Please CLICK

Thursday, December 6, 2018

ICERD OR NOT?


ICERD: Presiden PAS seru rakyat sertai himpunan
(8 Dec 2018 ~ Dataran Merdeka, KL)

http://harakahdaily.net.my/index.php/berita/8957-icerd-presiden-pas-seru-rakyat-sertai-himpunan

Oleh IZWAN ABDUL HALIM

*KUALA LUMPUR:* Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru seluruh umat Islam untuk keluar beramai-ramai menyertai Himpunan Rakyat Bantah ICERD pada hari Sabtu nanti.

Menurutnya, menjadi kewajipan kepada umat Islam di nsgara secara fardu ain mencegah kemungkaran itu sebelum berlaku perkara lebih buruk kepada negara ini.

"Jelas bahawa perjanjian ini bercanggah dengan realiti yang ada di Malaysia. Bahkan mengikut pengamatan saya, sebenarnya perjanjian ini diilhamkan oleh Freemason dan Zionis yang menguasai agensi-agensi di bawah Bangsa-bangsa Bersatu.

"Dengan tujuan untuk menundukkan segala bangsa dalam dunia ini supaya tidak beragama dan tidak berakhlak, menjadi agenda mereka dengan cara halus. Apalagi kepada kita, perjanjian ini akan menjejaskan hubungan baik di antara Bumiputera dan rakyat bukan Bumiputera.

"(Di mana ia) telah dijalin dengan baik dalam masyarakat majmuk di negara kita, dengan cara yang begitu baik sejak 60 tahun kita mencapai kemerdekaan. Walaupun berlaku berbagai-bagai kemalangan, kita dapat atasi dengan cara yang baik.

"Di mana campur tangan melalui ICERD ini, kepada saya, sama dengan Perjanjian Pangkor yang menjadi anak kunci untuk campur tangan penjajah terhadap negara kita," ujarnya hari ini.

Beliau juga menyeru penganut-penganut agama lain untuk bersama membantah ICERD kerana perjanjian ini sebenarnya bercanggah dengan semua agama dan hubungan antarabangsa.

Sedangkan katanya, perkara itu di dalam dunia ini telah dijalin oleh Allah S.W.T dengan cara yang baik kepada umat manusia.

Ahli Parlimen Marang itu juga mengajak kaum bukan Islam percaya bahawa umat Islam dapat melaksanakan hubungan yang baik ini dengan cara yang sebaik-baiknya.

"Dan kita mahu supaya hubungan umat Islam dengan semua pihak yang ada dalam negara ini berlaku dengan baik. InsyaAllah himpunan ini akan diadakan dengan aman. Kita akan menentang sebarang provokasi yang cuba mengalih keamanan yang kita nak wujudkan dalam himpunan ini.

"Kalau ada pihak tak bertanggungjawab, kita akan bertindak dan membantu polis untuk menghalang sebarang langkah provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan.

"Dengan sebab itu saya harap seluruh rakyat akan bersama dengan kita dalam himpunan yang bersejarah ini untuk menyelamatkan negara kita dalam masa yang lebih panjang setelah kita mencapai kemerdekaan selama 60 tahun," katanya.

***********

"ICERD hari ini umpama kuman yang ada di dalam badan kita. Dikala antibodi kita kuat ia diam. Namun apabila antibodi kita lemah ia akan bangkit (dibangkitkan) semula. Jadi umat Islam mesti tunjukkan solidariti agar Himpunan Bantah ICERD 812 ini beri ketahanan sehingga sekurang-kurangnya untuk 50 tahun akan datang demi anak cucu kita."

- YB Dato' Haji Che Abdullah Mat Nawi, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan, MP Tumpat.

https://facebook.com/rakyatBantahICERD/posts/969076126613582

**********

Perhimpunan Aman

1. Perhimpunan aman merupakan antara perkara yang diperjuangkan oleh ramai tokoh-tokoh politik dalam kerajaan hari ini sebelum mereka memerintah. Maka, tidaklah janggal untuk mana-mana pihak berhimpun secara aman dengan syarat mereka mengikut lunas undang-undang. Apatahlagi jika rekod pihak berkenaan sebelum ini terbukti mereka tidak bertindak ganas dalam perhimpunan-perhimpunan mereka.

2. Seperti yang saya sebut sebelum ini, untuk membantah ICERD nampaknya sudah tidak relevan setelah YAB PM menegaskan kerajaan tidak akan meratifikasikannya. Namun, untuk penegasan isu-isu semasa lain yang membabitkan kepentingan Umat Islam mungkin relevan dalam suasana Umat Islam memerlukan suara siyasah yang jelas di saat ini. Demikian juga bantahan isu-isu semasa seperti bantahan ke atas kenyataan jahat ahli politik pelampau Hindu di India baru-baru ini.

