Please CLICK

Monday, March 9, 2020

KABINET 2020



KABINET

Alhamdulillah TSMY selaku PM telah mengumumkan barisan kabinet 2020. Kombinasi tokoh2 politik berpengalaman atau punyai potensi, bersama  beberapa senator, juga teknokrat berwibawa. Feel good factor dapat dirasakan dlm sebuah kerajaan baru yg bisa mengembalikan keyakinan dan harapan rakyat. Smoga sgala elemen negatif dpt dipinggirkan, sekali gus kita nilai secara positif dan membina. Wajar kita sangka baik. Bagi ruang dan peluang. Agar masa depan yg cemerlang akn dijana. Jazakallah.

#BersihSPRM
#LulusPDRM

*****

Apa cer politik hari ni?

Ramai yg ternanti2 akn pengumuman barisan kabinet yg khabarnya akn diumumkan dalam masa terdekat.

Apapun kelompok ABU (asal bukan umno) telah tersingkir menjadi pembangkang yg sudah memulakan roadshow mereka slps mereka sendiri meruntuhkan krajaan rapuh PH dgn haru biru yg melanda yg kini terpahat dlm sejarah politik negara.

Maka kelompok ABD (asal bukan DAP) yg di perkenan oleh YDPA utk memikul amanah besar mengisi kekosongan hasil keruntuhan kerajaan PH yg incompetent yg berbalah sesama mereka itu, harus di beri peluang dan sokongan yg sewajarnya.

Selamat maju jaya !!

******

TAHNIAH

Tahniah kpd TSMY yg di lantik menjadi PM ke-8.

Rezki yg Allah telah aturkan utk beliau. Walaupun tidak disebut sebagai calon dlm merebut jawatan PM, tapi akhirnya bekas TPM yg low profile ini telah diangkat utk memimpin negara oleh YDPA.

Integriti TSMY sangat terserlah dlm isu 1MDB hingga pernah tersingkir drp kerusi empuk TPM beberapa tahun lalu. Dan terkini dlm kes pemuka LTTE.

Sebagai rakyat, saya rasa ini yg terbaek. Feel good factor memenuhi segenap ruang. Apatah lagi melihat salasilah beliau berayahkan salah seorg tokoh ulama tersohor negara.

Tentunya ada rasa tidak puas hati yg timbul terutamanya kelompok PH. Namun begitulah percaturan Allah mengatasi segala perancangan makhluk.

#RedhoKetentuanAllah

*****

PERIKATAN NASIONAL BUKANLAH MUAFAKAT NASIONAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Perikatan Nasional adalah coalition antara Muafakat Nasional (UMNO+PAS), Barisan Nasional (UMNO+MCA+MIC), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu (PPBM) dan 'Ex-PKR' (Team Azmin Ali).

2) Coalition ini hanya wujud untuk menyokong TS Muhyidin Yassin sebagai PM-8, bagi menamatkan krisis politik yang berlarutan hampir seminggu. Nama Perikatan Nasional pun bukanlah nama rasmi. Hanya direka untuk memudahkan sebutan.

Tiada manifesto.
Tiada apa-apa perjanjian.
Tiada tahaluf siyasi
Tiada ta'awun siyasi

3) Dengan demikian, TS Muhyidin tidak terikat untuk melantik sesiapa pun dalam kabinetnya, tidak terikat dengan apa-apa manifesto untuk dilaksanakan etc. Namun atas budi bicara antara beliau dan komponen Perikatan Nasional, beliau dijangka tidak akan meminggirkan mana-mana komponen dalam kabinetnya.

4) Setiap komponen Perikatan Nasional pula tidak tertakluk kepada mana-mana komponen lainnya. Muafakat Nasional tidak tertakluk kepada prinsip Barisan Nasional, begitu juga sebaliknya. GPS juga tidak tertakluk kepada apa-apa prinsip Muafakat Nasional. Demikian juga Bersatu tidak terikat apa-apa dengan prinsip UMNO. Manakala UMNO terikat dengan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

5) Dalam coalition yang boleh dianggap sebagai terikat dengan ikatan Van der Waal (sejenis ikatan kimia yang lemah), Ia mudah berpecah apabila kondisi tidak disepakati sesama komponen. GPS boleh quit tanpa apa-apa isu jika mereka tak puas hati dengan PAS. UMNO boleh tarik balik sokongan kepada PM-8 tanpa perlu kepada PAU. Namun kekuatan Perikatan Nasional ada pada polarity setiap komponen. Polarity semua komponen adalah "tanpa DAP".

