Please CLICK

Sunday, March 3, 2019

SEMENYIH - Satu Analisa



Setelah PRK Semenyih berlalu, maka apa yang dapat di simpulkan daripada keputusan yang telah dibuat oleh rakyat @pengundi Semenyih?

Pada satu perspektif, sudah mula jelas kelihatan bahawa majoriti orang melayu @islam sudah kembali menyokong pakatan @kerjasama Umno-PAS. Manakala orang cina solid memilih PH sebagaimana yang berlaku di PRK Cameron Highland beberapa bulan yang lalu sebagai meneruskan citarasa mereka diPRU14. Namun pola sokongan daripada orang melayu @islam sudah mula berubah.

Swing yang berlaku ini sangat signifikan dan wajar untuk tidak dipandang sebelah mata oleh PH. Sedangkan PH begitu all out turun berkempen bagai nak rak di Semenyih oleh nama-nama besar barisan kepimpinan PH termasuk TM sendiri, DSAI, Azmin Ali yg menjadi pengarah PRK, dan lain-lain pemimpin PH yg sewaktu dengannya. Kalau diikutkan memang PH confiden boleh kekalkan kerusi sandangan mereka ini, tapi yg sebaliknya telah berlaku. What happen?

  
Pada PRU14 PH menang bergaya dengan majoriti hampir 9K (peratus turun mengundi: 87.9%) tapi kali ini kalah teruk dengan majoriti hampir 2K (peratus turun mengundi: 73.3%). PH kehilangan 5,562 undi berbanding yg diperolihi pada PRU14. Mungkin sebahagian disumbangkan oleh peratus yg keluar mengundi yg lebih kecil. 

Namun sebahagian besar adalah kerana pengundi natural @atas pagar sudah ubah selera mengundi BN kali ini. Penyokong PAS juga memilih BN. Dalam 10 bulan sahaja, mood pengundi ini sudah berubah. Tentu krisis tiada keyakinan kpd PH sebagai gomen of d day menjadi perkara pokok. Prestasi PH sangat merosot giler. Malu weh !!

Apatah lagi selepas ini giliran PRK Rantau pula akan diadakan. Rantau ini khabarnya kubu kuat BN. Sekiranya PH gagal menang juga maka ia menjadikan 3 in the row PH kalah. Ini satu momentum downfall yang sadis. Jika momentum ini gagal di stop kan, maka bahaya besar menanti menuju PRU15.

Saya paprkan di bawah ini dua artikel yang agak menarik perihal PRK Semenyih ini. Semoga para pembaca blog ini bisa menilai sendiri topik yang dibincangkan dan mendapat pencerahan yang mantap.


@@@

Keputusan PRK Semenyih: Antara Harapan dan Cabaran

1. Amat jelas polarisasi kaum memainkan peranan amat besar. Bangsa cina kekal menyokong PH walau apa jua persepsi dan prestasi yang ditunjukkan oleh parti pemerintah ini. Mereka konsisten melihat kepada 'big picture' untuk mengukuhkan dominasi politik di Malaysia

2. Sokongan PAS kepada BN merupakan formula utama kemenangan calon BN di Semenyih. Berlaku jua peralihan undi Melayu dari PH kepada BN kali ini, pada hemat saya majoritinya daripada golongan pengundi atas pagar yang kecewa dan rasa tertipu dengan kredibiliti yang ditunjukkan oleh PH sejak memenangi PRU-14 yang lalu

3. Ramai yang amat teruja dengan persepakatan Melayu Islam kali ini yang terbukti mampu menumbangkan parti pemerintah yang didominasi golongan kafir (walaupun meletakkan calon anak muda Melayu)

4. Namun pada pandangan saya, ia masih terlalu awal untuk menyimpulkan slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' telah sepenuhnya diterima dan berjaya. Jangan terburu-buru. Perjalanan masih terlalu panjang. Benar, ia permulaan yang baik tapi masih amat jauh dengan semangat dan intipati slogan yang telah lama dilaungkan ini

5. Pertama, BN khususnya UMNO sedang tenat dan sanggup melakukan apa sahaja untuk kekal hidup. 'Keikhlasan' mereka dalam penyatuan Melayu Islam kali ini wajar dipertikaikan. Sejarah juga pernah dirakamkan, apabila berada di tampuk kuasa UMNO akan bertukar warna dan rupa. Jangan lupa, liabiliti UMNO juga masih tinggi dan masih terpalit dengan pelbagai isu integriti berskala antarabangsa

6. Persepakatan Melayu yang dilaungkan sebenarnya jauh merentasi kerjasama UMNO-PAS dan parti-parti Melayu lain dalam menghadapi pilihanraya semata-mata. Ia harus dilihat dalam konteks mengukuhkan dominasi dan kepentingan Melayu Islam di Malaysia dalam pelbagai paksi kuasa yang lain termasuk ekonomi, pendidikan, media, teknologi, perundangan dan keselamatan. Bukan politik kepartian semata-mata

7. Dengan memenangi PRK kali, amat jelas kuasa politik pembangkang tidak berubah apa-apa. Ia lebih kepada isyarat penting bahawa rakyat menolak PH dan lonjakan motivasi bagi parti yang menang. Katakanlah kerjasama UMNO-PAS ini berjaya dikekalkan sehingga memenangi PRU-15 nanti, adakah dominasi dan kepentingan Melayu Islam dalam paksi-paksi kuasa yang saya senaraikan dalam point #6 di atas semakin kukuh? Inilah indikator sebenar. Ya, inilah soalan sebenar untuk menentukan samada slogan 'Melayu Sepakat Islam Berdaulat' telah berjaya sepenuhnya

