Please CLICK

Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Sunday, March 23, 2014

PRK Kajang Post Mortem



Alhamdulillah keputusan PRK Kajang pun sudah diumumkan. Pelbagai pihak telah memberi komen dan reaksi masing2. Cuba kita buat sedikit post mortem. Kita berkongsi maklumat agar faham hakikat. Dalam keributan kes kehilangan pesawat MH370 yang sudah masuk hari ke-17 yang belum mendapat penyudah konklusif, kita di hidangkan dengan PRK Kajang yang berlangsung semalam.

Seorang Pak Menteri khabarnya ada memberi komen, "DP Chew Mei Fun telah dapat pertingkat sokongan pengundi kpd BN. DS Noh dan Dt Johan, syabas kerana kerja keras, BN teruskan usaha utk jaya."

Pada PRU 13 lalu calon BN mendapat 12,747 undi manakala pada PRK 2014 calon BN Chew Mei Fun hanya mendapat 11,362 undi, iaitu perbezaan kekurangan undi 1,385 undi. Meningkat kot angle mana itu Pak? 

Jadi jelas komen Pak Menteri itu berdasarkan fakta yang salah. Sebagai rakyat bijak dan celik fakta, janganlah kita mudah menerima bulat2 apa yang dipaparkan di media. Post mortem kita hendaklah berdasarkan fakta bukan auta.

  • Kali ini calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berjaya meningkatkan jumlah undinya kepada 59.43% berbanding 57.99% daripada jumlah undi keseluruhan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) lalu.
  • Dalam PRU13, calon PKR, Lee mendapat 57.99% undi iaitu 19,571 undi daripada 33,749 undi yang dibuang semasa pilihan raya itu.
  • Dalam PRK kali ini, Dr Wan Azizah mendapat 16,741 undi manakala calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.
  • Dr Wan Azizah menang dengan majoriti 5,379 berbanding 6,824 yang dimenangi penyandang kerusi Lee Chin Cheh dalam PRU13 lalu, kurang 1,445 undi.
  • Selaras dengan peratusan keluar mengundi hanya 72% kali ini, jatuh 16% berbanding 88% pada PRU13 lalu.

Chew mendakwa, beliau berjaya menaikkan peratusan undi Cina daripada 18% dalam PRU13 kepada 24.8% dalam PRK kali ini. Satu kejayaan bagi BN. Mungkin strategi BN meletakkan calon berkaliber berbangsa cina dari parti MCA membuahkan hasil yang diharapkan.

Namun pada masa sama BN kehilangan banyak undi melayu. PKR berjaya meningkatkan undinya di kawasan melayu di samping kawasan pengundi muda. 
  • Dalam PRU13 lalu, calon BN menang 420 undi di Sungai Kantan namun kali ini hanya menang dengan majoriti 225 sahaja.
  • Di Sungai Sekamat dan Taman Delima, dua lagi daerah mengundi majoriti Melayu, PKR berjaya memenangi kawasan yang selama ini menjadi kubu Umno itu.
  • Di Sungai Sekamat, PKR menang 45 undi berbanding kalah 239 undi dalam PRU13 lalu.
  • Di Taman Delima pula, PKR menang tiga undi berbanding kalah 123 undi dalam PRU13 lalu.
  • Di Batu 10 Cheras, majoriti BN berjaya dikurangkan kepada 151 undi sahaja.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyatakan keputusan PRK ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. “Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu. Sementara itu bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya." Rafizi merumuskan, "Ini akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah."

Apakah pengundi memilih calonnya berdasarkan kaum? Iaitu majoriti kaum melayu memilih Wan Azizah manakala kaum cina memilih Chew? PRK ini masih penuh dengan isu perkauman. Mengapa perlu lagi kita menggunakan pendekatan perkauman untuk meraih undi? Juga terserlah kempen benci membenci antara parti juga luar biasa hebatnya. 

Moving foward, apakah ini yang kita inginkan dalam senario politik matang negara? Mungkin keadaan ini subur bukan bersifat percanggahan ideologi lagi, tetapi lebih kepada kebencian dan dendam kesumat pada sentimen, kezaliman dan kekuasaan.