6) Muafakat Nasional tiada kuasa penuh dalam Perikatan Nasional. Penguasaan Muafakat Nasional dalam kerajaan tidak solid, kerana Perikatan Nasional itu sendiri tiada 'perlembagaan' ataupun piagam persefahaman. Hubungannya dengan kerajaan adalah sebagai komponen yang menyokong PM-8. Jika Muafakat Nasional quit daripada Perikatan Nasional, ia tidak boleh dikatakan khianat pun, tidak sebagaimana Bersatu quit PH, itu adalah khianat.

7) Perikatan Nasional tiada manifesto. Mengungkit manifesto solo PAS atau manifesto BN adalah tidak relevan dalam Perikatan Nasional, kerana turut disertai oleh Bersatu dan Ex-PKR. Kerajaan tanpa janji manifesto boleh fokus kepada pemulihan ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat tanpa gangguan manifesto yang pelik-pelik.

8 ) Seperti yang PAS tekankan, kerajaan perlu fokus kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan, kerana dua teras utama ini bukan sahaja menjadi tuntutan semua komponen Perikatan Nasional, malahan rakyat keseluruhannya juga mendambakan  satu penyelesaian yang baik.

9) Ucapan TS Muhyidin sebagai PM-8 juga menyeru kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan. Beliau berjanji akan melantik menteri kabinet yang berkelayakan untuk tujuan tersebut. It's not easy, tetapi ia adalah cabaran yang besar. Yang melegakan beliau adalah komponen Perikatan Nasional tidak cenderung untuk melobi jawatan, terutama PAS.

10) Semuanya diserahkan kepada kebijaksanaan beliau mengurus perlantikan kabinet. Sebab ia sebenarnya adalah kerajaan TS Muhyidin Yassin, yang terhasil daripada krisis dalaman PH. Muafakat Nasional dan GPS hanya mencukupkan bilangan sokongan sahaja, kerana pada asalnya Muafakat Nasional lebih cenderung untuk parlimen dibubarkan. Bila-bila masa sahaja Muafakat Nasional boleh quit jika mereka kehendaki.
Sekian

********

Menelusuri landskap baharu siasah Malaysia

Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, Astro Awani |  Mac 07, 2020 11:30 MYT

KRISIS politik negara mutakhir ini telah membawa kepada landskap baharu dalam politik tanah air.

Landskap baharu ini ditandai oleh sekurang-kurangnya lima faktor iaitu pemerkasaan amalan demokrasi beraja, pengukuhan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia, politik kerjasama yang longgar, impak faktor 4R dan hero baharu kepemimpinan negara dan politik tanah air.

Faktor pertama, iaitu pemerkasaan amalan demokrasi beraja menzahirkan peranan istana dalam menyelesaikan konflik politik negara.

Krisis politik telah mendesak campur tangan pihak Istana bagi meredakan keadaan. Bermula langkah tegas Sultan Ibrahim di Johor dan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melantik Perdana Menteri ke-8, amalan demokrasi beraja semakin kukuh dalam landskap politik negara.

Meskipun amalan ini dilihat oleh sesetengah pihak termasuk media asing sebagai ‘rampasan kuasa’ oleh pihak istana, pandangan itu langsung tidak relevan.

Lebih penting, peranan istana ini termaktub dalam perlembagaan. Malah, rata-rata rakyat Malaysia melihat campur tangan ini adalah perlu kerana mereka sudah muak dengan karenah ahli politik yang bercakaran sesama sendiri untuk merebut kuasa tanpa sudah.

Krisis politik kali ini ‘mendekatkan’ lagi jarak pihak Istana ke pangkuan rakyat dengan menstabilkan keamanan siasah dan bukan lagi hanya simbol dan lambang mengikut pemikiran cetek beberapa pihak.

Untuk mengetahui kepentingan konsep demokrasi beraja dengan lebih lanjut, boleh merujuk kepada tulisan Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz berjudul, ‘Islam, Demokrasi dan Raja di Malaysia: Perspektif Perlembagaan’, dalam buku Demokrasi dan Dunia Islam: Perspektif Teori dan Praktik, terbitan Penerbit Universiti Malaya (UM), suntingan Mohd Izani Mohd Zain.

