Please CLICK

Thursday, August 31, 2023

PMX REWIND


PMX kena berjiwa besar & start doing the right things. Berikan dana yg haq atas dasar federalisma kpd kelantan yg populasi melayunya 94%, terengganu yg melayunya 96%, dan kedah yg populasi melayunya 76%. Usah berdalih dan mencari pelbagai alasan utk menafikan yg haq.

Walk the talk sebagaimana yg diperjuang tika menjadi ketua pembangkang dulu, tika rakyat marhain ini termasuk saya dan anak2 serta isteri sanggup turun ke jalanan di kejar FRU memberi sokongan & simpati pada dsai dulu. Usah bertukar karektor menjadi manusia munafiq di sisi Allah. Nauzubillah.

Hidup di dunia ini adalah medan ujian yg besar. Sgalanya menguji iman. Kejayaan ialah bila berjaya mendapat redho Allah. Pemimpin yg adil dijanjikan Allah tempatnya di syurga. The ultimate rewards. Yg lain itu skadar hiburan dan tipudaya dunia.

Malaysia ini negera bertuah. Dulu sebelum merdeka di kenali sebagai Tanah Melayu. Menjadi sebahagian drp nusantara yg penduduknya orang melayu. Bila negara mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, negara ini dikenali sebagai Malaysia. Golongan pendatang bangsa cina dan india di beri warganegara malaysia. 

Agama Islam, bangsa melayu dan bumiputera di beri haq keistimewaan dlm perlembagaan negara. Bila masa berlalu bangsa2 lain mula mencabar keistimewaan haq org melayu sedikit demi sedikit. Kekuatan ekonomi yg kuasai oleh bangsa asing, menyumbang kpd kegoyangan kekuasaan org melayu di tanah melayu.

Dendam politik senantiasa dijadikan senjata utk menidakkan pembelaan kpd negeri2 yg majoritinya bangsa melayu. Ini yg berlaku di kelantan, kedah, terengganu, dan perlis. 

Sepatutnya 4 negeri ini diberi hak yg sama dgn negeri2 lain, tidak dianaktirikan, tidak menjadi mangsa pilih kasih, atau dipinggirkan drp arus pembangunan negara. Terutamanya dari segi kemudahan awam dan pasarana. Negeri2 org melayu kot. Yang mana haq2 keistimewaan bangsa melayu ini termaktub dlm perlembagaan.

PMX sepatutnya memilih utk menjadi pemimpin dan negarawan ulung. 20 tahun adalah masa yg lama dia menjadi PM in waiting. Sepatutnya draf masterplan utk memimpin dan memacu negara to the nxt level sudah siapsiaga dan mantap utk diimplemen sebaik mendapat kuasa sebagai PMX. 

Pembelaan utk org melayu maju ke depan wajar menjadi keutamaan. Tapi setakat ini 8 bulan sebagai PM, rakyat byk masih samar dan terpinga-pinga akn halatuju yg ingin di bawa. Masih blur dan tidak senada dgn apa yg dicanangkan. Wallahu'alam.

Masih blom terlambat sebenarnya utk kembali ke pangkal jalan. Untuk kembali berjiwa besar, menjadi pembela rakyat terutamanya org melayu. Untuk tidak terus lemas dgn keseronokan dan habuan dunia, serta kata2 bodekan dan palsu oleh pembodek2 tegar yg berada di sekeliling depan dan belakang.

Kembalilah memohon hidayah kpd Yang Maha Esa. Paculah rakyat dan negara ke jalan yg betul. Bersatulah dan berbaiklah dgn musuh politik kamu. Mereka itu saudara kamu, orang melayu beragama islam menyembah The Creator, not the creation. 

Sekian coretan dan luah rasa saya rakyat marhain pemerhati politik di pagi jumaat yg mulia ini. Banyakkan selawat di hari jumaat. Jazakallah.

@@@

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...