Please CLICK

Monday, May 14, 2018

PASCA PRU14


Selepas 5 hari berlalu PRU14, maka suasana sudah kembali tenang.

DSN pun sudah meletak jawatan sebagai presiden Umno. Mungkin keputusan tak seteruk ini bagi BN jika DSN berbuat demikian setahun atau dua tahun lalu.

Apa pun ramai yg terkejut beruk melihatkan PH menang bergaya. Ramai menyangka persaingan sengit seumpama di PRU13 dulu. Namun nyata momentum dan sentimen asal bukan Umno (ABU) menjadikan pengundian secara blok kepada PH, terutamanya negeri2 di  pantai barat semenanjung.

Siapa sangka negeri Johor, Melaka, N9 jatuh dgn mudah tanpa fight ke tangan PH.

Berkenaan prestasi PAS, ramai yang perli terutamanya penyokong PH di Selangor. Sakit hati betul mereka dgn PAS.

Fitnah keatas PAS perihal UG dgn Umno, tuduhan makan dedak Umno dan sebagainya telah mempengaruhi sentimen pengundi di pantai barat, terutamanya di Selangor. Justru mereka sangat memandang rendah malah menghina PAS di pasca PRU14 ini.

Tanpa adil menilai apa hakikat prestasi PAS kali ini. Sebagai parti yang bergerak secara solo, PAS berjaya meraih 2,043,159 undi secara total. Ini satu angka yang sangat besar dan signifikan. Meletakkan PAS sebagai main player dalam politik negara.

PAS berjaya mengekalkan kerajaan PAS di Kelantan dgn memenangi 82% kerusi yang dipertandingkan. Ini sangat hebat. PH yg di gembar gemburkan secara melampau hanya mengukir sentuhan kecundang, dgn sangat memalukan di ajar erti politik oleh rakyat Kelantan. Kelantan kekal bersama PAS untuk musim ke-7.





PAS berjaya menakluki Terengganu juga secara komprehensif. PH juga sekadar mendapat telur ayam, sebagai simbolik betapa rakyat Terengganu menolak PH secara total walau seribu janji manis pilihanraya yg mereka luahkan. Rakyat cintakan PAS yg lebih telus dan amanah dalam tadbir urus. Pembentukan kerajaan PAS di Kelantan dan Terengganu juga berjalan dgn mudah dan lancar umpama lagu "Smooth Operator" dendangan Sade.



PAS juga hampir benar menawan Kedah dengan meraih 15 kerusi. Namun Allah inginkan PAS sebagai pembangkang yg matang. Tentu ada hikmahnya.

Segala tohmahan perihal PAS akan UG dgn BN, tinggal sekadar fitnah besar. Penyebarnya bakal memikul beban dosa di Mahsyar nanti.

Ternyata PH pula yg UG dgn BN di beberapa negeri, pabila dgn mudah memperoleh sokongan Adun drp BN. Ada yg sekadar beri sokongan dan ramai pula yg lompat terus macam katak puru.

Adun dan MP PAS tidak goyah. Tetap teguh memegang amanah para pengundi yg memangkah mereka di kertas undi. Saya merasa teruja dan respect kpd mereka ini khasnya dan kepada PAS amnya.

Mungkin pencerahan drp Timbalan Presiden PAS ini dapat menjelaskan lagi kepada yang masih samar atau keliru...

@@@@@


INILAH CARA PAS BERJUANG

Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man

Pertama kali Rasulullah saw membawa ajaran Islam, masyarakat tidak memahami apa sebenarnya yang ingin dicapai oleh Baginda.

Mereka menyangka Rasulullah menyebarkan Islam untuk mendapatkan pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat, lalu mereka menawarkan jawatan raja kepada Baginda.

~ Baginda menolaknya. ~

Mereka turut menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapat habuan dunia, lalu mereka menawarkan kepada Baginda timbunan harta sehingga Baginda boleh menjadi orang yang paling kaya di Mekah.

~ Baginda menolaknya. ~

Mereka menyangka Baginda menyebarkan Islam untuk mendapatkan wanita yang cantik, menarik lalu mereka menawarkan wanita yang cantik kepada Baginda.

~ Baginda menolaknya. ~

Ada orang silap menganggap perjuangan PAS ialah perjuangan mendapatkan kekuasaan semata-mata seperti mereka.

Lalu mereka menuduh harta benda dan habuan dunia telah menjadikan pandangan PAS 'buta', sehingga tidak lagi nampak apa yang mereka nampak.

Oleh itu, mereka akan merasa hairan bilamana PAS dilihat 'menolak' peluang kemenangan di hadapan mata.

~ Mereka bingung ~

PAS tidak berkelakuan seperti mereka. Mereka tidak faham mengapa PAS sanggup bersedia berisiko kalah demi mempertahankan dasar parti.

~ Mereka tidak boleh terima cara PAS ~

yang terus menentang sebarang bentuk mungkar dalam apa jua bentuk, dan sedia mendokong kebaikan dan taqwa dalam apa jua keadaan tanpa mengira siapa. 

