Please CLICK
Thursday, August 31, 2023
PMX REWIND
Monday, August 14, 2023
POSTMORTEM PRN
Sudah kita semua maklum akan keputusan PRN di 6 negeri pada 12 ogos yg lalu. Kalau mengikut peratusan kemenangan vs jumlah kerusi yg sesuatu parti politik itu bertanding, kita dapat lihat DAP menggungguli dgn kemenangan 98% iaitu menang 46 drp 47 kerusi yg DAP bertanding. Maknanya undi kaum cina solid kpd DAP, bersatu padu mengundi DAP.
PAS menang 105 drp 127 kerusi dun yg mereka bertanding, iaitu pada kadar kemenangan 83% secara keseluruhan. Tiga negeri telah confirm menjadi kubu kuat PAS iaitu kelantan, terengganu, dan kedah. Makin kukuh. Kita boleh endorse 3 negeri ini sebagai kubu kuat PAS. Tidak syak lagi PAS kini adalah parti melayu islam yg terbesar di tanahair.
Bak kata KJ kalau dulu terengganu boleh jadi swing state, tapi kini no more. Terengganu solid dgn PAS. Why? Kerana PAS mentadbir terengganu dgn penuh integriti, telus, bijak, dan efisyen. Rakyat selesa dan percaya kpd PAS utk membawa negeri mereka kpd kestabilan dan kemakmuran. Hutang2 negeri di settle dgn baik, syarikat2 di bawah kerajaan negeri yg diambil alih kalau dulu rugi memanjang, kini mencatat untung dan berkembang maju.
Tiada rekod rasuah, pembangunan, dan peluang pekerjaan terus diwujudkan utk menampung keperluan. Jauh panggang dari api kalau nak bandingkan dr samsuri dgn ds mat said. Justru rakyat memilih PAS. Ternyata PAS bukan sekadar parti pak lebai yg kolot dan mundur. Tapi pasukan yg progresif dan pragmatik, sekaligus dikawalselia oleh akhlak, ilmu, syariat agama.
Rakyat kelantan tidak terpedaya oleh segala momokan dan serangan murahan pihak PH. PH tiada pengaruh besar di kelantan. Modal lama yg dicanangkan bahawa negeri kelantan ini mundur, miskin, kotor, masalah air, atau tiada pembangunan dan peluang kerja, dilihat sangat basi, sehingga ketahap nak muntah. Namun 3 kerusi yg dimenangi oleh PH adalah sebagai saguhati.
Rakyat selesa dgn kehidupan dan suasana di kelantan. Sudah 33 tahun mereka memilih utk duduk di bawah pentadbiran PAS. Kini mereka sambung lagi 5 tahun. Rakyat bukan bodoh atau mudah untuk diperbodohkan. Kelantan kekal menjadi kubu kuat PAS, membangun bersama islam. Walau prof kangkung bagitau PAS ini racun. Atau khalid samad habaq bahaya taksub kpd satu parti. Atau DAP kata PAS ni taliban.
Rakyat kelantan dan PAS sudah sinonim, ibarat isi dgn kuku. Sesiapa yg sekadar lihat dari luar, wajar dtg dan tinggal di kelantan, sebuah kehidupan yg harmoni dan tenang. Sorry guys, rakyat kelantan ada preference dan identiti mereka sendiri, tidak mudah terpengaruh, tidak goyang, apa lagi koyak. Sebuah negeri melayu islam yg hebat.
Mungkin ramai yg tak senang dgn tonasi nik amar dan menstereotaipkan PAS sebagai parti islam yg kacau, namun pihak pimpinan PAS peka dan mempromot tokoh lain sebagai MB dan TMB yg baru, membuktikan PAS memiliki ramai pemimpin pelapis yg intelek dan berwibawa.
Kedah sebagaimana di reflek oleh keputusan kali ini, bertambah yaqin dan utuh sebagai satu lagi negeri yg kini confirm menjadi kubu kuat PAS yg sukar digugat. Walau MB mereka ds sanusi merangkap pengarah pilihanraya PN diserang oleh pmx, pudin, dan rapiji, namun dipatahkan satu persatu dgn hujah yg padu. Terkedu mereka.
Rakyat terus memberi sokongan yg jitu dan hangat kpd ds sanusi dan PAS, hingga pelbagai nama2 besar PH yg bertanding semuanya KO belaka dgn majoriti besar, termasuk mahfuz omar & mahdzir khalid. Masya-Allah.
Perfomance PN di kedah meningkat drp 21 --> 33 kerusi.
Di kelantan meningkat drp 38 --> 43 kerusi.
Di Terengganu meningkat drp 23 --> 33 kerusi.
Di Selangor meningkat drp 7 --> 22 kerusi.
Di Negeri Sembilan meningkat drp 0 --> 5 kerusi.
Di P.Pinang meningkat drp 1 --> 11 kerusi.