Saya ingin melihat senerio politik Malaysia bergerak ke depan dengan membahaskan pelbagai isu dengan wadah intelek bukan caci mencaci atau komen2 bodoh dan tidak bertanggung jawab. Berhentilah membuka mulut di media atau menulis di twitter dan media sosial kata2 yang menyerlahkan kebodohan dan kerendahan level intelek seseorang yang bergelar pemimpin. 

Sandarkan penyataan anda dengan fakta yang solid bukan sekadar pandangan sebelah pihak atau berlunaskan fakta yang salah. Rakyat sudah celik minda walaupun tidak dinafikan ramai lagi yang jahil totok yang mudah di perkotak katekkan sesuka hati namun hormatilah masyarakat kita yang mahukan sesuatu yang baik untuk negara ini. 

Cukuplah menyalahgunakan media untuk memaksa rakyat menerima segala penyataan walaupun jelas salahnya atau kabur kebenarannya. Bergeraklah menuju era pendebatan terbuka dalam sesuatu yang menyentuh kepentingan negara dan rakyat ramai.

Keadaan turut berubah menurut peredaran masa dan keadaan. Dalam kes MH370 misalnya, kalau pada awal dulu larangan keras oleh pihak polis supaya tidak menyebarkan spekulasi namun hari ini polis menyifatkan spekulasi yang menular di Internet boleh membantu siasatan dalam misi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac. "Kami memantau semua spekulasi ini kerana kita merasakan sedikit sebanyak ia membantu dalam siasatan," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Pada pemerhatian saya banyak spekulasi bijak dan analisa2 intelek telah tersebar di internet dalam kes MH370 ini. Selagi tiada penyelesaian jelas atau persoalan demi persoalan belum terungkai secara konklusif maka spekulasi atau pandangan demi pandangan tidak bisa dibendung malah akan terus dihidangkan untuk tatapan dan penilaian semua pihak. 

Renung dan fikir. Bukankah itu antara fungsi akal yang Allah pinjamkan ini? Bukan sekadar percaya membuta tuli atau gagal menilai walaupun perkara mudah dan asas. 

Teruskan post mortem anda. Jadilah ahli masyarakat dan rakyat negara ini yang maju ke depan bukan undur ke belakang dalam mencari kebahagiaan bukan sekadar di dunia bahkan yang utama ialah mencari redha Allah dan kebahagiaan hakiki di Akhirat nanti.

@@@

Wednesday, March 12, 2014

Kajang Move 2.0


Kajang Move pada asalnya sangat meletakkan BN pada kedudukan terkejut dan tanpa sedia. Ia sesuatu yang tiada dalam jangkaan BN. Sekaligus meletakkan PR terutamanya PKR selangkah kedepan. Bila diumumkan DSAI bakal menjadi calon PRK Kajang ini maka sekali lagi BN macam tiada jawaban yang bersemangat seolah-olah kalah sebelum bertanding.

Pabila Kajang Move di lihat sebagai satu strategi high level untuk memposisikan DSAI untuk mengambil alih jawatan MB Selangor satu hari nanti, maka ia mula menjadi satu kemungkinan yang tidak boleh dipandang enteng lagi. DSAI bakal mengawal Selangor sebuah negeri catalyst, kaya ekonomi, pusat intelek dan pencetus perubahan. Ini bukan sebarang negeri. Menjadi MB yang bakal mencorakkan hala tuju sebuah negeri termaju di Malaysia bukan satu jawatan yang biasa-biasa, apatah lagi bila di duduki oleh seorang pemimpin bertaraf dunia seperti DSAI. Maka keadaan menjadi panas dan merimaskan.

Para strategist mula bersidang dan mengaturcara program. Laluan DSAI tidak boleh dimudahkan begitu saja. Walaupun pihak tertentu sering memperlekehkan DSAI as a nobody atau past his prime, tapi nampaknya DSAI is too good to be ignored just like that. He is a world class leader after all. Sayangnya tokoh pemimpin bijak, berakhlak dan amanah seperti DSAI tidak di beri sokongan padu oleh rakyat Malaysia untuk menampuk kepimpinan negara ini ke level yang lebih membanggakan. 

