Please CLICK

Friday, March 27, 2020

COVID-19





Pendamik COVID-19 telah mengalih tumpuan rakyat drp kegawatan politik. 

Krajaan PN juga disibukkan dgn wabak global ini & langkah2 menanganinya termasuklah PKP dan bantuan @ransangan ekonomi. 

TM dan DSAI pun sudah agak cool dan hilang drp arus perdana. Namun begitu ejen2 politik terus cuba menyelit. 

PH kini menjadi blok pembangkang. Maka tugasan utama ialah membangkang & cari kelemahan gomen. 

PH telah diberi mandat oleh rakyat utk jadi gomen, tapi sekadar bertahan 22 bulan. PH telah gagal. Failed big time. PH meruntuhkan PH. PM drp PH letak jawatan. Thats the fact. 

Negara tergantung tanpa gomen hampir seminggu. Akhirnya YDPA mengikut perlembagaan telah melantik TSMY sebagai PM dgn gabungan PN, bagi mengakhiri kemelut. Proses demokrasi diteruskan. 

Maka PH telah tiba2 jadi pembangkang. Pak2 menteri kembali jadi MP biasa. Agak terkejut berok semuanya. Pencen pun tak layak sebab tak sampai satu penggal. Sedih ooo. 

Perseteruan dalaman telah meruntuhkan PH. Nasi dah jadi bubur. Mandat yg disia2kan. 

Kini sudah 20 hari TSMY jadi PM. Rakyat sudah agak selesa. Apatah pula dgn isu besar COVID-19, rakyat sudah tidak fokus kpd politik lagi. Itulah hikmahnya. 

Ini tak boleh jadi, fikir juak2 PH. Maka jelajah negara lah mereka, buat video2 di FB, dsb. Cuma tak ada ummph, dah hilang momentum. Pandemik COVID-19 telah menjadi tumpuan utama. Sedih weh. 

Tak putus asa. Melalak lagi pada setiap kesempatan. Tapi acap kali memakan diri. Cakap tak serupa bikin. Masa jadi gomen, PH bukan setakat gagal membela rakyat, malah menambah keresahan dan ketidak puasan byk pihak terutamanya org islam dan bumiputra. Terlalu mengikut telunjuk DAP. Itulah pandangan umum.

Statement drp bekas2 ahli kabinet seperti khalid samad, mujahid, syed saddiq, mahfuz, dan yg sewaktu dgnnya selalu dipandang sinis, carry no weight, and tidak dihiraukan. Kesian dia. 

DAP diam terus bila dah takde kuasa ni. Dibiarkan proxy & ejen2 yg buat kerja. 

Maka keyword yg dimainkan ialah rampasan kuasa, pintu belakang, pengkhianat, tebuk atap, perompak, perasuah, penunggang agama, dan seumpamanya. Atau cuba melaga-lagakan umno tentang kerusi kabinet. Tapi rakyat dah bosan. Itu isu basi. 

Pilihan YDPA telah diterima rakyat. TM sendiri mengakui gomen PN ini boleh bertahan hingga PRU-15. 

Apatah lagi karektor TSMY yg berjaya menyantuni rakyat, telah menyerapkan feel good factor dan kestabilan di kala negara sedang bergelora. 

Stay home, stay calm, dan kita doa yg baik2. Insya-Allah.

#DoaYangBaik2

Monday, March 9, 2020

KABINET 2020



KABINET

Alhamdulillah TSMY selaku PM telah mengumumkan barisan kabinet 2020. Kombinasi tokoh2 politik berpengalaman atau punyai potensi, bersama  beberapa senator, juga teknokrat berwibawa. Feel good factor dapat dirasakan dlm sebuah kerajaan baru yg bisa mengembalikan keyakinan dan harapan rakyat. Smoga sgala elemen negatif dpt dipinggirkan, sekali gus kita nilai secara positif dan membina. Wajar kita sangka baik. Bagi ruang dan peluang. Agar masa depan yg cemerlang akn dijana. Jazakallah.

#BersihSPRM
#LulusPDRM

*****

Apa cer politik hari ni?

Ramai yg ternanti2 akn pengumuman barisan kabinet yg khabarnya akn diumumkan dalam masa terdekat.

Apapun kelompok ABU (asal bukan umno) telah tersingkir menjadi pembangkang yg sudah memulakan roadshow mereka slps mereka sendiri meruntuhkan krajaan rapuh PH dgn haru biru yg melanda yg kini terpahat dlm sejarah politik negara.

Maka kelompok ABD (asal bukan DAP) yg di perkenan oleh YDPA utk memikul amanah besar mengisi kekosongan hasil keruntuhan kerajaan PH yg incompetent yg berbalah sesama mereka itu, harus di beri peluang dan sokongan yg sewajarnya.

Selamat maju jaya !!

******

TAHNIAH

Tahniah kpd TSMY yg di lantik menjadi PM ke-8.

Rezki yg Allah telah aturkan utk beliau. Walaupun tidak disebut sebagai calon dlm merebut jawatan PM, tapi akhirnya bekas TPM yg low profile ini telah diangkat utk memimpin negara oleh YDPA.

Integriti TSMY sangat terserlah dlm isu 1MDB hingga pernah tersingkir drp kerusi empuk TPM beberapa tahun lalu. Dan terkini dlm kes pemuka LTTE.

Sebagai rakyat, saya rasa ini yg terbaek. Feel good factor memenuhi segenap ruang. Apatah lagi melihat salasilah beliau berayahkan salah seorg tokoh ulama tersohor negara.

Tentunya ada rasa tidak puas hati yg timbul terutamanya kelompok PH. Namun begitulah percaturan Allah mengatasi segala perancangan makhluk.

#RedhoKetentuanAllah

*****

PERIKATAN NASIONAL BUKANLAH MUAFAKAT NASIONAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Perikatan Nasional adalah coalition antara Muafakat Nasional (UMNO+PAS), Barisan Nasional (UMNO+MCA+MIC), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu (PPBM) dan 'Ex-PKR' (Team Azmin Ali).

2) Coalition ini hanya wujud untuk menyokong TS Muhyidin Yassin sebagai PM-8, bagi menamatkan krisis politik yang berlarutan hampir seminggu. Nama Perikatan Nasional pun bukanlah nama rasmi. Hanya direka untuk memudahkan sebutan.

Tiada manifesto.
Tiada apa-apa perjanjian.
Tiada tahaluf siyasi
Tiada ta'awun siyasi

3) Dengan demikian, TS Muhyidin tidak terikat untuk melantik sesiapa pun dalam kabinetnya, tidak terikat dengan apa-apa manifesto untuk dilaksanakan etc. Namun atas budi bicara antara beliau dan komponen Perikatan Nasional, beliau dijangka tidak akan meminggirkan mana-mana komponen dalam kabinetnya.

4) Setiap komponen Perikatan Nasional pula tidak tertakluk kepada mana-mana komponen lainnya. Muafakat Nasional tidak tertakluk kepada prinsip Barisan Nasional, begitu juga sebaliknya. GPS juga tidak tertakluk kepada apa-apa prinsip Muafakat Nasional. Demikian juga Bersatu tidak terikat apa-apa dengan prinsip UMNO. Manakala UMNO terikat dengan Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

5) Dalam coalition yang boleh dianggap sebagai terikat dengan ikatan Van der Waal (sejenis ikatan kimia yang lemah), Ia mudah berpecah apabila kondisi tidak disepakati sesama komponen. GPS boleh quit tanpa apa-apa isu jika mereka tak puas hati dengan PAS. UMNO boleh tarik balik sokongan kepada PM-8 tanpa perlu kepada PAU. Namun kekuatan Perikatan Nasional ada pada polarity setiap komponen. Polarity semua komponen adalah "tanpa DAP".

