Please CLICK

Thursday, September 24, 2020

BOLA DI KAKI SIAPA?


PM dah bagitau, dia masih PM yg sah, tiada yg berubah. DSAI yg kena buktikan dia ada sokongan majoriti MP kpd YDPA. So kita tunggu DSAI tunjukkan bukti itu. 

Jika benar apa yg DSAI dakwa maka YDPA mungkin buat macm dulu, panggil semua MP, interview sorang2 untuk confirm dan mengambil tindakan selanjutnya. 

Atau PM boleh menasihatkan YDPA utk bubarkan dewan, dan buat PRU-15. Jadi the ball on DSAI sekarang untuk buktikan apa yg dia istiharkan itu benar atau sebaliknya. Wallahu'alam. 

Kalau ikut pandangan saya, eloklah diberi ruang utk PM mentadbir negara dan meneruskan polisi Prihatin Rakyat dlm suasana norma baru ini sehingga akhir penggal, kemudian buat PRU-15 dan semua boleh masuk bertanding bagi penentuan kerajaan of the day seterusnya. 

Rakyat pun agak selesa dgn kerajaan skrg ini rasanya especially dgn byk inisiatif2 bantuan kpd rakyat yg dilaksanakan.

*****

TIADA petanda yang jelas menunjukkan Anwar mendapat sokongan untuk menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyidin Yassin.

Namun keberanian beliau membuat pengumuman menimbulkan banyak persoalan. Dari sudut Perlembagaan, adakah tindakannya itu memberi kesan kepada kerajaan sedia ada?

Adakah Yang di-Pertuan Agong perlu melakukan sesuatu untuk menentukan kesahihan dakwaannya itu?

Perkara 43(4) menyebut jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 43(2)(a) pula menyebut Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.

Perkataan “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” tidak dijelaskan dengan terperinci dalam Perlembagaan. Walau bagaimana pun ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara, misalnya:

Pertama, melalui undian di Dewan Rakyat. Undian ini tidak semestinya melalui usul khusus untuk menilai kepercayaan. Tahap sokongan terhadap usul Rang Undang-undang atau usul Belanjawan sudah memadai untuk dijadikan kayu ukur bagi menilai sama ada Perdana Menteri hilang kepercayaan atau tidak.

Kedua, dengan mengemukakan senarai penuh sekurang-kurangnya 112 orang Ahli Dewan Rakyat yang hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri sedia ada. Selepas senarai dikemukakan, Ahli-ahli Dewan Rakyat perlu diberi masa yang munasabah untuk mengesahkan atau menafikan. Ini kerana mungkin senarai itu tidak benar.

Ketiga, dengan mengumpulkan semua Ahli Dewan Rakyat yang menyokongnya dan mengadakan sidang akhbar secara bersama bagi mengisytiharkan bahawa mereka telah hilang sokongan kepada Perdana Menteri sedia ada.

Keempat, pemimpin parti-parti yang menyokong beliau boleh membuat sidang akhbar atau kenyataan media menyatakan sokongan blok Ahli-ahli Parlimen dari parti masing-masing terhadap beliau. Namun cara ini perlu disusuli dengan tempoh yang munasabah bagi memberi peluang Ahli-ahli Parlimen yang tidak setuju dengan pemimpin parti mereka membuat kenyataan balas.

Keempat-empat cara di atas hanyalah contoh. Sebenarnya apa-apa cara yang dapat menunjukkan bahawa Perdana Menteri “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” boleh dilakukan. Tapi buat masa ini belum ada satu petanda yang jelas mengenai dakwaan itu.

Jadi, kita boleh simpulkan bahawa kerajaan sedia ada masih kukuh dan teguh. Tambahan pula parti-parti yang menganggotai kerajaan atas nama Perikatan Nasional secara terbuka menyatakan kepercayaan mereka kepada Perdana Menteri.

Dari sini timbul pula persoalan: Adakah wajar seorang pemimpin membuat pengumuman bahawa Perdana Menteri “tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti” tanpa asas yang kukuh?