DSAI hanya dikekalkan sebagai ketua pembangkang di Dewan Rakyat. PM menanti at best jika PR dapat membentuk kerajaan persekutuan di PRU14 nanti. Perjalanan hidup seorang tokoh hebat sudah tentu penuh onak dan duri. Kita lihat tokoh seperti Nelson Madela atau Mohamed Morsi sebagai contoh. Namun yakinlah setiap kejadian itu tentulah ada hikmah di sebaliknya. Mungkin DSAI bukan yang terbaik buat masa ini untuk menampuk jawatan atau kedudukan tertentu itu atas pelbagai faktor. 

Namun apakah kita sebagai rakyat bijak dan peka hanya mahu melihat sahaja jika kezaliman berlaku di depan mata tanpa perlu ada rasa walau sekumit untuk bisa berbuat apa2? Saya melihat kenyataan rasmi IKRAM perihal hasil keputusan mahkamah dalam kes DSAI baru2 ini ada relevansinya:

*******


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengikuti secara dekat perkembangan proses perbicaraan serta keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang telah mensabitkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersalah di bawah Seksyen 377A dan dihukum penjara 5 tahun.

IKRAM mempersoalkan proses perbicaraan dan keputusan mahkamah berkenaan kerana terdapat unsur-unsur yang banyak menimbulkan keraguan. Di antaranya ialah;

a)Tarikh perbicaraan yang pada asalnya ditetapkan pada 7-10 April 2014 telah diawalkan kepada tarikh 6-7 Mac 2014, iaitu hampir dengan tarikh penamaan calon di Pilihan Raya Kecil DUN Kajang.

b)Keputusan sabitan dan hukuman diumumkan terus pada akhir perbicaraan pada 7 Mac 2014. Tindakan tergesa-gesa dalam memberi penghakiman bertukar (reverse decision) amat jarang berlaku di dalam kes rayuan seberat ini.

c)Penolakan permohonan mitigasi hukuman yang dipohon untuk dilanjutkan ke tarikh lain bagi membolehkan pihak pembelaan menyediakan dokumen sokongan untuk mitigasi hukuman. Lazimnya mahkamah memberi tempoh yang munasabah kepada peguam tertuduh dalam menyediakan hujah mitigasi.

Atas sebab itu, IKRAM boleh memahami mengapa masyarakat mempersoalkan kewibawaan mahkamah dalam mengendali dan memutuskan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan yang diambil oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan merupakan suatu hak yang diperuntukkan oleh undang-undang, namun hak ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya persoalan-persoalan dan kegusaran yang ditimbulkan di atas tidak dapat ditangani secara profesional dan berintegriti.

IKRAM dengan ini menegaskan:

1.Sistem kehakiman negara perlu memastikan keadilan itu bukan sekadar ditegakkan tetapi mesti dilihat ditegakkan.

2.Sistem kehakiman negara perlu bebas dan dilihat bebas daripada sebarang campur tangan politik atau desakan pihak eksekutif.

3.Kepercayaan rakyat kepada sistem kehakiman negara perlu dipulihkan dengan memastikan ia bebas, adil dan berakhlak.

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

*******

Apakah benar tanggapan ramai, bahawa keputusan mahkamah yang berlaku ini ada kaitannya untuk menghalalkan cara bagi menghalang kebangkitan DSAI terutamanya bagi memastikan DSAI tidak dapat mengambil bahagian sebagai calon PRK Kajang di hari penamaan calon pada 11 Mac itu?

Rakyat banyak merasakan ada yang tidak kena di sini. Ramai yang melahirkan simpati kepada DSAI. Banyak orang melihat ini sebagai penganyiaan kepada DSAI sekali lagi. Namun sebagai mana biasa apa saja instrumen termasuklah media akan digunakan bagi menghalalkan tindakan yang diambil. Ini satu peristiwa besar. Kemungkinan rakyat boleh bangkit menyuarakan tidak puas hati. Apakah tunjuk perasaan di jalanan bakal menyusul?

Pada esoknya rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sensasi kehilangan pesawat milik MAS iaitu kapalterbang jumbo Boeing 777-200 dengan 239 penumpang dan anak kapal di tengah Laut China Selatan. Hilang. Pelik tapi benar. Kehilangan MH370. 

