KALAH
PRN N9 menyaksikan kekalahan PH 2x berturut2 selepas PRN Johor tempoh hari. Apa sudah jadi? PH sudah di reject rakyat ya? Lagi sadis ialah hakikat PH adalah kerajaan yg memerintah N9 sblom PRN ini.
Standard la semua pemimpin PH bagi alasan tutup malu dgn menyalahkan politik perkauman dan politik identiti pihak lawan. Tak mahu mengaku kelemahan diri. Harapan yg palsu adalah fake hope. Maka rakyat pasti menolak.
Kalau begini sifat kamu maka PRN Melaka dan PRN Selangor akan menjadi game changer politik seterusnya. Akan semakin jelas penolakan rakyat kpd PH yg menjanji harapan yg tiada harapan. Rakyat sudah jemu dgn sgala ungkapan kamu.
Bak frasa yg femes di medsos, kalau nak kena kencing undilah pakatan harapan. Artikel yg saya kongsikan di bawah ini, mungkin pahit utk ditelan tapi inilah realiti check yg wajar dihadam oleh setiap pengampu dan pemuja PH.
*****
PH KALAH BUKAN SEBAB ORANG MELAYU NI PERKAUMAN, TAPI SEBAB CEPLOS KAU BODOH
Semua orang ulas tentang keputusan pilihan raya. Anthony Loke kalah, Tok Min kalah. UMNO menang semua kerusi, PN dan BN gandingan mantap bak Hardy Boyz.
Aku rasa semua orang dah cakap benda tu. Dan aku rasa aku tak perlu ulas tentang itu.
Apa yang aku nak ulas ialah tentang bagaimana information warfare dalam pilihan raya ini telah menyebabkan PH kalah terlungkup dalam pilihan raya ini. Kenapa naratif PH gagal menambat hati majoriti orang Melayu terutamanya golongan muda.
Kau semua kena faham, dalam abad ke-21 ini, senjata yang paling ampuh ialah naratif untuk menembusi pemikiran orang ramai. Kalau abad sebelumnya, media dikawal oleh satu dua orang sahaja. Siapa yang kawal media massa, dia confirm menang pilihan raya.
Apabila internet dapat diakses oleh semua orang, hegemoni penguasaan naratif yang selama ini dikawal oleh kerajaan itu pecah. Kalau kita ingat tahun 2008, blogger-blogger yang menjadi soldadu yang mempengaruhi rakyat, sehingga tsunami politik berlaku pada tahun itu.
Dan sebagai seorang blogger pada era itu, iaitu dari blog Teh Tarik Gelas Besar, aku ni boleh dianggap sebagai veteran p3rang informasi yang tak henti-henti berlaku sejak Bersih 1 tahun 2007.
Pada zaman itu, mudah sebenarnya nak serang kerajaan. Ambik gambar Pak Lah tidur. Ambik gambar Rosmah dengan beg besar. Ambik video VK Lingam korek korek korek. Poofff, BN yang selama ini mengawal naratif akhirnya jatuh di lima buah negeri.
Masa tu aku adalah sebahagian daripada cybertrooper Pakatan Rakyat. Dan disebabkan kemahiran aku mengarang naratif itulah, aku dapat job wartawan. Maka sebab itulah aku rasa aku layak nak tegur kenapa strategi Pakatan Harapan kali ini gagal teruk sampai kalah di Negeri Sembilan sebab dulu aku pun sebahagian daripada team propa korang sebelum aku blah sebab Langkah Kajang dan kau bawa Mahathir masuk dalam PH. Tapi tu cerita lain kali.
Dalam medan p3rang, seorang jeneral yang hebat macam Napoleon Bornaparte atau Khalid al-Walid sekalipun takkan menang p3rang jika tenteranya bodoh dan tak ada kemampuan berfikir. Julius Caesar tak akan mampu menakluk seluruh Eropah kalau tenteranya bodoh terlebih makan semut.