6) Muafakat Nasional tiada kuasa penuh dalam Perikatan Nasional. Penguasaan Muafakat Nasional dalam kerajaan tidak solid, kerana Perikatan Nasional itu sendiri tiada 'perlembagaan' ataupun piagam persefahaman. Hubungannya dengan kerajaan adalah sebagai komponen yang menyokong PM-8. Jika Muafakat Nasional quit daripada Perikatan Nasional, ia tidak boleh dikatakan khianat pun, tidak sebagaimana Bersatu quit PH, itu adalah khianat.

7) Perikatan Nasional tiada manifesto. Mengungkit manifesto solo PAS atau manifesto BN adalah tidak relevan dalam Perikatan Nasional, kerana turut disertai oleh Bersatu dan Ex-PKR. Kerajaan tanpa janji manifesto boleh fokus kepada pemulihan ekonomi, sosial dan perpaduan rakyat tanpa gangguan manifesto yang pelik-pelik.

8 ) Seperti yang PAS tekankan, kerajaan perlu fokus kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan, kerana dua teras utama ini bukan sahaja menjadi tuntutan semua komponen Perikatan Nasional, malahan rakyat keseluruhannya juga mendambakan  satu penyelesaian yang baik.

9) Ucapan TS Muhyidin sebagai PM-8 juga menyeru kepada pemulihan ekonomi dan perpaduan. Beliau berjanji akan melantik menteri kabinet yang berkelayakan untuk tujuan tersebut. It's not easy, tetapi ia adalah cabaran yang besar. Yang melegakan beliau adalah komponen Perikatan Nasional tidak cenderung untuk melobi jawatan, terutama PAS.

10) Semuanya diserahkan kepada kebijaksanaan beliau mengurus perlantikan kabinet. Sebab ia sebenarnya adalah kerajaan TS Muhyidin Yassin, yang terhasil daripada krisis dalaman PH. Muafakat Nasional dan GPS hanya mencukupkan bilangan sokongan sahaja, kerana pada asalnya Muafakat Nasional lebih cenderung untuk parlimen dibubarkan. Bila-bila masa sahaja Muafakat Nasional boleh quit jika mereka kehendaki.
Sekian

********

Menelusuri landskap baharu siasah Malaysia

Prof Madya Dr Mohd Izani Mohd Zain, Astro Awani |  Mac 07, 2020 11:30 MYT

KRISIS politik negara mutakhir ini telah membawa kepada landskap baharu dalam politik tanah air.

Landskap baharu ini ditandai oleh sekurang-kurangnya lima faktor iaitu pemerkasaan amalan demokrasi beraja, pengukuhan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia, politik kerjasama yang longgar, impak faktor 4R dan hero baharu kepemimpinan negara dan politik tanah air.

Faktor pertama, iaitu pemerkasaan amalan demokrasi beraja menzahirkan peranan istana dalam menyelesaikan konflik politik negara.

Krisis politik telah mendesak campur tangan pihak Istana bagi meredakan keadaan. Bermula langkah tegas Sultan Ibrahim di Johor dan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) melantik Perdana Menteri ke-8, amalan demokrasi beraja semakin kukuh dalam landskap politik negara.

Meskipun amalan ini dilihat oleh sesetengah pihak termasuk media asing sebagai ‘rampasan kuasa’ oleh pihak istana, pandangan itu langsung tidak relevan.

Lebih penting, peranan istana ini termaktub dalam perlembagaan. Malah, rata-rata rakyat Malaysia melihat campur tangan ini adalah perlu kerana mereka sudah muak dengan karenah ahli politik yang bercakaran sesama sendiri untuk merebut kuasa tanpa sudah.

Krisis politik kali ini ‘mendekatkan’ lagi jarak pihak Istana ke pangkuan rakyat dengan menstabilkan keamanan siasah dan bukan lagi hanya simbol dan lambang mengikut pemikiran cetek beberapa pihak.

Untuk mengetahui kepentingan konsep demokrasi beraja dengan lebih lanjut, boleh merujuk kepada tulisan Prof Madya Dr Shamrahayu A. Aziz berjudul, ‘Islam, Demokrasi dan Raja di Malaysia: Perspektif Perlembagaan’, dalam buku Demokrasi dan Dunia Islam: Perspektif Teori dan Praktik, terbitan Penerbit Universiti Malaya (UM), suntingan Mohd Izani Mohd Zain.

Kedua, kegagalan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk bertahan lama tidak berlaku semata-mata pergeseran antara Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Akan tetapi, ia kerana wujud proses pembetulan dalam soal meletakkan politik Melayu sebagai teras politik Malaysia.

Naratif politik kerjasama PH yang bersandarkan kepada pendekatan centripetalism tidak lagi terikat dengan faktor perkauman, tetapi berpendekatan sederhana, moderat dan inklusif dengan memberi fokus kepada isu dan kepentingan bersama seperti demokrasi, kebebasan, keadilan dan pemerintahan baik (good governance).

Dari satu sudut, pendekatan centripetalism ini baik untuk pengukuhan demokrasi, namun membelakangi faktor etnik, sejarah dan perkongsian kuasa antara kaum dalam amalan politik di negara adalah satu kesilapan.

Lebih-lebih lagi, naratif politik kerjasama ini telah mula merobek kedudukan tiang seri dalam Perlembagaan Malaysia seperti kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, institusi Raja dan hak keistimewaan bumiputera.

PH mungkin lupa, mereka dimenangkan oleh pengundi dalam Pilihan Raya ke-14 lalu bukan disebabkan oleh keinginan rakyat Malaysia untuk mengubah tiang seri ini, tetapi mahukan kerajaan yang lebih baik dan berintegriti.

Mereka dahulu menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) tetapi bukan perlembagaan.

Ketiga, landskap politik Malaysia kini berpaut kepada kerjasama politik yang longgar. Ia terbukti setelah berlaku krisis politik negara mutakhir ini.

Dalam ilmu sains politik, kerjasama politik mempunyai dua tahap. Pertama, disebut sebagai alliance atau kerjasama politik melangkaui pilihan raya untuk jangka panjang.

Kedua, disebut sebagai coalition, iaitu kerjasama politik untuk jangka pendek seperti memenangi pilihan raya sahaja.

Kerjasama politik melibatkan parti politik masa kini boleh dianggap rapuh kerana ia lebih dipengaruhi soal kepentingan kuasa dan kedudukan.

Malah, kepentingan ini boleh berubah dari semasa ke semasa. Mungkin sukar untuk mewujudkan semula konsep kerjasama politik seperti BN kecuali kerja keras dan permuafakatan antara elit politik.

Berbanding Perikatan Nasional (PN), banyak pihak mahu melihat Muafakat Nasional (MN) antara UMNO dan PAS diperkukuh demi kesejahteraan ummah.

Malah, MN dilihat sebagai teras kepada PN dengan kehadiran Bersatu sekaligus memperkukuh kedudukan politik Melayu/Islam.

Keempat, jika politik Malaysia selama ini tidak boleh menolak faktor 3R iaitu, race (perkauman), royal (istana) dan religion (agama), kini wujud satu lagi faktor R, iaitu region atau wilayah.

