Please CLICK

Tuesday, September 17, 2019

PIAGAM

WACANA MEMPERKASA UMMAT


Segala yang berlaku tentunya ada hikmah di sebalik. Kekadang Allah kurniakan mata namun tak semesti bisa melihat. Penglihatan itu hanya Allah yang pinjamkan. Penglihatan mata kasar, juga penglihatan mata hati. Ada orang yang buta tapi masih mampu menjadi hafiz atau hafizah, menghafal 30 juzuk al-Quran dalam dada. Itu semua kurniaan Allah. Kita tiada apa, semua milik Allah.

Pabila PRU-14 menyaksikan kerajaan persekutuan bertukar tangan drp BN kepada PH, maka itu juga ada hikmah di sebalik. Timbul kini kesedaran baru untuk kembali bersatu membela agama, bangsa dan negara. Dua parti politik terbesar dan terunggul negara yang mewakili kelompok orang Islam, melayu dan bumiputera kini menjalin hubungan kerjasama yang tidak termimpi sebelum ini.

Ini boleh menjadi titik mula untuk pembentukan senario dwi parti sistem di PRU-15 yang akan berlangsung dlm masa 3 tahun ini. Blok PH yg merupakan kelompok parti politik yang memerintah akan berdepan dengan kelompok kedua iaitu gabungan Umno-PAS yang rasanya merupakan kelompok parti politik yang credible & real. Tentunya tidak boleh di pandang enteng oleh PH lagi. Pengistiharan rasmi juga telah dibuat.

Umno dan PAS sanggup berkorban dan membuang segala perasaan atau sejarah negetif yang mungkin banyak wujud sebeleum ini demi sebuah agenda negara yang lebih utama. Bukan calang-calang situasi ini boleh berlaku. Ini mungkin salah satu hikmah penting pasca PRU-14 yang telah muncul. 

Kalau di PRU-14, majoriti rakyat atas pagar memberi pangkah kpd parti2 di kelompok PH maka tidaklah mustahil jika golongan besar ini akan beralih angin memberi pangkah mereka dengan kalam hitam kepeda gagasan Umno@BN-PAS pula di PRU-15 nanti. Ahli parti Umno-PAS yang berjumlah kira2 5 juta orang itu tentunya akan berpihak kpd Umno-PAS. Mungkin ahli2 parti di gagasan PH tidaklah sebesar itu jumlahnya. Sedikit disadvantage kpd PH dlm aspek ini sebenarnya. 

Momentum yg dipengaruhi ceramah2 politik PH dan cerita2 politik yg viral di sosial media telah mempengaruhi swing pengundi atas pagar pada PRU-14 dulu. Banyak janji2 yang telah ditaburkan samada melalui manifesto rasmi mauhupun yg di hamburkan ketika mereka berceramah. Tidak kurang juga cerita2 real atau survey2 logik yg dipaparkan yg sebahagian besar pula ternyata sekadar fitnah atau berita tanpa fakta atau bukti yg nyata. Namun pengaruh sosial media telah membangkitkan sentimen tukar kerajaan tanpa perlu kpd rasional atau fakta yang sah lagi. Apa yg berlaku di PRU-14 itu sudah pun berlaku dan tidak perlu diungkitkan lagi.

Namun sekarang ini selepas hampir 2 tahun PRU-14 berlalu dan kerajaan PH di beri ruang dan peluang mentadbir negara dgn telus dan fulus, timbul pula suatu rasa yg sedikit aneh atau janggal yg jika tidak dikawal mungkin bara yg kecil bisa merebak menjadi unggun api yg besar yg boleh membakar apa jua binaan. Rasa bahawa hak Islam dan melayu di ancam. Rasa janji-janji yang sekadar tinggal janji. Rasa tiada sangat perbezaan ketara yang di jayakan. Malah kepayahan hidup rakyat biasa masih terus berleluasa. Ada juga rasa kecabulan oleh pihak2 berkepentingan bebas dibiarkan tanpa ketegasan oleh pihak berotoriti.

Ditambah lagi dengan rasa bahawa apa yang di war-war dulu sekadar fitnah semata. Rasa diri di tipu separa bulat kalau pun tidak secara bulat-bulat. Rakyat mula jemu dengan alasan menyalahkan pihak terdahulu pabila apa yang dijanjikan dulu tidak berjaya atau dengan kata lain gagal di tunaikan. Ada pepatah mengatakan lembu dipegang pada talinya yg di cucuk pada hidungnya manakala manusia dipegang pada janji-janjinya samada janji manis atau palsunya. 

Itulah hakikat yang menyumbang kepada pelbagai citarasa yang berbeza-beza di kalangan rakyat dalam negara ini, khasnya golongan beragama Islam, melayu dan bumiputera. Dan amnya kepada golongan pengundi atas pagar tanpa parti yang mungkin merupakan 55% drp jumlah yg layak mengundi di PRU-15 nanti. 

Piagam 5S yg di meterai ini mungkin satu langkah yg penting untuk memulakan satu perjalanan berliku yg jauh dan penuh onak memabadai lalu melintang patah.

Sebagai konklusi senang cerita gendang sudah di palu, strategi dan langkah silat mula bersemi, muafakat mula padat, bicara cari berkat, sengketa sudah di ubat. Semoga di rahmat Allah segala niat baik untuk kebaikan negara dan rakyat semua tidak kira bangsa dan agama. PRU-15 akan menjadi sengit untuk dipilih atau terpilih menjaga tampuk tertinggi memerintah negara tercinta membawa hala tuju yang lebih padu. Insya-Allah.

#MuafakatMembawaBerkat



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...