Hari ini setelah 5 hari berlalu. MH370 tetap hilang tidak ada khabar berita. Pelik tapi benar. Tiada orang bicara soal DSAI lagi. Berita hangat DSAI di jatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana sabit kesalahan jenayah liwat tenggelam oleh berita yang lebih hangat dan panas, kehilangan MH370. Mungkin ini satu kebetulan?

Kini Kajang Move menyaksikan impian yang punah, anti-klimak dan irrelevant tanpa DSAI. DSWA kini menjadi calon ganti. BN mampu tersenyum. TPM sudah menyatakan BN bakal melancarkan mod ofensif dalam berkempen. Mungkin BN sudah impikan Kajang bakal ditakluki. Tapi satu yang pasti...satay kajang makin laris.

@@@

Sunday, February 24, 2013

Umpan Cacing Pilihanraya

Petikan kata2 TGNA kepada media yang tersiar dalam Sinar Harian 24/2/13. “Macam saya kata, kalau kita nak panggil ayam, panggil itik, ‘Hei itik, mari kau nak bagi ceramah agama..mana itik nak mari. Tapi kena bagi hampas kelapa, beri padi..ia akan datang. Seperti juga kita panggil, “Hei lembu kerbau, aku nak bagi ceramah…ia tidak akan datang, tetapi bila bagi rumput atau hampas, bagi nasi…ia akan datang.” Tambah TGNA lagi, “Kalau kita nak panggil orang bagi benda tetapi tidak beri ilmu, ertinya kita letak orang sama taraf dengan haiwan.”

Saya tanya Pak Mat di kampung fasal wang RM500 yang baru di terima. Tu dia happy giler Pak Mat. Maklumlah bukan senang nak senang2 dapat RM500 ni. Ini adalah kali kedua Pak Mat dapat. Tapi biasalah dalam majlis penyampaian wang BRIM2 ini sudah tentulah di ambil peluang oleh YB untuk berucap dan berkempen.

Antara poin2 yang dinyatakan ialah: Bagilah peluang kepada BN memerintah sudah tentu banyak lagi wang boleh diberikan kepada rakyat. PM pun sudah berjanji jika mendapat mandat baru dalam PRU13 maka kita akan bagi RM1,000 pula. Dan PM tidak mungkir janji kata YB tadi. Tidak seperti PR yang sentiasa berbohong dan gagal menunaikan janji pilihanraya mereka. YB tadi juga kata kita tak boleh campur aduk agama dengan politik. Kata dia orang agama pun kalau tak solat takleh masuk syurga jugak. Kata YB kalau tak mau tanah di negeri kita ini tergadai dan nasib rakyat tak terbela maka bagilah peluang BN menang.

Pak Mat kata Alhamdulillah kerana mendapat pemimpin yang baik sanggup bantu rakyat. Pak Mat kata aku sah akan pangkah BN. Pak Mat hanya mendasarkan maklumat apa yang dia dengar daripada mulut YB tadi dan juga sumber dari media arus perdana yang sememangnya di control oleh BN. Kita tidak boleh menyalahkan Pak Mat dan orang kampung sekelian.

Sebab itulah kesedaran ilmu itu penting. Islam meletakkan ilmu di aras tertinggi. Islam mahu kita bijak tidak bodoh. Orang bijak akan sentiasa memikir masa depan. Orang yang paling bijak ialah orang yang memikirkan masa depan hingga kepada kehidupan Akhirat. Sebaliknya orang munafik tidak akan fikir jauh sampai ke Akhirat. Apa yang orang munafik risau ialah keuntungan di dunia semata.

“Nabi Muhammad SAW beri apa kepada orang Madinah? Berapa banyak duit diberi kepada orang Madinah? Tetapi orang Madinah terima Nabi sebagai ketua Negara. Nak panggil presiden ke panglima perang ke kepada Nabi. Baginda diterima rakyat. Yang diberi hanyalah ilmu.” - TGNA, Sinar Harian 24/3/213.