Bagi saya tidak wajar. Kebebasan bersuara tidak harus disalahguna untuk mengelirukan rakyat dan negara. Jika terbukti kenyataan itu dibuat tanpa bukti yang kukuh, makai ia adalah satu bentuk penyebaran berita palsu yang boleh menjejaskan keharmonian negara. Apa lagi jika kenyataan itu melibatkan urusan Yang di-Pertuan Agong.

Kita amat berharap cara ini tidak menjadi ikutan pada masa hadapan. Moga pemimpin dan ahli politik kita mengutamakan kepentingan negara dan rakyat mengatasi kepentingan politik sendiri. Kita doakan moga Malaysia terus damai dan sejahtera dan mampu menghadapi wabak COVID-19 dan cabaran ekonomi semasa.

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF
Gombak, Selangor – HARAKAHDAILY 24/9/2020


@@@

Sunday, September 13, 2020

MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

ULANGTAHUN SETAHUN MUAFAKAT NASIONAL : UKHUWWAH BUKAN 'ADAWAH.


Oleh : Dr Riduan Mohamad Nor.

Himpunan Perpaduan ummah pada 14 September 2019 di PWTC Kuala Lumpur telah berusia setahun umurnya, implikasinya melonjakkan pengaruh kuasa politik Melayu Islam sehingga menumbangkan kerajaan PH diperingkat Persekutuan dan beberapa buah kerajaan negeri. Himpunan bersejarah ini mendapat liputan media daripada dalam dan luar negara termasuk rangkaian berita Al Jazeera. Kicauan dan menggelegak dimedsos isu penyatuan ummah ini , UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 manakala PAS sebagai mata rantai Hizbul Muslimin ditubuhkan pada tahun 1951.


Setahun yang lalu, musuh politik PAS dan UMNO seperti sawan babi dan terpanar, tak sepi mereka menilai dengan mata lalat dan menghujam dengan penuh nafsu. Avatar siber seperti RBA meratib siang dan malam agar kesepakatan dua buah parti umat Islam ini gagal untuk bertaut, namun pendokong PAS dan UMNO telah bertekad untuk berdamai dan saling memaafkan.


Kebanyakan komen daripada pemimpin PH ialah bagaimana PAS menjadi begitu  singkat ingatan terhadap kezaliman UMNO terhadap PAS selama ini, tragedi Memali, royalti minyak terhadap kerajaan PAS, pengucilan terhadap kerajaan Kelantan, dan lain-lain. Usaha menimbulkan keraguan kepada pemuafakatan ummah juga membandingkan dua orientasi berbeda bagi dua parti yang selama hampir tujuh dekad bertarung di pentas demokrasi.


Paling takut ialah pemimpin DAP yang cuba mengambarkan pemuafakatan ini akan menyebarkan rasa permusuhan antara kaum dan menyuburkan polarisasi kaum. Ketakutan DAP dengan pantas disambung oleh parti PAN, perkakas politik mereka yang paling setia. Lihatlah kegelabahan mereka seolah langit akan menghempap negara ini dan terbakar menjadi padang jarak padang tekukur. Naratif yang dibawa oleh pemimpin PH bahawa PAS akan kembali disakiti apabila BN kembali berkuasa di peringkat nasional sebagaimana PAS ditendang pada tahun 1977.


Dalam politik, semua pertimbangan risiko perlu diambil kira dan memahami latar sejarah, unjuran strategik namun  jika sejarah silam ssesebuah  parti politik diambil kira, maka tidak akan berlaku apa-apa pemuafakatan,  pakatan strategik atau kerjasama berdasarkan realiti  semasa. 