Perkara ini pernah saya sentuh ketika terlibat sebagai pembicara dalam Siri Seminar UMCEDEL bertajuk ‘ Landskap Politik Malaysia Pasca Tun Dr Mahathir’ anjuran Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan raya Universiti Malaya (UMCEDEL) baru-baru ini.



Saya berpandangan, politik Malaysia perlu memberikan perhatian yang serius kepada soal kepentingan negeri atau wilayah.

Politik Malaysia tidak boleh lagi tertumpu di Putrajaya semata-mata, tetapi mengambil kira suara dan keperluan negeri. Inilah semangat dalam konteks federalisme yang sebenar.

Kelima, dengan krisis politik yang berlaku, sudah tiba masanya kita menobatkan hero-hero baharu dalam politik tanah air.

Tun Dr Mahathir merupakan seorang negarawan ulung yang banyak berjasa kepada kita semua, namun sampai bila kita harus bergantung kepada beliau.

Krisis politik ini sewajarnya membuka laluan kepada pemimpin politik lain untuk diberikan ruang dan peluang.

Pemimpin yang terlalu lama akan mewujudkan penginstitusian pemimpin yang tidak baik kepada demokrasi di negara.

Bakat baharu politik yang berintegriti dan berkeperibadian luhur mesti diangkat. Pemimpin yang god-fearing atau takutkan Tuhan perlu kita ketengahkan demi masa depan Malaysia yang sejahtera.

Kini, kita mempunyai perdana menteri baharu yang juga ahli politik berpengalaman, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun, kita juga perlu siap siaga dengan ketumbukan pemimpin politik baharu yang mampu memimpin negara dengan sebaik-baiknya.

Bukan itu sahaja, kepemimpinan negara perlu mendapat sinergi ahli politik dan profesional kerana kita mahukan bakat terbaik untuk Malaysia.

Siapa sangka pada tahun keramat 2020, kita dihadiahkan dengan krisis politik sebegini.

Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Belajarlah sesuatu.

Apa yang jelas, lima faktor ini dilihat mewarnai landskap politik atau siasah Malaysia pasca krisis politik.

--------

Penulis ialah Profesor Madya di Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau merupakan penganalisis politik yang sering memberi komentar dalam media tempatan mahupun antarabangsa.

Penulis juga Setiausaha Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dan bekas Setiausaha Akhbar (SUA) Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

******

Luahan Hati Tun M

"Dulu depa mintak tolong saya lead Pakatan Harapan untuk hadapi Pilihanraya Umum... Depa nak saya jadi PM sekiranya PH menang pilihanraya... Katanya untuk meyakinkan rakyat bahawa PH sudah bersedia untuk memerintah negara, menggantikan UMNO yang korup... Ternyata strategi itu berjaya, PH menang PRU-14.

Bila saya jadi PM, depa tak sabar nak suruh saya berhenti, desak saya suruh serah jawatan kepada Anwar, duk tuduh saya, apa nama, gila kuasa dan sebagainya... Sedangkan saya fikir kalau saya resign dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan akan jatuh, sebab Anwar tidak punya sokongan yang cukup dari ahli dewan rakyat untuk jadi PM.

Satu lagi, depa tak faham... Saya tak boleh serahkan jawatan PM kepada sesiapa pun, itu bukan kuasa saya... Saya tidak ada hak untuk lantik PM selepas saya... 'Serah jawatan' itu hanya istilah saja, tapi perlantikan Perdana Menteri itu ada proses dan tatacaranya.

Dulu saya jadi PM ke-4, kemudian saya letak jawatan, lalu UMNO sebulat suara cadangkan kepada YDP Agong untuk lantik Pak Lah jadi PM, dan Agong pun setuju.... Bukan saya yang serah jawatan kepada Pak Lah dan bukan saya yang lantik Pak Lah jadi PM.... Dan selepas itu pun, bukan Pak Lah yang serah kuasa kepada Najib dan bukan Pak Lah yang lantik Najib jadi PM... Pak Lah letak jawatan, dan UMNO sebulat suara setuju lantik Najib, Agong pun perkenankan perlantikan itu.

Sekarang depa desak saya lepaskan jawatan untuk beri laluan kepada Anwar..... Tapi bila saya umumkan letak jawatan, depa gagal angkat Anwar jadi PM kerana tak cukup sokongan, depa tuduh saya telah mengkhianati Pakatan Harapan.... Depa tuduh saya.. apa nama... gulingkan kerajaan Pakatan Harapan.
CnP : chedet.blog

******

POLITIKUS

Sebagai netizen dan rakyat, saya tidak terkecuali drp merasa blur atau fenin melihat suasana politik yg mutakhir ini. Maka turut terjebak mengikuti bicara di pelbagai media utk cuba faham dan hadam. Pagi ni saya baca satu posting yg mungkin juga logik. Its a game ruponya di kelompok politikus...

*****

Ini mungkin script nya. Rakyat di mangsakan
😰😰😰

GAMECEPTION.

Tun 'game' Anwar apabila Tun macam taknak bagi dia jawatan PM-8, kemuncaknya bila PPBM ugut nak keluar PH jumaat lepas.

Bengang dengan Tun, maka Anwar pun 'game' balik Tun dengan niat nak pergi jumpa YDPA Isnin walaupun janji bersabar.

Sebelum dia kena 'game' dengan Anwar..

Maka Tun pun 'game' Anwar dulu dengan gerakkan 'budak-budak' dia(Azmin dan Moyden) utk gang up dengan MN  jumpa YDPA pada Ahad sebelum sempat Anwar jumpa Isnin.

Tapi malangnya 'game' Tun tak kesampaian penuh sebab YDPA sebagai pengadil, nak bagi fair 'game' kat Anwar jumpa baginda dulu pada hari Isnin.

Anwar yang terkejut dengan 'game' Tun dan budak-budak dia pada Ahad, janji dia akan sokong Tun kekal PM, tak mintak dah PM-8, sanggup jadi PM-9.

Tun yang teruja dengan janji Anwar, ambil keputusan untuk 'game' pulak 'budak-budak' dia dengan MN dengan kata dia tak ada kena mengena dengan mereka dan bagi tawaran yang tak boleh diterima oleh MN iaitu bekerjasama dengan DAP.

Sedar diri di'game' oleh Tun M, Maka MN ambil keputusan untuk balas balik 'game' Tun M dengan tarik balik sokongan kepada Tun M dan mintak bubar parlimen menyebabkan ada ruang untuk Anwar potong angka sokongan ahli parlimen dan 'game' kan Tun semula.

Maka harini, PKR, DAP dan AMANAH telah 'game' kan Tun dengan menamakan Anwar sebagai PM.

Dan melihatkan sokongan Tun M sudah berkurangan kerana MN 'game' Tun dengan tarik sokongan terhadap Tun M dan tindakan PKR, DAP dan AMANAH tadi, maka mengamoklah PPBM tersedar diri bahawa mereka mungkin ter 'game over' dengan Anwar sebagai PM mereka selepas ini.

Inilah dia drama 'Gameception' minggu ini tuan puan, tak sabar betul tunggu ending dia, popcorn dah habis dah ni..🥱

Sekian.

******

Aduhai..and it cost rm43b loss in bursa on 1st day of the crisis alone..

Same old story of TM vs DSAI

Sepatutnya straight fwd je

1) smooth handover as promised when the time come, after apec
2) if not happy with the cabinet, than drop n replace yg tak perform tu
3) rakyat dah pilih PH in pru14, should  not be kelam kabut like this...PH for Pakatan Haprak (in the end).