3. Sekalipun hari ini kita mungkin berbeza pendapat dalam beberapa hal, namun kita tidak boleh menafikan bahawa  sebilangan tokoh-tokoh muslim dalam PAS, UMNO, BERSATU, dalam kalangan PKR dan terdapat juga dalam kalangan AMANAH merupakan harapan siyasah Umat Islam di Malaysia. Apabila tokoh-tokoh ini berhimpun dan bersuara, mereka mewakili rasa hati Umat Islam yang bersama mereka. Realitinya, Umat Islam hari gusar dengan perkembangan mutakhir. Berilah ruang untuk mereka menzahirkan keresahan itu dalam suasana yang aman.

4. Pihak lain kelihatan lantang suara mereka menuntut pelbagai hak. Itu pun hak mereka untuk bersuara. Sementara kebanyakan tokoh-tokoh politik Umat Islam dalam Kerajaan hanya diam, ataupun kurang bersuara. Apatahlagi ada yang begitu apologetik dengan Islam. Maka, biarlah jika ada pihak yang mampu dan ingin bersuara bagi menzahirkan rasa hati mereka sebagai penduduk asal dan majoriti dalam negara ini.

5. Bagi saya, perhimpunan aman yang hendak dilakukan itu boleh dianggap ikhlas dan bertujuan untuk kepentingan Umat JIKA ia bebas dari slogan kepartian dan tidak berkempen menaikkan parti-parti politik tertentu. Ia hendaklah satu perhimpunan rentas parti dan rentas kepentingan kelompok. Perhimpunan untuk Umat, daripada Umat dan kepada Umat.

6. Saya juga ingin mengingatkan kita semua,  Islam adil untuk semua tanpa mengira latar bangsa dan agama. Perhimpunan itu tidak boleh menjadi seruan yang menzalimi mana-mana agama dan bangsa lain yang tidak menzahirkan permusuhan terhadap Umat Islam. Seruan Islam ialah mengajak kepada keharmonian hidup bersama mereka yang cintakan kedamaian. Saya percaya pihak penganjur memahami hal ini.

7. Saya ingin mengingatkan mereka yang ingin menyertai perhimpunan aman itu agar mengamal akhlak Islam iaitu tidak memaki hamun, mencarut, melaungkan ungkapan yang menyanggahi prinsip Islam, mengelakkan tingkahlaku yang bercanggah dengan ajaran Islam serta menghormati hak jalan. Demikian juga hendaklah mematuhi arahan pihak keselamatan demi kebaikan negara.

DR MAZA
Mufti Perlis

**********

MEMAHAMI ISU ICERD
DALAM 3 MINIT

Dari FB Dr Yazid Zul

Sebagai seorang pensyarah undang-undang antarabangsa yang tiada apa-apa kepentingan politik peribadi, saya, Dr.Yazid terpanggil nak jelaskan isu ICERD ni dalam bahasa mudah:

Baru-baru ini, seorang menteri mengumumkan bahawa Malaysia akan menandatangani dan membuat ratifikasi treati ICERD dan 5 treati lain pada awal tahun depan.

Pertama sekali, treati atau konvensyen ni apa? Treati atau konvensyen ni ialah perjanjian antarabangsa. Semua negara di dunia berdaulat dan tak boleh dipaksa untuk mengikut telunjuk negara asing.. kecuali jika negara tersebut menandatangani perjanjian antarabangsa atau treati.

Contoh mudah ialah Perjanjian Pangkor. Kerana ketua negara dulu tandatangani Perjanjian Pangkor, atuk nenek kita terpaksa akur menerima penjajah Barat sebagai penasihat dan mesti terima semua ‘nasihat’ dan arahan Barat.

Contoh lain ialah perjanjian bekalan air dengan Singapura. Pasal lebih 50 tahun dulu sign dan setuju nak bekalkan 1000 gelen air dekat Singapura dengan harga 3 sen, kita terikat dengan treati tersebut dan jadi bahan ketawa. Sebagai bandingan, Hong Kong bayar China antara 4 ke 8 dollar untuk bekalan air sedangkan Malaysia terpaksa bagi kat Singapura dengan harga semurah 3 sen untuk 1000 gelen.

Bosan dengan treati dan perjanjian zalim, bangsa Melayu bangkit menolak tawaran Malayan Union oleh penjajah kerana Malayan Union akan menghilangkan hak-hak asas orang Melayu selaku tuan rumah dan Islam selaku agama rasmi orang Melayu. Takut dengan kebangkitan Melayu, British akur dan batalkan Malayan Union.

Sejak Merdeka, Malaysia tidak tandatangani ICERD pasal maklum isu ni panas. Treati ni pada teorinya menolak ‘diskriminasi kaum’ tapi kita melihat banyak isu provokatif pada treati-treati ini. Contohnya, Malaysia satu-satunya negara yang mendefinasikan kaum menurut agama iaitu kaum Melayu didefinasikan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai orang Islam, berbahasa Melayu dan berbudaya Melayu.

