Please CLICK

Friday, June 12, 2020

NORMA BARU POLITIK NEGARA



Norma baru politik negara mula menular dlm negara kita. Kerajaan PH yg runtuh kira2 tiga bulan lalu telah di ganti oleh kerajaan PN yg di dokong kuat oleh pakatan muafakat nasional yg terdiri drp PAS dan UMNO.

Sejarah kedua parti politik ini bermula lama dulu, tika zaman sblom kemerdekaan negara lagi. Bukan parti hingusan yg baru belajar merangkak.

Sebuah artikel huraian panjang lebar perihal politik kepartian ini oleh Dr Tanaka yg tersohor itu mungkin bisa memberi sedikit pelajaran sejarah untuk saya dan anda yg baru mula berjinak dgn politik negara norma baru.

******


KEKIRIAN: MELAWAN UMNO/BN DAHULU SEHINGGA KINI

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) PAS duk sokong UMNO/BN bukan bermakna UMNO/BN tu parti yang bersih dan suci tiada skandal atau penyelewengan. PAS dah lama bertekak dan bergaduh dengan UMNO/BN disebabkan skandal dan penyelewengan juga. 

2) Tapi tak bermakna UMNO/BN tiada perkara baik yang mereka buat. PAS tidak kacau atau bantah pun perkara kebaikan yang UMNO/BN buat sejak dahulu. Bahkan kebanyakannya PAS sokong.

3) Perseteruan antara PAS dan UMNO/BN adalah berkisar tentang moral. Ia pertempuran moral, sekali-sekala terheret ghuluw kepada isu akidah. Tapi ia bukan keseluruhan tema pertempuran. 

4) Fokusnya serangan PAS terhadap UMNO/BN memang isu moral, skandal dan penyelewengan. Manaka UMNO/BN menyerang PAS pula atas sudut profesionalisme dan ketidak-cekapan mentadbir.

5) Memang pun orang UMNO/BN yang mangkaq zaman dulu-dulu sangat hawaq. Sebab ramai pemimpin UMNO/BN yang terlibat minum arak, judi, samseng dan sebagainya. PAS dari kalangan lebai-lebai pondok terpaksa bertekak dengan mangkuk-mangkuk UMNO/BN yang tak lut dek nasihat. 

6) Jadi terhasillah ijtihad-ijtihad yang keras untuk melawan hawaq dan mangkaqnya sebilangan pemimpin dan orang UMNO/BN. Kerana PAS tak ada spesis mangkaq dan hawaq untuk bertomoi dan bergusti secara fizikal. 

7) Namun zaman itu sudah berlalu. Wajah orang-orang UMNO/BN pun semakin lunak. Sebab dalam UMNO/BN pun dah ramai pemimpin pelapis yang cenderung kepada agama. Beransur-ansur budaya hawaq dan mangkaq dalam UMNO/BN pudar. Pudar, tidak hilang.

8 ) Maka PAS juga berubah cara asakannya kerana mad'u dah berubah. Pendekatan dakwah dan politik seharusnya berbeza daripada zaman agresif. Kemunculan orang baik-baik dalam UMNO/BN yang semakin ramai perlu dirai oleh PAS, atas dasar satu aqidah.

9) Pertempuran panjang antara PAS dan UMNO/BN hanyalah berdasarkan pertempuran moral. Tidak menjadi pertempuran antara jalur spektrum politik. PAS dan UMNO masih lagi dalam jalur politik yang sama - aliran kana. Samada konservatism atau nasionalism.

10) Islamisme yang di bawa oleh PAS adalah termasuk dalam ciri konservatism. Kerana telah termaktub bahawa orang Melayu adalah Islam dan Malaysia adalah negara umat Islam. PAS berjuang atas kerangka tersebut - konservatism. 

11) Berbeza jika perjuangan Islamisme di Amerika, ia mungkin berada pada jalur Liberal di sana. White Supremacynya adalah kanan - konservatism atau boleh sampai kepada extreme fasisme.

12) Apa yang PH nak bawa adalah perjuangan jalur Kiri yang cuba disalut dengan isu moral. Konon untuk menampakkan ia adalah pertempuran moral. Isu-isu skandal, salahguna kuasa, rasuah, hak asasi manusia dan sebagainya menjadi umpan untuk mengaburi mata umat Melayu yang rata-ratanya konservatif. Walhal isu-isu moral ini juga sebenarnya turut wujud dalam blok Kiri (PH) yang mereka perjuangkan.

13) Ideologi politik golongan Kiri seperti PH akan melawan UMNO/BN dulu, kini dan selamanya kerana perjuangan UMNO/BN adalah berhaluan Kanan. Samada UMNO/BN buat benda betul atau buat benda salah, mereka akan lawan. Kerana yang diperjuangkan bukanlah isu moral itu, tetapi ideologi politik itu sebenarnya. Isu moral hanyalah tunggangan yang sangat best dan melazatkan kempen-kempen mereka.

14) Tidak pelik parti BERSATU keluar dari PH, kerana parti BERSATU adalah perjuangan Kanan. BERSATU join PH hanya atas strategi politik untuk menewaskan UMNO/BN dalam perang moral sesama parti Kanan. Strategi seperti ini juga pernah dibuat oleh PAS ketika berpakat dalam Pakatan Rakyat terdahulu, dan PAS turut terpecah denagn PH kerana spektrum politik yang jauh berbeza.

15) Konservatisme mempertahan struktur bernegara yang sedia ada. Liberalism dan Social Democratism cuba merombak dan menyusun semula struktur bernegara mengikut acuan keKirian. Pertempuran ini dihiasi dengan propaganda isu moral. 

16) Walhal isu moral sebenarnya tetap wujud samada di pihak Kiri atau Kanan. Bodohlah sesiapa yang percaya dengan menyokong Kiri akan terhapuslah rasuah. Begitu juga bodohnya sesiapa yang perchaya dengan menyokong pihak kanan, akan terhapuslah rasuah.

17) Jadi PAS berkawan dengan UMNO/BN bukan atas dasar UMNO/BN sudah suci dan bersih, tetapi atas dasar pertahankan kerangka bernegara yang mana kedua-dua PAS dan UMNO/BN adalah berfikrah Kanan yang sama. 

18 ) Lebih-lebih lagi PAS pernah hadap perang moral dengan UMNO dalam sejarah yang panjang, dan hari ini tuduhan moral ke atas UMNO itu terpalit juga ke atas pihak Kiri seperti Pakatan Harapan sepanjang pemerintahan 22 bulan. Dan yang lebih kuat adalah orang-orang Melayu konservatif rasa tergugat dengan agenda Kiri. Apabila hendak memilih antara dua pihak bermasalah moral, tentulah PAS memilih untuk bersama pihak yang satu spekturm yang sama.

Sekian

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...