Isham Jalil syorkan the next PM should be from PAS. Why not? PAS nowadays adalah parti melayu islam terbesar di Malaysia with the MPs nationwide. Almost NO Rasuah. Blom pernah ada PM from PAS. Kesemua 10 org PM sblom ini adalah drp parti lain iaitu Umno, Bersatu, dan PKR. PAS terbukti berjaya mentadbir negeri Kelantan, Terengganu, dan Kedah dgn aman damai, penuh amanah, dan tanpa masalah rasuah.
Walau dikecam dgn pelbagai propaganda, dan menghadapi pelbagai tekanan atau diskriminasi drp kerajaan pusat namun PAS berjaya membuktikan pemerintahan yg praktikal dan berwibawa. Rakyat dapat hidup dgn aman damai. Termasuklah drp kalangan non-muslim.
Tiada penindasan atau ketidakadilan berlaku malah dapat praktikkan budaya dan ibadat mengikut agama masing2 tanpa sebarang tekanan atau kontroversi melampau.
Berikut saya kongsikan sebuah artikel bermanfaat utk membantu pencerahan kita terutamanya pandangan atau pendirian komuniti non-muslim terhadap PAS.
*****
BILA MEREKA SENDIRI BANGKIT BERCAKAP TENTANG PAS…
Ada satu perkara yang sangat menarik dalam program Hi-Tea Round Table Discussion (RTD) Peace & Harmony, anjuran Dewan Ulama’ PAS Pusat di Kelab Shah Alam, Selangor.
Program ini menghimpunkan lebih 30 ketua dan wakil pelbagai agama, pengamal media serta influencer.
Ada wakil Kristian.
Ada Buddha.
Ada Hindu.
Ada Sikh.
Ada juga wakil daripada penganut agama lain, mereka datang dan duduk semeja. Bercakap tentang keharmonian.
Tentang geopolitik.
Tentang ekonomi.
Tentang masa depan Malaysia yang kita cintai bersama.
Kemudian bangkit seorang wakil dari kalangan bukan Islam, apa yang diluahkannya sangat menarik.
Katanya, selama ini sebahagian masyarakat bukan Islam dimomokkan dengan gambaran bahawa PAS adalah parti yang kolot.
PAS ekstrem.
PAS akan menyusahkan orang bukan Islam, PAS akan menyekat kehidupan mereka, PAS akan menindas mereka apabila mendapat kuasa.
Namun apabila mereka melihat sendiri apa yang berlaku di negeri-negeri yang ditadbir PAS, gambaran yang mereka lihat sangat berbeza dari cerita yang mereka dengar.
Lihat Kelantan.
Lihat Terengganu.
Lihat Kedah.
Masyarakat bukan Islam terus menjalani kehidupan mereka.
Mereka berniaga.
Mereka bekerja.
Mereka beribadah.
Rumah ibadat mereka terus berfungsi, kebebasan beragama terus dirai dalam kerangka undang-undang negara.
Malah di Kelantan terdapat kompleks dan patung Buddha berskala besar yang telah lama berdiri dan menjadi sebahagian dari kehidupan masyarakat Buddha di sana.
Maka timbul satu persoalan.
Di manakah penindasan yang selama ini begitu menakutkan mereka?
Kemudian wakil tersebut menyentuh pula perkara kedua.
RASUAH.
Ini juga menarik.
Katanya, masyarakat bukan Islam selalu disajikan dengan pelbagai cerita buruk tentang PAS, mengapa kurang diceritakan tentang rekod integriti kepimpinan PAS?
Kelantan sudah begitu lama ditadbir PAS, Terengganu juga ditadbir PAS, Kedah juga berada di bawah pentadbiran PAS.
Dalam konteks kepimpinan utama kerajaan negeri PAS yang dibincangkan itu, kita tidak melihat pemimpin utama mereka disabitkan bersalah oleh mahkamah kerana kesalahan rasuah ketika menjalankan pentadbiran negeri.
Ini perkara yang patut dinilai dengan adil, bercakap tentang politik sangat mudah, membuat janji juga mudah.
Namun apabila seseorang diberikan kuasa, di situlah amanahnya diuji.
Ada wang.
Ada projek.
Ada tanah.
Ada tender.
Ada jawatan.
Ada begitu banyak ruang yang boleh menggoda manusia.
Maka apabila kita mahu menilai sesebuah kepimpinan, jangan hanya dengar ceramah mereka. Lihat rekod mereka ketika memegang kuasa.
Bagaimana mereka menjaga amanah?
Bagaimana mereka mengurus wang rakyat?
Bagaimana mereka hidup ketika berada di atas?
