Please CLICK

Tuesday, April 10, 2018

RABU



Alhamdulillah akhirnya apa yang dinanti sudah tiba. Pengumuman rasmi oleh SPR tentang tarikh2 keramat PRU14. Satu isu hangat dan kontreversi yang menjadi buah mulut orang ramai di kedai2 kopi dan media sosial ialah tentang pilihan hari RABU iaitu hari bekerja di tengah2 weekdays sebagai hari mengundi. Maka di lihat SPR tidaklah telus dan ikhlas untuk melihat peratusan yang keluar mengundi bertambah. 

Tidak dapat tidak orang akan melihat ada sesuatu kepentingan atau ada udang di sebalik mee atas keputusan ini. Maka wajar juga posting kali ini membicara secara langsung dan tidak langsung misteri hari RABU ini.


@@@@@


Pada pandangan ambo..

~ base on pru13 dulu, BN mng dgn skadar 28% sokongan dr rakyat yg layak mengundi
~ dah la hampir 7 juta rakyat (yg layak) tak mengundi (5 juta tak register sbagai pengundi pun)
~ maksudnya kalu peratus keluar mengundi makin rendah, makin BN suka sb advantage kpd BN (somehow)
~ slalunya para perantau balik mengundi d negeri masing2 adalah pro pembangkang, jadi kalau ramai yg tak dpt balik mengundi asbab hari rabu, tengah2 weekdays, maka advantage kpd BN
~ dlm kes Kelantan, mmg kekuatan BN & PAS adalah 50-50 for d past 28yrs. Slalunya undi para perantau ni lah yg memenangkan PAS d banyak krusi. 
Jadi dgn senerio mengundi hari rabu mungkin ramai yg tak dpt balik mengundi, maka advantage kpd BN. Di tambah lagi dgn faktor pengacau oleh undi PH, maka lagilah memberi advantage kpd BN.
~ Itu lah yg saya nampak antara faktor @strategi BN dlm memastikan survival mereka. Wallahu'alam.


@@@


Semua salah BN!!

Bila lambat bubar Parlimen - BN salah sebab lambat umum takut kalah.
Bila umum bubar Parlimen - BN salah sebab lambat umum tarikh PRU.
Bila SPR umum 9 Mei RABU Hari Mengundi - BN jugak salah sebab pilih hari kerja kononnya strategi nak kurang peratus keluar mengundi.



Nanti kalau Pakatan Harapan KALAH lagi PRU14 tentu BN jugak yang salah sebab bawa masuk pengundi hantu lagi. 
Mung ingat penyokong pembangkang saja yang kerja? Penyokong BN pon mengundi jugak lah UNTA!! 

Kalau bodoh tu simpan sikit. Orang lain semua salah; korang je lah yang betul.

Hidup kau ni 24 jam tak puas hati je kan?

@@@@@


PAS kecam tindakan SPR membuat keputusan mengundi di hari bekerja
PAS kesal tindakan SPR menjadikan hari bekerja sebagai tarikh pembuangan undi. Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan rakyat malah merompak hak mengundi rakyat yang berada diluar kawasan bagi membuang undi. Ini petanda BN telah menghidu tsunami rakyat menolak BN bertiup kuat sehingga susah dibendung lagi.

Walaupun kerajaaan boleh isytihar cuti umum pada hari berkenaan, namun ia bukan tindakan yang sepatutnya diambil kerana ia ada di pertengahan hari minggu. Bebanan kepada semua rakyat akan terus ada.

Apakah kakitangan swasta akan sanggup mengambil cuti sehari sahaja untuk kembali mengundi? Ataupun mereka sanggup korbankan 3 hari untuk mengambil cuti agar bersambung dengan hari minggu untuk memudahkan perjalanan? 

Apakah majikan swasta akan mengizinkannya, terutamanya bagi semua perantau yang bekerja di Selangor dan KL dan luar negara?

Apa masalah bagi SPR menjadikan hari Sabtu pada 1 atau 5 Mei sebagai hari pengundian kerana ia akan memudahkan semua pengundi?
PAS akan mengadakan mesyuarat segera pada hari esok bagi mengambil tindakan selanjutnya. Namun PAS mengecam tindakan SPR ini yang merompak demokrasi. Apa gunanya SPR membuat gesaan agar rakyat mendaftar untuk diundi dan mensasarkan 85% keluar mengundi di PRU14 tapi melaksanakan hari pengundian di hari bekerja yang menyebabkan ramai rakyat tidak jadi mengundi?

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
10 April 2018


@@@@@


Denda RM5,000 atau penjara jika tak benar pekerja mengundi - SPR

Majikan akan dikenakan tindakan denda RM5,000 dan penjara setahun sekiranya tidak membenarkan pekerjanya keluar mengundi.


Pengerusi Suruhanjaya PIlihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata ia diperuntukkan mengikut subseksyen 25 (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR ingin menarik perhatian bahawa pada hari mengundi tiap-tiap majikan dikehendaki memberi tempoh yang munasabah kepada pengundi-pengundi yang bekerja dengannya untuk keluar mengundi.

"Tiada majikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penaliti sebab dia tidak hadir kerja dalam tempoh itu,".


@@@@@


9/5/2018 tu..hari mengundi. HARI RABU.

R = RAKYAT
A = AKAN
B = BUANG
U = UMNO


@@@@@


Cikgu la ni pandai. Hari2 cakap kat muridnya

"MASUK BARISAN!
MASUK BARISAN!"... 

Tapi masa periksa cakap, "PASTIKAN PAS!
PASTIKAN PAS!"...

Kalau tak lulus periksa selalu cikgu cakap cuba lagi dan
pasti ada HARAPAN..
Hehehe...😁

@@@@@


Bak kata Ku Li, "Pengundi Luar Punca Kalah." Ku Li akui BN tidak dapat banyak sokongan daripada undi perantau pada PRU lalu sehingga jadi salah satu faktor kekalahan BN di Kelantan. (petikan Sinar Harian)

Maka sangat logik sesuatu dilakukan oleh BN untuk memberi segenap advantage kepada mereka termasuklah untuk menawan Kelantan yang sudah mereka kecundang 28 tahun iaitu tempoh yang sangat lama.

Tidak mustahil Kelantan akan jatuh ke tangan BN kali ini. Maka menjadi tanggungjawab setiap perantau untuk pulang mengundi dan mempertahankan kerajaan Islam Kelantan di bawah PAS. Parti PAN (kuali) sekadar memburukkan keadaan mahu mencuri seramai mungkin penyokong PAS bagi mengundi mereka. Sebenarnya PAN membantu BN untuk mengalahkan PAS di Kelantan, tidak lebih daripada itu. 

PAN sudah diberi tugas khas pada PRU14 ini untuk membantai PAS dari segenap sudut. Itu saja tugasan mereka sebagai baluci kapir DAP. Sedih melihat PAN di brain wash sebegitu rupa, walaupun begitu lama berjuang dalam PAS sebelum ini. Seolah yang di nampak keburukan dan kecacatan semata. 

Segala dasar perjuangan Islam yang di bawa PAS semenjak 60 tahun ini telah tidak mereka nampak langsung demi habuan sementara oleh rakan kapir yang menunggang dan menjadi mastermind mereka kini untuk menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan khasnya, dan seluruh negara amnya. PAS telah dijadikan musuh nombor uno mereka. Sedih tahap gaban aku dibuatnya. 😎

#MariMengundi
#HalaTujuNegara
#PangkahPAS

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...