Please CLICK

Monday, May 22, 2023

UNDI MELAYU


Demam PRN semakin hangat. Kedua2 kem PH & PN mula menaikkan usha propaganda dan kempen masing2. Rakyat marhain terbuka untuk menilai. 

Seperti biasa undi melayu memainkan peranan besar. Gelombang Hijau yg melanda PRU lalu telah membangkitkan keyakinan PN utk menawan kesemua 6 negeri pada PRN ini termasuk n9 dan kubu kuat PH iaitu selangor dan p.pinang. 

PH tentunya tak boleh duduk diam dan menjadi sangat gusar takut telahan dan strategi PN itu menjadi kenyataan. Apatah lagi PH sangat punyai peluang senipis kulit bawang dinegeri yg dikuasai PAS iaitu kelantan, terengganu, dan kedah. 

Artikel drp seorg penganalisa politik di bawah ini mungkin bisa menguatkam lagi hujah itu. Saya kongsikan utk informasi politik semasa yg berlaku di lapangan. Renung dan fikir2kan.

*****

Faktor protes sebilangan pengundi UMNO yang menolak kerjasama parti itu bersama DAP akan memberi manfaat kepada Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya negeri (PRN) nanti. Pensyarah Pengajian Polisi Universiti Malaysia Terengganu, Dr Zaharul Abdullah berpandangan, golongan terlibat terutama orang Melayu yang tidak dapat menerima DAP susulan beberapa pemimpinnya tidak sensitif terhadap isu Melayu-Islam dijangka mengalihkan undi kepada gabungan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai tanda bantahan.

“Sasaran itu boleh dicapai PN atas beberapa sebab (antaranya) PN mengambil alih peranan dan imej pelindung kepada pengundi Melayu Islam daripada UMNO. “Selain itu, gelombang hijau PN belum reda dan sokongan pengundi dalam pilihan raya umum (PRU) lalu akan diterjemah di peringkat DUN (Dewan Undangan Negeri) pula,” katanya. @💝

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...