Inilah perkara yang patut dinilai oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa.
Kemudian wakil bukan Islam itu menyebut pula satu lagi perkara. Katanya, mereka juga baru mengetahui bahawa dalam PAS sebenarnya terdapat begitu ramai golongan profesional dan cerdik pandai.
Ada doktor.
Ada jurutera.
Ada pensyarah.
Ada ahli akademik.
Ada pemegang PhD.
Ada profesional dari pelbagai bidang.
Mereka berada dalam kepimpinan PAS di peringkat pusat.
Di peringkat negeri.
Di peringkat kawasan.
Mereka belajar tinggi.
Mereka mempunyai kepakaran.
Mereka juga memilih untuk bersama perjuangan Pas.
Cerita seperti ini kurang sampai kepada sebahagian masyarakat bukan Islam, yang sampai ialah cerita menakutkan.
PAS ekstrem.
PAS kolot.
PAS bahaya.
PAS akan menindas.
Apabila cerita yang sama diulang bertahun-tahun, akhirnya manusia membina ketakutan terhadap sesuatu yang mereka sendiri belum pernah kenali.
Aku melihat program Peace & Harmony ini mempunyai makna yang sangat besar.
Kita duduk semeja.
Kita minum bersama.
Kita dengar keresahan mereka.
Mereka pula mendengar penjelasan kita.
Kalau ada salah faham, kita jelaskan. Kalau ada ketakutan, kita tenangkan dengan fakta dan rekod. Kalau ada perbezaan, kita urus dengan hikmah.
Kerana Islam mengajar kita menjadi manusia yang adil.
Allah SWT berfirman:
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ
Allah tidak melarang kita berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kita kerana agama dan tidak mengusir kita daripada kampung halaman.
Islam mengajar kita tegas pada prinsip. Dalam masa sama, Islam mengajar kita berlaku adil.
Orang Kristian ada haknya.
Orang Buddha ada haknya.
Orang Hindu ada haknya.
Orang Sikh ada haknya.
Orang Islam juga ada tanggungjawabnya.
Pemerintah mempunyai amanah untuk memastikan keadilan dirasai oleh seluruh rakyat.
Paling menyentuh hati apabila wakil tersebut menyatakan, dalam kalangan masyarakat bukan Islam sendiri sudah ada yang bersedia melihat PAS diberi peluang yang lebih besar.
Malah menurut luahan yang disampaikan dalam pertemuan itu, ada yang sedang menunggu PAS sampai ke Putrajaya dan diberikan peluang memimpin serta mengharmonikan kembali Malaysia.
Bagi aku, kata-kata itu membawa satu amanah yang sangat berat.
Kalau suatu hari Allah memberikan kuasa yang lebih besar, jadilah lebih tawaduk. Kalau diberikan kemenangan, jadilah lebih adil. Kalau diberikan jawatan, jagalah amanah. Kalau diberikan wang rakyat, peliharalah setiap sen.
Kalau diberikan kuasa terhadap orang yang berbeza agama dan bangsa, tunjukkan kepada mereka indahnya keadilan Islam.
Kerana kemenangan sebenar lebih besar dari memenangi pilihan raya. Kemenangan sebenar ialah apabila seorang yang selama ini takut kepada kita akhirnya berkata:
“Rupanya selama ini kami salah mengenali kamu.”
Itulah sebabnya jambatan seperti ini perlu terus dibina. Biarlah orang bukan Islam mengenali PAS dengan duduk bersama PAS.
Biarlah mereka bertanya sendiri.
Biarlah mereka melihat sendiri.
Biarlah mereka menilai rekod sendiri.
Kita pula terus bekerja.
Jaga integriti.
Jaga akhlak.
Jaga amanah.
Jaga hubungan sesama rakyat.
Tunjukkan Islam melalui keadilan serta kebaikan.
Malaysia ini rumah kita bersama.
Kita mungkin berbeza agama.
Berbeza bangsa.
Berbeza budaya.
Berbeza pandangan politik.
Yang pasti ita sama-sama mahu melihat negara ini aman, bersih, stabil dan sejahtera.
Mungkin satu pertemuan tak mampu mengubah seluruh Malaysia, namun dari satu meja kecil inilah, sebuah prasangka boleh runtuh, dari satu perbualan inilah, sebuah persahabatan boleh bermula.
Juga dari sebuah persahabatan, lahirlah sebuah negara yang lebih memahami antara satu sama lain.
PEACE & HARMONY.
Berbeza agama, bersama menjaga Malaysia.
Islam adil untuk semua.
KREDIT: Alif Mahari
#RenungDanFikir
#PASMemerintahMalaysia
No comments:
Post a Comment