Please CLICK

Sunday, April 28, 2013

Ini Kali Lah UBAH


Pabila ahli masyarakat terdedah kepada ilmu maka masyarakat akan menjadi hebat. Hebat kerana dapat melihat perbezaan. Perbezaan antara yang halal dan yang haram. Perbezaan mana yang benar dan mana yang salah. Perbezaan antara orang jahil dan berilmu. Perbezaan pemimpin adil dengan pemimpin zalim.

Al-Qur'an diturunkan menunjukkan perbezaan demi perbezaan. Bagaimana untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam. Al-Qur'an mengajar manusia untuk membenarkan yang haq dan menepis yang batil.

Bila kerajaan PAS Kelantan memerintah selama 22 tahun, bukankah tiada lesen judi yang dikeluarkan, tiada lesen arak diluluskan dan tiada lesen pelacuran diberikan? 

Apa yang menyebabkan masyarakat tak dapat membezakan? Kerana dia ada ilmu tapi digadaikan ilmunya demi untuk mendapat sedikit imbuhan dunia. Maka ingatlah Neraka Wil iaitu neraka paling bawah menanti setiap pendusta agama iaitu ulama jahat yang menyembunyikan kebenaran demi kepentingan tertentu.

Harga yang mahal ialah untuk mendapat syurga Allah. Allah sudah tentukan segala peraturan hidup di dalam al-Qur'an melalui ajaran dan contoh yang diberikan oleh Rasulullah. Tugas kita ialah memberitahu yang haq. Janganlah kita termasuk di kalangan orang yang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal kerana Neraka Wil menanti.

Bagi orang yang menulis dengan tangan mereka undang2 sendiri dan mengatakan undang2 Allah sudah ketinggalan zaman dan membangkang ayat2 Allah atau demi untuk membodek dan mengampu sesama makhluk maka ingatlah azab Allah amat pedih dan benar. 

Orang Yahudi pandai menipu, katanya tak apalah berbuat dosa nanti kamu akan dapat syurga juga setelah dimasukkan ke dalam neraka dulu selama 40 hari. Sedangkan 1 hari di neraka itu bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Ramai manusia yang menjadi pemuja yahudi ini.

Orang yahudi berkawan dengan iblis dan syaitan. Bahkan orang yahudi ini menyembah iblis dan syaitan. Kontrak dan projek yang sepatutnya dapat kepada iblis dan syaitan diberikan kepada orang yahudi. 

Sifat yahudi ialah pandai menyesatkan orang lain dengan pelbagai helah dan teknik canggih. Yahudi mengajar jika kau ada masalah, hisaplah rokok. Hinggakan ramai umat Islam terperangkap. Di Indonesia 90% rakyatnya adalah perokok. Di Malaysia 60% rakyatnya menjadi perokok. 

Yahudi pandai menyesatkan hinggakan dosa menguasai dirinya hinggakan tiada rasa berdosa dengan dosanya. Yahudi dan para pengikutnya menjadi sombong dan bongkak. Tiada istilah dosa atau pahala lagi bagi kelompok ini.

Bila Allah menyeru manusia untuk melakukan amal soleh maknanya ialah berjuang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dan kezaliman. Janji Allah itu pasti. Allah menjanjikan syurga bagi manusia yang beriman dan beramal soleh. Maka manusia mesti sentiasa bersedia untuk amal makruf nahi mungkar. Seorang pemimpin yang mengkhianati dan menyeleweng amanah rakyat tidak wajar diangkat sebagai pemimpin lagi. Pilihlah pemimpin yang amanah.

Ciri2 pemimpin yang zalim ialah pertama pabila kekayaan negara berpusing di kalangan mereka. BN ingat harta negara dia punya. Dilapurkan RM3 Trillion kekayaan negara telah mengalir keluar. Harta sebanyak itu sepatutnya belanja 50 tahun pun tak habis. 

Kedua, bila diberi amanah untuk menjadi pemimpin maka dia gunakan untuk mengumpul harta. Dan ketiga, rakyat takut kepada dia kerana fear factor atau budaya ugutan. Bila semua orang takut maka senanglah dia kaut harta negara. 