#JauhkanBalaYaAllah


******

Posting ini menyelusuri hari ini dalam sejarah bermula pada 23 Feb 2020 hinggalah terlantiknya PM-8 di bawah perkenan YDPA pada 29 Feb 2020. Seterusnya pembentukan kabinet pada 9 Mac 2020. Pelbagai analisa dan komenter daripada pakar politik hinggalah netizen dan rakyat marhain di bicara kedai kopi, semuanya terkedu dan teruja untuk meluahkan pandangan dan pendapat pada senerio politik negara. 

PH yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU-14 yang lalu, tampak gagal membendung bisul yang menjadi barah tahap 4 hingga meletop dan terus meruntuhkan sebuah gomen of the day yang gagal diselamatkan mahupun cuba dipulihkan. Kata orang ia tak lain dan tak bukan asbab permusuhan politik yang senyap dan nyata antara TM dan DSAI. Itulah punca barah itu.

Penyatuan politik PH yang rapuh antara gabungan yang berkepentingan terus menghantui. Tiada otoriti parti yang betul2 dominan yang boleh mengikat kukuh binaan atau gabungan itu. Rakyat melihat PH telah meruntuhkan PH itu sendiri. PH gagal untuk memikul amanah besar memimpin negara menggantikan kerajaan BN terdahulu. Harapan yang diberikan rakyat makin hari makin celaru makin punah, hingga menjadi takde harapan dan pecah berkecai akhirnya. 

Pakatan Harapan bertukar menjadi Pakatan Haprak. Tiada yang perlu dipersalahkan melainkan PH sendiri, self destructive kata orang jawa.

Maka dalam kebosanan dan ketadaktentuan selama seminggu, negara di lopongkan tanpa sebuah kerajaan yang sah, maka YDPA telah berkenan melantik seorang tokoh politik yang mempunyai 40 tahun pengalaman yang juga pernah menjadi bekas TPM, iaitu TSMY sebagai PM-8. What a suprise.

Maka juak2 PH pun tanpa sembunyi memainkan semboyan kerajaan pintu belakang. Tanpa malu membelakang malah menderhakai keputusan YDPA. Tanpa menunggu lama menjelajah ke seluruh negara mengadakan roadshow sebgai pembangkang yang cuba meraih simpati rakyat dan memainkan kisah dan drama sedih menyalahkan pihak lain atau digunakan kalimah pengkhianat agar melekat diminda. Namun hakikatnya, PH sekadar gagal pabila diberi amanah besar memimpin negara. 

Parti DAP yg dominan di sebalik tabir kini sudah hilang kuasa bersama PKR dan PAN yg kerap dilihat selalu mempertahan atau takut dgn DAP. Itulah mungkin balasan Allah kpd PH yg mungkir janji, melanggar amanah dan mula tunjuk angkuh bila berjaya memimpin negara. Wallahul'alam.

#SiapaPengkianat?

Thursday, January 2, 2020

MENTERI PENDIDIKAN



Apakah dr mazlee terkorban atau di korbankan?

Antara topik & keywords yg diguna @ bicara kan..

1)dia memberi krisis kpd kepimpinan
2)he is not the real politician
3)he is going to be slaughted along the way
4)i have to go, ada arahan agar dia meletak jawatan?
5)antara 3 isu yg dia highlite ialah sarapan percuma, isu internet, & kasut hitam
6)suara netizen memuji perlaksanaan dr mazlee sepanjang 20 bulan, namun tidak kedengaran sblom ini
7)idealism yg kononnya bisa merobah confort zone
8)ada yg tidak berkemampuan @reluctant politician
9)membuka ruang utk TM merombak cabinet, slps kekalahan di prk tg piai
10)PH gagal dlm isu mengembali trust rakyat, koodinasi dlm komunikasi gagal
11)mengapa menteri2 lain tidak terkorban atau dikorbankan?
12)dr mazlee tidak memberi alasan yg jelas, namun dia memulangkan semula jawatan Menteri Pendidikan  kpd TM, pada hari pertama persekolahan (timing yg perfect utk maxsimum impact & coverage).

*****

MENANGGUK DI AIR KEROH

Ketika Dr Maszlee jadi menteri, apa yang kamu tak kutuk dia. Dari kasut hitam hinggalah status FB lama dia kamu ungkit. Sampaikan Wardina pun kamu kutuk sebab sokong Dr Maszlee.

Bila saja Dr Maszlee letak jawatan, kamu cuba menangguk di air keroh. Konon mahu membela Dr Maszlee, padahal beliau tidak mahu semua itu.

Apa yang Dr Maszlee mahu ialah kita terus perkukuhkan Pakatan Harapan supaya agenda reformasi negara dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

Dr Maszlee juga sedar bahawa disebalik segala kekurangan dan kelemahan PH, ianya tetap menjadi satu-satunya harapan terbaik untuk rakyat.

Alternatif kepada PH adalah bencana buat negara.

Jamzuri Ardani.

*****

MEREKA SERANG  BERJEMAAH.....AKHIRNYA

PERLETAKAN JAWATAN DR MASZLEE KEMENANGAN BESAR UNTUK DAP?

Berdasarkan pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

ISU 1: TIADA PERUNTUKAN SEKOLAH MENENGAH PERSENDIRIAN CINA

Seawal Julai 2018 lagi bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.

ISU 2: GURU AGAMA SEMENANJUNG JADIKAN SARAWAK MEDAN DAKWAH

Datang bulan Disember 2018 bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Paling keras adalah kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.

ISU 3: KUOTA PELAJAR MATRIKULASI UNIVERSITI AWAM

Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90% Bumiputera dan 10% bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar matrikulasi universiti awam yang menyebabkan 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.

Empat serangan paling keras datang daripada:
(1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and UMNO politicians?
(3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.
(4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.

ISU 4: PENGAJARAN TULISAN JAWI DI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN

Bila pengenalan tulisan jawi di sekolah jenis kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”

Antara yang paling lantang menyerang adalah:
(1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli EXCO Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”
(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”
(3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can't take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”

ISU 5: KOMIK ‘INISIATIF JALUR DAN JALAN MERAIH MANFAAT BERSAMA’

Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.

Kali ini beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau menteri dilantik PH atau UMNO? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada UMNO yang rasis?”

ISU 6: SOALAN PEPERIKSAAN HUBUNGAN ETNIK UNIMAP

Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan bagi mata pelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.

Antara yang paling lantang menyerang adalah:
(1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”
(2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”
(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”

Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah perletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.

Malah tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.

Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?

Dr. Kamarul Yusoff

*****

Padan muka kau maszlee!

Itulah dah cakap, jawatan menteri untuk orang bodoh. Kau ada phd, kau nk masuk jugak. Skrg apa cer? Padan muka kau!

Dulu masalah budak kecil dan miskin nk jaga kasut mereka. Mana dengan basuhnya mana dengan kapurnya. Mana dengan nak dijaganya. Asrama pula mengada nakkan kasut itam. Nak main futsal masa waktu pj, nak kena kasut sukan lagi. Takkan lah nk usung kasut putih tu kemana2. Pening famly miskin ni fikir. Menteri bertukar2 tak penah peduli pun hal ni. Yelah, menteri kot.. takkan nak pandang kaki budak miskin kan? So lantaklah mak pak dia nk berhutang pun. Kasut je pun. Tiba2 kau datang maszlee, by one simple arahan, tukar kasut hitam. Simple. So bdk miskin tadi ni tak pening dah, all-in.. tahan lasak. Apa kau dpt maszlee? From that day, orang gelar kau menteri kasut hitam! Yelah, tu tanda visi kau membumi, sbb tu kau nampak kasut. Cuba lah kau belajar dari menteri sorang lagi, visi dia melangit, sebab tu dia nampak kereta terbang! See, dia tak kena tekan pun ngan gergasi politik. Padan muka kau!

