Jadi rasional ini sangat betul. Letakkan sesuatu pada perspektif yang benar. Itu yang sewajar nya. Ilmu tanpa amal itu rugi. Manakala amal tanpa ilmu itu sia-sia.
Bila saya baca tulisan Dr Riduan ini, saya rasa macam boleh relate dan relevan dengan keadaan krisis yang berlaku berkaitan pendamik dan juga politik.
******
WARKAH MUSIM PKP BUAT SANG PECUNDANG, HILANG DARJAT DAN PANGKAT !
Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor
Kita melalui musim PKP yang gawat , politikus PH yang kepeningan bak diisolasi dalam bilik kurungan , serta ketololan mereka untuk terus menebarkan kebencian, intriq dan polemik tentang kerajaan baru. Kemeroyangan mereka bukan kaleng-kaleng, mantan Menteri , Timbalan Menteri , mantan pimpinan kerajaan negeri , mantan pegawai-pegawai lantikan politik kerajaan PH sehinggalah ALP YADIM yang mula menghidu akan dihalau keluar daripada pejabat berhawa dingin.
Mantan manusia sok suci ini menampakkan wajah mereka yang sebenar bila jatuh terjelepuk, bahasa kesat dan kasar melalui hantaran media sosial dan dibalas dengan cercaan berjemaah pada netizen. Menunjukkan rakyat meluat dan merayakan kejatuhan mereka, tiada yang bersimpati dan berempathy. Biarlah manusia jalanan ini kembali semula ke jalanan, bahkan sesuai dengan bahasa carut marut mereka yang sangat jijik. Mereka juga pakar dalam bab melabel , mengedit poster maya, memanipulasi kenyataan-kenyataan rasmi, pandai mengolah ayat diluar konteks . Bergentayangan berita berita palsu dan separa benar daripada kelompok pecundang ini dimedsos sehingga masyarakat awam semakin menjarakkan diri daripada kelompok kuasa ini.
Avatar PH sehinggalah sosok mantan Menteri PH mendendangkan lagu kerajaan pintu belakang untuk meletakkan kerajaan Perikatan Nasional dikandang orang salah dipandangan masyarakat Malaysia dan masyarakat antarabangsa. Mereka mengkritik keras surat Tuan Guru Abdul Hadi kepada pemimpin Arab dan melabelkan Duta Khas PM ini sebagai bohong . Anak-anak muda kail panjang sejengkal ini naif mengenai siapa Tuan Guru Presiden PAS, saat mereka masih kanak-kanak berhingus hijau , Presiden PAS telah menjadi perunding dalam banyak isu umat Islam sedunia, Iraq, Yaman, Acheh, Bosnia,Afghanistan dan banyak lagi bersama-sama pimpinan gerakan Islam sedunia. Otak anak-anak muda kurang adab ini mungkin menganggap Tuan Guru adalah nelayan pantai Rusila yang hanya tahu mencandat sotong. Apa engkau tahu?, baru kenal beberapa buah buku haraki terjemahan sudah merasa alim rabbani bukan kepalang. Memang kalian memalukan!.
Pasca 18 Mac 2020, medsos merancak dengan tembakan rambang pemimpin Pan ,DAP dan PKR menghentam kepimpinan negara dalam mengendalikan krisis pandemik mendunia ini. Segalanya tidak kena dimata dan akal mereka , memperlekeh Menteri Kesihatan, meragui kompetensi Majlis Keselamatan Negara, malah mendesak Parlimen bersidang untuk membincangkan kembali inisiatif kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Lagak gaya mereka serba tak keruan dan menyondol apa sahaja seperti "kerbau pendek " kelaparan makanan ruji.
Lain pula rentak gaya pemimpin Dap seperti LKS , beria - ria memohon agar Parlimen bersidang segera namun seperti fenomena menarik apabila hantaran-hantaran idea dimedsos pemimpin Dap kini diserang oleh penyokong-penyokong mereka sendiri. Semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan, mereka gagal merakyatkan agihan ekonomi. Lihat sahaja isu e-wallet dengan bantuan 30 ringgit yang akan terus menjadi kenangan dan kemurungan rakyat.
Pemimpin PH wajib memahami, saat begini rakyat hanya perlukan makanan bukan isu-isu kontroversi. Perut mereka lapar, jiwa mereka dalam ketakutan kerana setiap hari menghitung kematian dan meratib angka baru pesakit. Dada bergelombang takut dan mengunjurkan siapalah kawan-kawan yang positif kovid atau PUI, manakala sang muslim pula kesayuan kerana mendengar laungan azan berkumandang namun jasad mereka hanya terantai dalam tembok penjara kediaman. Muslim rindukan kemeriahan Ramadhan dan berhariraya, namun wabak ini akan menyita kegembiraan mereka. Tak kurang pula ahli-ahli masjid yang sedang dikuarantin dan yang telah kembali mengadap Ilahi. Euforia kesedihan ini menyebabkan tingkah politik pemimpin PH mengundang kebencian massa.