Kedua, kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bertahan lama tidak berlaku semata-mata pergeseran antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, ia kerana wujud proses pembetulan dalam soal meletakkan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia.

Naratif politik kerjasama PH yang bersandarkan kepada pendekatan centripetalism tidak lagi terikat dengan faktor perkauman, tetapi berpendekatan sederhana, moderat dan inklusif dengan memberi fokus kepada isu dan kepentingan bersama seperti demokrasi, kebebasan, keadilan dan pemerintahan baik (good governance).

Dari satu sudut, pendekatan centripetalism ini baik untuk pengukuhan demokrasi, namun membelakangi faktor etnik, sejarah dan perkongsian kuasa antara kaum dalam amalan politik di negara adalah satu kesilapan.

Lebih-lebih lagi, naratif politik kerjasama ini telah mula merobek kedudukan tiang seri dalam Perlembagaan Malaysia seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, institusi Raja dan hak keistimewaan bumiputera.

PH mungkin lupa, mereka dimenangkan oleh pengundi dalam Pilihan Raya ke-14 lalu bukan disebabkan oleh keinginan rakyat Malaysia untuk mengubah tiang seri ini, tetapi mahukan kerajaan yang lebih baik dan berintegriti.

Mereka dahulu menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan perlembagaan.

Ketiga, landskap politik Malaysia kini berpaut kepada kerjasama politik yang longgar. Ia terbukti setelah berlaku krisis politik negara mutakhir ini.

Dalam ilmu sains politik, kerjasama politik mempunyai dua tahap. Pertama, disebut sebagai alliance atau kerjasama politik melangkaui pilihan raya untuk jangka panjang.

Kedua, disebut sebagai coalition, iaitu kerjasama politik untuk jangka pendek seperti memenangi pilihan raya sahaja.

Kerjasama politik melibatkan parti politik masa kini boleh dianggap rapuh kerana ia lebih dipengaruhi soal kepentingan kuasa dan kedudukan.

Malah, kepentingan ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Mungkin sukar untuk mewujudkan semula konsep kerjasama politik seperti BN kecuali kerja keras dan permuafakatan antara elit politik.

Berbanding Perikatan Nasional (PN), banyak pihak mahu melihat Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS diperkukuh demi kesejahteraan ummah.

Malah, MN dilihat sebagai teras kepada PN dengan kehadiran Bersatu sekaligus memperkukuh kedudukan politik Melayu/Islam.

Keempat, jika politik Malaysia selama ini tidak boleh menolak faktor 3R iaitu, race (perkauman), royal (istana) dan religion (agama), kini wujud satu lagi faktor R, iaitu region atau wilayah.

Perkara ini pernah saya sentuh ketika terlibat sebagai pembicara dalam Siri Seminar UMCEDEL bertajuk ‘ Landskap Politik Malaysia Pasca Tun Dr Mahathir’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) baru-baru ini.



Saya berpandangan, politik Malaysia perlu memberikan perhatian yang serius kepada soal kepentingan negeri atau wilayah.

Politik Malaysia tidak boleh lagi tertumpu di Putrajaya semata-mata, tetapi mengambil kira suara dan keperluan negeri. Inilah semangat dalam konteks federalisme yang sebenar.

Kelima, dengan krisis politik yang berlaku, sudah tiba masanya kita menobatkan hero-hero baharu dalam politik tanah air.

Tun Dr Mahathir merupakan seorang negarawan ulung yang banyak berjasa kepada kita semua, namun sampai bila kita harus bergantung kepada beliau.

Krisis politik ini sewajarnya membuka laluan kepada pemimpin politik lain untuk diberikan ruang dan peluang.

Pemimpin yang terlalu lama akan mewujudkan penginstitusian pemimpin yang tidak baik kepada demokrasi di negara.

Bakat baharu politik yang berintegriti dan berkeperibadian luhur mesti diangkat. Pemimpin yang god-fearing atau takutkan Tuhan perlu kita ketengahkan demi masa depan Malaysia yang sejahtera.

Kini, kita mempunyai perdana menteri baharu yang juga ahli politik berpengalaman, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, kita juga perlu siap siaga dengan ketumbukan pemimpin politik baharu yang mampu memimpin negara dengan sebaik-baiknya.