Kerani di Singapore sudah gaji RM5000 sebulan tetapi kerani di Malaysia masih RM800 sebulan. Harta negara tidak diagihkan secara sepatutnya, yang kaya bertambah kaya dan yang miskin kekal hidup melarat. Orang bagi berbeza dengan Allah bagi. Janji Allah pasti kita perolehi. Teruskan jihad. 

Ini Kali Lah UBAH.

@@@

Monday, April 22, 2013

Pakatan Ranap



PAKATAN RANAP… Tu dia tajuk muka depan sensasi Berita Hairan semalam. 

Mantan PM berkata, “Rakyat perlu menolak pembangkang kerana jika diberi peluang memerintah, mereka akan meranapkan masa depan Negara. Nama saja pakatan rakyat, tetapi tidak boleh berpakat. Pakatan Rakyat dimana pakatannya sudah ranap. Ini belum lagi nak mengendalikan sebuah kerajaan. Dalam pembangkang, waktu pilihanraya hakikatnya mereka tidak boleh berpakat…kalau tidak ada sesuatu gabungan yang bersatu dan suara yang satu, matlamat yang satu dan falsafah yang satu, maknanya ranap Negara kita kalau beri kepercayaan kepada mereka.”

Pabila media arus perdana sudah dikuasai 100% oleh BN maka mereka akan memahatkan segala bentuk kenyataan bersifat propaganda yang mahu dipasakkan ke dalam minda setiap rakyat. Sudah tentulah segala kenyataan atau berita yang dipaparkan akan membawa kepentingan BN untuk menjatuhkan lawan mereka.

Pada masa yang sama pihak PR tidak diberi ruang untuk membalas hujah pihak BN itu di media utama ini. Sudah 55 tahun polisi berat sebelah dan tidak gentlemen atau pengecut ini dijadikan polisi media penyiaran BN.

Namun umum sudah faham bahawa paparan di dada2 akbar atau TV ini acap kali bersifat melampau dan menipu atau di suakan dalam bentuk yang menjaga kepentingan BN dan bukan ikhlas memberi gambaran yang adil. Pabila sudah banyak terkena maka ramai rakyat yang mual hingga tahap muntah untuk mengikuti berita yang tersiar itu, sebaliknya ramai beralih ke media alternatif semenjak PRU12 lagi.

Dalam BN dok sibuk perihal rumahtangga PR, rupa2nya kita dibisukan perihal perpecahan dalam BN yang begitu kronik sebenarnya. Dalam UMNO pergelutan untuk menaikkan calon pilihan masing2 sangat haru biru sebenarnya. Pergaduhan UMNO dengan MCA dalam penentuan calon di kerusi2 yang dulunya ditandingi MCA memang sudah di ketahui umum.

Segala kelemahan dan kepincangan BN sudah tentu akan di padamkan dari berita media arus perdana dan digantikan berita sensasi keburukan pihak PR yang digelar parti pembangkang sedangkan BN kena sedar BN adalah pembangkang di Selangor, Penang, Kedah dan Kelantan. Jangan dok makng’gok sangat. Dan insyaAllah dengan izin Allah BN akan jadi barisan pembangkang di peringkat kerajaan persekutuan menjelang detik 12 malam 5 Mei nanti.

Apa yang TV tiga suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan tak ada telor nak bagitau ialah ramai bebenau geng BN yang bergocoh sesama sendiri nak jadi calon weh. Kita lihat di pihak UMNO ada sekurang-kurangnya 58 penderhaka dan pemberontak yang tak respek langsung kepada DS Najib selaku boss BN. Ramai giler rupanya. 

Yang BN dok sibuk 7 calon daripada PKR dan PAS yang bertindih.
Benda kecil dalam PR di besar2kan. Itulah tabiat BN. Sedangkan benda besar yang timbul dalam BN di kecil2kan. 

