Please CLICK

Monday, August 14, 2023

POSTMORTEM PRN

Sudah kita semua maklum akan keputusan PRN di 6 negeri pada 12 ogos yg lalu. Kalau mengikut peratusan kemenangan vs jumlah kerusi yg sesuatu parti politik itu bertanding, kita dapat lihat DAP menggungguli dgn kemenangan 98% iaitu menang 46 drp 47 kerusi yg DAP bertanding. Maknanya undi kaum cina solid kpd DAP, bersatu padu mengundi DAP.

PAS menang 105 drp 127 kerusi dun yg mereka bertanding, iaitu pada kadar kemenangan 83% secara keseluruhan. Tiga negeri telah confirm menjadi kubu kuat PAS iaitu kelantan, terengganu, dan kedah. Makin kukuh. Kita boleh endorse 3 negeri ini sebagai kubu kuat PAS. Tidak syak lagi PAS kini adalah parti melayu islam yg terbesar di tanahair.

Bak kata KJ kalau dulu terengganu boleh jadi swing state, tapi kini no more. Terengganu solid dgn PAS. Why? Kerana PAS mentadbir terengganu dgn penuh integriti, telus, bijak, dan efisyen.  Rakyat selesa dan percaya kpd PAS utk membawa negeri mereka kpd kestabilan dan kemakmuran. Hutang2 negeri di settle dgn baik, syarikat2 di bawah kerajaan negeri yg diambil alih kalau dulu rugi memanjang, kini mencatat untung dan berkembang maju. 

Tiada rekod rasuah, pembangunan, dan peluang pekerjaan terus diwujudkan utk menampung keperluan. Jauh panggang dari api kalau nak bandingkan dr samsuri dgn ds mat said. Justru rakyat memilih PAS. Ternyata PAS bukan sekadar parti pak lebai yg kolot dan mundur. Tapi pasukan yg progresif dan pragmatik, sekaligus dikawalselia oleh akhlak, ilmu, syariat agama.

Rakyat kelantan tidak terpedaya oleh segala momokan dan serangan murahan pihak PH. PH tiada pengaruh besar di kelantan. Modal lama yg dicanangkan bahawa negeri kelantan ini mundur, miskin, kotor, masalah air, atau tiada pembangunan dan peluang kerja, dilihat sangat basi, sehingga ketahap nak muntah. Namun 3 kerusi yg dimenangi oleh PH adalah sebagai saguhati.

Rakyat selesa dgn kehidupan dan suasana di kelantan. Sudah 33 tahun mereka memilih utk duduk di bawah pentadbiran PAS. Kini mereka sambung lagi 5 tahun. Rakyat bukan bodoh atau mudah untuk diperbodohkan. Kelantan kekal menjadi kubu kuat PAS, membangun bersama islam. Walau prof kangkung bagitau PAS ini racun. Atau khalid samad habaq bahaya taksub kpd satu parti. Atau DAP kata PAS ni taliban.

Rakyat kelantan dan PAS sudah sinonim, ibarat isi dgn kuku. Sesiapa yg sekadar lihat dari luar, wajar dtg dan tinggal di kelantan, sebuah kehidupan yg harmoni dan tenang. Sorry guys, rakyat kelantan ada preference dan identiti mereka sendiri, tidak mudah terpengaruh, tidak goyang, apa lagi koyak. Sebuah negeri melayu islam yg hebat. 

Mungkin ramai yg tak senang dgn tonasi nik amar dan menstereotaipkan PAS sebagai parti islam yg kacau, namun pihak pimpinan PAS peka dan mempromot tokoh lain sebagai MB dan TMB yg baru, membuktikan PAS memiliki ramai pemimpin pelapis yg intelek dan berwibawa.

Kedah sebagaimana di reflek oleh keputusan kali ini, bertambah yaqin dan utuh sebagai satu lagi negeri yg kini confirm menjadi kubu kuat PAS yg sukar digugat. Walau MB mereka ds sanusi merangkap pengarah pilihanraya PN diserang oleh pmx, pudin, dan rapiji, namun dipatahkan satu persatu dgn hujah yg padu. Terkedu mereka. 

Rakyat terus memberi sokongan yg jitu dan hangat kpd ds sanusi dan PAS, hingga pelbagai nama2 besar PH yg bertanding semuanya KO belaka dgn majoriti besar, termasuk mahfuz omar & mahdzir khalid. Masya-Allah.

Perfomance PN di kedah meningkat drp 21 --> 33 kerusi.

Di kelantan meningkat drp 38 --> 43 kerusi.

Di Terengganu meningkat drp 23 --> 33 kerusi.

Di Selangor meningkat drp 7 --> 22 kerusi.

Di Negeri Sembilan meningkat drp 0 --> 5 kerusi.

Di P.Pinang meningkat drp 1 --> 11 kerusi.

Sebagai konklusi drp PRN di 6 negeri kali ini, majoriti pengundi melayu memilih PN. Manakala org bukan melayu pilih PH. 

Walaupun skor 3-3, dan pmx dan PH menarik nafas lega dan mendakwa status quo iaitu kekal mcm sblom ini, dan tidak merasa malu yg besar dan masih boleh buat muka tak malu, atau buat bodo. Nasib baik 3-3. 

Tapi hakikatnya sokongan rakyat bertambah kpd PN big time, berbanding PRN yg lalu. Hakikatnya PN menang besar. Manakala PH kalah teruk. 

Maka pmx dan PH wajar ambii iktibar bahawa sokongan kpd PH semakin merundum. Kena muhasabah diri, kena insaf, jgn angkuh, jgn buat janji2 palsu lagi. Belajar utk berbaik dan berbakti. 

Jangan suka cakap tak serupa bikin, atau buat perkara2 diluar tabii, terutamanya kpd sistem kehakiman, dan menyalah guna kuasa penguatkuasa undang2  Rakyat memerhati. @@@






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...