Hakikatnya, PAS adalah parti yang paling awal menentang kebatilan, kezaliman dan salah urus tadbir negara.

PAS menyertai pilihanraya sejak pertama kali diadakan.

Perjuangan PAS bukan membuta tuli terhadap realiti masyarakat majmuk di Malaysia.

PAS sedia bekerjasama dengan mempertahankan prinsip dan dasar Islam yang menjadi denyut nadi perjuangan kami.

PAS sentiasa mencari jalan terbaik untuk kemenangan Islam bagi membolehkan Islam terlaksana dalam urus tadbir. Asalkan Islam sampai ke destinasi.

Lantaran itu, PAS sentiasa bersedia membuka pintu kerjasama dengan pelbagai parti yang menerima dasar Islam yang dibawa. PAS sudah serik bersama parti hanya rasa penting untuk bersama bila perlu, dan menyerang PAS selepas itu.

Begitulah prinsip PAS. PAS akan terus kekal dengan dasar dan prinsip ini.

Walaupun beberapa kali PAS dibuli apabila menyambut salam kerjasama, PAS tidak pernah kesal dengan keputusan yang telah diambil kerana semua keputusan parti dibuat melalui perbincangan, muktamar dan panduan Majlis Syura.

Di sepanjang perjuangan ini, PAS kehilangan rakan seperjuangan, rakan politik, markas, PASTI dan pelbagai harta yang diwaqafkan oleh ahli dan penyokongnya.

PAS sedih dengan apa yang berlaku, kerana PAS sedar ianya datang dari duit simpanan ahlinya yang miskin, penoreh getah, nelayan dan golongan susah. Namun untuk PAS korbankan prinsip perjuangannya, tidak mungkin.

PAS akan terus berkembang, menghijau dan mengeluarkan bunga dan buah. PAS akan terus mendidik masyarakat memahami politik Islam.

Ia suatu sistem politik yang jauh bezanya dengan pelbagai aliran politik yang diimport dari barat, yang tidak berpaksi kepada aqidah.

Politik Islam berteraskan perubahan dengan menghapuskan syirik kepada tauhid, mungkar kepada taat, maksiat kepada soleh, perubahan masyarakat bagi membina negara sejahtera dan harmoni, menikmati nilai persamaan dan menghormati nilai perbezaan.

Itulah perjuangan PAS. Ahli-ahli PAS akan terus memastikan pimpinan dan bahtera ini terus belayar mengikut arah ini sehingga hari kemenangan Islam dicapai.

Sejahtera Bersama Islam.

Tuan Ibrahim Tuan Man

@@@@@


Analisa dan komen daripada pakar sains politik sejurus selepas keputusan rasmi PRU14 diumumkan oleh SPR juga sangat menarik untuk sama2 kita hadamkan...


@@@@@

Kata Datuk Dr. Denison Jayasooria, Principal Research Fellow, Institute of Ethnic Studies, UKM, didalam diskusi Malaysia Memilih di Astro Awani awal pg ini...

“pencapaian PAS didalam pilihanraya kali ini adalah sesuatu yang mengejut dan diluar jangkaan.. ia akan menjadi wow factor di Parlimen nanti”...

Kata Sdr Karim Raslan- Kolumnis..

“kekuatan PAS itu sememangnya ada. Ini luar biasa dan Ini adalah sesuatu yg perlu dikaji, mungkin PAS akan menjadi kuasa besar kedua dimasa depan”

PRU *2008* PAS + PR vs BN
2 Penjuru

Kerusi Parlimen: 23
Kerusi DUN: 83

PRU 2013 PAS + PR vs BN
2 Penjuru

Kerusi Parlimen: 21
Kerusi DUN: 85

PRU *2018* PAS vs PH vs BN
3 Penjuru

Kerusi Parlimen: 18
Kerusi DUN: 90


@@@@@


Sebagai konklusi, agak tidak keterlaluan jika dinyatakan bahawa PAS tetap gagah dengan dasar Islam yg jelas, tidak goyah dgn persekitaran yg berubah. Malah identiti dan jenama PAS kini lebih gah dan padu di pesada politik negara.

PAS menjadi pilihan utama bagi muslim khasnya dan orang melayu khasnya. Termasuk juga sebahagian pengundi non-muslim atau non-malays yg merasa sejahtera dan aman bersama PAS.

Semoga PAS dengan halatuju politik sejahtera dan matang, akan berusaha gigih memantapkan agenda 3 dlm 1 iaitu politik, dakwah & tarbiyyah utk membawa masyarakat terutamanya anak muda utk lebih mencintai hakikat memertabatkan Islam dlm politik negara. 

Islam ialah cara hidup (way of life) yg lengkap, sempurna, menyeluruh dan di redhai Allah. 

Takbir !!!

#PascaPRU14
#CelikPolitikIslam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...