Isu kerusi bertindih dalam PR ini cuma satu kerusi Parlimen sahaja dan 6 kerusi DUN. Maknanya 221 dari 222 kerusi Parlimen tak ada masalah langsung. Dan 499 daripada 505 kerusi DUN beres belako. Yang BN dok sibuk rupanya hanya 0.45% daripada jumlah kerusi parlimen yang ditandingkan dan hanya 1.18% daripada jumlah kerusi DUN. Terus keluar statement bodoh bahawa PR Ranap…bengong tahap bontot ayam !!

Rupanya pekong di dada sendiri penuh ulat dan membusuk. Rupanya BN yang bermasalah bercakaran tahap gila babi berebut nak jadi calon hingga tahap cantas mencantas, tikam belakang, sabotaj parti dan tutup bilik gerakan.

Berikut 58 nama yang disenaraikan oleh Umno Online barisan penderhaka dan pengkhianat BN itu:

  1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)
  2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)
  3. PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)
  4. HANAPIAH BIN MOHAMAD
  5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)
  6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)
  7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)
  8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
  9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
  10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)
  11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA
  12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD
  13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN
  14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)
  15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM
  16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)
  17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI
  18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD
  19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN YOM
  20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR
  21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER
  22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR
  23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN
  24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR HASSAN
  25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR
  26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD
  27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB
  28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM
  29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL HAMIDSOR
  30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA
  31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE
  32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI
  33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRIS
  34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG
  35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL
  36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI
  37. HUSSEIN MUMAKIL
  38. JULKALANI ABD RAHMAN
  39. MAMAT BALHANA
  40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP
  41. ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS
  42. ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG
  43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR
  44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP LEWAH
  45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH
  46. AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR 
  47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI
  48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT
  49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK
  50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD
  51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA
  52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL
  53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN
  54. SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF
  55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA
  56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN
  57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON
  58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL


Maka jelaslah BN sebenarnya yang RANAP. 

Negara akan ranap dan musnah jika dipimpin oleh pemimpin yang tiada iltizam dan niat ikhlas untuk kepentingan rakyat dan kesejahteraan Negara. Apa yang penting dan dibuktikan sekelian lama ialah mereka ini merupakan pimpinan yang rakus mengaut kekayaan Negara masuk poket masing2 dan hanya bersedia memberi sekadar picisan atau cebisan daripada harta Negara ini untuk kepentingan rakyat jelata. Maka tidak peliklah 52% daripada kelompok berpendapatan tinggi di Negara ini adalah golongan elit BN dan kroni mereka.

Rupanya apa yang digembar gemburkan oleh BN ini lebih kuah dari kawah. Saya nak tersengih pun ada. Segalanya telah dapat di selesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan tertinggi PR demi mencapai matlamat yang lebih besar iaitu untuk menjatuhkan kerajaan BN yang zalim.

Saya memetik kenyataan Presiden PAS dalam Harakahdaily hari ini yang menyatakan bahawa..

*****

PAS Pulau Pinang akur dengan keputusan menyerahkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Acheh kepada PKR seperti mana yang telah diputuskan oleh PAS Pusat hari ini.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man berkata, memandangkan persetujuan telah dicapai oleh kepimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat, maka semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut.

Sehubungan itu juga katanya, jentera parti PAS dan PKR harus bergerak bersama dengan satu matlamat iaitu memastikan BN tewas pada Pilihan Raya Umum (PRU13) kali ini.

"Saya sudah jalankan tanggungjawab bersama kepimpinan PAS Negeri untuk memastikan Dun tersebut ditandingi PAS. Tetapi, ia adalah keputusan pihak tertinggi dalam PAS yang tentunya mempunyai pengetahuan yang lebih tinggi," ujarnya pada sidang media petang ini sambil menasihatkan semua pihak menerima keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau turut menyeru agar pimpinan PAS Pusat segera turun padang bagi menjernihkan kekeruhan yang berlaku dan menjelaskannya khususnya kepada jentera dan anggota parti di Dun berkenaan.

"PAS Pusat sendiri perlu datang untuk menenangkan keadaan dengan menyatukan semua pihak terutamanya kedua-dua parti gabungan PR ini agar bersama menghalakan senapang ke arah musuh, dan bukan sesama sendiri yang akhirnya membawa kerugian kepada jemaah," katanya.

