Please CLICK

Monday, April 6, 2026

PERPADUAN MELAYU

Baru saja berlangsung di terengganu perhimpunan melayu serantau bertujuan mengajak penyatuan ummah bangsa melayu bagi membina jatidiri dan kekuatan yg mungkin dirasakan mula pudar secara amnya. Mengimbas sejarah dan keagungan tamaddun melayu. Pidato dan bicara intelek  drp pelbagai tokoh hebat.


Seblom ini kita ada beberapa inisiatif lain yg mahu dilaksanakan, iaitu Payung Besar Melayu, Rumah Bangsa, dsb.


Penyatuan ummah merupakan satu kekuatan, memang benar terutamanya dlm menghadapi isu2 sensitif melibatkan kaum, agama, dan ekonomi. 


Perpecahan dlm bentuk parti2 politik melayu yg bercakaran sesama sendiri adalah krana berebut kpd nama dan kuasa. Sampai ke tahap kepentingan atau pembelaan bagi kesejahteraan rakyat dikompromi. 


Sekiranya aku seorg presiden sebuah parti maka tentunya secara otomatik aku layak dan wajar dilantik mencari menteri misalnya, walaupun aku drp parti ciput. 


Pemimpin lama  tidak mahu beri peluang kpd yg lain krana too much at stake, habuan dunia malah tidak kurang yg punyai rekod salah yg mahu disembunyi. Kalau hilang kuasa maka mungkin semuanya akn dilondeh org. 


Ini realiti bukan fantasi. Jika aku berjuang dan bersatu bukan krana nama, maka mungkin fantasi bisa berubah menjadi realiti. Wallahu'alam.


@@@


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...