Pemimpin PH wajar bercermin diri apatah lagi ucapan-ucapan lampau mereka terekod kemas di alam siber. Apa yang mereka tidak gambarkan pada watak antagonis Tun Dr. Mahathir sebelum mereka menjilat balik ludah mereka? Tetapi untuk menakluki Malaysia dan menjatuhkan BN, maka tanpa sepicing perasaan bersalah maka pimpinan PH  terpaksa "sujud menyembah" insan yang mereka gambarkan sebagai "Maha Firaun". Mereka berpolitik seolah tanpa ada dosa dan pahala, kebal azab neraka!. Menarik juga apabila kini dalam PH sendiri berlaku gerakan untuk menolak Dr Mahathir sebagai pemimpin utama Pakatan pembangkang.


Pemuafakatan Melayu Islam dalam tempoh setahun ini, bukan sahaja dapat meneguhkan kuasa politik Islam Melayu negara ini, namun menjalin hubungan dengan kaum-kaum lain bagi memastikan negara ini di landasan yang betul. Rakyat yang gelisah dan marah dengan reputasi pemerintahan PH dalam tempoh 22  bulan , mereka  bercakaran sesama sendiri, penjualan aset negara, hubungan kaum yang mula tidak harmoni kerana sikap etnosentrism sebahagian pemimpin PH terutama daripada DAP, penggangguran semakin menjolok mata, polisi-polisi pra matang para Menteri, kontrak sosial yang mula didobrak pasca 9 Mei 2018. 


PAS yang ditarjih oleh Majlis Syura Ulama melihat tanah watan ini perlu diselamatkan sebelum dihancurkan oleh politikus jalanan yang mendapat kuasa dalam PRU 14. Pemuafakatan politik ini juga diterima dalam ruang demokrasi, sehingga menyaksikan kemenangan demi kemenangan dalam siri-siri Pilihanraya Kecil . Kesepakatan ini juga telah menumbangkan kerajaan PH yang hanya sempat dipuncak kuasa selama 22 bulan. Pakatan Harapan tumbang di Johor, Kedah, Perak dan Melaka serta bergegar pentadbiran negeri Sabah.


Pemimpin Pakatan Harapan terpinga-pinga akibat jatuh tergolek daripada Putrajaya malah satu demi satu kebobrokan mereka ditelanjangkan . Kes mahkamah akibat salahguna kuasa pula sedang dibicarakan  serta tragedi politik dalaman PH semakin membarah dengan perpecahan. 22 bulan dipersada kuasa , rakyat dapat menilai hati budi pemimpin dan polisi kerajaan PH, bahkan PRU 15 nanti ,kita akan melihat hukuman rakyat terhadap gabungan yang didominasi oleh parti DAP.

Koalisi dan pemuafakatan politik Melayu Islam ini wajib diperteguhkan , bukan dicari jalan untuk dipecahkan demi ambisi kuasa . 

(Penulis ialah AJK PAS Pusat, Pengerusi LESTARI)


*****

Dalam kehangatan penamaan calon utk pilihanraya negeri Sabah, senerio politik yg bersimpang siur jadi topik perbincangan. Ada dun yg mencipta rekod pertandingan 11 penjuru. Banyak dun yg meletak lebih drp 2 atau 3 penjuru. Justru kedudukan muafakat nasional kembali di ganggu gugat. Kedudukan PAS yg tidak diberi satu kerusi pun utk bertanding jadi bahan ejekan PH. Senerio politik sabah sangat berbeza sebenarnya dgn keadaan politik semenanjung. Artikel drp dr riduan di atas boleh dijadikan pencerahan bersama. Muafakat ini satu hikmah besar, yg tentunya di takuti dan di cemburui pihak musuh. Tentu sekali pelbagai strategi diatur untuk memecah belah tembok perpaduan ummah yg dibina ini. Binaan yang kukuh dan utuh sahaja yg bisa menahan dan menangkis segala serangan hendap atau terang-terangan, atau hujan propaganda di media sosial  yg berleluasa. Politik malaysia terus menuju satu percaturan yg baru dan bercambah dgn ujian samada kecil, besar, atau kompleks. Wallahu'alam.