Saya mendengar ulasan Ust Azhar, ibarat Pakcik ni dok simpan duit sikit2 nak pi haji, dah 30 tahun simpan maka terkumpul RM9,000. Tiba2 ada orang pecah rumah curi duit dia. Menangislah Pakcik ni mengenang nasib malang dia. Beberapa lama kemudian ada seorang pemuda datang jumpa pakcik ni katanya, “Pakcik saya dulu curi duit Pakcik. Maaflah kesalahan saya. Ni duit RM500 saya hadiah ke pakcik.” Pakcik itu begitu teruja dan tersenyum riang seraya mengucapakan ribuan terima kasih sambil memuji-muji kebaikan pemuda itu. Ada apa-apa yang tak kena dengan ini gambar?

Sebab itulah fakta PRU12 menunjukkan bahawa pengundi yang lebih berinformasi terutamanya di kawasan urban akan cenderung memilih PR. Nampaknya BN tiada cara lain melainkan mengumpan duit menjelang PRU13 ini untuk memenangi hati rakyat dan memancing undi. Ia hanya berlaku pada bulan2 terakhir penggal 5 tahun ini, bukan berlaku sepanjang 4 tahun pertama pemerintahan selepas PRU12. Duit itu masih hak rakyat, maka bila diberi ambil sajalah, tiada masalah. Ia bukan hak mana2 individu atau dana mak bapak dia. Duit itu dari dana hak kepunyaan rakyat.

Apa yang disembunyikan dan tidak di bincangkan secara terbuka di media arus perdana ialah hakikat penyelewengan, rasuah dan ketirisan ekonomi yang berlaku selama ini. Mari kita imbau sedikit sebanyak apa yang pernah tersiar di media2 alternatif sebelum ini. Informasi begini sudah tentu tidak sampai atau tidak jelas kepada orang seperti Pak Mat atau hantu Kak Limah. Jika mereka tahu begini keadaannya sudah tentu RM500 yang baru diperolehi akan dirasa sangat ciput jumlahnya, maklumlah geng depa dok mentedarah dari dana hak rakyat (tabung gajah) yang sama mencecah jutaan malah bilion ringgit. Tentu Pak Mat pun bengang dibuatnya.

Berikut hanyalah sebahagian kecil punca segala masalah yang melibatkan kehilangan wang dan harta negara sejak BN berkuasa lebih setengah abad yang lalu. Jika dikumpul ianya mencecah ratusan billion Ringgit wang milik Rakyat yang telah diselewengkan oleh kerajaan BN.