Masalah utama Pakatan Harapan ialah mengharapkan ceplos-ceplos yang dungu dan tak pandai baca psikologi orang ramai. Semuanya main kutip dan asal boleh. Sebab tu bila bawak naratif langsung tak berjaya sebab gagal baca mood dalam media sosial.
Kau rasa orang Melayu ni suka ke sokong korupsi? Tak! Orang Melayu tak sokong pun koruptor, tapi kalau kau terjun kat lombong taik, jangan sibuk kata orang lain busuk la. Kalau politikus PH pun ada kes macam-macam, tak payah drag isu sama la.
Dari jeneral ke soljar, semuanya dungu tak reti susun strategi. Naratif RCI Tabung Haji ni patut kau main tiga tahun yang lepas. Bukannya kau pergi peram lepas tu dah nak pilihan raya baru kau nak hidangkan pada pengundi. Kalau jadi tapai, sedaplah juga. Ni dah basi. Nampak sangat kau nak gunakan naratif ni semata-mata nak menang pilihan raya je.
Amiruddin kata BN-PN menang sebab main sentimen perkauman. Tapi kalau betul la Melayu ni racist tahap redneck tahap MAGA macam Amiruddin kata, kau boleh tengok betapa ramainya orang Melayu lepak kat Oriental Kopi yang jelas milik orang Cina.
Kalau Melayu ni racist tahap redneck, aku rasa Kluang ni dah lama berp3rang. Kat sini Melayu dengan Cina duduk sebelah-sebelah, kadang-kadang satu table main mahjong sekali, beli nombor ekor sama-sama sekali.
Kepada Amiruddin Shari, PH kalah bukan sebab BN-PN main sentimen perkauman. PH kalah sebab ceplos-ceplos kau bodoh tak reti buat propaganda dalam media sosial. Simple je, toksah tuding pada orang lain.
Dengan buat fake account berlambak-lambak, lepas tu buat generated AI buat peta Johor, peta Negeri Sembilan yang tak ada rupa peta langsung, kata PH bakal menang 30 kerusi kat Johor, PH bakal menang 30 kerusi kat Negeri Sembilan, lepas tu buat posting copy paste ramai-ramai "Kalau PMX tidak lagi menjadi Perdana Menteri" berlambak-lambak, orang ramai tengok pun semak, tau tak?
Kau tengok macam mana influencer BN buat kerja. Kau tengok macam mana kawan aku Muhammad Harith Hidayat buat video. Tengok macam mana Hafiz Ariffin buat video penerangan. Tengok macam mana Datuk Asna buat content TikTok.
Bandingkan dengan kau punya influencer macam Caprice, macam Harun Shah. Datang tempat orang lepas tu buat provokasi. Kutuk-kutuk orang. Jilat PMX sampai lebam. Macam mana la orang nak terima naratif kau?
Lepas tu, cuba tengok macam mana BN bina balik kekuatan pemuda. Enam bulan sebelum pilihan raya, buat pertandingan futsal. Buat pertandingan Mobile Legend. Buat pertandingan pickleball. Pergi kat MRSM rapat dengan pelajar-pelajarnya.
Aku nak tanya, apa fungsi AMK PKR dan Pemuda Amanah? Ada tak kau cuba rapat dengan golongan muda 18-24 tahun yang merupakan 1/3 pengundi di negara kita? Apa sayap pemuda kau buat ialah terus menjilat Dear Leader kau tak sudah-sudah. Pendek kata, PH ulang balik apa yang BN buat dulu sebelum 2018. Jadi tak relevan dengan orang muda.
Lepas tu ceplos-ceplos kau blast kat Threads, blast kat Facebook, lepas tu hanya kelompok korang je yang like sesama sendiri. Macam circlejerk. Kau tengok kat page Edy Nor Riduan tu pun cukuplah.