Penulis sebenarnya sedih apabila memerhatikan status dan entri kawan-kawan lama yang hilang kuasa dan harkat sosial dimedsos. Ada yang mengusahakan perniagaan korban dengan harga murah tapi hilang adab dengan ulama , saya yakin kalian akan membayar harga yang mahal dengan penghinaan kamu terhadap Tuan Guru Presiden PAS. Apabila netizen meratib akan memboikot perniagaan kalian maka saat itu kalian akan tahu langit tinggi atau rendah. Ada pemimpin PH yang sebenarnya kurang sihat jasad, pernah diserang stroke, dipotong kaki akibat diabetik namun musim kovid 19 ini mereka makin menggila , kesurupan, menfitnah dan menyeranah. Teman, hidup ini ada dosa dan ada pahala, semuanya akan dihitung dan berhujung natijahnya.
Tak mudah bagi pimpinan PH yang hilang gaji ,elaun dan pelbagai kemudahan untuk menelan pahatan taqdir , kesedihan yang perih dan mendalam namun masih berbau kesombongan terus menuai dosa di media sosial. Sayang sekali,masa yang sangat berharga ini dimusim PKP , mereka tak gunakan untuk beribadah dan bermuhasabah. Parti PAN dan NGO dibelakang mereka paling rakus menelanjangi adab dan akhlak . Pelbagai penistaan kepada PAS terutamanya terhambur termasuk dalam isu penjualan arak yang sebenarnya bukan keputusan kabinet,namun mereka terlebih lajak daripada laju. Pendokong PAS setia dengan prinsip Islam, mereka bukan hamba Dap . Amilin PAS berintima' dengan perjuangan ini untuk mengibar panji dan syariat Islam, jika kerajaan PN melakukan kesalahan,pastinya dikritik .
Kepada seluruh Malaysia yang membaca warkah ini, aku pohon agar kalian rendahkan suhu politik negara, redamkan api kebencian, berikan ruang masa dimusim PKP ini untuk al Quran, Qiam, puasa sunat, bermunajat. Penuhi media sosial dengan kerukunan dan pesan-pesan yang indah. Pemilik alam ini sedang mengajar kita sesuatu nilai, hargai keluarga dan sahabat taulan, maafkan kesilapan ,ramaikan kawan dan jaringan persahabatan.
Hikmah besar bila semua tempat maksiat ditutup, persundalan terhenti, pemborosan sirna, ramai menjadi jinak disejadah cinta Ilahi. Pemimpin PH , aku hanya ingin mengajak kalian menjadi manusia yang waras dan manusiawi. Bukan semua perkara perlu dipolitikkan, semakin kalian bertingkah kemeroyangan maka sedarlah kalian bukan lagi titik pesona dalam arus politik negara. Cubalah bersabar seketika teman-teman PH, krisis ini hanya berkala sekali dalam satu abad, nanti bergeraknya awan hitam kovid 19 dilangit dunia maka kita kembali berpencak politik, setuju?
(Penulis adalah AJK PAS Pusat,Aktivis Bantuan Kemanusiaan Tanpa Sempadan, Mantan perusuh )
*****
Saya berpendapat PH dulu failed big time untuk menjadi kerajaan yang selesa dan stabil. Selama 22 bulan segala harapan malaysia baru yang dimomokkan telah bertukar wajah menjadi harapan yang punah. Makin lama jadi parah. Rakyat bukan makin selesa tapi makin tidak selesa, tidak konfiden. Sehingga muncul panggilan pakatan haprak, pakatan hancing yang meluahkan ketidakpuasan terutamanya kepada janji2 yang gagal dipenuhi.
Majoriti rakyat terutama kelompok melayu dan bumiputera merasa feel good factor telah dikikis satu persatu. Banyak timbul isu2 kontroversi yang tidak memihak kepada orang melayu islam.
Pakatan yang longgar kerana haluan berbeza dan center of power tak seiring dengan jumlah kerusi MP. Perebutan kuasa dalaman yang suam bertukar panas dan akhirnya terbakar dengan PM letak jawatan. Tak ada yang suruh pun. Kerajaan pun runtuh, dan PH gagal untuk membinanya semula. Itu lah hakikat. Benar walau pun pahit. PH telah hancurkan amanah yang diberi rakyat di PRU-14.
Negara dibiar tanpa kerajaan beberapa lama. PH telah musnahkan semuanya. Bila pakatan lain berjaya membentuk kerajaan dan menyelamatkan negara, mereka ini yang hilang kuasa sekelip mata telah jadi cacing yang kepanasan digoreng dalam kuali cap buaya.
Apa yang ada? Melalak di media social. Itu je yang ada. Otak dah jadi tak rasional. Segala isu mesti dikorek dan disensasikan untuk raih sokongan.
Bila TSMY dan kerajaan pimpinannya meletakkan prioriti untuk menangani pendamik yang melanda, dan berjaya menstabilkan negara dalam masa yang tak sampai sebulan, maka rakyat mula rasa sesuai, selesa dan konfiden.
Itulah yang sangat ditakuti oleh PH. Momentum sokongan rakyat kepada mereka sudah berkecai. Maka semakin desperate dan tidak rasional lah mereka dan seluruh juak2 mereka. Hingga keluar kata2 yang biadab dan jahat. Rakyat jadi meluat sebenarnya, makin menjauh. Kerana semasa memerintah selama 22 bulan itu mereka cakap tak serupa bikin pun.
So, TQ kpd Dr Riduan kerana berjaya memadatkan rangkuman situasi pada perspektif dan keutamaan semasa, ke dalam sebuah tulisan yang padu dan make sense.
Jazakallah.
No comments:
Post a Comment