Kan orang dah ckp, kpm ni lubuk duit. Kau ingat sapa nak peduli sekolah di ulu sabah sarawak dan hutan hutan? Kalau buat sekolah cantik cantik pun, diorang bukan datang pun. Diorang sibuk kutip petai dihutan. Buat ala kadar sudahlah, lebihan duit tu boleh jugak tampung melancong, kereta baru, anak bini, ketua2 cawangan semuanya nak kena suapkan makan. Tetiba kau datang, kau beriya iya nak pertahankan sekolah2 hulu tu.. siap usung gambar sekolah tu ke parlimen. Beriya betul. Kau ingat orang hairan? Orang x pandang la sekolah busuk hulu kampung tu. Menteri nak turun sekolah pandai, sekolah elit, ada jamuan besar besar, seluar pun tak kotor,  ada alumni korporat jutawan, alih alih kau jadi menteri, kau pergi turun sekolah usang. Low class! kan dah mendapat. Padan muka kau!

Orang dah pesan, jadi menteri ni, jangan cuba memahami. Tapi cuba difahami. Semua menteri buat mcmtu. Alih alih kau beriya iya nak memahami bebanan tugas guru bagai. Segala fail2 report yang merepek meraban tu semua tak perlu buat dah. Eh kau sapa? Kau tau tak ppd jpn dan nazir tak respect pun arahan kau. Diorang still tekankan fail berbanding murid. Murid bodoh piang takpe, asalkan fail lengkap. nazir dan menteri dulu turun tengok fail, tapi kau turun tengok murid. Kau dah kenapa? Murid tak pentinglah lee! Yang penting fail tu,  menipu pun takpe, janji fail report tu lengkap. Ini amalan biasa penjawat awam. Kau nak lawan arus? Kau tahukan selama ni bila jpn kpm turun sekolah, cikgu sibuk mempersiapkan fail. Bukan mempersiapkan budak.  Sbb diorang tak heran pun kat budak, yang penting fail semua tu. Kau datang nk buang semua ni.. marahlah diorang, ini kerajaan fail, laporan, meeting, jamuan, rombongan dan bungkus lauk lepas meeting. Tetiba kau nak tukarkan jadi kementerian "kemanusiaan". Skrg terimalah, fail kau tak cantik, letaklah jawatan! Padan muka kau.

Ni nak cakap.. cikgu duka lara, kenapa kau kisah sangat? Lantaklah dia tak jumpa suami dia ke isteri dia ke. Peduli apa. Kau menteri, fikir isteri kau sudahlah. Nak pakai beg apa kasut apa. Ini tidak, kau nak sangat tolong diorang. Dulu isu guru duka lara ni dah macam tanda2 kiamat. Punya susah nak settle. Alih alih kau datang, senang je kau settle. Banyak keluarga dah kembali tertaut. Kau melampau la maszlee, kau tak tahu ke dulu ni nak bertukar semua tu selain doa, cable kau kena kuat? Kau datang je semua cable tak function. Semua dilayan sama rata. Mana boleh macam tu! Dulu, guru nk angkat kepala dekat ketua pemuda kawasan pun takut. Sebab cable ni la. Tapi masuk je era kau, guru sendiri yang hina dan troll kau di facebook. Kau tak tukar pun mereka. Nak jadi baik konon, nah sekarang sebab kebaikan itulah kau 'ditukar'.

Orang dah cakap, bila ada jawatan kena berlagak sikit. Kau tak tahu ke cikgu yang baru naik gred 44 pun lain macam dia punya ketuk meja meeting? Cikgu yang bini datuk pun kena dihormati oleh pengetua walaupun dia mai kelas cuma melawa. Ini budaya dah lama. Alih alih kau datang nak jadi "pakcik". Apa kelas kau lee? Kan dah kena berhenti. Padan muka kau.

Nih satu lagi, orang dah cakap jangan kacau tokey besar. Elok2 je internet slow kat sekolah. Rileks je kitorang isi report budak berejam jam, pastu system down. Isi balik. Pastu internet putus, ilang semua data. Kitorang ok je guna data sendiri, asalkan jangan kacau "kawan2" menteri. Alih alih kau datang, kau hapuskan monopoli. Sapa nk tender kena peform. maxis digi celcom semua dapat, fight servis sapa terbaik. Abis internet jadi laju. Nk google apa pun senang. Google classroom frog semua tu dh boleh senang access. Susahlah cmni, internet ni kan senjata yahudi. Hmm.. kau degil. Tengok kan dah kena nasihat berhenti. Padan muka kau maszlee.

Orang dah cakap, persetankanlah jawi tu. Bukan penting pun. Budak x reti baca jawi, apa kesannya? Alah sekadar x boleh baca quran. X penting pun. Yang penting budak boleh jadi saintis, engineer doktor. Quran tu hal peribadi la. Umno parti keramat melayu pun bunuh jawi dulu, alih alih kau barua DAP nak angkat jawi. Kau siapa lee?

Satu lagi uec, kau tak iktiraf kenapa?Dong zong  dah marah kau. Kau ingat diorang sapa? Diorang kan bumiputera asli. Kau tak tahu ke uec ada dalam manifesto ph dan bn? Kau tak paham lagi? Follow je. Gergasi politik ni dua2 side sama ja.. tapi kau degil, nak jadi hero bangsa jugak. Last tengok, bangsa ni jugak yang hari hari ketawakan kau troll kau pasal kasut hitam pasal tol simpang renggam.

Padan muka kau!
Takpelah.. kau ada phd, nama kau besar dalam akademik. Berebut universiti nak kan kau. Tak cukup dalam, luar negara pun nak. English fluent, arab fluent..agama pandai, akademik pandai.. nak apa lagi kan?

Kami ok. Cuma pasni, pakcik mana lah yang nak peduli kasut anak anak kami. Pakcik mana lah yang nak kisah sarapan pagi anak anak kami kan..
Padan muka kau maszlee.. kau boleh berehat, keluar dari kereta yang kau pandu kami ke depan. Sedang kami didalam, diam menanti, siapa yang akan pandu kami ke belakang kembali. :(

-Ust Ibnu rijal-

*****

Sesungguhnya pengumuman perletakan jawatan YB Menteri Pendidikan ini telah mengejutkan tidur yg lena rakyat marhain, warga netizen, dan meledak perbincangan di media sosial.

Apakah masalah persepsi menjadi faktor utama dan kelompok yg menguasai naratif media social dan media arus perdana mencorak persepsi itu. Persepsi mungkin begitu negetif hingga melindungi prestasi dan keupayaan sebenar beliau. Persepsi mungkin telah mengatasi realiti.

Secara konklusi saya berpendapat Dr Maszlee yg berlatar belakang tokoh akademik, pemegang PhD, dan pendidikan agama yg mampan, telah berjaya melaksana beberapa perkara pokok sepanjang 20 bulan keberadaannya. Segala blueprint itu bisa diteruskan oleh menteri yg baru ini. Koodinasi komunikasi untuk menjelaskan plan perlaksanaan polisi pendidikan agak lemah berbanding dgn persepsi yg di apungkan di dunia siber. Hasilnya seorang menteri yg berhasrat melakukan perubahan yg melawan arus atau zon selesa telah terkorban.

Jazakallah.

