketahanan sehingga sekurang-kurangnya untuk 50 tahun akan datang demi anak cucu kita."

- YB Dato' Haji Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, MP Tumpat.

https://facebook.com/rakyatBantahICERD/posts/969076126613582

**********

Perhimpunan Aman

1. Perhimpunan aman merupakan antara perkara yang diperjuangkan oleh ramai tokoh-tokoh politik dalam kerajaan hari ini sebelum mereka memerintah. Maka, tidaklah janggal untuk mana-mana pihak berhimpun secara aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang. Apatahlagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti mereka tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan mereka.

2. Seperti yang saya sebut sebelum ini, untuk membantah ICERD nampaknya sudah tidak relevan setelah YAB PM menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasikannya. Namun, untuk penegasan isu-isu semasa lain yang membabitkan kepentingan Umat Islam mungkin relevan dalam suasana Umat Islam memerlukan suara siyasah yang jelas di saat ini. Demikian juga bantahan isu-isu semasa seperti bantahan ke atas kenyataan jahat ahli politik pelampau Hindu di India baru-baru ini.

3. Sekalipun hari ini kita mungkin berbeza pendapat dalam beberapa hal, namun kita tidak boleh menafikan bahawa  sebilangan tokoh-tokoh muslim dalam PAS, UMNO, BERSATU, dalam kalangan PKR dan terdapat juga dalam kalangan AMANAH merupakan harapan siyasah Umat Islam di Malaysia. Apabila tokoh-tokoh ini berhimpun dan bersuara, mereka mewakili rasa hati Umat Islam yang bersama mereka. Realitinya, Umat Islam hari gusar dengan perkembangan mutakhir. Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

4. Pihak lain kelihatan lantang suara mereka menuntut pelbagai hak. Itu pun hak mereka untuk bersuara. Sementara kebanyakan tokoh-tokoh politik Umat Islam dalam Kerajaan hanya diam, ataupun kurang bersuara. Apatahlagi ada yang begitu apologetik dengan Islam. Maka, biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini.

5. Bagi saya, perhimpunan aman yang hendak dilakukan itu boleh dianggap ikhlas dan bertujuan untuk kepentingan Umat JIKA ia bebas dari slogan kepartian dan tidak berkempen menaikkan parti-parti politik tertentu. Ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok. Perhimpunan untuk Umat, daripada Umat dan kepada Umat.

6. Saya juga ingin mengingatkan kita semua,  Islam adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan agama. Perhimpunan itu tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Umat Islam. Seruan Islam ialah mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian. Saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.

7. Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai perhimpunan aman itu agar mengamal akhlak Islam iaitu tidak memaki hamun, mencarut, melaungkan ungkapan yang menyanggahi prinsip Islam, mengelakkan tingkahlaku yang bercanggah dengan ajaran Islam serta menghormati hak jalan. Demikian juga hendaklah mematuhi arahan pihak keselamatan demi kebaikan negara.

DR MAZA
Mufti Perlis

**********

MEMAHAMI ISU ICERD
DALAM 3 MINIT

Dari FB Dr Yazid Zul

Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat.

Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

Sejak Merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya. Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.
Wassalam.

Dari FB Dr Yazid Zul.

**********

KESAN-KESAN ICERD

- Raja2 bukan lagi ketua Negara
- Perdana Menteri Boleh disandang oleh semua Kaum
- Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi
- Tak ada lagi diskaun 10% beli rumah
- tanah adat dimansuhkan termasuk sabah sarawak.
- Askar Melayu Diraja ,mara,Uitm, Mrsm, ASB dimansuhkan dan dijenamakan Baru utk buka pada semua kaum dan tidak menampakan diskriminasi
- Lot2 Bumiputra dan Malay rezab dihapuskan.
- dan banyak lagi berkaitan Bumiputra dan Melayu dimansuh dan dijenamakan baru
-secara automatik perkara 153 Perlembagaan tidak terguna pakai dan dipinda.
-program memperkasakan ekonomi bumiputra akan terbatas ia akan lebih beranggapan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain2...yg hakikatnya kaum Bumiputra jauh ketinggalan dalam ekonomi
- semua isu akan dikaikan dengan ICERD oleh pihak tertentu yg berkepentingan.
- ICERD adalah Malaya Union versi alaf baru yg ditentang oleh orang2 terdahulu cuma namanya diubah.

Yang tinggal sejarah perjuangan Nenek moyang, mengalir darah keringat dan air mata cucu cicit merosakan perjuangan mereka.

November 2 at 2:48 PM · Public

**********

Hormati kelompok yg ingin menyertai perhimpunan aman ini.

Bagi yg tak nak menyertai pulak, kita juga hurmati mereka.

Perbedaan pendapat adalah rahmat, sama2 di raikan.
Insya-Allah.✌๐Ÿป

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...