Sebagai konklusi drp PRN di 6 negeri kali ini, majoriti pengundi melayu memilih PN. Manakala org bukan melayu pilih PH.
Walaupun skor 3-3, dan pmx dan PH menarik nafas lega dan mendakwa status quo iaitu kekal mcm sblom ini, dan tidak merasa malu yg besar dan masih boleh buat muka tak malu, atau buat bodo. Nasib baik 3-3.
Tapi hakikatnya sokongan rakyat bertambah kpd PN big time, berbanding PRN yg lalu. Hakikatnya PN menang besar. Manakala PH kalah teruk.
Maka pmx dan PH wajar ambii iktibar bahawa sokongan kpd PH semakin merundum. Kena muhasabah diri, kena insaf, jgn angkuh, jgn buat janji2 palsu lagi. Belajar utk berbaik dan berbakti.
Jangan suka cakap tak serupa bikin, atau buat perkara2 diluar tabii, terutamanya kpd sistem kehakiman, dan menyalah guna kuasa penguatkuasa undang2 Rakyat memerhati. @@@
Wednesday, August 9, 2023
GELOMBANG RAKYAT
Semalam saya berkesempatan berborak santai, bukan berdebat dgn seorg sahabat. Antara yg dibicara ialah pandangan perihal sinerio politik semasa.
Saturday, July 29, 2023
PRN 6 NEGERI
Proses penamaan calon telah berjalan lancar di 6 negeri. Maka bermulalah secara rasmi tempoh berkempen selama dua minggu. Tarikh membuang undi telah ditetapkan pada 12 ogos 2023.
Di media sosial pendapat popular ialah PN akan menang di kesemua negeri kecuali P.Pinang. Sejauh mana kebenaran atau ketepatannya akan kita tahu nanti pada 12 ogos nanti.
Jika benar bagai dikata maka ia bakal menjadi kemaluan yg besar kpd PH dan kerajaan perpaduan yg memerintah khasnya kpd PMX. Bagaimana itu bisa terjadi? Sedangkan kelebihan terletak kpd government of the day iaitu blok PH.
Apa kata kita sama2 analisa.
Feel good factor di kalangan rakyat is missing. Satunya krana kos sara hidup yg tinggi. Harga barangan asas meningkat. Nilai matawang merundum. Peluang pekerjaan pun tidak memberansangkan. Goodies untuk dinikmati rakyat biasa hampir tidak ketara sangat.
Ditambah dgn politiking yg tak kehabisan menyebabkan kerajaan yg memereintah jadi hilang fokus untuk mesejahterakan rakyat dan memakmurkan negara serta memperkasa ekonomi.
Apa yg diperjuangkan tika menjadi blok pembangkang tidak dilaksanakan tika berada di tampuk kuasa. Rakyat melihat ini sebagai cakap tak serupa bikin, janji yg dicapati, atau dua kali lima dgn pemerintahan seblom ini atau mungkin lebih teruk lagi. Mentaliti pembangkang masih gagal dikikis walaupun sudah diberi peluang untuk memerintah negara.
Perfomance menteri2 kabinet juga agak mengecewakan sehingga org nampak sebagai tidak sangat membantu PMX yg kelihatan seolah one man show sahaja. Kenyataan2 yg dikeluarkan atau perlakuan yg ditunjukkan oleh mereka selalu menimbulkan kontroversi dan penuh kelemahan.
PMX telah menunggu lama untuk mendapat jawatannya sekarang. Kalau tak silap 25 tahun kot. Malah ramai rakyat yg terpengaruh dgn situasi beliau hingga sanggup turun ke jalanan berdemonstrasi dan yg sewaktu dgnnya.
Sepatutnya bila berpeluang menjadi PM, beliau sudah bersedia dgn plan yg komprehensif apa yg perlu dibuat moving forward membela nasib rakyat dan memajukan negara. Namun stelah 8 bulan berlalu bayangan ke arah itu masih tidak nampak. Bila dia nyatakan akan menentang rasuah habis-habisan, yg rakyat nampak dikalangan ahli kabinetnya sendiri pun tercalit dgn kes2 rasuah.
Sebagai PM setelah 25 tahun berusha, beliau wajar berjiwa besar mengajak semua pihak untuk berganding bahu membantu usaha mesejahtera rakyat dan memacu negara keluar drp kemelut atau kegersangan sblom ini. Itu yg rakyat nak tengok sebenarnya. Bukan dok sibukkan diri melayan kerenah individu atau so call musuh polirik semata.
He should live up to all the hypes and high expectation of the nation. But sadly to say, indah khabar dari rupa.
Justru kajian yg dibuat oleh sebuah organisasi profesyenal mengenai jangkaan keputusan PRN di 6 negeri kali yg akan berpihak kpd PN 5-1 mungkin sesuatu yg tidak mustahil. Wallahu'alam.
@@@