Bersatu teguh becerai roboh. Ini pepatah melayu yg kekal relevan hingga ke hari ini. Terlebih lagi kalau kita lihat dari perspektif politik dan ketuanan melayu di Tanah Melayu.
Ya benar tanahair kita ini adalah Tanah Melayu. Atas toleransi kita dan mematuhi agenda penjajah zaman dulu maka orang asing diterima sebagai warganegara. Tentunya setelah 68 tahun mencapai kemerdekaan drp british, pelbagai tuntutan utk menyama ratakan hak puak masing2 menjadi perjuangan pula. Malaysian first, katanya.
Yg sadisnya bangsa melayu teruskan budaya berpecah belah. Tidak mengambil pot perihal hakikat makna sebenar peribahasa klasik itu. Masing2 mahu jadi juara. Masing2 nak jadi perdana menteri. No kompromi. Akibatnya bangsa melayu sendiri yg rugi. Kalau pun kekal menjadi PM tapi sudah tidak seperti dulu, no fear no favor. Kini byk tgn2 ghaib di belakang tabir yg mengatur bicara.
Natijahnya rakyat jua yg menerima akibat dan kesannya. Satu demi satu feel good factor hilang jadi debu. Maka nikmat mana lagi yg mahu kita dustakan? Sendiri tanya sendiri jawab.
Barah rasuah atau salah guna kuasa masih kronik. Janji utk perubahan tidak nampak sangat hasilnya. Malah rakyat marhain terus terkesan dan kepayahan terus menular dan tekanan hidup jadi rutin harian. Tidak ada sangat tokoh yg komited utk menyelami keluh kesah rakyat dgn ikhlas atau dedikasi.
Saya membaca sebuah artikel tulisan isham jalil yg melihat sinerio politik masakini drp perspektif yg agak munasabah. Mungkin para pemikir serta pencari kebenaran dan ketulusan boleh menilai poin2 yg diutarakan beliau dgn rasional. Tambahan lagi dgn seruan pilihanraya yg makin mendekat.
Pengundi atas pagar, yg berpendirian neutral, khususnya anak2 muda boleh hadam dan study tulisan dari tokoh yg bermutu ini sblom mengambil pendirian jitu siapa nanti yg akn disokong atau dipilih di peti undi kawasan masing2. Anda penentu masa dpn negara. Usah sekadar jadi pak turut. Anda mewakili 50-60% drp jumlah keseluruhan pengundi yg layak di malaysia.
Dont under estimate your voting power !!
*****
Apabila PAS dan Bersatu berpecah semalam, saya sudah menjangka perkara ini akan berlaku seperti dalam ucapan saya di Perak minggu lepas. Saya sudah cuba mendamaikan, namun oleh kerana pelbagai isu yang tidak boleh diterima oleh kedua-dua pihak maka mungkin lebih elok kedua-dua pihak berpisah dan bertenang dahulu. Sedikit masa dan ruang mungkin boleh menenangkan keadaan dan membuka hati.
Tan Sri Muhyiddin berkata semalam Bersatu ingin kekal dalam PN. Alhamdulillah. Kerana saya tidak rasa ia baik jika Bersatu go solo atau masuk PH. Jika mereka go solo mereka akan bersaing dengan parti besar Melayu iaitu PAS dan UMNO dalam pilihanraya kelak dan besar kemungkinan mereka akan kalah undi Melayu berbanding dua parti ini. Jika mereka masuk PH pula mereka langsung tidak akan dapat undi Melayu dan sebelum itu perlu runding kerusi dengan PKR, PAN dan UMDAP, dan mereka tidak semestinya boleh kekalkan 31 kerusi yang mereka menang dahulu dalam rundingan ini. Oleh itu keputusan Tan Sri Muhyiddin untuk kekal dalam PN itu adalah suatu keputusan yang baik, praktikal dan bijaksana.
Sejak 4 tahun lepas saya telah usahakan untuk menyatukan parti-parti Melayu dalam penyatuan ummah. Saya telah nyatakan bahawa jika UMNO tinggalkan DAP dan berhenti menjadi UMDAP justeru bekerjasama dengan PAS dan Bersatu, maka kita bersama boleh menang sekurang-kurangnya 120 kerusi parlimen di kawasan-kawasan Melayu untuk membentuk kerajaan dan menghalau DAP dari memegang kuasa. Namun Presiden UMNO tetap memilih untuk bekerjasama dengan DAP dan menjadi UMDAP sehingga kini.