  1. Skandal PKFZ yang melibatkan duit Rakyat sebanyak RM12.7 billion.
  2. Komisen pembelian kapal selam sebanyak RM500 juta.
  3. Kerugian pembelian aset oleh Sime Darby RM1.6 billion.
  4. Menanggung kerugian (bailout) Konsortium Perkapalan Berhad milik Mirzan Mahathir sebanyak RM1.7 billion.
  5. Kos senggaraan Paya Indah Wetland RM88 juta.
  6. Kerugian Pos Malaysia (Transmile) RM546 juta.
  7. Perjanjian pembelian Eurocopter sebanyak RM1.67 billion.
  8. Kos pembaikan bumbung Stadium Terengganu yang runtuh sebanyak RM292 juta.
  9. Kos memperbaiki kerosakan MRR2 sebanyak RM70 juta
  10. Akaun bil terlebih bayar Maybank sebanyak RM4 billion.
  11. Tumbuk-rusuk (kickbacks) kepada Ng Yen Yen di Kementerian Pelancongan RM10 juta.
  12. Kos membeli tiga buah lukisan oleh MAS sebanyak RM1.5 juta.
  13. Lebihan bayaran oleh Kementerian Belia dan Sukan sebanyak RM8.4 juta.
  14. Perbelanjaan Kompleks Sukan gajah putih di London sebanyak RM70 juta.
  15. Baikpulih bangunan MATRADE sebanyak RM120 juta.
  16. Kos minyak dan senggaraan jet kegunaan PM sebanyak RM200 juta.
  17. Hutang tidak dapat dituntut InventQ sebanyak RM228 juta.
  18. Membayar gantirugi pembatalan Jambatan Bengkok sebanyak RM257 juta.
  19. Kerugian dalam urusniaga penjualan Augusta sebanyak RM510 juta.
  20. Nilai kehilangan pendapatan kerajaan daripada Approved Permit (AP) yang dikeluarkan bagi tempoh setahun sebanyakRM1.8 billion.
  21. Senggaraan kapal-kapal selam KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Rzak (akan dijadikan artifak Muzium Negara) sebanyak RM4.1 billion.
  22. Pembinaan dan senggaraan PSC Naval Dockyard Lumut sebanyak RM6.75 billion.
  23. Dua skandal Bank Bumiputra pada awal 1980-an sebanyak US$1 billion dengan anggaran nilai kerugian pada 2008 sebanyak RM3.2 billion.
  24. Kegagalan Maminco dalam percubaan menguasai pasaran timah dunia pada tahun 1980-an dipercayai mengakibatkan kerugian bernilai US$500 juta. (RM1.6 billion)
  25. Bertaruh dalam niaga kewangan pasaran hadapan luar negara menyebabkan Bank Negara Malaysia kerugian RM30 billion pada tahun 1990-an.
  26. Kerugian Perwaja Steel sebanyak US$800 juta (RM2.56 billion).
  27. Menggunakan dana awam sebanyak RM10 billion dalam operasi Valuecap Sdn Bhd untuk melonjakkan nilai harga pasaran saham.
  28. Skandal kewangan Bank Islam yang melibatkan kerugian RM700 juta.
  29. Penjualan MV Augusta dengan harga €1 (1 Euro) mengakibatkan kerugian sebanyak €75.99 juta (RM348 juta) - sama seperti No. 18?
  30. Kehilangan royalti Wang Ehsan Terengganu sebanyak RM7.4 billion (antara tahun 2004 – 2007)
  31. Sejak penubuhan Petronas Philharmonic Orchestra selama lebih 10 tahun yang lalu, ia telah menelan perbelanjaan sebanyak RM500 juta denga RM1 juta setahun dibayar sebagai gaji dan imbuhan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). 
  32. Yuran Penasihat: Mahathir telah dibayar RM180,000, Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Kemajuan Wanita) RM404,726 dan Abdul Hamid Othman (Agama) RM549,675 pada setiap tahun.
  33. Kerajaan telah membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya.
  34. Komisen yang telah dibayar kepada dua buah syarikat persendirian yang mengendalikan pembelian kapal selam Scorpene iaitu Perimeker Sdn Bhd dan IMT Defence Sdn Bhd berjumlahRM910 juta. Ada kaitan dengan No. 2.
  35. Kerajaan membuat bayaran RM300 juta sebagai ganti rugi yang dibayar kepada Gerbang Perdana kerana pembatalan pembinaan Jambatan Bengkok yang bernilai RM1.1 billion.
  36. RM1.3 billion telah dibazirkan dengan pembinaan kemudahan kompleks gajah putih ‘Customs, Immigration and Quarantine’ (CIQ) apabila projek Jambatan Bengkok dibatalkan.
  37. Membelanjakan RM100 juta untuk kerja-kerja baik-pulih dan kebocoran Bangunan Parlimen Malaysia.
  38. Program Angkasawan Negara yang menelan belanja – RM40 juta
  39. Dianggarkan sebanyak RM500 juta setahun dibelanjakan untuk Latihan Khidmat Negara
  40. Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.
  41. Menanggung kerugian sebanyak RM2.4 juta untuk pembelian dakwat kekal pada PRU12.
  42. Pada September 2006, Samy Velu mengumumkan bahawa kerajaan telah membayar ganti rugi berjumlah RM38.5 billion kepada 20 buah syarikat pengendali lebuhraya. Sembilan syarikat pengendali tol lebihraya menerima durian runtuh berjumlah RM380 juta daripada kenaikan kadar tol pada tahun 2008 sahaja.