#IsuHangatAwalTahun




Sunday, December 15, 2019

TUNGGU



Tunggguuuu....

Tagline di TV3 satu masa dulu. Apa yg ditunggu? Episod akan datang.

Janji untuk melepas jawatan PM kepada DSAI masih relevan.

Persoalannya bila?

Ada yg mentafsirkan bulan jun tahun depan. Ada yg kata selepas 2 tahun. Ada yg faham selepas 3 tahun.

Tapi bila keluar kenyataan, "Selepas masalah negara selesai..."

Maka perspektifnya nampak berbeza.

Ada yg menterjemahkan kenyataan ini sebagai PM akan menghabiskan term 5 tahun pemerintahannya. Kemudian akan diadakan PRU-15. Iaitu DSAI back to square one. Kalau DSAI bernasib baik dicalonkan semula sebagai calon PM-8, so be it.

Itulah yg agaknya bakal berlaku.

PAS awal2 lagi dah memberi sokongan TM kekal hingga habis term. Umno pun begitu juga. Team AA pun menyokong idea TM kekal supaya kestabilan ekonomi dapat dipulihkan. Maknanya kelompok2 ini memang tak minat DSAI dapat jadi PM-8 secara pindah milik macam tu je. DSAI got to fight for it in the next GE. Nampak gaya itulah yang cuba di ketengahkan. Kem DSAI mungkin faham.

Atau pun kalau DSAI udah bengang dan retak menunggu belah atau telor di hujung tanduk, maka by hook or crook PM wajar dipaksa berhenti. Supaya DSAI dinobat sebagai PM-8.

But kata orang jawa, too much at stake.

Apa langkah seterusnya? Nak go to the street macam zaman2 reformasi tu agak kurang logik. Nak syor undi tak percaya di Parlimen? Yakin ke? Apa lagi? Nak kasi pressure till collapse...hmmm. Boleh try.

TM ni pun pakar strategi politik. Bacaan TM beberapa langkah ke depan. Biasanya lah. Apakah episod penjara semula DSAI dengan sabitkan soal undang2 bakal berlaku lagi? Maybe. 

Atau TM ada percaturan pakatan politik yg baru? Yang bisa melibatkan PAS, Umno/BN & geng AA? Wallahu'alam.

Kita tunggguuuu.....

Episod seterusnya.


#BicaraPolitikKedaiKopi




Sunday, December 1, 2019

TIME OUT


Masa makin suntuk. Time is running out. You can fool people sometime. But you cannot fool people all the time. The basis of toppling the previous government is to stop the corrupt government and provide a better government for the people.

Terlalu banyak isu2 yg timbul. Yg terbaru reunion parti komunis & malaysian tatoo expo. Blom reda isu abu chin peng dan edar komik propoganda. Aduhai. Kecelaruan identiti atau ada agenda tersembunyi. Jika gagal ditangani, momentum tidak senang rakyat marhain mungkin merebak lebih luas.

Kesannya mungkin parah untuk kerajaan memerintah. Kerana by nature pun setiap gerak kerajaan akan dipantau like a hawk. Setiap sentuhan kecundang bakal membawa diri ke pusara dilebuhraya.


******

LUAHAN NETIZEN : KERAJAAN PALING BANGSAT SEPANJANG SEJARAH POLITIK NEGARA.!??

Dulu berlagak hero. Bermacam janji ditabur. Bila dah dapat kuasa, mengaku baby baru lahir pulak.

Di atas pentas, dilihat cerdik pandai. Petah berkata kata ramai terpegun. Rupanya cerdik cakap, seperti tong kosong dan pulak tu, tipu sijil.

Sebelum PRU janji hapuskan tol. Yang dihapuskan pula ialah jurutol, laluan tambah nilai dan diskaun AES.

Berdegar-degar mereka tegas nak mansuhkan AES. Namun, kamera AES ditambah lagi.

Dulu nak mansuhkan PTPTN. Tapi yang dimansuhkan ialah diskaun PTPTN.

Dulu janji nak bela rakyat. Sekarang seru rakyat ikat perut pula. Biar merana. Hutang makin bertimbun, rakyat ikat perut.

Sebelum PRU, tuduh BN jual negara. Selepas PRU, jual aset negara secara lambak.

PH janji dalam manifesto untuk turunkan kos sara hidup Rakyat. Tapi apa yang PH hadiahkan Rakyat ialah cukai jualan 10%, cukai servis 6%, cukai gula, cukai RPGT naik, levi pelepasan udara, harga elektrik naik (3 kali), harga gas naik, harga air naik, harga pos naik, cukai digital, harga petrol naik, cukai taksiran naik.

Pada masa yang sama, bantuan rakyat dimansuh dan dikurangkan.

Pun begitu, segala dividen dan hibah tabung rakyat jatuh ke paras paling rendah dalam sejarah.

Dulu dakwa BN tak tahu urus ekonomi. Bila PH berkuasa, pasaran saham Malaysia menjadi paling corot dalam dunia sehingga dikalahkan oleh Zimbabwe dan Venezuela.

Masa meminta undi, mereka janji akan bela nasib penjawat awam. Selepas berkuasa, dikatakan penjawat awam tak efisien.

Kenaikan gaji ditangguh. Jumlah penjawat awam dikurangkan dan pencen mereka diancam. Tak habis-habis canang rule of law dan anti-rasuah.

Tapi yang mereke gelar "bapa perompak negara" dilantik PM, kes rasuah Guan Eng digugur dan dilantik untuk jaga wang negara, laporan RCI skandal BNM ditarik dan kes dijadikan "tiada tindakan lanjut".

Berpuluh kes pemimpin-pemimpin PH juga digugur satu persatu.

Rasuah pengundi menjadi halal dan "kebetulan". Menteri tak dapat dicam muka. Anak menteri terlepas. Kes Adib menjadi sunyi.

AG, PDRM, SPRM. SPR. Satu persatu dilantik orang mereka.

Rule of law menjadi rule of jungle.

Dulu dakwa hutang negara terlalu tinggi. Negara sudah bankrap, kata mereka. Selepas menang, hutang berlumba-lumba naik RM120 bilion dalam masa 16 bulan. Dan dijangka naik RM53 bilion lagi tahun depan.

Bila Rakyat tanya PH, kenapa PH cakap tak serupa bikin? PH jawab semua salah Najib dan BN. Sanggup minta Rakyat undi PH lagi.

Sampai bila nak telan temberang mereka? INILAH KERAJAAN PALING BANGSAT SEPANJANG SEJARAH POLITIK NEGARA.!

Netizen.

*****

Mungkin curahan rasa Netizen di atas memberi sedikit gambaran sentimen hilang sabar, rasa tertipu dgn janji palsu, rasa meluat dgn kerajaan yg tak kompiten, atau sekadar kecewa kerana tidak mendapat impak selesa sebagai rakyat yg mengharap sesuatu yg signifikan drp kerajaan yg mewar2 kan malaysia baru.

Yang di lihat tiada pun sangat yg baru itu. Malah lebih sadis lagi ialah rasa selesa yg masih berbaki pun mula terhakis satu demi satu. Masa makin suntuk.

Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.

#RakyatMemerhati
#DemiMasa


Wednesday, November 27, 2019

KONTROVERSI PH



Saya terpanggil untuk memberi sedikit komentar perihal suasana politik semasa. So far saya perhatikan krajaan PH ni byk kontroversi & isu2 negetif yang telah timbul sepanjang 18 bulan berkuasa. Nak kata bersih rasuah pun tak jugak. Nak kata byk bwk kebaikan atau feel good factor utk rakyat pun tak jugak. 