Dulu, PH terutamanya PKR ada, Rafizi Ramli. Rafizi ni walaupun banyak benda aku tak setuju, satu benda yang aku kagum dengan dia ialah cara dia build up naratif. Naratif lembu kondo tu sampai sekarang orang ingat. Nampak muka Shahrizat Jalil je terus ingat lembu kondo, walaupun dah didapati tak bersalah oleh mahkamah.
Tapi sekarang, Rafizi dah tak ada dan PKR hanya dipenuhi oleh orang-orang yang tak function. Kau cuba tanya diri sendiri, apa fungsi Kamil Munim sebagai ketua AMK? Pernah tak kau tengok nama dia disebut-sebut orang muda macam Akmal Saleh? Tarakkk!
Akmal Saleh tu kalau kau kata dia rempit sebab bawak motor, eh dia tu doktor yang belajar kat Rusia tau. Kamil Munim ni dress up macam intelek budak nerd, tapi satu idea falsafah pun aku tak pernah dengar daripada dia. Kalau kau letak Akmal Saleh berdiri sebelah Kamil Munim di hadapan sekumpulan budak Genzi secara random, kau rasa dengan siapa budak-budak Genzi nak lepak?
Tu baru Kamil Munim, belum aku sebut Hasbi Muda lagi. Entah apa function jadi ketua pemuda Amanah.
Kemudiannya, jeneral paling atas dalam bidang komunikasi ialah Fahmi Fadzil. Eh aku malaslah nak cakap banyak, karang Facebook aku ni kena sekat pulak. Faham-faham sendirilah.
Orang muda Melayu pilih BN-PN bukan sebab terpengaruh dengan retorik perkauman ke, atau mudah tertipu ke. Sebab asal bukak media sosial je, ceplos-ceplos bodoh kau buat propaganda jenis menekan-nekan. Hard sell. Tak ada daya memujuk yang best. Tak ada soft influence yang best.
Kau tengok Akmal Saleh tu, dalam dia kutuk DAP tu, ada dia buat content bawak motor, kadang-kadang kutip buah nenas, kadang-kadang tolong rakyat. Helmi Duyong, dengan kawan dia uncle Cina tu, tengok engagement dia naik macam mana. Tak nampak pretentious pun. Orang muda nak engagement macam tu.
Korang nak cuba masuk dalam Genzi pun, sibuklah buat six seven, scuba apa bagai. Tu Gen Alpha la, labi-labi. Genzi tengok korang pun cringe, lepas tu propa pun menekan-nekan, lepas tu penuh dengan fake account maki-maki orang yang tak setuju dengan parti kau.
Siapa nak undi parti kau kalau itulah strategi media sosial kau, labi-labi? Aduhhhh!
Inilah akibatnya apabila satu parti dipenuhi oleh pentaksub. Lepas tu bila kalah mula kutuk orang yang tak sokong parti kau. Kata Melayu sokong penyakau, Melayu perkauman. Padahal kau perlukan undi Melayu, tapi kau kutuk Melayu. Tak ke bodoh namanya tu?
Sebab strategi kau salah, kau kalah.
Sekarang, ada satu tahun lagi sebelum tempoh penggal ni tamat. Dalam masa setahun ni sebenarnya susah juga nak cari influencer yang bagus untuk bina naratif, tambah pulak ekonomi bukannya cantik sangat.
Tapi untuk menambahkan peratusan peluang untuk kau dapat undi Melayu terutamanya pengundi muda, perkara pertama ialah kau kena pecat semua ceplos-ceplos kau, dan susun strategi baru. Kau kena cari orang yang ada pakar menulis naratif, pakar membaca psikologi, pakar algorithm.
Sebab kalau ginilah strategi kau berterusan, baik bungkus siap-siap. Jangan salahkan pengundi sebab tak nak undi kau. Salahkan strategi media sosial kau yang entah apa-apa tu.
KREDIT: FB Nami Cob Nobbler
@@@











