Tok Mat ~ Calon Berpotensi PM-9 |
Antara calon berwibawa untuk menjadi PM-9 bagi saya ialah Dato Sri Utama Mohamad Bin Haji Hasan, bekas MB Negeri Sembilan.
Saya ingin share coretan beliau di FB perihal kecenderungan beliau agar parlimen dibubarkan sebagaimana yg telah dibuat oleh PM Singapura, agar rakyat dapat sekali lagi menilih dan memberi mandat kpd satu kerajaan pilihan rakyat, sekaligus menyelesaikan segala ketidakpuasan hati once and for all.
Kerana katanya kerajaan di bwh TSMY sekarang amat goyang dan tidak stabil. Ini menggugat keyakinan para pelabur dan pemain ekonomi. Juga memberi kepayahan untuk melulus sesuatu rang undang2 di parlimen.
Saya paparkan coretan itu di sini untuk kita sama2 hadam.
*****
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah membubarkan Parlimen republik tersebut bagi membolehkan pilihanraya umum diadakan pada 10 Julai 2020. Keputusan tersebut dibuat bagi memastikan Kerajaan yang memerintah mempunyai mandat yang baik dan diyakini.
Dalam konteks negara kita, adalah baik jika kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukan perkara yang sama tanpa berlengah.
Malaysia tidak pernah berada dalam kedudukan politik yang sangat tidak stabil seperti ini sejak merdeka.
Kemajuan, kemakmuran dan kebolehsaingan Malaysia sangat bergantung kepada kestabilan politiknya. Kestabilan politik akan memberi kesan dan pengaruh kepada banyak perkara termasuklah kemasukan pelabur, aktiviti ekonomi dan ketenteraman sosial.
Keadaan semasa sangat menyukarkan Kerajaan untuk meluluskan pelbagai rang undang-undang yang kritikal termasuklah membentangkan belanjawan bagi memulihkan negara dari kemelesetan ekonomi yang dihadapi waktu ini.
Segala usaha untuk memulihkan ekonomi Malaysia, mencipta pekerjaan dan melonjakkan persaingan tidak akan berlaku tanpa Kerajaan yang stabil dan Parlimen yang boleh berperanan melakukan semak dan imbang.
Negara tidak boleh terus menerus diheret dengan debaran ketidaktentuan serta kemungkinan pertukaran kerajaan selang beberapa bulan. Ini bukan sesuatu yang sihat untuk negara.
Hanya Kerajaan yang mempunyai mandat dan majoriti yang selesa di Parlimen dapat berfungsi dengan baik dan menumpukan segala fokus kepada memulihkan Malaysia dari segala cabaran besar yang bersifat ‘unprecedented’ yang sedang kita hadapi.
Negara ini adalah sebuah demokrasi berparlimen. Kuasa sebenar ialah pada rakyat dan bukan pada sesiapa yang lain. Apatah lagi pada blok-blok yang dibentuk sesedap rasa mengikut keselesaan dan kemahuan ahli politik. Oleh yang demikian, kembalikanlah kuasa tersebut kepada rakyat dan biarlah mereka yang menentukan jalan kehadapan bagi tanahair tercinta.
Dato Seri Utama
Mohamad bin Haji Hasan
*****
Saya menyatakan:
Biarkan TSMY meneraju krajaan PN hingga habis penggal. Kemudian buat PRU15. Tok Mat boleh ofer diri jadi calon PM-9. Sabar. Ambil peluang 3 tahun ini utk berbakti kpd rakyat. Ada brani?
A membalas:
Faham x apa yg dato tulis tu?baca x baca?bukan masalah sabar atau tidak..skng ni kita perlu kerajaan yg stabil dari segi kuasa politik..bayangkan jika kalau kerajaan inginkan membuat 1 usul contohnya naikkan siling KDNK adakah jaminan PH xkan bermain politik dlm isu ni?dan bygkan hnya beberapa ahli parlimen yg lompat parti boleh runtuhkan kerajaan yg sedia ada..mcm mana nak yakin pelabur utk melabur..dan mcm mana kerajaan nk hasilkan perluang pekerjaan?