Statement2 menteri byk yg tak brapa cerdik, ponteng sidang parlimen pun satu hal jugak. Isu bendera, isu hina agama, isu jadi khadam dap. Isu bila dsai akn jadi atau tak jadi PM. Isu bangsa melayu yg agak terpinggir termasuk beberapa kes high profil yang tidak memihak kepada orang melayu.  Semua ini rasanya akn contribute kpd jangkahayat PH. 

Apatah lagi indication asbab kalah dgn majoriti besar di prk di johor tempoh hari, sesuatu yg agak memalukan kerajaan memerintah. Mentera krajaan sepenggal mungkin sangat benar & logicable. Krana rakyat tengok malaysia baru tidaklah sebagus mana pun, malah dlm beberapa hal & aspek agak lebih teruk drp malaysia dulu. Ini pemerhatian rata2 rakyat biasa atau kelompok atas pagar. Jangka saya swing of votes bisa terjadi di pru15 nanti. 

PH better buckle up b4 its too late. Wallahu'alam. 

*****

BENDERA BINTANG LIMA BUKAN ISU REMEH

Insiden bendera berbintang lima yang dikatakan kesilapan teknikal oleh pihak kontraktor Teknologi Maklumat (IT)  bukan isu yang boleh dibiarkan begitu saja, adalah tidak logik jika ada mana mana rakyat malaysia tidak kenal jalur gemilang ini.

Apatah lagi isu ini terjadi dalam majlis rasmi anjuran Persatuan Bola Keranjang Malaysia.

Permohonan maaf saja tidak mencukupi. Kontraktor terbabit bersama pegawai pegawai di pihak (MABA) perlu bertanggungjawab dan disiasat secara sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Jika dikesan mempunyai motif khianat dan agenda tersembunyi mereka ini patut diberi hukuman yang setimpal mengikut undang undang.

~Mohd Sukor Abdullah

*****

ISU PONTENG PARLIMEN

Mudah ja utk menangani MP yg tak tahan sejuk ni..jangan bagi undi dah...mereka ni nampak gayanya lebih suka bekerja dan efektif bersidang di jalanan/dataran  sampai sanggup berembun di dataran..so next pru ni.. jom kita "kembalikan" mereka ke dataran.

~Shaharuddin Abdul Shatter

******

ISU KONTROVERSI

Apa yang tak kena dengan kerajaan sekarang ya? Saya pun hairan. Ada sahaja isu. Belum reda satu isu, timbul lagi satu isu.

Ibarat kata...Belum sempat nyandor, udah terbingkas bangun lagi.

~Abu Iqbal

*****

SIMBOLIK ABU CHIN PENG

Abu mayat Chin Peng adalah isu negara kerana melibatkan pengaruh dan perjuangan ideologi komunis. Bukan masalah abu. Ia lebih kepada simbolik pengaruh dan perjuangan Chin Peng tokoh komunis yg menjadi inspirasi pendukung ideologi ini.

Hairan bagaimana ia disepikan dan kemudian dihebahkan bila semua selesai. Sepatutnya apabila melibatkan isu negara, ia perlu mendapat keizinan kerajaan. Tiada sebarang kenyataan dari pihak kerajaan buat masa ini.

Bagaimana abu boleh dibawa masuk, ia tidaklah menghairankan kerana ribuan manusia masuk bekerja secara illegal pun terlepas.

Lokasi abu disemadikan di laut berhampiran Lumut dan hutan banjaran Titiwangsa juga simbolik, berkemungkinan menggambarkan sejarah perjuangan mereka "menguasai" semenanjung Tanah Melayu dengan elemen-elemen komunisme yg menjadi darah daging Chin Peng. Hutan adalah simbol perjuangan gerila komunis yg dipimpinnya yg berpusat di hutan belantara Malaya.

Kejayaan mereka membawa balik abu Chin Peng dan pemilihan tarikh abu ditabur pada 16 September, bersamaan hari Malaysia, juga kemungkinan satu simbolik terhadap kejayaan perjuangan tanpa putus asa mereka membawa pulang tokoh pengganas komunis ke Malaysia. Simbolik penentangan terhadap penubuhan Malaysia.

Keberanian menghebahkan cerita ini di sidang media dan memaparkan sokongan pengikut dan keluarga tanpa segan silu kepada massa patut dipersoalkan kerana ia seolah menormalisasikan pengaruh komunisme dan menghalalkan segala kekejaman dan kezaliman komunis yg terpahat dalam sejarah negara. Sejarah perjuangan dan pengorbanan perajurit kita menentang pengganas komunis seolah peejuangan sia-sia.

Mengikut kajian dan catatan sejarah, Chin Peng adalah komunis sejati yg mempertahankan ideologi komunisnya hingga akhir hayat. Dia tak pernah menyesal dengan perjuangannya. Sebab itulah kerajaan dahulu tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dan tidak membenarkan abu mayatnya dibawa pulang. Justeru, jika tiada kenyataan menentang perkara ini dari pihak kerajaan sekarang, ia seolah-olah menggambarkan perjuangan komunisme telah mendapat pengiktirafan negara!

Ia bukan isu abu mayat, ia isu simbolik perjuangan dan pengaruh komunis di tanah air kita. Hubaya hubaya tuan puan semua.

~Saadan Man

*****

Begitu lah antara sample sentimen yang saya dapati diluahkan di media sosial perihal suasana dan keadaan semasa di nagara tercinta ini. Kita boleh pejam mata dan buat2 tak dengar. Atau sekiranya sebagai penyokong tegar PH masih tidak mahu menegur malah mempertahan diri secara pekak badak. 

Namun pada pendapat saya apa jua kelemahan wajar di perbaiki, justru perlu di tegur atau di highlite. Begitu juga segala kebaikan juga wajar diberi kredit malah di war-warkan agar rakyat pun perasan. 

Peluang untuk menjadi kerajaan telah diberi oleh rakyat pasca PRU14. Maka tunjukkan kepada rakyat bahawa anda memang deserve untuk menjadi kerajaan memerintah yang boleh memberi nafas baru, malaysia baru yang bisa memakmurkan rakyat semua. Bukan kerajaan yang suka mencetus kontroversi, cakap tak serupa bikin, dan lebih teruk lagi bila di label sebagai bodoh, lembab dan malas. 

Apatah lagi dengan krisis dalaman parti, dan sindrom sekapal tapi tak sehaluan. Maaf kalau terasa sebab siapa yang makan cili padi memang rasa pedas itu menyiksakan lidah. Jika momentum kebobrokan dan kepincangan PH ini mencapai tahap hadlaju maksima, maka tidak mustahil alternatif baru atau peluang baru akan di buka untuk kelompok lain pula menggantikan kerajaan yg baru memerintah setahun jagung ini. Wallahu'alam.

@@@

Saturday, October 5, 2019

GST KEMBALI?

Index Bursa KL Terus Merundum

Banyak sebenarnya kes2 kontroversi yg memberi impak negatif & imej buruk kpd PH di mata rakyat marhain, walaupun tak sampai 2 tahun memerintah. 

Sebagai penyokong tegar PH sewajarnya peka dan turut menegur jika ada yg tak kena. Itu lebih baik utk meletakkan PH di landasan yg benar yg dpt membantu jangkahayat PH utk bertahan lebih drp sepenggal. Bukan skadar sokong membabi buta, pejam sebelah mata kpd setiap isu2 kontroversi yg timbul & yg hangat di bicara rakyat biasa. 

