Please CLICK

Monday, February 18, 2019

PRK SEMENYIH


PRK Semenyih ini agak signifikan kerana berlangsung selepas PRK Cameron Highland yg dimenangi calon BN mengalahkan calon PH.

Tambah menarik lagi Semenyih ini kawasan majoriti melayu. Pada PRU14 calon PH hanya menang tipis. Dengan kerjasama antara Pas dan Umno semakin menjadi, maka para pemerhati dan rakyat banyak ingin lihat sejauh mana pengundi Semenyih memberi reaksi.

Apakah pengundi atas pagar yg pada PRU14 tempoh hari mengundi PH, akan berubah angin mengundi BN pula kali ini?

Tidak dinafikan banyak pandangan negetif yg di perkatakan mengenai PH selepas hampir satu tahun menjadi kerajaan persekutuan. Malah rakyat merasa tertipu dgn janji2 manis PRU14 yg majoritinya gagal di lunaskan. Janji tak serupa bikin.

Di tokok lagi dgn prestasi para pemimpin PH yg byk mengeluarkan statement yg agak kontroversi terutamanya yg menyentuh sensitiviti bangsa melayu dan agama islam. Isu2 sensitif sebegini pada era kerajaan terdahulu berjaya di senyapkan.

Rakyat pun jadi agak rimas dan bosan dgn masalah2 kos hidup yg tinggi dan tiada feel good factor yg signifikan di zahirkan oleh PH.

PH mula digelar Pakatan Hancing. Segala kata2 mereka tidak mudah dipercaya begitu saja lagi.

Tambahan lagi orang melihat pakatan ini sudah agak longgar. Parti-parti komponen dlm PH menunggu masa saja untuk bercerai berai. Ini pandangan dari satu perspektif.

Parti Bersatu mengorak byk langkah utk mengutip MP bekas umno walau di tentang oleh PKR dan DAP . Kini mengembang sayap ke Sabah pula. TM sendiri mula berjumpa dgn PAS, yg di susuli statement yg menyatakan PAS tidak akn menyokong calon BN di Semenyih.

Setiausaha Agung PAS membuat PC yg menyatakan bahawa jika ada usha di masa hadapan utk menjatuhkam TM sebagai PM, maka PAS akn berada di sebelah TM. Ini demi kepentingan agama islam khasnya dan org melayu amnya. Jadi hubungan baik Umno-PAS bagaimana jadinya?

Saya petik satu pandangan drp satu grup bicara politik WA yg menyatakan:

1. PAS sokong UMNO untuk PRK Semenyih kerana melihat kemenangan UMNO sebagai isyarat dan amaran daripada Islam & orang Melayu.

2. PAS menyokong Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri kerana melihat lebih baik bagi Tun jadi PM berbanding menyerahkan kuasa kepada DAP dan musuh Islam yang tunggu masa nak game Tun.

Kesimpulannya, apa-apa yang menguntungkan Islam, maka PAS sokong sama ada di pihak BN atau kerajaan sekarang. Islam yg lebih penting.

@@@

Apa pun prk Semenyih bakal menjadi benchmark baru halatuju politik negara. Apakah PH masih relevan atau kerjasama Umno-PAS bakal membuah hasil seiras prk CH?

Atau apakah agenda besar perpecahan dlm PH dan penyatuan melayu/islam vs bangsa2 lain akan terserlah jua?

Jgn bicara soal perkauman lagi, kerana hampir semua org cina sudah memihak kpd DAP. Hanya org melayu yg masih berpecah-belah berlaga dan cari gaduh sesama sendiri.

Apakah PBBM akn bekerjasama dgn PAS dan Umno, juga kelompok PKR (blok azmin ali) utk breakaway membentuk pakatan politik yg baru demi kepentingan org melayu?

Apakah dsai akn membawa diri bersama PKR, DAP & Amanah menjadi blok baru PH?

Wajar diingat TM seorang PM tertua di dunia, sifu politik yg begitu pakar mengatur strategi politik dgn byk langkah di hadapan kawan atau lawan.

Sama-sama kita tunggu. Siapa akan kena. PRK Semenyih, mu tunggu aku mari !! 😀

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...