Please CLICK

Wednesday, February 20, 2013

Media Medan Politikus

Dalam pentas politikus yang media di kontrol kerajaan of the day maka sukar untuk tidak melihat mesej berat sebelah pada paparannya saban hari. Bukankah politik itu mengenai kuasa? Kuasa pula menghasilkan fulus. Dalam kehidupan berorientasikan barat yang sudah berkiblatkan kebendaan maka tidak lagi menjadi luarbiasa harta dan kuasa sebagai penentu bicara. Kuasa adalah segalanya. Tanpa kuasa politikus akan menikus. Dengan kuasa politikus akan menerkam bagai singa betina.

Kalau media dibiar bebas berbicara maka dirasakan kelebihan kerajaan memerintah akan terhakis. Maka itu selagi mana media dapat di kontrol untuk kepentingan kuasa memerintah maka selagi itu tidak akan wujud media yang bebas yang boleh berdiri sendiri tanpa tekanan. Selagi itu media akan dimiliki oleh politikus atau parti politik atau kroni dan agen mereka.

Paparan media diharapkan dapat memahat kenyataan yang mahu di pahatkan diminda rakyat, terutamanya minda yang hanya berharap kepada input media sebagai bahan ilmu untuk bicara. Kalau mesej, "DAP, PKR Johor Bertelagah" yang mahu di terapkan maka mesej itulah yang akan di paparkan dan diulang2kan supaya semua orang faham dan akur bahawa, "DAP, PKR Johor Bertelagah." Sudah tentu bukan MCA dan UMNO Johor yang bertelagah soal tidak sepakat agihan kerusi PRU-13. Dan bagi menambah sedap masakan di ceritakan lagi, "Pakatan di Johor retak sejak 2011."

"Flora, fauna Tanah Tinggi Loging musnah", satu lagi tajuk yang mahu kita gembar gemburkan di media supaya orang tahu. Tidak perlu kita tonjolkan "Flora, fauna Tanah Tinggi Cameron Highland musnah," pada konteks yang senada kerana itu sudah menyebelah kepada pihak yang satu lagi. Orang asli bimbang keindahan alam hilang di Loging dan tidak di Cameron Highland? Angah Pinang seorang penduduk orang asli berkata,"Kini sudah jelas daya tarikan pelancongan di sini semakin berkurangan. Pelancong kurang selesa dengan kemusnahan hutan dan pencemaran sungai yang begitu teruk sekali." 

Mungkin pelancong akan selesa dengan kemusnahan hutan dan pencemaran sungai yang begitu teruk sekali di negeri Pahang atau Sabah? Apa pun yang rakyat marhain kena faham faktor penjagaan alam sekitar ini sepatutnya menjadi common factor mana2 kerajaan memerintah sebagai pemegang amanah. Tidaklah sampai bila kerajaan BN buat menjadi ok tapi bila kerajaan PR buat menjadi tak ok.

Kita tengok lagi pelbagai tajuk politik dalam akhbar:

  1. DAP perlekeh Majlis Syura
  2. Hudud PAS tak berpaksi keadilan Islam
  3. Tun Mahathir gesa generasi muda FELDA hargai jasa BN
  4. Muhyiddin sangkal fitnah pembangkang
  5. Manifesto Rakyat janji usang
  6. Bendera BN di rosakkan
  7. DAP, PKR main wayang
  8. Hadi bersandiwara depan penyokong
  9. PKFZ: Dr Mahathir nafi ditipu
  10. Pakatan kalut lihat BN dapat sokongan

Sebagai perang saiko wajar tajuk2 itu di baca dengan perspektif pihak yang satu lagi. Contoh pada itam No.10 bacaannya seakan-akan berbunyi, "Barisan kalut lihat PR dapat sokongan."

PR tiada jalan lain melainkan terpaksa berceramah saban malam menemui rakyat untuk memberikan cerita mereka pula dan menggunakan media alternatif lain seperti blog dan youtube untuk menemui audien demi menyampaikan hujah untuk menjawab segala tajuk2 utama akhbar atau media tadi dan juga menyampaikan segala plan dan perancangan jika di takdirkan Allah PR menjadi kerajaan of the day Malaysia selepas PRU13 ini.

Pada PRU12 kerusi parlimen yang berjumlah 222 telah dimenangi 59% oleh BN iaitu 132 kerusi manakala PR memenangi 41% iaitu 90 kerusi. Di DUN pula jumlah keseluruhan kerusi ialah 505 di mana BN menguasai 60% iaitu 303 kerusi dan PR memenangi 40% iaitu 202 kerusi. Statistik ini masih berpihak kepada BN antara faktornya ialah  strategi taburan kerusi dan sempadan kawasan yang tidak seimbang dengan taburan penduduk atau jumlah pengundi, hingga BN masih boleh menubuhkan kerajaan persekutuan walaupun undi sebenar di peti undi secara keseluruhan sudah 50-50. Kata mereka perkara begini berlaku di mana2 negara pun.

Kalau analisa undi popular iaitu jumlah sebenar kiraan undi secara keseluruhan dijadikan kayu pengukur maka di dapati BN hanya meraih 50.28% undi berbanding 49.71% untuk PR. Maknanya hakikat sebenar pilhan rakyat Malaysia di PRU12 ialah 50-50 antara BN vs PR. Maka itu PR sangatlah menekankan sistem yang bersih dari ruang2 manipulasi, begitu gigih dijuangkan agar segala kelemahan boleh diperbetulkan. Rakyat impikan sistem pilihanraya demokrasi yang adil dan bersih. Kerana kekuatan kedua-dua belah nampak sangatlah seimbang walaupun di pentas yang berat sebelah. 

Let the best man win !!





Jadi PRU13 begitu genting dalam survival politikus sekelian. Maka itulah kerajaan memerintah iaitu BN berbuat apa saja demi untuk mengekalkan kuasa yang di hujung tanduk itu. Secubit silap perhitungan yang boleh membawa padah akan memberi impak besar pada PRU13 nanti. Jadi usah pelik untuk melihat dana rakyat di cairkan dan media diperkudakan semaunya untuk menegakkan agenda mengekalkan kuasa. Kerana bagi politikus KUASA adalah raja, tanpa kuasa politikus sekadar HAMBA.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...