Malaysia unik kerana mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, menghalang penyebaran agama lain pada orang Islam, mengiktiraf Islam dan hak keistimewaan Bumiputera, biasiswa dan sebagainya. Ini bercanggah dengan semangat ICERD.

ISU RATIFIKASI. Ramai yang tidak faham isu ratifikasi. Kita kena faham beberapa benda. Pertama, kita tak wajib sign atau terima apa-apa treati tetapi sekali kita sign dan ratify, kita wajib akur. Maknanya, kalau ada percanggahan antara undang-undang kita dan undang-undang antarabangsa, kesannya ialah treati iaitu undang-undang antarabangsa akan terpakai di mahkamah antarabangsa.

Bahasa mudah, treati ni boleh jadi jalan belakang untuk mengatasi Perlembagaan. Sebelum undang-undang antarabangsa atau treati ni terpakai, ada proses ratifikasi dulu. Apa ratifikasi ni? Ianya satu proses di mana undang-undang ni dibawa ke Parlimen untuk dibahas dan diadjust agar selari antara keduanya. Kita kadang-kadang boleh membuat reservation iaitu membantah atau tidak bersetuju dengan bahagian tertentu treati tersebut. Masalahnya, ini memerlukan kajian dan masa yang lama oleh pihak Pejabat Peguam Negara sedangkan menteri memberi jaminan akan membuat ratifikasi awal tahun depan. Pejabat Peguam Negara sebelum ini teliti dalam isu panas ini kerana faham isu ini akan membawa ketegangan kaum. Sikap terburu-buru hendak membuat ratifikasi pada masa ini cukup mencurigakan.

Sepatutnya Pejabat Peguam Negara yang mesti membuat kajian teliti terlebih dahulu, dan kebenaran dan izin Majlis Raja-Raja diperlukan kerana melibatkan kepentingan Melayu Islam.

Turut tidak diceritakan ialah reservation tidak semestinya diterima. Sekiranya 2/3 negara lain menolak reservation yang dibuat, reservation akan terbatal. Reservation juga tidak boleh dibuat sekiranya bercanggah dengan semangat dan objektif treati.

Secara ringkasnya, mudarat jelas lebih banyak daripada manfaat. Satu-satunya manfaat ialah kita mungkin boleh mendapat sedikit pujian antarabangsa kerana akur pada standard mereka.

Sebagai penutup, cara terbaik ialah meneruskan polisi Malaysia sebelum ini untuk membasmi diskriminasi dengan acuan kita sendiri tanpa perlu merujuk dan mengikut telunjuk luar. Golongan minoriti mesti didekati, masalah mereka mesti dikenalpasti dan usaha untuk menaiktaraf dan menjaga kepentingan mereka dan semua pihak mesti dibuat secara komprehensif, tapi tanpa menggadai perpaduan kaum dan kedaulatan negara.

Ini merupakan pandangan peribadi saya sahaja.
Wassalam.

Dari FB Dr Yazid Zul.

**********

KESAN-KESAN ICERD

- Raja2 bukan lagi ketua Negara
- Perdana Menteri Boleh disandang oleh semua Kaum
- Agama Islam bukan lagi Agama Rasmi
- Tak ada lagi diskaun 10% beli rumah
- tanah adat dimansuhkan termasuk sabah sarawak.
- Askar Melayu Diraja ,mara,Uitm, Mrsm, ASB dimansuhkan dan dijenamakan Baru utk buka pada semua kaum dan tidak menampakan diskriminasi
- Lot2 Bumiputra dan Malay rezab dihapuskan.
- dan banyak lagi berkaitan Bumiputra dan Melayu dimansuh dan dijenamakan baru
-secara automatik perkara 153 Perlembagaan tidak terguna pakai dan dipinda.
-program memperkasakan ekonomi bumiputra akan terbatas ia akan lebih beranggapan satu bentuk diskriminasi kepada kaum lain2...yg hakikatnya kaum Bumiputra jauh ketinggalan dalam ekonomi
- semua isu akan dikaikan dengan ICERD oleh pihak tertentu yg berkepentingan.
- ICERD adalah Malaya Union versi alaf baru yg ditentang oleh orang2 terdahulu cuma namanya diubah.

Yang tinggal sejarah perjuangan Nenek moyang, mengalir darah keringat dan air mata cucu cicit merosakan perjuangan mereka.

November 2 at 2:48 PM · Public

**********

Hormati kelompok yg ingin menyertai perhimpunan aman ini.

Bagi yg tak nak menyertai pulak, kita juga hurmati mereka.

Perbedaan pendapat adalah rahmat, sama2 di raikan.
Insya-Allah.✌🏻

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...