Semalam saya borak dgn seorang Dato berkenaan politik negara. Daripada bicara kami, saya dapat nilaikan yg dia ini penyokong TM dan PH. Dia tak suka dsai & the rest of the world. Dia highlight krajaan PN back to square one mcm BN krana melantik politician mengepalai GLC. Dia juga kata time covid ni, kalau krajaan PH masih berkuasa tentu inisetif2 kebajikan utk rakyat akn juga dilaksanakan. Juga dia persoalkan perlantikan non-politician ke jawatan menteri seperti Dr Zul & Tg Zafrul. Namun dia juga berpendapat bahawa PH telah terlepas peluang keemasan untuk menjadi kerajaan yg baik yg boleh lama memerintah. PH katanya tidak akn dapat peluang sebegitu lagi sampai bila2.
Beberapa pandangannya agak kontradik, namun sentimen pro TM dan anti PN telah mengatasi sgalanya. Tiada hujah saya yg mahu diterimanya dgn tenang. Saya lontarkan contoh mahu percaya kpd LGE atau Tg Zafrul? Mahu percaya kpd Dr Zul atau Mujahid? Life is about choices. Both of our choices are quite obvious.
Saya menyatakan pandangan bahawa tsmy wajar menerajui krajaan hingga akhir penggal. Feel good factor telah kembali. Rakyat rasa aman dan selesa. Krajaan boleh tumpukan kpd kebajikan rakyat dan pemulihan ekonomi. Even umno & pas sudah menyatakan backing mereka kpd tsmy sebagai PM hingga PRU15.
Come PRU15 a different ball game can happen. Banyak juak2 umno yg hangat menyucuk agar umno mengambil alih kuasa dan tidak sekadar menjadi pak turut dlm PN. Ada yg tak puas hati krana presiden & timbalannya tidak diberi jawatan. Ada jugak dok pelaga pas kerana diberi jawatan2 yg sampingan dan skadar pak turut juga.
Geng PH biasalah mencari sgala kekurangan utk di bantai. Dok cucuk kasi pas & umno bergaduh pun byk especially perihal pembahagian kerusi.
My stand is PN under tsmy is reasonably good. He manage to bring back the feel good factor. "Kita tak dengar apa skrg ya, relax je," luah sahabat saya nazrin seorang supervisor operasi. Tiada lagi rasa serabut atau rasa kedaulatan negara tercalar, atau maruah org islam dan ketuanan bangsa melayu di usik.
Anyway saya terhutang budi kpd PH hanya satu seingat saya, bayaran tol yg di diskaunkan. Dulu bayaran tol rm5.60 dari BB ke tol jln duta, kini rm4.90. Yahoo.
PH mungkin cuba jadi baik dan menyalahkan BN dan dsnr atas sgalanya. Tapi lupa utk ambk peduli hal ehwal rakyat marhaen. Kos hidup terus meningkat, harga barang mahal, tiada apa yg boleh dibanggakan. Kerana negara byk hutang, hampir bangkrap. Katanya. Lesap byk aset strategik negara termasuk di TH di jual secara pukal tanpa peduli lagi. Hampir semua janji2 yg dibuat telah dicapatikan tanpa malu atau rasa bersalah menipu rakyat yg telah beri undi dan mandat. Byk blunder yg telah berlaku. Kini pula satu per satu tabiat luar tabii PH dilondehkan utk tatapan umum. PH bukanlah suci sangat ropa2 nyer.
Tup tup PN takeover, menteri kewangan, seorg profesyenal dan pakar dibidang kewangan dan perbankan bagitau our financial is good and sound. Di ikuti dgn pelbagai insentif dan pakej kewangan dan ransangan ekonomi di perkenalkan bagi meringankan bebanan rakyat dan merancakkan kegiatan ekonomi. Sapa menipu ni? LGE atau Tg Zafrul?
Pandemik covid-19 yg menjadi isu global juga telah berjaya ditangani dgn baik oleh kerajaan PN yg memerintah. Juak2 PH terus terhegeh-hegeh mencari isu untuk diviralkan, namun not much carry weight.
Kini PH terus berpecah dgn isu sapa calon PM-9? TM terus menidakkan dsai peluang jadi PM. Dia corner sana belok sini, tapi yg sebenarnya TM tak mau dsai jadi PM, knapa ya? Tiba2 muncul safaei afdal sebagai calon PM & mukhriz sebagai calon TPM. Nasib baik la PKR ada telor utk tidak layan kehendak TM nak jadi PM balik.
Saya sebagai org bishe bishe, ingin lihat dwi parti system di PRU15 nanti. Saya nak MN vs PH. Jangan 3 penjuru mcm PRU14. Agar rakyat ada clear choice pilih A atau B. Yang nak menyibuk sebagai calon2 bebas tu lantak pi la kan, make no different. By then calon PM bagi kedua2 belah pihak akan lebih jelas. Maybe dsai vs tokmat. Atau rafizi vs kj. Atau Ezam vs Azmin. Who knows.
@@@
No comments:
Post a Comment