Please CLICK

Friday, April 20, 2018

NAK UNDI APA?


Parti-parti politik mula mengumumkan calon2 mereka secara berperingkat. Kehangatan PRU14 sudah meningkat.

Mahathir dah umum dia akan bertanding sebagai calon bebas memakai logo PKR di Langkawi. Najib blom umum, tapi tentunya Pekan. Manakala TGHH di Marang.

Para penyokong parti masing-masing tidak berganjak untuk memakoh calon pilihan mereka, walau apa berita sensasi pun melanda. Parti yg punyai kekuatan grass root yg terserlah rasanya ialah UMNO, PAS dan DAP.

Parti-parti lain rasanya tidak ketara sangat kekuatan grass root termasuklah parti PKR. Parti-parti yg baru muncul seperti PAN & PPBM usah cakap la kan.

Justru kelompok pengundi atas pagar yg menjadi taruhan dan harapan. Kelompok ini sangat besar sebenarnya, mungkin mencapai 50% drp jumlah pengundi yg layak mengundi 9 mei nanti.

Projek nak tarik atau swing voters juga giat di lakukan samada di pentas ceramah politik, di media sosial, program2 tv, video2 di youtube, di akhbar dan seumpamanya.

Tugas Mahathir ialah nak tarik penyokong hardcore umno termasuk di felda. Tentunya lejen sepertinya punya pengaruh besar di kalangan ahli totok umno. Kata rafizi tempoh hari, kalau dpt swing 2-3% pun sudah cukup utk dpt menangkan PH banyak kerusi.

PAN pulak yg merupakan parti yg di beri allocation kerusi parlimen yg paling sedikit iaitu 27 antara 4 parti komponen PH, nampaknya disibukkan dgn tugasan utk 'attack' PAS dari segenap penjuru. Agar imej PAS menjadi tercalar, hodoh dan musnah. Why? supaya dapat menarik penyokong2 PAS untuk bertukar selera dgn memakoh PH terutamanya calon PAN kali ini. Itu tugas PAN. Forget about other things.

Musuh PAN ialah PAS, seolah-olahnya begitulah. Teman yg tidur sebantal bertahun-tahun bertukar menjadi musuh dalam selimut sekelip mata. Tiada pertimbangan lain lagi. Ilmu agama, tarbiyyah dan dakwah selama ini tika bersama PAS di lupa & di buang semua. Fokus kpd attack mode to kill seteru politik. Kawan menjadi lawan. Apakah DAP mastermind nya? Wallahu'alam.

Sepatutnya setiap parti yg bertanding kali ini berkempen produk masing2. Usah peduli produk org lain. Biar customer @pengundi faham. Baru la laku produk. Betul tak?

Mari kita hayati satu artikel yg bagus dari seorang ilmuan penganalisa politik yg meletak perspektif penting yg sangat relevan untuk PRU14.


@@@@@

Undi berdasarkan apa?

1. Ada yang mengundi dengan melihat manifesto parti. Pihak yg dapat menjanjikan manifesto terbaik menjadi pilihan. Tapi banyak manifesto yg populis. Janji dalam manifesto pun seringkali tidak terlaksana dan terbengkalai.. Ia sekadar jangkaan yg bergantung kpd keupayaan dan realiti semasa yg berubah. Ramai mengundi tanpa  tengok manifesto pun..

2. Ada org undi dengan menilai dasar parti yg bertanding. Tapi seringkali juga dasar parti tak dipatuhi. Attitude pemimpin ada yg jauh lari dari dari dasar perjuangan parti. Korupsi, kleptokrasi berlaku juga. Kadang-kadang pemimpin yg dipilih bertukar parti di tengah jalan atau buat parti baru. Janji pun sering diketupatikan.

3. Ada org undi dgn melihat individu, iaitu kredibiliti, kemampuan dan peribadi calon (faktor qawiyyun amin). Parti tolak tepi. Parlimen undi calon parti X, DUN pilih calon parti Y.  Tapi ada kalanya peribadi berubah bila menang. Muka dah tak nampak di kawasan, sibuk sbg YB. Ada yg lupa diri, lupa amanah, lupa rakyat dan eksyen.

4. Ramai juga yg mengundi kerana pengaruh dan karisma tokoh yg memimpin parti. Walaupun tokoh berkenaan sudah "outdated" tapi sebagai otai politik, dia masih dianggap legend yg berbisa dan semestinya ada ramai pengikut.

5. Ada org yg mengundi berdasarkan emosi, mungkin disebabkan kekecewaan terhadap sesebuah kerajaan, parti atau pimpinan. Lebih kpd utk lepas geram, revenge. Kadangkala yg menang itu bukan hebat mana pun, tapi kerana pihak lawan sangat bermasalah. Pengundi jenis ini mudah dipengaruhi oleh isu yg dimainkan (issue oriented). Dasar parti tak penting.