Kerusi Dun Sg Acheh adalah antara tujuk kerusi menyaksikan berlakunya pertindihan calon PAS dan PKR pada hari penamaan calon kelmarin.

Pagi tadi, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media mengumumkan cadangan PAS untuk menyerahkan kerusi Dun Sg Acheh kepada PKR.

Dua lagi kerusi yang turut diserahkan kepada PKR adalah Parlimen Labuan dan Dun Panti di Johor.

Sebagai timbal balas, PKR pula dicadangkan agar menyerahkan tiga Dun di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS.

Manakala kerusi Dun Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR.

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Tuan Guru Abdul Hadi sendiri.

Dengan keputusan terbaru itu, kesemua kerusi tersebut bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calaon Pakatan Rakyat dengan calon BN.

*****

Sudah lama benar rakyat disogokkan dengan publisiti dan propaganda murahan oleh BN yang mengamalkan doktrin politik ugutan, politik umpanan, politik fitnah, politik perkauman, mensensasi isu2 agama, memperbodohkan inteligen rakyat, budaya memecah belah dan melaga-lagakan. 

Rakyat Malaysia mendambakan barisan kepimpinan yang lebih amanah dan bermaruah yang boleh memacu Negara Malaysia ini ke tahap yang lebih tinggi.

Saya ambil contoh kalau dulu dari segi ekonomi kita setara dengan Singapura dan Taiwan tapi kini kerana banyak kebocoran, rasuah dan tidak ikhlas mentadbirurus maka Malaysia di tinggal jauh ke belakang. Pendapatan per kapita Malaysia pada masa ini ialah USD9,000 dan mensasarkan USD15,000 pada tahun 2020 sebagai Negara maju sedangkan Taiwan pada masa kini sudah mencapai USD15,000 pendapatan per kapita dan akan mencapai USD30,000 pada tahun 2020. Yang sadisnya ini berlaku dalan suasana Malaysia adalah sebuah Negara yang kaya dengan hasil semulajadi termasuk minyak, balak dan hasil2 komoditi berbanding Taiwan atau Singapura.

Apa yang hebat sangat pemimpin BN ini yang sudah di beri peluang memerintah selama 55 tahun? BN bukan memacu Negara ke tahap sepatutnya tapi memandu dengan sangat slow dan lembab. Pecahkan mitos bahawa hanya BN yang boleh memerintah Negara. Bangkitlah Rakyat Malaysia sekelian.

Ini Kalilah !!

UBAH demi generasi masa depan yang gemilang.

@@@

Wednesday, April 17, 2013

Pilih BN Lagi Kali Ini?


"Awak mengundi di mana?" Itulah cara saya break the ice untuk bicara politik dengan kawan dan lawan. "Undi BN lagi ke tahun ni?" Dan inilah soalan kedua saya untuk provok diskusi yang intelek soal politik. Antara jawaban yang saya dapat ialah, "Aku risau DAP racist, habis kuasa melayu nanti." Satu lagi, "Nanti DAP jadi PM dan merintah negara kita." 

Perang saiko media ialah menakutkan rakyat soal perkauman, walhal kalau tengok dalam komposisi parti BN terserlah fokus perkauman dalam perjuangan parti UMNO untuk melayu (dan bumiputera) sahaja, MCA untuk kaum cina, dan MIC untuk kaum india. Semua parti ini berjuang membela hak kaum masing2. Parti BN sebenarnya yang racist. 

Kita lihat pula PR yang mana asas keahlian parti2 komponen adalah multi-racial iaitu berbilang kaum. DAP adalah berbilang kaum (walaupun majoriti ahlinya kaum cina), PKR adalah multi-racial dan PAS membuka keahliannya untuk pelbagai kaum. Itu asas keahlian parti. Tidak ada perkauman di sini. Jadi kenapa takut untuk memilih PR kali ini kalau isu perkaumanlah yang anda risau?