Bukan itu sahaja, kepemimpinan negara perlu mendapat sinergi ahli politik dan profesional kerana kita mahukan bakat terbaik untuk Malaysia.

Siapa sangka pada tahun keramat 2020, kita dihadiahkan dengan krisis politik sebegini.

Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Belajarlah sesuatu.

Apa yang jelas, lima faktor ini dilihat mewarnai landskap politik atau siasah Malaysia pasca krisis politik.

--------

Penulis ialah Profesor Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau merupakan penganalisis politik yang sering memberi komentar dalam media tempatan mahupun antarabangsa.

Penulis juga Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dan bekas Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

******

Luahan Hati Tun M

"Dulu depa mintak tolong saya lead Pakatan Harapan untuk hadapi Pilihanraya Umum... Depa nak saya jadi PM sekiranya PH menang pilihanraya... Katanya untuk meyakinkan rakyat bahawa PH sudah bersedia untuk memerintah negara, menggantikan UMNO yang korup... Ternyata strategi itu berjaya, PH menang PRU-14.

Bila saya jadi PM, depa tak sabar nak suruh saya berhenti, desak saya suruh serah jawatan kepada Anwar, duk tuduh saya, apa nama, gila kuasa dan sebagainya... Sedangkan saya fikir kalau saya resign dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan akan jatuh, sebab Anwar tidak punya sokongan yang cukup dari ahli dewan rakyat untuk jadi PM.

Satu lagi, depa tak faham... Saya tak boleh serahkan jawatan PM kepada sesiapa pun, itu bukan kuasa saya... Saya tidak ada hak untuk lantik PM selepas saya... 'Serah jawatan' itu hanya istilah saja, tapi perlantikan Perdana Menteri itu ada proses dan tatacaranya.

Dulu saya jadi PM ke-4, kemudian saya letak jawatan, lalu UMNO sebulat suara cadangkan kepada YDP Agong untuk lantik Pak Lah jadi PM, dan Agong pun setuju.... Bukan saya yang serah jawatan kepada Pak Lah dan bukan saya yang lantik Pak Lah jadi PM.... Dan selepas itu pun, bukan Pak Lah yang serah kuasa kepada Najib dan bukan Pak Lah yang lantik Najib jadi PM... Pak Lah letak jawatan, dan UMNO sebulat suara setuju lantik Najib, Agong pun perkenankan perlantikan itu.

Sekarang depa desak saya lepaskan jawatan untuk beri laluan kepada Anwar..... Tapi bila saya umumkan letak jawatan, depa gagal angkat Anwar jadi PM kerana tak cukup sokongan, depa tuduh saya telah mengkhianati Pakatan Harapan.... Depa tuduh saya.. apa nama... gulingkan kerajaan Pakatan Harapan.
CnP : chedet.blog

******

POLITIKUS

Sebagai netizen dan rakyat, saya tidak terkecuali drp merasa blur atau fenin melihat suasana politik yg mutakhir ini. Maka turut terjebak mengikuti bicara di pelbagai media utk cuba faham dan hadam. Pagi ni saya baca satu posting yg mungkin juga logik. Its a game ruponya di kelompok politikus...

*****

Ini mungkin script nya. Rakyat di mangsakan
😰😰😰

GAMECEPTION.

Tun 'game' Anwar apabila Tun macam taknak bagi dia jawatan PM-8, kemuncaknya bila PPBM ugut nak keluar PH jumaat lepas.

Bengang dengan Tun, maka Anwar pun 'game' balik Tun dengan niat nak pergi jumpa YDPA Isnin walaupun janji bersabar.

Sebelum dia kena 'game' dengan Anwar..

Maka Tun pun 'game' Anwar dulu dengan gerakkan 'budak-budak' dia(Azmin dan Moyden) utk gang up dengan MN  jumpa YDPA pada Ahad sebelum sempat Anwar jumpa Isnin.

Tapi malangnya 'game' Tun tak kesampaian penuh sebab YDPA sebagai pengadil, nak bagi fair 'game' kat Anwar jumpa baginda dulu pada hari Isnin.

Anwar yang terkejut dengan 'game' Tun dan budak-budak dia pada Ahad, janji dia akan sokong Tun kekal PM, tak mintak dah PM-8, sanggup jadi PM-9.

Tun yang teruja dengan janji Anwar, ambil keputusan untuk 'game' pulak 'budak-budak' dia dengan MN dengan kata dia tak ada kena mengena dengan mereka dan bagi tawaran yang tak boleh diterima oleh MN iaitu bekerjasama dengan DAP.