@@@

Thursday, September 3, 2020

POLITIKUS

Kita bicara soal politik di media sosial dan kedai kopi. Pelbagai pegangan dan pendapat di bincang. Pelbagai statement di publish oleh para politikus di akaun peribadi masing2. Dikutip dan di viralkan oleh si pembaca, si pengampu, atau self proclaim penganalisa politik. 

Red bean army (RBA) apatah lagi. Memang kerja cari isu, perbesarkan isu, mengadu domba, memporak peranda. Gaji masyuk. So begitulah antara warna2 politik tanahair. 

Kelihatan kerajaan of the day sekadar bertahan selama mungkin. Nak kata stabil, jauh sekali. 

Blok pembangkang hampir sama kekuatan bala tenteranya. Safe to say situasi 50-50, can go either way anytime of the day. 

Masalahnya blok pembangkang masih berpecah belah. Ada blok DSAI & ada blok TM. Itu yg tak best. No solid block. PRK slim river tempoh hari merupakan indicator yg sungguh pahit di blok pembangkang, rakyat tolak mereka masuk longkang kot. 

BN pun bergolak juga. Ada yg nak depa on their own, rasa power dah. Ada yg nak kukuhkan MN with PAS alone. Ada yg nak PBBM pun join skali dlm MN. BN dah sound tak nak join MN as registered official member. PAS pulak don't mind joining MN, demi untuk kukuhkan gomen of d day. Kiranya blok gomen pun carca marba juga, tak solid lagi as a block. 

Hopefully dlm masa terdekat ni a clearer picture will taking shape for both side. 

Rakyat senang decide if PRU-15 terbentuk dwi party system untuk di pilih, A or B. 

Sebagai selingan kita hayati 2 kisah di bawah ini..


*****

STORY#1

A father told his 3 sons when he sent them to the university:

"I feel it's my duty to provide you with the best possible education, and

you do not owe me anything for that. However, I want you to appreciate it.

As a token, please each put $1,000 into my coffin when I die."

And so it happened. His sons became a doctor, a lawyer and a

financial planner, each very successful financially.

When their father's time had come and they saw their father in the coffin,

they remembered his wish.

First, it was the doctor who put 20 X $50 notes on the chest of the deceased.

Then, came the financial planner, who also put $1,000 there.

Finally, it was the heartbroken lawyer's turn. He dipped into his pocket,

took out his cheque book, wrote a cheque for $3,000, put it under his

father's body, took the $2,000 cash and closed the

coffin's lid.......

He went on to become a member of Parliament.


STORY#2

A female CNN journalist heard about a very old Jewish man who had been going to the Western Wall to pray, twice a day, every day, for a long, long time.

So she went to check it out. She went to the Western Wall and there he was, walking slowly up to the holy site.

She watched him pray and after about 45 minutes, when he turned to leave, using a cane and moving very slowly, she approached him for an interview.

"Pardon me, sir, I'm Rebecca Smith from CNN. What's your name?

"Morris Feinberg," he replied.

"Sir, how long have you been coming to the Western Wall and praying?"

"For about 60 years."

"60 years! That's amazing! What do you pray for?"

"I pray for peace between the Christians, Jews and the Muslims."

"I pray for all the wars and all the hatred to stop."

"I pray for all our children to grow up safely as responsible adults and to love their fellow men."

"I pray that politicians tell us the truth and put the interests of the people ahead of their own interests."

"How do you feel after doing this for 60 years?"

"Like I'm talking to a wall”


******

Org berbudi kita berbahasa.

Is it possible utk bersatu hati & bekerjasama, bukan saling cucuk menyucuk & tikam menikam. Kita bersangka baik sesama Islam. Berjuang demi agama, bangsa & negara? Atau apakah ini sesuatu yg mustahil dlm politik? 

Kerana Bangsa lain agak bersatu padu & kukuh persaudaraan mereka. Boleh sama2 kita bincang secara inteligen & berhemah. Letak emosi ke tepi sebentar. 

Wallahu'alam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...