Kita lihat PKR telah meletakkan calon PRU13 daripada kalangan kaum melayu, india, cina, kadazan dan lain2. Tiada masalah. PAS ada meletakkan calon dari kaum cina dan DAP juga tiada masalah meletakkan winnable candidates dari kalangan orang melayu dan india. 

Ada kita lihat perkara yang sama berlaku pada parti komponen BN? No way hozay. Calon UMNO sudah tentulah kelompok melayu (atau bumiputera), MCA calon orang cina, dan MIC calon orang india. Siapa yang perkauman PR atau BN? Jadi jangan percaya sangat pada TV tiga suku dan Utusan Meloya yang most of the time merupakan propaganda murahan tahap mencacai dan meroyan semata.

Yang perlu rakyat sedar ialah kepentingan orang melayu dan agama Islam adalah dilindungi oleh perlembagaan negara dan tidak dapat diganggu gugat dengan mudah. Usah percaya khabar angin dan cerita tanpa fakta. 

Pemerintahan negeri2 di bawah PR setakat hari ini membuktikan bahawa tadbirurus yang jauh lebih cekap, telus dan amanah hinggakan Laporan Odit Negara mengiktiraf sebagai yang terbaik dan juah meninggalkan prestasi negeri2 di bawah lembayong BN. Kita nampaknya bukan cakap kosong.

Maka jika PR sudah membuktikan kecekapan dan kebolehan mereka dalam mengurustadbir kerajaan2 negeri dalam masa yang singkat, rasanya sangat kenalah jika rakyat memberi mandat kepada PR mengurustadbir kerajaan persekutuan pula. 

Beri PR kemenangan sekurang-kurangnya 112 kerusi Parlimen (majoriti mudah) untuk membentuk kerajaan persekutuan di PRU13 ini. Rakyat berhak pantau prestasi dan janji manis mereka. Jika PR gagal maka humban mereka balik ke kerusi pembangkang, tiada masalah. Amacam ada berani?

"Negara akan huru hara dan porak peranda." Itu antara komen kepala lutut yang selalu di paparkan. Apa kata kita renung sejenak kerajaan negeri Selangor, Kedah dan Perak yang jatuh kepada PR pada PRU12 lima tahun dahulu. Ada huru hara? Ada porak peranda? Ada rakyat mati kebulur? Ada perbalahan kaum?

Negeri2 ini menunjukkan prestasi ekonomi yang meningkat dengan pendapatan negeri terus bertambah. Contohnya hasil balak di Kedah, berbeza semasa pentadbiran kerajaan sebelumnya yang hasil balak pada keluasan hutan yang setara tetapi hasil pendapatan untuk negeri yang ciput kerana sebahagian besarnya hilang atau bocor di tengah jalan untuk mengayakan kelompok tertentu semata. Rakyat dapat hampas.

Kebocoran ekonomi adalah topik besar. Ibarat satu Tabung Buloh Rakyat yang punyai ber Bilion ringgit. Pemimpin ambik duit dari tabung ini dan bagi2kan sesuka hati sebagai umpan pilihanraya kepada makcik2 Felda dan orang kampung, budak2 sekolah dan budak U sekelian. Ingat ye ini bukan duit mak bapak dia tapi duit milik rakyat. Maka seronoklah orang kampung sekelian dan segala pujian diberikan kepada kerajaan yang prihatin. Tiada yang istimewa pun sebenarnya kerana duit rakyat dikembalikan kepada rakyat.

Cumanya pemberian demi pemberian last minute ini sangat bersifat ikhlas tapi jauh. Pemberian untuk mengelabui mata dan mengharapkan balasan di peti undi demi meneruskan kerakusan menjadi pemimpin yang mata duitan. Apa tidaknya mereka ini jugalah yang merampuk secara halus dari tabung rakyat yang sama. Bezanya mereka ini bukan ambik setakat RM500 atau RM2000 tapi berjuta ringgit. "Ini tidak adil," kata arwah P.Ramlee dalam filem "Tiga Abdul."

