Please CLICK

Wednesday, August 9, 2023

GELOMBANG RAKYAT

Semalam saya berkesempatan berborak santai, bukan berdebat dgn seorg sahabat. Antara yg dibicara ialah pandangan perihal sinerio politik semasa.

Antara poin yg sahabat saya utarakan ialah betapa negara kita ini mundur atau agak slow dlm peningkatan ekonomi berbanding dgn negara2 jiran yg lain seperti thailand, vietnam, singapore, filipina, malah indonesia pun sudah mengatasi malaysia. Betul jugak tu. Justru mmg something wrong somewhere. Saya setuju.

Katanya barisan pemimpin yg ada at the top adalah generasi old school seperti anwar, mahathir, muhyuddin, tghh, dsb yg pusing2 muka sama juga, geng kitar semula dlm kabinet. Jadi perubahan tidak ketara berlaku utk memacu negara ke depan. Cakap tak serupa bikin. Solusinya ialah generasi baru should take over. Hmm he got a point there, but who?

Pengaruh media sosial juga memainkan peranan besar utk mempengaruhi rakyat terutamanya anak muda. Mungkin generasi tua masih bergantung maklumat dgn menonton tv atau membaca akhbar.

Media sosial ini bisa mensensasi sesuatu berita, atau memviralkan benda kecil menjadikan sesuatu yg meletup sebagai isu besar. Pengaruh media sosial di era ini tidak boleh dipandang sepi.

Berkaitan dgn itu undi 18 juga memain peranan besar. Kerana golongan anakmuda first timer ini masih baru maka pengaruh sosial media dan kelompok yg berjaya mendekati mereka boleh menghasilkan kesan yg besar.

Penyakit yg paling kronik ialah gejala rasuah yg terus berleluasa. Impaknya ialah ketirisan ekonomi yg menyebabkan dana kerajaan utk diguna bagi kebajikan rakyat dan mengawal kos hidup yg tinggi tidak lagi tersedia.

Dikatakan 20% kelompok elit yg kontrol sosioekonomi negara. Kelompok ini akn kontrol government of the day. Rakyat byk akn terus menerus tertekan dgn kos hidup yg terus meningkat.

Sebagai contoh mudah subsidi kerajaan untuk harga petrol ditarik balik menyebabkan harganya meningkat mengikut harga pasaran. Ia memberi domino efek kpd harga barangan lain. Semuanya terus meningkat. Itu permulaannya.

Then kemudian subsidi barangan lain juga ditarik balik satu demi satu atas alasan kerajaan sudah tidak berdaya utk mengekalkan subsidi. Maka harga barangan terus meningkat dan harga tinggi sudah payah nak turun balik. Sedangkan gaji @income bulanan rakyat byk masih ditahap lama tak meningkat pun.

Maka org kaya, kelompok elit, dan org politik terus kaya dan rakyat byk terus merana. Masing2 jaga periuk nasi masing2 tanpa peduli lagi utk membela nasib rakyat.

Zaman saya dulu, anak kampung seperti saya ini telah diberi biasiswa sejumlah rm120k utk belajar selama 4 tahun di luar negara. Free education utk rakyat marhain. Tapi kini kos rm24k utk buat degree di IPTA pun kena pinjam dgn PTPN, nothing is free no more. So negara ini makin teruk bukan makin bagus. Betul jugak tu.

Berkenaan PAS, sahabat saya ini memberi pandangan bahawa dia tidak begitu yakin sebab katanya negeri2 di bawah PAS semuanya mundur, masalah air di kelantan contohnya. Dan dia tak nampak ada pengganti utk tghh yg sudah uzur itu.

Kalau bicara soal barisan pelapis, saya pun tak nampak ada pemimpin yg menonjol dlm umno, pkr, dap, atau, bersatu yg ready utk ambil alih, bukan skadar hanya dlm pas. To be fair, tokoh2 muda seperti dr samsuri, wan fayhsal, KJ, syed saddiq, rafizi, syahir, fadhli saari, adalah berpotensi utk pergi jauh.

Sekilas lalu, negeri2 yg diperintah PAS terus di tadbir dgn baik berbanding kerajaan terdahulu. Tiada kes rasuah, lesen judi tidak direnew, hutang negeri di bayar dgn baik, pembangunan fisikal byk, pelaburan drp luar terus rancak, kilang2 bertambah, peluang pekerjaan tetap meriah, dan syiar agama terus bersinar.

Contohnya terengganu berjaya meningkat drp tangga ke-11 ke tangga ke-3 slps selangor dan p.pinang sebagai negeri yg termaju ekonominya. MB nya seorg intelek profesyenal, bukan sekadar tok lebai yg tak gheti mentadbir seperti yg dimomok2kan. Malah calon2 profesyenal PAS diketengahkan melebihi 45% pada PRN kali in.

KB terus membangun setanding kalau tak lebih baik drp kuantan dan k.terengganu. Kelantan bukan negeri mundur. Rakyat hidup dengan makmur dan selesa.

