Please CLICK

Sunday, April 22, 2018

INFO TELUS



Tinggal kurang drp dua minggu lagi rakyat Malaysia akan membuang undi di PRU14. Satu agenda penting dalam sistem demokrasi perlembagaan yg di amalkan sejak negara mencapai status negara berdaulat.

PRU yg hadir 5 tahun sekali sangat penting kerana ianya menentukan hala tuju negara dan pembentukan kerajaan yg akan memerintah untuk jangkawaktu 5 tahun mendatang.

Maka sewajarnya PRU ini diambil perhatian yg serius oleh setiap warganegara Malaysia.

Namun pabila kita ON radio, hidangan lagu2 hiburan bertali arus menyambut dan menghias halwa telinga. Tiada info atau penerangan perihal ofering untuk rakyat oleh pihak2 yg bertanding.

Terdapat 33 radio stesen milik kerajaan & 52 stesen radio milik swasta. Jadi total radio stesen di Malaysia ialah 85 buah. Banyak tu. Kalau diguna dengan betul memberi ilmu dan pengetahuan dan penerangan oleh parti2 yg bertanding seperti BN, PH & PAS, maka alangkah bagusnya supaya rakyat jadi peka dan faham. Supaya dapatlah membuat pilihan yg lebih tepat, bukan sekadar berdasar maklumat atau berita berat sebelah. Barulah kerajaan yg bakal terbentuk nanti ialah kerajaan yg lebih efisyen, bagus dan punyai integriti.

Stesen TV juga melambak. Milik penuh kerajaan ada 3. Milik semi kerajaan ada 2. Milik swasta media prima ada 4. Astro pun ada. Njoi pun ada & 7 stesen swasta yg lain. Ada depa bagi perhatian khas kpd PRU dgn dedicated siaran untuk memberi info & penerangan terperinci kpd rakyat? Ada tak slot di beri agar PAS dpt cerita manifesto PRU mereka? Ada tak slot 15 minit di beri kpd PH memberi penerangan halatuju dan janji PRU mereka? Tak ada.

Yang ada ialah cerita kartun, drama bersiri, cerita korea, siri hiburan, siaran2 sukan, dan buletin2 berita yg kalau ada topik politik pun telah di olah bagi menyokong perspektif BN. Maka tidak keterlaluan andaian stesen radio dan tv Malaysia di kongkong oleh BN.

Justru di era media digital ini, rakyat terpaksalah bergantung harap kpd media sosial dan pentas ceramah politik bagi mendapat maklumat2 yg diingini.

Bagi mengawal berita yg disiar tanpa sempadan ini, maka pihak kerajaan meluluskan akta berita palsu bagi mengawal berita2 yg bersifat fitnah atau tidak benar. Sepatutnya setelah 60 tahun lebih negara kita merdeka, maka ruang untuk parti2 politik di media arus perdana termasuk akhbar2 nasional telah dibuka luas khasnya di period berkempen PRU ini. Apa yg nak ditakut kalau kalau tidak membuat salah? Biar rakyat diberi exposure seluas-luasnya. Demi untuk membuat pilihan yg tidak silap di PRU14.

Apa yg ingin di risau kalau kepentingan rakyat yang paling utama. Artikel Ust Pahroi ini pun menarik juga untuk di hadam...

@@@@@

All is well...

Jika BN menang sedikit dan PAS jadi 'King maker' , lalu terbentuklah kerajaan campuran, maka PAS akan jadi penasihat. Ini bagus, rakyat boleh menilai bagaimana respons BN terhadap nasihat-nasihat Islamik daripada PAS bagi memberi kebaikan dan kebajikan yang lebih baik untuk rakyat. Kita boleh melihat bagaimana sinergi ulama PAS dan ulama UMNO untuk melahirkan umara yang lebih taqwa. 'King maker' mudah-mudahan akan berjaya mengurangkan imej 'Cash is King'.

Jika PAS menang semua kerusi, dan menjadi parti yang paling dominan,  maka kita berpeluang melihat bagaimana prinsip dan dasar-dasar Islam dalam kerajaan pimpinan PAS diaplikasikan dalam seluruh sistem bernegara dan diterjemahkan secara syumul dalam realiti masyarakat majmuk di Malaysia. Dan tentu sahaja semua janji dalam manifestonya akan ditunaikan.  Tentu ini  sangat baik dan menarik bila umara dan ulama ada pada individu yang sama.

