Please CLICK
Tuesday, December 31, 2013
Himpunan TURUN
Himpunan TURUN sempena malam menyambut tahun baru dianjurkan NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) bagi membantah kenaikan harga beberapa barangan yang diumumkan kerajaan BN yang sekaligus akan menyebabkan peningkatan kos hidup.
Himpunan Turun BUKAN himpunan untuk guling Kerajaan.
Slogan "Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan" masih terngiang-ngiang di celah2 taik telinga. Justru rakyat yang peka sekadar ingin menyuarakan pendapat tidak selesa mereka pada kenaikan kos sara hidup yang berlaku asbab beberapa tindakan pihak Kerajaan yang memerintah. Platform ini patut diraikan di sebuah negara demokrasi yang mengamalkan kebebasan bersuara yang di naungi perlembagaan negara.
Penyampaian dos ketidakselesaan ini melalui platform yang lain seperti melalui debat dan protes wakil2 rakyat di persidangan Dewan Rakyat nampaknya seolah tidak di layan atau tidak berkesan sangat. Kerajaan memerintah meneruskan kedegilan dan memekakkan telinga tanpa ambil pot atau cuba menghiraukan kesengsaraan yang menimpa rakyat bawahan ini.
Laporan odit negara setiap tahun sebagai buktinya. Sepatutnya usha maksima di ambil terlebih dahulu untuk mengubati punca masalah yang utama iaitu kebocoran ekonomi akibat gejala rasuah, keborosan berbelanja, pelbagai kes pecah amanah dan penyalahgunaan dana awam. Bukan sekadar hanya pandai menekan rakyat di langkah pertama atau tindakan mudah setiap kali berlaku masalah kewangan atau kebobrokan ekonomi negara.
Usahlah memainkan skrip lama betapa himpunan sebegini adalah bertujuan menggulingkan Kerajaan memerintah secara demonstrasi jalanan. Rakyat bosan dengan propaganda begini. Rakyat mahu Kerajaan yang bijak memberi perhatian kepada isu kos sara hidup meningkat tinggi ini dan mengambil tindakan mantap untuk mengatasinya. Jagalah kebajikan dan bela nasib rakyat bukan gemar menekan rakyat dengan tindakan2 yang mengakibatkan peningkatan kos sara hidup yang berlaku mendadak dan serentak begini.
"Tuntutan Turun yang antara lain mendesak agar Kerajaan memerangi rasuah, menyusun semula subsidi korporat, menangguhkan pelaksanaan cukai GST, mendedahkan perjanjian konsesi tol dan menghapuskan monopoli gula."
- Nik Nazmi Nik Ahmad, ADUN Seri Setia
"Mahasiswa seperti kami ingin terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara yang demokratik. Mahasiswa masih bertindak rasional dan memilih jalan harmoni untuk peradaban negara,"
- Nor Azhar Baharum, Exco Perhubungan Awam, Majlis Perwakilan Pelajar UIAM
"Pemuda PAS tidak berhasrat menggulingkan sesiapa melalui himpunan ini kerana masih percaya dengan sistem pilihanraya untuk menurunkan pemerintah. Sebaliknya, penyertaan rakyat dalam himpunan itu nanti sebagai menyatakan hasrat dan perasaan resah dengan kenaikan pelbagai harga barang dan peningkatan kos sara hidup."
- Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS
"Himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi. Himpunan ini juga bebas dari sebarang provokasi dan ancaman yang menggugat kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan.Peserta himpunan juga diseru untuk membawa bendera Malaysia tanda patriotik dan cinta kita kepada negara selain memakai pakaian tema yang berwarna hitam. Peserta dilarang membawa poster atau sepanduk yang mengandungi unsur provokasi dan ancaman. Himpunan ini adalah himpunan rakyat, yang akan diraikan dan disambut juga oleh rakyat."
- Muhamad Azan Safar, Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun)
Kita harapkan pihak berkuasa berlapang dada untuk memberikan kerjasama dan toleransi sewajarnya. Usahlah menggunakan soal teknikal sebagai alasan untuk bertindak kasar dan melihatnya sebagai perhimpunan haram tanpa permit. Rasanya perhimpunan sambuatan konsert Ambang 2014 itu pun tidak mendapat apa-apa permit. Ianya terus diberi kebenaran oleh pihak berkuasa tanpa diminta. Sedangkan ia hanya bertujuan lebih kepada hiburan semata. Sebaliknya himpunan Turun ialah sebagai simbolik membela nasib rakyat yang di tekan oleh kenaikan kos sara hidup. Yang mana lebih afdal agaknya?
@@@
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment