Isu hangat yg masih dibicarakan ialah perihal kenaikan harga minyak. Juga perihal harga minyak diesel yg sangat tinggi dan berbeza jauh dgn harga di sabah dan sarawak.
Kenaikan harga minyak telah menyebabkan kos barangan lain akan ikut naik. Kesannya kpd pengguna iaitu rakyat marhain.
Secara logiknya Malaysia sebagai negara pengeluar minyak aka n meraih keuntungan setiap kali harga minyak naik. Dikatakan minyak kita bermutu kayangan lalu dieksport. Minyak yg bermutu low gred kita import utk kegunaan di Malaysia.
Cuba habaq mai brapa penambahan keuntungan yg kita dapat hasil eksport minyak? Dan brapa pulak penambahan kos yg terpaksa kita tanggung utk import minyak lower gred? Sila telus dlm isu ini. Tak usah berselindung lagi dan menyalahkan rakyat yg bertanya a valid question.
Reason utama yg diberikan ialah jumlah subsidi yg meningkat yg terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Sedangkan jumlah keuntungan yg meningkat hasil eksport minyak tidak pula disebut. Asyik2 nak potong subsidi je solusinya. Asyik nak membebankan rakyat yg sudah terbeban dgn kos hidup yg tinggi.
Posting di bawah ini saya kongsikan utk tatapan umum agar lebih memberi pencerahan akan isu kenaikan harga minyak yg kita bincangkan ini.
*****
Rakyat tidak buta huruf, apatah lagi dangkal dan bangang, malah rakyat tahu yang harga minyak dunia ditentukan oleh dunia. Rakyat juga tahu yang harga minyak dalam negara ditentukan oleh negara masing- masing, sebab itu harga di saudi lain, Brunei lain, thailand lain, malah ada negara yang ada dua harga minyak seperti Malaysia, di semenanjung lain di Sabah dan Sarawak lain. Siapa yang menentukan harga harga yang berbeza ini? Trump ke atau Murtaba?
Rakyat tak bangang, buta huruf, dangkal dan seumpamanya. Kalau ikut formula dan gelaran yang diberikan pembangkang dahulu kerajaanlah yang bangang kerana tak tahu menurunkan harga minyak, sedangksn malaysia negara pengeluar minyak. Kerajaan sekarang bukan saja tak tahu menurunkan harga minyak sepertimana yang dijanjikan, malah manaikannya secara drastik dgn kadar yang tinggi. Jadi apa jenis kerajaan sekarang ini?
In syaa Allah rakyat tak akan tertipu untuk kali keduannya.
Kredit: FB Wan Mat Sulaiman
*****
Rakyat Malaysia cerdik dan tak mudah lupa. Rakyat Malaysia mahukan penjelasan yg tuntas. Jawablah dgn straight forward. Kos minyak meningkat akan menyebabkan domino effect iaitu peningkatan harga barangan asas yg lain di pasaran. Rakyat yg susah akan terus tertekan.
@@@

No comments:
Post a Comment