Please CLICK

Thursday, July 2, 2020

PEMBAHAGIAN KERUSI



PEMBAHAGIAN KERUSI

Cabaran sebenar akan dirasai bila hampir PRU 15 nanti dalam pembahagian untuk calon kerusi parlimen dan DUN.
Jika UMNO dan PAS mampu menterjemahkan kesefahaman dalam MN didalam perkara ini, MN akan dilihat parti gabungan yang ikhlas membela rakyat. Jika berlaku persengketaan atau kenyataan mana individu yang tidak berpuas hati dengan pencalonan samada dari umno atau PAS, maka rakyat akan nampak bahawa masing-masing masih ada agenda peribadi yang diperjuangkan, dan bukan ikhlas membawa agenda muafakat nasional.

#pandangan dari rakyat biasa

******

Yg lebih utama melayu, islam, bumiputera wajar di perkasa melalui blok MN. Parti2 lain skadar komponen sokongan. Smoga bisa meraih 60% kerusi parlimen. Untuk melawan blok PH atau yg sewaktu dgn nya, yg mungkin byk bergantung kpd majoriti sokongan non-malays, non-muslim. Wallahu'alam.

*****

Bagi saya sanggupkah umno terus meredhokan PAS menguasai kelantan, kedah, & terengganu? Dan umno fokus kpd 9 negeri yg berbaki di semenanjung. Itu bagi saya key factor dlm perjuangan & persefahaman, menuju  pembahagian kerusi dan strategi bersama. Wallahu'alam.

*****

PRU15 adalah peluang besar sebenarnya untuk blok MN mendapat mandat rakyat bagi membentuk sebuah gomen yg solid, kukuh dan kuat ala-ala BN satu masa dulu. Gomen yg di kontrol melayu islam, insya-Allah. Bezanya ia akan jadi lebih baik drp zaman BN dulu, krana proses pemutihan dan pengislahan diri telah berlaku dan ke hadapan. Gomen yg lebih telus dan berjatidiri harapnya akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara untuk memacu ke arah kesejahteraan rakyat, kestabilan negara, dan pengukuhan ekonomi. Apa pun MN wajar membuktikan dlm masa yg berbaki ini progres ke arah itu kerana cakap saja atau teori saja tiada gunanya. Rakyat mahu lihat ia di paparkan dan dibuktikan secara real di bumi bertuah ini. 

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...