Jika PAKATAN HARAPAN menang, baik juga. Tentu mereka akan membentuk kerajaan yang lebih adil dan mesra rakyat dengan menunaikan segala janji dalam manifestonya. Tentulah mereka lebih berhati-hati dan sudah belajar daripada kesalahan kerajaan yang sebelumnya bagi membina sebuah negara yang lebih berintegriti,  adil dan mesra rakyat. Ulama dalam parti AMANAH  dan individu yang berlatarbelakangkan pendidikan Islam dalam PKR akan menjadi penasihat supaya nilai-nilai Islam terus dipertahankan dan kedudukan Islam dalam perlembagaan akan terus dipelihara.  Rakyat akan melihat bagaimana PAKATAN HARAPAN memenuhi harapan mereka.

Jika BN terus menang besar, kita perlu terima dan berlapang dada kerana  itulah hakikatnya sistem demokrasi, kita perlu akur  kepada suara majoriti. Selagi ini 'permainannya' maka kita perlu setuju dengan peraturan permainan dan  keputusannya. Kita berharap kerajaan BN nanti akan mesra rakyat, belajar daripada kesalahan lalu dan membangunkan sistem pemerintahan dan urus tadbir yang lebih berintegriti dan kompeten. Majoriti rakyat telah memilih, maka kita perlu menerimanya. Jika 'pisang berbuah dua kali' maka kesabaran perlu untuk menghadapinya.  Tentu ada hikmahnya, Allah takdirnya semua itu berlaku.

Jika terbentuk pula kerajaan campuran yang lain dari yang lain (kerana politik ialah bidang yang serba mungkin - kawan jadi lawan, lawan jadi kawan, boleh terjadi 'sekelip mata') maka apakah kita ada pilihan untuk tidak menerimanya? Maka terimalah juga dengan berpegang kepada prinsip 'yang menang tidak dapat semua,  yang kalah tidak hilang semua.'

Apapun marilah kita jaga persaudaraan sesama Islam, menghormati dan menghargai yang bukan Islam, mencintai negara sepenuh hati kerana sabda Rasulullah SAW: ”Sayangilah yang ada di bumi, niscaya Yang ada di langit akan menyayangimu.” (HR. At Thabrani dalam al Mu’jam al Kabir, Shahihul Jaami’ no. 896)

Mari kita berdoa agar Malaysia diselamatkan daripada sebarang malapetaka dan terus aman.  Berhati-hati ketika mengundi. Istikharah dengan Allah, bermesyuarat dengan manusia.  Kita tidak akan kecewa. InsyaAllah.  Amin.

(Sekadar pandangan seorang marhein yang tidak celik politik.)

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=2152662278083588&id=115611608455342

@@@@@


Rakyat dambakan politik matang. Rakyat mahukan gagasan yang sejahtera memerintah negara. Rakyat sudah bosan dengan gejala rasuah yang berleluasa ibarat barah yang membunuh. Umpama api dalam sekam yang bakal memusnah negara. Rakyat sudah muak dengan isu ketirisan ekonomi dan harga barangan dan servis yang melambung tinggi. Rakyat sangat tertekan untuk mencari gaji yang cukup bagi menampung kos hidup. Rakyat rasa tidak selamat dengan gejala sosial dan pelbagai perlakuan jenayah dan isu masyarakat.

Rakyat mahukan negara yang tenang, aman dan damai. Fahamilah. Berubahlah dengan peredaran zaman. Usah paksa rakyat duduk di bawah tempurung, di beri dedak 5 tahun sekali. Amalkan politik yang sejahtera dan matang.

Kepada rakyat sekelian, pangkahlah di kertas undi pemimpin daripada kelompok yang terbaek. Berdoalah agar Allah kurniakan kita kerajaan yg amanah, jujur dan efisyen yang di redhai Allah. Aamiin.

#PolitikMatang
#UsahBazirAirTimeRadio
#StopBazirAirTimeTV
#SiarBeritaBerimbangDiAkhbar
#ForwardFaktaSahihDiMediaSosial
#JomUbah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...