Semalam, Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Hannah Yeoh mengumumkan peletakan jawatan ADUN Kajang, Bendahari AMK, Lee Chin Cheh. Berikutan kekosongan kerusi itu, mesyuarat pimpinan PR memutuskan untuk meletakkan DSAI, Ketua Umum PKR sebagai calon yang akan mewakili gabungan parti itu.
"SAYA mengucapkan jutaan terima kasih dan terhutang budi kepada semua pengundi di Kajang yang telah memberi peluang kepada saya menjadi wakil rakyat DUN N25 Kajang. Saya terharu dengan kemurahan hati pengundi-pengundi di Kajang yang telah memberi kerjasama dan kepercayaan selama ini kepada saya. Keputusan saya untuk mengosongkan kerusi DUN N25 Kajang adalah untuk kepentingan bersama dan mengukuhkan kebolehan Pakatan Rakyat berkhidmat untuk rakyat Selangor." -Lee Chin Cheh, Kuala Lumpur, 27 Januari 2014.
Salahuddin Ayub yang mewakili PAS pada masa Sidang Media mengumumkan DSAI sebagai calon PRK Kajang sudah pun menyatakan PAS memberi sokongan penuh keputusan PKR yang meletakkan ketua umumnya DSAI sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang.
Itu yang menarik dalam bidang politik ini. Sesuatu yang tidak disangka boleh saja menjadi berita hangat. Antara berita utama ialah soal penggantian MB Selangor, YB Khalid Ibrahim. Berita ini bukan berita baru. Sejak usai PRU13 lagi, jawatan panas ini diperkatakan orang. Antara watak pencetusnya di muka depan ialah YB Azmin Ali.
Selangor ini bukan sebarang negeri. Selangor adalah negeri paling maju di Malaysia. Jumlah pendapatan negeri ini sangat besar. Selangor adalah negeri pencetus perubahan. Pada perspektif strategi politik, Selangor sangat penting. Ia sering menjadi lubuk emas BN sebelum dirampas oleh PR.
Sesiapa yang dapat menguasai negeri Selangor akan menjadi tokoh utama, bukan pelakon tambahan. Pabila timbul cerita YB Khalid Ibrahim mahu digantikan maka ramai para pendokong bertanya apa kurang atau silapnya MB ini sehingga sampai mahu digantikan dengan tokoh lain pula? Bukankah jumlah reserve kerajaan negeri sudah mencapai angka RM2.8 Bilion lebih di bawah pimpinan YB MB Khalid Ibrahim? Bukti jelas prestasi hebat dan kewibawaan tokoh korporat turn politician ini.
Saya berpendapat ia bukan soal MB Khalid tidak bagus, namun Selangor sangat memerlukan tokoh yang lebih agresif dan faham bukan sekadar gambaran besar negeri Selangor malah melangkaui isu-isu nasional dan percaturan politik nasional yang lebih menyeluruh. Apatah Selangor ini menjadi pusat catalyst dan pencetus gerakan menjana perubahan politik negara.
Selangor (dan KL) sering menjadi pusat gerakan protes dan menunjuk perasaan ketidak puashatian dan gerakan memperjuang suara hati naluri rakyat banyak termasuklah soal kritikal seperti kenaikan kos hidup dan kezaliman pemerintah. Saya rasa YB Khalid sedar situasi ini untuk sekian lama namun mahu bertahan mengikut arus dalam menunaikan segala amanah yang diberikan without fear or favor.
Pada pemerhatian saya, YB Khalid tidak mahu meletak jawatan untuk mudah di beri kpd Azmin. Namun mungkin lebih setuju kalau diberi kpd mentor beliau iaitu DSAI. Justru untuk melayakkan DSAI menjadi MB, maka DSAI kenalah menjawat ADUN dulu. Maka itulah PRK Kajang ini diwujudkan. The rest is history in the making.
Sudah tentulah pelbagai komen negatif diberikan seperti PRK ini suatu kes pembaziran duit rakyat, atau apakah DSAI sudah give-up untuk jadi PM, malah ketua Pemuda PAS Selangor pula memberi ugutan untuk memboikot, dan KJ dgn komen sinis mencadangkan supaya DSAI melantik diri sebagai Sultan Melaka.
Hakikat politiknya ialah rakyat Selangor In Shaa Allah bakal mendapat MB baru iaitu seorang ikon unik yang sudah melalui segala mehnah dan sepak terajang politik yang terbukti dia tetap pemimpin utuh, lasak dan relevan iaitu DSAI.
Apa pun kita merancang maka Allah juga merancang. Yakinlah segala yg berlaku ada hikmahnya. Jika ditakdirkan DSAI yg akan menjadi MB Selangor, doa kita Selangor akan terus hebat sebagai pusat ilmu, pencetus perubahan yang boleh menjana perubahan peringkat nasional pula menuju PRU14 nanti. Jawatan MB selalunya payah orang nak lepaskan. Tanyalah MB Pahang, KM Sarawak, dan MB N9 sebagai contoh.
Biarkan para pencatur strategi bertindak dan para pendokong menyokongnya. Yang penting kita mahukan pemimpin bertaqwa yang faham agama dan boleh diharap untuk memegang amanah Allah.
@@@
No comments:
Post a Comment