8. Selain itu, persepakatan Melayu Islam yang diharapkan juga sepatutnya mencakupi para pejuang Melayu dan aktivis Islam ikhlas yang kini bersama PH. Mungkin tidak banyak yang boleh diharapkan dari golongan Melayu Islam yang telah rosak fikrah dan ideologi perjuangan mereka sehingga sanggup menjadi pak turut DAP umpama 'kerbau dicucuk hidung'. Namun bagi saya, masih terdapat ramai pejuang Melayu Islam dalam PH yang tertipu, terpaksa ikut pimpinan dan ada kepentingan sedangkan jauh di sudut hati mereka menyokong seruan persepakatan Melayu yang dilaungkan. Berada dalam PH sepatutnya menyebabkan mereka amat kenal perangai dan cita-cita politik bangsa Cina. Pada pandangan saya, golongan ini perlu dan masih boleh diselamatkan

9. Jangan terlalu gembira dengan 2 kemenangan PRK yang ternyata merupakan hasil persepakatan umat Melayu Islam. Masih terlalu banyak tugas yang perlu dilakukan bagi memulihkan bangsa yang telah lama dijajah ini. Masih terlalu banyak agenda yang perlu dilaksanakan bagi mengangkat agama yang diperangi di seluruh dunia ini. Jangan tertipu dengan kemenangan kecil ini, kerana persepakatan yang diharapkan sebenarnya jauh melangkaui peti undi

10. Umat layak menarik nafas lega. Ada cahaya di hujung terowong untuk Melayu dan Islam di Malaysia. Tapi kita belum layak untuk meraikan kemenangan, kerana perancangan musuh (di peringkat dunia) jauh ke hadapan dari apa yang mampu kita bayangkan!
Moga Allah s.w.t selamatkan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia!

~Muhammad Lukman Al-Hakim

@@@


Dari penulis bebas..

ANALISIS SEMENYIH.
.
PRU 14 SEMENYIH N24:
PH - 23,428 undi
BN - 14,464 undi
PAS - 6,966 undi
PSM - 1,293 undi
Undi Rosak - 546 undi

PH menang dengan majoriti: 8,964 undi
Pengundi berdaftar: 53,527
Peratusan turun mengundi: 87.90%


PRK SEMENYIH N24:
BN: 19,780 undi
PH: 17,866 undi
UK: 725 undi
PSM: 847 undi
Undi Rosak: 684 undi

BN Menang dengan Majoriti: 1914 undi
Pengundi berdaftar:54,503
Peratus turun mengundi: 73.30%

Kalau dilihat dari 'face value' sahaja, PH telah hilang 5,562 undi, manakala BN menambah 5,316.

Namun jka diperhatikan lebih dalam, adalah yang lebih membingungkan adalah apabila peratusan undi PH telah merosot hampir 5% daripada 49.79% keseluruhan undian kepada 45.1% jika dibandingkan diantara PRU14 dengan PRK hari ini.

Sebuah 'swing' yang kita boleh kata agak signifikan yang telah berlaku dalam tempoh waktu kurang 10 bulan.

Manakala bagi BN pula, strategi berta'awun dengan PAS ini nampaknya membuahkan hasil apabila peratusan undi BN telah melonjak dengan ketara daripada hanya 30.74% kepada 49.98% jika dibandingkan diantara PRU14 dengan PRK hari ini..

Mungkin ada yang berpendapat bahawa penurunan peratusan keluar mengundi daripada 87.9% kepada 73.3% telah menyumbang kepada kekalahan PH, harus diingat bahawa angka 73.3% adalah angka yang terbesar sejak pasca PRU. Boleh bandingkan seperti di bawah:

PRK Sungai Kandis - 49.4%
PRK Seri Setia - 44%
PRK Balakong - 43%
PRK Port Dickson - 58.25%
PRK Cameron Highlands - 68.79%
PRK Semenyih - 73.3%

Secara peribadi, saya berpendapat bahawa faktor demografi pengundi yang mana 68.85% daripada 54,503 pengundi di Semenyih adalah terdiri daripada orang Melayu adalah punca utama kepada 'outcome' PRK Semenyih hari ini.

Seolah-olahnya mengabsahkan kajian-kajian bebas badan-badan pengkaji yang mengambarkan bahawa adanya penolakan orang Melayu terhadap Pakatan Harapan.

Sebagai kesimpulannya, Kerajaan PH harus ambil perhatian keputusan PRK Semenyih ini dan mengambil langkah rejuvenasi secepat mungkin seperti mengelakkan menyentuh isu-isu sensitif dan bersifat konservatif yang mungkin dekat dengan orang Melayu.

Hal ini adalah penting untuk mengelakkan semakin melebarnya 'disparity' diantara kaum bukan Melayu dan Melayu yang sebenarnya tidak sihat untuk masa depan Malaysia.

Sedarlah wahai kerajaan PH,
Kalau di CH, Melayu Kampung dah tolak anda,
Hari ini di Semenyih, Melayu 'Pekan' pun dah mula tolak anda.
PH kencing kuat dan mjd hancing
Sekian.

#PRKSEMENYIH

@@@


Apa pun PH tentunya akan membuat post-mortem yang terperinci perihal prestasi mereka kali ini. Sementelah lagi pergolakan dalaman atau isu duri dalam daging atau api dalam sekam yang memang wujud walaupun dinafikan dalam PH. Rakyat sudah menunjukkan tindakan berani untuk menzahirkan ketidakpuasan hati dengan menukar pilihan bila diberi peluang. Keserasian kerjasama Umno-PAS akan memberi saingan satu lawan satu dengan PH di PRU15 nanti akan memberi platform terbaik kepada rakyat Malaysia membuat keputusan yang lebih jelas dan padu. Tahniah Semenyih !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...