6. Ada org mengundi bedasarkan kepercayaan dan pegangan sedia terbina terhadap sesebuah parti. Bukan kerana dasar parti sangat, tetapi kerana track record yg "baik" walaupun tak sebaik mana pun.Tak kira naik turun, buruk atau baik parti, kepercayaan yg sebati terhadap parti akan menatijahkan sokongan di peti undi. Sbb itu ramai yg sebut, "letak kucing pun menang."

7. Ada yg undi parti yg didakwa "ada harapan menang." Rasa rugi jika undi parti yg tiada potensi menang. Jadi maklumat culaan undi penting bg mereka. Untuk itu ada pihak yg cuba membina persepsi positif bagi diri sendiri dan negatif bg lawan utk menunjukkan potensi kemenangan.

8. Ada faktor-faktor lain, spt faktor kesian dan simpati, terhutang budi, faktor kawan dsb..

Semua ada pro dan kontra. Para pengundi yg celik politik sudah ada pilihan hati berdasarkan ijtihad masing-masing. Tinggal lagi yg masih belum buat keputusan, inilah masanya parti-parti yg bertanding perlu menunjukkan kehebatan masing-masing utk meraih undi pengundi atas pagar. Namun sepatutnya, dlm sebuah masyarakat berilmu, semua pengundi membuat keputusan (ijtihad) lebih awal. Keputusan yg berdasarkan ilmu, fakta dan harapan.

Untuk Muslim, jika dalam memilih pasangan hidup kita perlu memilih yg beragama bagi memastikan institusi keluarga dipandu menurut pedoman syariat, maka dalam isu kepimpinan dan kenegaraan pun perlu menggunakan piawaian yg sama atau lebih ketat kerana ia melibatkan masa depan dan kepentingan ummah. Ingat  setiap undi kita ada implikasi di sudut agama dan negara. Undi dengan ilmu dan berlandaskan iman.

Dr Saadan Bin Man (DSM)
20.4.2018

@@@@@@


Dalam ghairah kita bicara politik termasuk di media sosial, masing2 jadi taksub. Malah sering terkeluar kata2 kesat, komen2 menyindir, dan penyataan yg menaksubkan. Sudah tidak peduli soal silaturahim atau adab, malah lupa terus ajaran agama walau pun yg bicara atau bertikam WA itu seorang ustaz, prof atau PHd holders.

Ini ibarat zaman reformasi tahun 1998 di mana manusia jadi taksub bagai di rasuk membela Anwar yg di zalimi Mahathir. Ramai yg berdarah, di bantai, di sembur air kimia, di sogok asap pemedih mata, malah di jel dan di deritakan.

Yang kini Mahathir yg dikata mahazalim itu di angkat semula seolah apa yg berlaku dulu perjuangan rakyat marhain itu seolah tiada nilaian dan sekadar hiburan.

Semua di padam. Kerana agenda utama kini ialah meruntuhkan kerajaan BN pimpinan najib.

Maka begitulah dunia politik. Bila kuasa jadi segala. Mesti menang untuk dapat kuasa. Itu objektif sebuah parti politik.

Mungkin sedikit berbeza dgn PAS, juga sebuah parti politik yg berjuang sejak sebelum merdeka lagi. Parti otai. Bukan parti setahun jagung. Apa beza nya?

Beza PAS ialah melandaskan perjuangan nya berpelembagaan kan Islam. Serampang 3 mata iaitu bukan sekadar fokus kpd kuasa politik semata malah menjadikan dakwah dan tarbiyyah Islam sebagai agenda dlm gerakkerja.

Jadi tidak pelik kalau di lihat PAS terus wujud hingga ke saat ini walau perjuangan penuh onak, ranjau dan duri. Kerana kalah dan menang bukan objektif yg satu2 nya. Walau kalah, PAS terus berjuang. Berbeza dgn parti2 yg dulunya wujud tapi bila kalah bertanding PRU, maka parti itu hilang dari pandangan. Tidak keterlaluan kalau dinyatakan PAS ialah parti yg tahan lasak.

Berbalik kpd PRU14. Penentu masa depan negara. PAS telah ofer diri sebagai blok ke-3. Khabarnya akan bertanding 160 drp 222 kerusi parlimen.

Option yg mungkin ialah:
1) PAS kekal jadi parti pembangkang
2) PAS jadi King Maker utk menubuh kerajaan
3) atau PAS layak menubuh kerajaan jika di takdir mendapat 112 kerusi parlimen.

Apa pun bagi PAS, perjuangan menegakkan Islam akan diteruskan. Sebagai pengundi, anda penentu masa depan negara. Pilihlah pemimpin yang mahukan Islam, yg memimpin berpandukan wahyu, bukan berpandukan akal dan nafsu semata.

Selamat berkempen secara gentleman. Dan selamat mengundi. Pakoh lah calon yg terbaek drp yg terbaek atau calon yg paling kurang mudarat drp kalangan yg mudarat. 😁

#PRU14
#JentikMindaBeku


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...