Please CLICK

Sunday, February 10, 2019

Pakatan Hancing


Sehari dua ni kecoh perihal seorang Timbalan Menteri miliki fake degree. Khabarnya tiga minister dan satu MB juga miliki fake degree. Isunya bukan soal apabila berpolitik, tahap pendidikan itu nombor satu atau dua, penting atau tidak...tapi ia adalah soal integriti, soal kejujuran dan penipuan.

Pada akhir tahun lepas DS Mukhriz pernah menyuarakan kebimbangan bahawa PH mungkin hanya menjadi kerajaan sepenggal cuma.

Kerungsingan mukhriz itu wajar juga di ambil serius oleh PH. Apatah lagi dlm kecelaruan soal integriti, janji di capati, dan cakap tak serupa bikin, malah statement2 kontroversi para menteri, hinggakan gelaran Pakatan Hancing utk PH sudah menjadi tidak asing.

Kerjasama Umno-Pas bakal menjadi seteru utama PH dlm PRU15 nanti yg bakal menyaksikan sistem dwi parti menjurus kpd 1 lwn 1 di majoriti kerusi akan jadi nyata.

Sebab itu tidak pelik jika PH bekerja keras untuk merobohkan sebarang kerjasama atau understanding Umno-Pas ini demi survival PH yg mula merundum populariti nya di hati rakyat terutamanya di kelompok melayu/muslim.

Apakah kebimbangan mukhriz itu real? mungkin prk semenyih bisa memberi gambaran awal.

Apa yg menarik tentang semenyih ialah taburan pengundi yg merupakan kawasan majoriti melayu. 64% penduduk nya adalah melayu. Ia seakan reflek suasana taburan penduduk malaysia yg lebih 60% adalah orang melayu. Maka prk semenyih boleh di jadikan benchmark akan sentimen rakyat tika ini, membawa kpd PRU15 empat tahun lagi.

Justru perang saiko di media massa dan media sosial akan mempengaruhi mood pengundi dan sokongan rakyat. Kalau PRU14 dulu PH telah berjaya menumbangkan 60 tahun pemerintahan BN dgn politik persepsi (bercampur fitnah) dan sentimen utama menjatuhkan najib, maka kali ini rakyat mula nampak satu persatu permainan dan game plan PH ini. Ramai yg mula menyesal, kerana PH tidak seperti yg diharapkan. Banyak isu2 kontroversi muncul. Banyak janji2 gagal ditunaikan, rakyat jadi kecewa. Pakatan Harapan telah bertukar kpd Pakatan Hancing kerana sindrom kuat kencing (kelentong).

Rakyat mula bosan dan loya tahap gaban. Pengundi atas pagar dlm kelompok melayu/muslim sudah mula tukar arah untuk memihak kpd Umno-Pas yg dilihat tidak lesu utk membela islam dan melayu. Perhimpunan ICERD yg berjaya menarik 1.9 juta org menjadi bukti mutual understanding Umno-Pas ini.

PRK Semenyih boleh menjadi pencetus halatuju baru politik negara. PH mula gelabah dlm diam. Kalau bangsa cina solid menyokong DAP yg terkini di prk CH, maka bangsa melayu wajar solid menyokong kelompok Umno-Pas di prk semenyih. Agar PH insaf dan muhasabah diri.

"Ko guano?" tanya Mat Yeh sambil menghirup kopi jantan di gerai Mek Senah. Ada berani?


#PRKSemenyih
#PakatTenyeh



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...