  43. Tumbuk-rusuk (kickbacks) sebanyak RM32 juta nilai eksport kayu balak oleh syarikat-syarikat yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sarawak dan ahli keluarganya.
  44. Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid. (Berkaitan dengan No. 11)
  45. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pengangkutan Putra sebanyak RM4.486 billion.
  46. Menanggung kerugian (bailout) STAR-LRT sebanyak RM3.256 billion.
  47. Menanggung kerugian (bailout) Sistem Pembetungan Kebangsaan bernilai RM192.54 juta.
  48. Menanggung kerugian (bailout) Lebuhraya Seremban-Port Dickson sebanyak RM142 juta.
  49. Menanggung kerugian (bailout) Penjara Kuching bernilai RM135 juta.
  50. Menanggung kerugian (bailout) Kajian Makanan dan Gunaan Orang Islam sebanyakRM8.3 juta.
  51. Menanggung kerugian (bailout) Le Tour de Langkawi sebanyak RM3.5 juta.
  52. Agihan secara borong ratusan juta saham di Bursa Malaysia dengan berselindung di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) kepada kroni, kaum keluarga, anak-anak para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
  53. Pindah-milik puluhan ribu hektar tanah-tanah komersial dan konsesi pembalakan kepada anak-anak serta kaum keluarga para Menteri dan pemimpin BN yang bernilai berbillion-billion ringgit.
  54. Kerugian Petronas sejak tahun 1997 apabila menandatangani perjanjian dengan ENAM PENAMA yang tidak didedahkan dalam dagangan hadapan petroleum negara dengan kadar harga murah untuk jangkamasa yang panjang.
  55. RM5700 untuk membeli seunit jek kereta yang berharga RM50. (*)
  56. Kenderaan milik kerajaan meneguk setangki petrol bernilai RM113 dalam tempoh beberapa minit. (*)
  57. Platform tiang bendera berharga RM990 dibeli dengan harga RM30,000 (*)
  58. Thumb drive berharga RM90 dibeli dengan harga RM480 (*)
  59. Kabinet simpanan barang berharga RM1,500 telah dibeli dengan harga RM13,500 (*)
  60. Pembelian seunit lampu suluh bernilai RM35 telah dibayar dengan harga RM143.(*) - yang dinyatakan adalah sebutharga untuk SATU UNIT. Kerajaan membeli dalam bentuk pukal antara puluhan hingga ribuan unit item yang sama.
  61. Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta.
  62. Membayar subsidi RM17 billion kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP)
  63. Cincin berlian bernilai USD24 juta untuk Ro$mah --- kononnya pembelian telah dibatalkan – berapa pula jumlah ganti rugi yang terpaksa rakyat bayar?
  64. Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.
  65. Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta.
  66. Menggunakan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Danaharta dan Khazanah untuk membeli saham-saham Timedotcom yang tidak laku – kerugian sebanyak RM3.3 billion.
  67. Skandal Offshore Petrol Vehicle (PSC-NDSB) – rugi RM6.75 bilion
  68. Rosmah sewa bilik hotel RM100,000 satu malam di Burj Al-Arab Dubai!!
  69. Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadarRM65,100untuk sehari semalam.
  70. “Lawatan Sambil Belajar” ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh Rosmah and the Gang (FLOM @ First Lady of Malaysia) ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76
  71. Memperuntukkan dana RM100 juta setahun untuk Rosmah berbelanja dalam projek peribadi ‘Permata Negara’nya.
  72. Perbelanjaan oleh Rosmah untuk mengendalikan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari.
  73. Kos ubah suai Seri Perdana sebanyak RM12.5 juta.
  74. Bil elektrik kediaman rasmi PM dan TPM di Seri Perdana sebanyak RM160,000 sebulan.
  75. Skandal NFC melibatkan RM250 juta.


Pesan seorang Pak Kiyai kepada anaknya, “Kau jadilah orang besar jangan jadi orang kecil.” “Kenapa Pak?” tanya anak Pak Kiyai ingin tahu. “Kerana orang besar, kebaikannya yang kecil akan dibesar-besarkan orang. Bagi orang kecil, kebaikannya walaupun besar akan dikecil-kecilkan orang." “Bagi orang besar, kejahatan yang besar akan dikecil-kecilkan orang. Manakala bagi orang kecil, kejahatannya yang walaupun kecil bangat akan terus dibesar-besarkan orang.” Justru kau jadilah orang besar bukan orang kecil. Senang hidupmu nanti.

PRU13 akan berlaku dalam masa yang terdekat ini, maka ramailah orang berlumba-lumba untuk menjadi orang besar.  Pak Osman Awang pernah menyindir orang besar dengan katanya, “Siakap senohong gelama ikan duri. Bercakap bohong lama2 jadi menteri.”

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...