Bak kata org kuat PH...Sapa yg kuat kelentong atau berbohong terajang je...

Dont wori be hepi
PRU15 dwi parti sistem insya-Allah
Rakyat buatlah pilihan skali lagi..
Harap pilihan yg betul.

Lately paper & media massa dok bwk tagline kalau rakyat nak balik GST mungkin kita akn pertimbangkan,  mcm bagi hint yg jelas...

Bak kata KJ dulu kat parlimen, knapa hapuskan trus GST kalau ia dpt menjana income utk krajaan, yg perlu ialah ubahsuai, mungkin kurangkan kadar dsb. LGE jwb kita dah janji masa PRU utk hapuskan GST. Yg selebihnya tinggal sejarah. Rakyat tetap dlm suasana kos hidup yg tinggi, malah feel good factor pun makin terhakis. Hutang negara pun bukan makin berkurang nampaknya, malah byk asset negara pula terjual, index bursa merundum. Jadi wajar la kot jilat balik apa yg di ludahkan, smoga tak jadi krajaan sepenggal.

Ya benar PH berjaya menjadi krajaan yg lebih telus, mendedah sgala kepincangan krajaan terdahulu, namun kelihatan agak lemah dlm balance act antara usha menjadi krajaan telus yg berpaksi kpd realiti dgn memberi rasa feel good kpd rakyat marhain.

Perlu di ingat PH berjaya menumbang krajaan BN di PRU14 atas bantuan pengundi atas pagar yg telah swing kpd PH atas momentum kepincangan BN sebagai krajaan rasuah, skandal 1MDB, kos sara hidup tinggi, dsb.

Pabila PH menjadi krajaan, rakyat marhain tidak byk mendapat apa yg diharapkan. Kos hidup terus meninggi, pendapatan pula tidak pun meningkat, malah di bebani pula dgn pelbagai rasa kurang enak, menggugat selesa. Banyak pulak isu2 kontroversi yg membabitkan bangsa melayu, agama islam, dan kedaulatan raja2 yg timbul. The sense of protection & security telah terguris.

Maka ada momentum utk menjadikan PH sekadar kerajaan sepenggal. Malah YB Menteri Kesihatan pernah mengingatkan agar jgn di amalkan zikir kerjaan sepenggal ini, takut2 termakbul.

PRU15 bakal lebih matang utk rakyat memilih bukan lagi 3 penjuru. Kini ia menjadi 2 penjuru. Dua blok parti politik akn bertarung 1 lwn 1. Momentum yg dimainkan di media sosial bakal sekali lagi menjadi penentu utk kelompok atas pagar, yg khabarnya membentuk 55% drp jumlah pengundi. They will decide. Sebagaimana mereka telah mengangkat PH di PRU14. Kini kelompok ini jugalah yg boleh menidakkan PH kembali bertakhta.

PH wajar peka. Jangan rasa diri tidak perlu ditegur atau merasa pandangan orang lain itu semua tidak betul. Jangan ulangi sindrom BN dulu dlm aspek ini.

Kini keyword yg kerap didengar ialah PH kencing, cakap tak serupa bikin, janji munafiq, kerajaan u-turn, ludah jilat balik, dan yg sewaktu dgnnya. Awas !!! takut2 ia janji sinonim dgn PH dan terpahat di minda rakyat. Ingatlah momentum yg dibawa ke PRU15 sangat signifikan utk menentu halatuju mood atau swing pengundi atas pagar, iaitu kelompok majoriti.

Berikut saya paparkan satu drp pelbagai pandangan yg disuarakan di media sosial perihal krajaan yg memerintah..

*****

DARI SUDUT APA KITA HENDAK BERCAKAP TENTANG PH?

Menghampiri setahun setengah PH berkuasa, bukan sahaja penganalisis malah rakyat biasa sudah boleh membuat perbandingan dan rumusan. Rupa yang dikatakan sebagai Malaysia Baru tidak ditemukan paras indahnya. Agaknya inilah akibat kemenangan tak bermaruah hasil politik fitnah oleh arkitek pembohongan.

Dari sudut politik. PH adalah koliasi kahwin paksa dengan doktrin dan  ideologi berbeza. DAP dengan stigma Malaysian Malaysianya yang mengangkat kepentingan bangsa Cina. BERSATU serpihan UMNO hanya menumpang kekuatan DAP dan PKR di Parlimen umpama ular lidi berlagak naga. PKR adalah kepimpinan lalang yang diketuai oleh PM dalam khayalan. PAN hanyalah terompah jamban untuk DAP yang dogmatik.

Dari sudut Pendidikan. PH gagal mengotakan janji untuk memansuhkan PTPTN. Rafizi yang pernah lantang kini seperti tikus melihat besi. Silibus sejarah tentang negara hendak diubah sesuka hati mengikut ideologi sayap kiri. UEC yang bercanggah dengan dasar Pendidikan diberi keistimewaan. Jawi yang sedia terpinggir geger ditentang. Warna kasut dan stoking Menteri Melayu fikirkan. Doa di biara dimasukkan ke dalam dewan persekolahan.

Dari sudut ekonomi, saham dan mata wang jatuh merudum. Hibah Tabung Haji 6.25% di zaman BN 2017, kini tercekik pada mata hanya 1.25%. Dividen dan bonus Lembaga Tabung Angkatan Tentera           ( LTAT ) dari 12.5% pada 2017 menyusut ke 2.0% pada 2018. Peniaga kecilan Melayu dihalau dan diambil tindakan. Penjaja Cina dipandang dengan sebelah mata walaupun sudah bertahun mengotori pandangan ibukota.

Dari sudut keharmonian kaum. Hinaan terhadap institusi Islam dan Raja berleluasa. Bukan lagi berselindung, malah makin berani secara terbuka di media massa. Cabar-mencabar menunjuk kekuatan dan kesamsengan gangsterism. Melayu, Cina dan India masing-masing sudah diasuh untuk saling curiga. Sedangkan dahulunya harmoni dalam kepelbagaian bangsa. Hidup rakyat Malaysia macam satu keluarga.

Dari sudut hubungan dengan negara luar. PM Malaysia diperlekeh dan diperhina. Macam tak ada orang muda berkarisma dan berkaliber untuk memimpin negara. Negara tidak lagi diperkatakan sebagai model dunia global. Hilang kekuatan ekonomi untk dibanggakan. Negara ASEAN lain semakin maju. Malaysia yang dicintai semakin lenyap di belakang.

Dari sudut agama. Ada Menteri pelbagai agama – agama lain diberi perhatian, konon kesaksamaan. Apabila Islam diinjak dan dicerca, Menteri pelbagai agama membungkam. Sebaik sahaja bukan Islam menjadi mangsa, wah Menteri pelbagai agama ‘mengrahmatan lil alamin’ melebihi paderi dan sami. Ummah menjadi keliru, di manakah agenda memartabatkan agama dan ummah sendiri? Di mana istikharah kasih terhadap Ilahi?

Dari sudut apa kita hendak bercakap tentang PH? Segala-galanya menyakitkan dan melukakan. Inilah implikasi salah undi di tangan. Fitnah, sekular dan sosialis diyakini benar. Ulama dan Islam dikesampingkan dan diragui kejujurannya. Allah bayar cash – itulah yang ditanggung pada hari ini.

~MampuCenter

*****

Akhir kalam, usah selesa dihujung tanduk, kelak tergolek jatuh pecah berkecai.

#PolitikMatang
#RakyatSejahtera



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...