Sedar diri di'game' oleh Tun M, Maka MN ambil keputusan untuk balas balik 'game' Tun M dengan tarik balik sokongan kepada Tun M dan mintak bubar parlimen menyebabkan ada ruang untuk Anwar potong angka sokongan ahli parlimen dan 'game' kan Tun semula.

Maka harini, PKR, DAP dan AMANAH telah 'game' kan Tun dengan menamakan Anwar sebagai PM.

Dan melihatkan sokongan Tun M sudah berkurangan kerana MN 'game' Tun dengan tarik sokongan terhadap Tun M dan tindakan PKR, DAP dan AMANAH tadi, maka mengamoklah PPBM tersedar diri bahawa mereka mungkin ter 'game over' dengan Anwar sebagai PM mereka selepas ini.

Inilah dia drama 'Gameception' minggu ini tuan puan, tak sabar betul tunggu ending dia, popcorn dah habis dah ni..🥱

Sekian.

******

Aduhai..and it cost rm43b loss in bursa on 1st day of the crisis alone..

Same old story of TM vs DSAI

Sepatutnya straight fwd je

1) smooth handover as promised when the time come, after apec
2) if not happy with the cabinet, than drop n replace yg tak perform tu
3) rakyat dah pilih PH in pru14, should  not be kelam kabut like this...PH for Pakatan Haprak (in the end).


#JauhkanBalaYaAllah


******

Posting ini menyelusuri hari ini dalam sejarah bermula pada 23 Feb 2020 hinggalah terlantiknya PM-8 di bawah perkenan YDPA pada 29 Feb 2020. Seterusnya pembentukan kabinet pada 9 Mac 2020. Pelbagai analisa dan komenter daripada pakar politik hinggalah netizen dan rakyat marhain di bicara kedai kopi, semuanya terkedu dan teruja untuk meluahkan pandangan dan pendapat pada senerio politik negara. 

PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 yang lalu, tampak gagal membendung bisul yang menjadi barah tahap 4 hingga meletop dan terus meruntuhkan sebuah gomen of the day yang gagal diselamatkan mahupun cuba dipulihkan. Kata orang ia tak lain dan tak bukan asbab permusuhan politik yang senyap dan nyata antara TM dan DSAI. Itulah punca barah itu.

Penyatuan politik PH yang rapuh antara gabungan yang berkepentingan terus menghantui. Tiada otoriti parti yang betul2 dominan yang boleh mengikat kukuh binaan atau gabungan itu. Rakyat melihat PH telah meruntuhkan PH itu sendiri. PH gagal untuk memikul amanah besar memimpin negara menggantikan kerajaan BN terdahulu. Harapan yang diberikan rakyat makin hari makin celaru makin punah, hingga menjadi takde harapan dan pecah berkecai akhirnya. 

Pakatan Harapan bertukar menjadi Pakatan Haprak. Tiada yang perlu dipersalahkan melainkan PH sendiri, self destructive kata orang jawa.

Maka dalam kebosanan dan ketadaktentuan selama seminggu, negara di lopongkan tanpa sebuah kerajaan yang sah, maka YDPA telah berkenan melantik seorang tokoh politik yang mempunyai 40 tahun pengalaman yang juga pernah menjadi bekas TPM, iaitu TSMY sebagai PM-8. What a suprise.

Maka juak2 PH pun tanpa sembunyi memainkan semboyan kerajaan pintu belakang. Tanpa malu membelakang malah menderhakai keputusan YDPA. Tanpa menunggu lama menjelajah ke seluruh negara mengadakan roadshow sebgai pembangkang yang cuba meraih simpati rakyat dan memainkan kisah dan drama sedih menyalahkan pihak lain atau digunakan kalimah pengkhianat agar melekat diminda. Namun hakikatnya, PH sekadar gagal pabila diberi amanah besar memimpin negara. 

Parti DAP yg dominan di sebalik tabir kini sudah hilang kuasa bersama PKR dan PAN yg kerap dilihat selalu mempertahan atau takut dgn DAP. Itulah mungkin balasan Allah kpd PH yg mungkir janji, melanggar amanah dan mula tunjuk angkuh bila berjaya memimpin negara. Wallahul'alam.

#SiapaPengkianat?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...