Kalau nak tengok rumah2 bungalow cantek milik org melayu, berkunjunglah ke kelantan. Kalau nak rasa pelbagai juadah yg sedap2 dgn harga patut, jemput mai deh. Kalau nak tengok org2 melayu yg berjaya dlm berniaga, jemput la ke kelantan, saksikan dgn mata kepala sendiri bukan skadar dengar cerita org.

Masalah air juga berlaku di negeri2 lain, tetapi disensasikan cerita basi ini di ulang di media2 sosial dan ceramah2 politik setiap masa, hingga org ramai terima saja statement ini. Hakikatnya rakyat kelantan hidup makmur dan memilih utk kekal ditadbir PAS yg lebih amanah dan berintegriti sudah 33 tahun, dan insya-Allah disambung lagi 5 tahun pada PRN kali ini.

Berkenaan PMX, sahabat saya ini berpandangan kena bagi peluang kpdnya mentadbir negara utk durasi penuh 5 tahun, bagi peluang kpdnya melakukan perubahan dan melaksanakan segala perancangannya bagi memacu ekonomi negara, menstablilkan politik, dan memakmurkan rakyat. Let him govern in peace.

I bet to be different. Bagi saya pmx tak focus sangat mentadbir negara atau memacu negara keluar drp kemelut ekonomi yg melanda. Pmx masih dilihat beraksi dan terbawa2 perangai zaman jadi pembangkang instead menjadi seorg ketua negara utk rakyat byk, yg berusha keras memajukan negara, yg membawa feel good factor kpd rakyat. Pmx gagal big time.

Sepanjang ditampuk kuasa so far, not much yg kita nampak implementasi yg berlaku tidak sejajar dgn perancangan dan hebahan yg di canang utk dilaksanakan. Rakyat marhain masih ternanti-nanti apa tindakan yg diambil utk menurunkan harga barangan asas misalnya.

Sehingga menjadi ejekan orang, pmx bukak mulut je bohong. Bijak berkata2 dgn perkataan2 yg baru dan janggal utk impress, tapi diakhirnya itu semua tidak penting krana yg utama org nak tengok tindakan. Kalau shortage stok telor di kdai2, jadi org nak tgk stok telor available mcm biasa dan no shortage.

Kalau mengukir janji, org nak tengok kau tepati, bukan dicapati. Lembu di pegang pada tali, org dipegang pada janji. Kalau berbohong, macamana org nak respek dan percaya. Berbohong itu kan salah satu ciri org munafik.

Menteri2 kabinet pmx juga tak byk membantu malah lagi memburukkan keadaan sampai ke tahap memalukan pmx sendiri. Seolah pmx ni mcm one man show je. Jadi persepsi ramai yg krajaan ini tak pandai mentadbir negara nampak mcm betul la pulak.

Contohnya menteri ekonomi yg sebelum ini begitu cerdik dan lantang mengemukan cadangan dan pelbagai formula tika di pentas2 ceramah, tapi sangat senyap dan seolah tidak berfungsi dan makan gaji buta sahaja bila diberi kuasa. Cuma akhir2 ini berkokok semula dan mencabar org berdebat dsb demi utk menonjolkan dirinya semula yg tampak sudah tidak relevan dan tenggelam itu.

Pmx dilihat gagal mengotakan reformasi yg diperjuangkannya. Pabila dia mengistihar perang kpd rasuah dan akn mengorek sampai ke lubang cacing, tapi yg berlaku ialah kes2 terpilih yg hampir kesemuanya di blok pembangkang yg menjadi target, sedangkan kes2 yg jelas di blok kerajaan sekadar dibiar berlalu. Malah pmx bersekongkol dgn pemimpin2 yg ada kes2 rasuah demi menobatkan dia sebagai pm.

Contohnya kes LCS yg hangat sebelum ini, kini dibekukan sunyi sepi. Kes tpm mulai menuju kpd tindakan2 yg diluar tabii. Rakyat memerhati.

Isu peruntukan yg tidak diberikan kpd MP2 di blok pembangkang juga sangat kontra dgn apa yg dia perjuangkan dulu. Isu 3R dan rasuah tika PRN, di ok kan di pihak kerajaan, tapi di ambik tindakan segera jika drp pihak lain.

Jadi kita lihat pmx umpama siakap senohong gelama ikan duri. Tuduhan dan persepsi bahawa di blkgnya ada DAP yg memberi pelbagai tekanan dan arahan nampak seolah semakin benar.

Maka PRN di 6 negeri ini adalah satu platform dan saluran yg penting bagi melihat penerimaan rakyat kpd krajaan pimpinan pmx. Jika skor PH-PN 3-3 mungkin itulah yg diharap sangat oleh pmx agar status-quo ini tak bisa memalukan kerajaan persekutuan semasa, dan arus gelombang rakyat yg bakal melanda itu tidak menjadi kenyataan.

Perbincangan saya dgn sahabat saya ini sangat hangat dan bermakna. Di akhirnya dia bertanya apa konklusinya? Saya menjawab demo ada pendirian demo dan kawe sudah ada pilihan kawe. Diskusi ringkas kita hari ini tidak bisa mengubah apa2 pendirian masing2.

Tapi mungkin coretan saya di posting ini make sense kpd pembaca di luar sana, utk membuat pilihan yg tepat pada PRN ini. All the best. May the best man win. Jazakallah.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...