Saya lihat pertelingkahan antara parti-parti Melayu ini berpunca dari persoalan siapa yang akan jadi Perdana Menteri. Semua parti Melayu ingin menjadi dominan dan menjadi Perdana Menteri. Namun jika semua mahu jadi dominan maka tiada yang akan jadi dominan tetapi semua akan berpecah dan menjadi lemah dan tidak akan jadi Perdana Menteri. DAP akan berkuasa dan menjadi de fakto Perdana Menteri walaupun PKR adalah Perdana Menteri atas nama. Sebab itu kita dapat usul UEC, URA dan ladang babi.
Sebab itu dari dulu saya telah syorkan supaya pada kali ini beri laluan kepada PAS untuk jadi Perdana Menteri. PAS adalah parti terbesar di Malaysia kini dan mereka belum pernah jadi Perdana Menteri. Mereka juga adalah parti yang mempunyai rekod paling bersih dan paling kurang rasuah dan salahguna kuasa. UMNO, PKR, DAP, Bersatu dan lain-lain parti besar semuanya ada kes rasuah yang besar-besar. Pemimpin DAP ada kes terowong ajaib dan PKR isu mafia korporat berbillion yang Anwar Ibrahim selalu buat-buat lupa dalam ucapannya tentang rasuah.
Oleh itu jika parti-parti Melayu ingin bersatupadu, pemimpin-pemimpin mereka perlu ketepikan cita-cita untuk jadi Perdana Menteri terutama jika mereka ada kes mahkamah berkenaan rasuah dan salahguna kuasa. Dan Zahid perlu terima hakikat bahawa tidak ramai orang yang akan undi parti yang calon Perdana Menteri mempunyai rekod 47 kes mahkamah berkenaan rasuah dan salahguna kuasa. Dia perlu ketepikan cita-cita walaupun dia akan kecewa kerana menjadi satu-satunya Presiden UMNO selepas Merdeka yang tidak jadi Perdana Menteri. Jika dia degil dan ego, maka UMNO akan terus jatuh dan kalah banyak kerusi dalam PRU nanti.
Bersatu pula sudah jadi Perdana Menteri sebanyak dua kali. Jika Tan Sri Muhyiddin didapati tidak bersalah dalam kes Janawibawa pun, ia masih lebih afdal jika kali ini Bersatu beri laluan dan sokong PAS untuk jadi Perdana Menteri dan menerima parti-parti lain untuk masuk PN. Dulu PAS pernah sokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri walaupun PAS mempunyai lebih banyak kerusi dan lebih ramai penyokong berbanding Bersatu. Dan lebih banyak parti-parti kecil lain masuk bergabung dalam PN sebagai payung besar orang-orang Melayu adalah lebih baik untuk penyatuan ummah.
Jika PAS jadi Perdana Menteri, maka kebarangkalian untuk kita bersihkan negara ini dari rasuah menjadi lebih tinggi dan realistik. Kerana parti-parti lain ada banyak hubungan dengan taikun-taikun dan taukey-taukey maka rasuah sukar untuk dihapuskan.
Jika parti-parti lain tidak mahu berkerjasama untuk penyatuan ummah kerana mereka mahu kuasa dan jadi Perdana Menteri, saya yakin PAS akan jalan terus dan istiqamah dalam perjuangan seperti biasa. Jika orang baik tidak berjuang dalam politik di Malaysia ini, orang-orang jahat akan terus berkuasa. Dalam sejarah dunia, biasanya penyatuan hanya berlaku selepas perang. Kita perlu tewaskan orang-orang jahat yang tidak mahu penyatuan waima dengan jalan perang selepas jalan perdamaian telah tertutup. Mungkin barulah selepas itu kita akan dapat perdamaian dan penyatuan.
Sama-sama kita berusaha ke arah penyatuan ummah dan ke arah negara yang bersih dari rasuah. Salam.
Kredit: FB Isham Jalil
*****
Saya sokong idea utk memilih tokoh drp PAS sebagai the next PM. Beri mereka peluang mentadbir negara ini. Usah terpedaya dgn mitos PAS sebagai parti pak lebai yg tak ada clue memacu ekonomi dan kesejahteraan negara perbilang kaum.
Track rekod di negeri2 tadbiran PAS jelas menunjukkan keharmonian hidup perbilang kaum, budaya, dan agama. Dan yg mahalnya tiada sangat kita dengar isu2 rasuah berprofil tinggi di kalangan pimpinan PAS.
Selagi perlembagaan PAS dipacu Al-Quran dan Sunnah maka tentunya ia lebih tersusun dan terarah. Visi yg bukan sekadar utk selesa dan selamat di dunia, tetapi yg utama kebahagiaan abadi di akhirat nanti.
Sama2 kita renung, fikir, dan hadam. Wallahu'alam.
@@@

No comments:
Post a Comment