Saya tanya Pak Mat di
kampung fasal wang RM500 yang baru di terima. Tu dia happy giler Pak Mat.
Maklumlah bukan senang nak senang2 dapat RM500 ni. Ini adalah kali kedua Pak Mat dapat. Tapi biasalah dalam majlis penyampaian wang BRIM2 ini sudah tentulah di
ambil peluang oleh YB untuk berucap dan berkempen.
Antara poin2 yang
dinyatakan ialah: Bagilah peluang kepada BN memerintah sudah tentu banyak lagi wang
boleh diberikan kepada rakyat. PM pun sudah berjanji jika mendapat mandat baru
dalam PRU13 maka kita akan bagi RM1,000 pula. Dan PM tidak mungkir janji kata
YB tadi. Tidak seperti PR yang sentiasa berbohong dan gagal menunaikan janji
pilihanraya mereka. YB tadi juga kata kita tak boleh campur aduk agama dengan
politik. Kata dia orang agama pun kalau tak solat takleh masuk syurga jugak. Kata
YB kalau tak mau tanah di negeri kita ini tergadai dan nasib rakyat tak terbela
maka bagilah peluang BN menang.
Pak Mat kata
Alhamdulillah kerana mendapat pemimpin yang baik sanggup bantu rakyat. Pak Mat kata
aku sah akan pangkah BN. Pak Mat hanya mendasarkan maklumat apa yang dia dengar
daripada mulut YB tadi dan juga sumber dari media arus perdana yang sememangnya
di control oleh BN. Kita tidak boleh menyalahkan Pak Mat dan orang kampung
sekelian.
Sebab itulah kesedaran
ilmu itu penting. Islam meletakkan ilmu di aras tertinggi. Islam mahu kita
bijak tidak bodoh. Orang bijak akan sentiasa memikir masa depan. Orang yang
paling bijak ialah orang yang memikirkan masa depan hingga kepada kehidupan
Akhirat. Sebaliknya orang munafik tidak akan fikir jauh sampai ke Akhirat. Apa
yang orang munafik risau ialah keuntungan di dunia semata.
“Nabi Muhammad SAW
beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah?
Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua Negara. Nak panggil presiden ke
panglima perang ke kepada Nabi. Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah
ilmu.” - TGNA, Sinar Harian 24/3/213.
Saya mendengar ulasan
Ust Azhar, ibarat Pakcik ni dok simpan duit sikit2 nak pi haji, dah 30 tahun
simpan maka terkumpul RM9,000. Tiba2 ada orang pecah rumah curi duit dia.
Menangislah Pakcik ni mengenang nasib malang dia. Beberapa lama kemudian ada
seorang pemuda datang jumpa pakcik ni katanya, “Pakcik saya dulu curi duit Pakcik.
Maaflah kesalahan saya. Ni duit RM500 saya hadiah ke pakcik.” Pakcik itu begitu
teruja dan tersenyum riang seraya mengucapakan ribuan terima kasih sambil
memuji-muji kebaikan pemuda itu. Ada apa-apa yang tak kena dengan ini gambar?
Sebab itulah fakta
PRU12 menunjukkan bahawa pengundi yang lebih berinformasi terutamanya di
kawasan urban akan cenderung memilih PR. Nampaknya BN tiada cara lain melainkan
mengumpan duit menjelang PRU13 ini untuk memenangi hati rakyat dan memancing
undi. Ia hanya berlaku pada bulan2 terakhir penggal 5 tahun ini, bukan berlaku
sepanjang 4 tahun pertama pemerintahan selepas PRU12. Duit itu masih hak
rakyat, maka bila diberi ambil sajalah, tiada masalah. Ia bukan hak mana2
individu atau dana mak bapak dia. Duit itu dari dana hak kepunyaan rakyat.
Apa yang disembunyikan
dan tidak di bincangkan secara terbuka di media arus perdana ialah hakikat
penyelewengan, rasuah dan ketirisan ekonomi yang berlaku selama ini. Mari kita
imbau sedikit sebanyak apa yang pernah tersiar di media2 alternatif sebelum
ini. Informasi begini sudah tentu tidak sampai atau tidak jelas kepada orang
seperti Pak Mat atau hantu Kak Limah. Jika mereka tahu begini keadaannya sudah
tentu RM500 yang baru diperolehi akan dirasa sangat ciput jumlahnya, maklumlah geng
depa dok mentedarah dari dana hak rakyat (tabung gajah) yang sama mencecah
jutaan malah bilion ringgit. Tentu Pak Mat pun bengang dibuatnya.
Berikut hanyalah
sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang
lalu. Jika dikumpul ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang
milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN.
- Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
- Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
- Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
- Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
- Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
- Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM546 juta.
- Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
- Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
- Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
- Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
- Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
- Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
- Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
- Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
- Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
- Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
- Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
- Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
- Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
- Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
- Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
- Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
- Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
- Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
- Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
- Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
- Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
- Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
- Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
- Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
- Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
- Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
- Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya.
- Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlahRM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
- Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
- RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
- Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
- Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
- Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
- Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
- Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal pada PRU12.
- Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
- Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
- Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
- Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
- Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
- Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
- Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
- Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
- Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
- Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
- Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
- Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
- Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang.
- RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
- Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
- Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
- Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
- Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
- Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143.(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
- Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
- Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
- Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
- Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
- Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
- Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
- Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
- Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
- Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.
- “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.
- Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
- Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
- Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
- Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.
- Skandal NFC melibatkan RM250 juta.
Pesan seorang Pak Kiyai kepada anaknya, “Kau jadilah orang besar
jangan jadi orang kecil.” “Kenapa Pak?” tanya anak Pak Kiyai ingin tahu. “Kerana orang besar, kebaikannya yang kecil akan
dibesar-besarkan orang. Bagi orang kecil, kebaikannya walaupun besar akan
dikecil-kecilkan orang." “Bagi orang besar, kejahatan yang besar akan dikecil-kecilkan
orang. Manakala bagi orang kecil, kejahatannya yang walaupun kecil bangat akan terus
dibesar-besarkan orang.” Justru kau jadilah orang besar bukan orang kecil. Senang hidupmu
nanti.
PRU13 akan berlaku dalam masa yang terdekat ini, maka ramailah
orang berlumba-lumba untuk menjadi orang besar.
Pak Osman Awang pernah menyindir orang besar dengan katanya, “Siakap
senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama2 jadi menteri.”
@@@
No comments:
Post a Comment