Saya pulak menyatakan:
Saya faham. Bubar parlimen & buat pru15 pun wont gurantee u get 2/3 majority, so back to square one, tak stabil la jugak, nak lulus rang undang2 pun susah jugak. My point is wait til habis penggal la, give a chance to tsmy run the show for this 3 yrs. Relax la bro, rakyat pun dont mind & agak selesa di bwh tsmy, as compared to under PH before. Thats my 10cent. We should agree to disagree. TQ.
Saya kata:
Biarkan TSMY meneraju krajaan PN hingga habis penggal. Kemudian buat PRU15. Tok mat, dsai, tm, boleh ofer diri jadi calon PM-9. Sabar. Ambil peluang 3 tahun ini utk berbakti kpd rakyat. Ada brani?
~takyah nak ikut singapore ke bangladesh ke indon ka...
~krajaan ph yg di pilih rakyat sudah bunuh diri sendiri, dgn pm-7 letak jawatan, dan gagal bangkit, so stay as pembangkang la for a while, what to do..
~ydpa mengikut peruntukan perlembagaan telah melantik tsmy sebagai pm-8
~beri peluang krajaan PN memerintah sampai akhir penggal
~fokus berbakti kpd rakyat & pulihkan ekonomi negara
~di PRU15 nanti fight secara gentleman utk dapatkan mandat rakyat to form government.
~skrg takyah rock the boat, lets hv a pleasant journey.
A membalas:
Skng ni siapa yg rock the boat?dgn segala spekulasi yg dibuat oleh PH..apakah jaminan kerajaan PN skng stabil?utk kita begerak ke hadapan kerajaan kena ada kerusi yg selesa..skng ni ok..rizab negara masih ada..berapa lama lama nk bergantung pada hasil kerajaan?kalau tuan pelabur adakah tuan nak melabur dlm company yg tidak kukuh asasnya?inikan plak sebuah negara.
Saya kata:
Tok mat kena sabar. Org akn nampak tok mat tak puas hati bila tak dpt apa2 jawatan utama dlm krajaan TSMY. Insya-Allah tok mat bisa jadi calon PM-9 drp MN.
B menyatakan:
Apa yg Tok Mat cakap tu betul, Politik Malaysia tidak stabil, pelabur takut melabur, sampai bila kerajaan yg ada nak bertahan, jangan kerana dapat sekali bantuan Cov 19, puji melambung TSMY PM terbaik, sedangkan baru 3 bulan baru jadi PM ,tiada lagi jasanya untuk dipuji.
Saya berpendapat:
Kalau semua support gomen of d day especially umno, insya-Allah gomen akn stabil. Usha2 mensejahtera negara rakyat boleh dilakukan dgn baik. Ni sama sendiri dok berebut susah la. Biar la TM dgn DSAI je la buat kecoh. PN sepatutnya lagi kuat. Give TSMY 3 yrs. Then PRU15 can be a totally different ball game. MN can be on its own.
******
Politikus dan pemain2 atau peminat2 politik akan terus punyai pandangan masing2 perihal politik tanahair.
Kita wajar dan harus sebenarnya setuju untuk tidak bersetuju atau tidak bersetuju untuk setuju. Life is about choices.
Ada byk school of thoughts. Tak perlu utk memaksa down the throat apa yg org tak mahu terima atau tak berselera untuk telan. Kita raikan setiap pandangan. Kalau boleh kita bentangkan dan bahas dgn waras mengikut fakta, adab dan bahasa yg bertamaddun.
Meriahkan medan sosial dgn ekspresi anda. Kalau itu menjadi kepuasan atau dapat melegakan apa yg terbuku di dada.
@@@