Bagaimana rompakan di siang hari ini berlaku? Kita ambik satu contoh kecil sebagai analogi, ada projek membina satu blok bangunan sekolah. Kalau mengikut tender terbuka anggaran harganya ialah RM5 juta. Namun bila melibatkan kontraktor terpilih yang mendapat projek direct nego harganya meningkat kepada RM8 juta. Kenapa? Kerana elemen rasuah bagi mempengaruhi keputusan memberi kontrak itu. 

Maknanya di sini kos tambahan RM3 juta telah berlaku. Duit RM8 juta untuk membiayai projek ini di ambil dari Tabung Buloh Rakyat. Termasuklah duit rasuah RM3 juta tadi yang sepatutnya boleh diguna untuk kebaikan rakyat jelata, boleh bagi RM500 untuk 6,000 orang kampung tu. Tapi kerana bocor maka nikmat RM3 juta hanya dikecapi oleh beberapa orang tertentu sahaja. Nampak tak impaknya kepada rakyat? 

Maka tidak hairanlah bila kita lihat statistik bahawa 52% kekayaan negara di bolot oleh kelempok elit ini. Rakyat terus tertekan dengan kos hidup yang tinggi. Harga barangan terus naik lagi dan lagi. 

Pilih BN lagi kali ini? Semoga kita bijak dan berani untuk ubah. Cukuplah 55 tahun BN diberi ruang memerintah kerana sudah gagal tahap sadis untuk memacu negara kepada tahap yang sepatutnya lebih baik. Negara yang setara dengan kita satu masa dulu seperti Taiwan dan Singapura telah jauh ke depan dan tidak terkejar oleh Malaysia lagi. Sedangkan Malaysia punyai banyak hasil negara dan jauh lebih kaya. Kenapa gagal? 

Maka PRU13 ini terjemahkan tagline berhikmah dari teman2 kita di Sabah, "Ini Kali Lah !!"

@@@

Sunday, April 14, 2013

Kenapa Pilih PR?


"Kenapa pilih PR?" tanya saya kepada seorang mahasiswa. Dia agak kelu dan gagal menjawab dengan baik.  Kata saya, "Macamana anda nak yakinkan pakcik kat Felda suruh pangkah PR kalau anda sendiri pun tak sure?" 

Sebab itulah sangat penting untuk melengkapkan diri dengan general knowledge dan ambil peduli isu-isu semasa. Janganlah menjadi petugas parti dan sibuk saban malam memasang bendera secara sukarela tapi atas dasar ikut kawan2 atau saja seronok2. Mahasiswa dan anak muda sekelian, fahamilah kepentingan PRU13 ini dan kenapa anda perlu memilih PR.

Pakatan Rakyat akan mempastikan pemerintahan yang lebih telus, cekap, amanah,  tidak membazir serta lebih mengutamakan kepentingan rakyat. Kita tidak mahu negara kaya tapi rakyat miskin. Jumlah pendapatan negara (KDNK) pada tahun 2000 ialah RM356 Bilion dan telah meningkat sebanyak 140% kepada RM853 Bilion pada tahun 2011. Malaysia sebuah negara kaya. Tapi kemana perginya kekayaan negara?

Rakyat terus terbeban dengan harga barang yang naik dan terus naik hinggakan BN sinonim dengan Barang Naik. Harga bawang puteh RM2.50 seKg pada tahun 2000 tapi meningkat 260% kepada RM9 seKg pada tahun 2012. Harga daging RM7 seKg meningkat 214% kepada RM22 seKg. Rumah teres RM300k dah naik 50% kepada RM450k.

Rupanya pengagihan pendapatan negara sangat tidak seimbang dimana golongan elit membolot 52% daripada jumlah keseluruhan pendapatan negara. Pemimpin bermewah dikala rakyat bersusah. Penyelewengan demi penyelewengan terus berlaku termasuklah skandal kapal selam Scorpene melibatkan RM7.5 Bilion, NFC Corp RM250 juta, dan PKFZ RM4.6 Bilion.

Kebocoron ekonomi yang berlaku ini sangat merugikan rakyat. Contohnya skandal NFC berjumlah RM250 juta. Kalau kita gunakan duit sebanyak itu untuk memberi biasiswa kepada mahasiswa di IPTA untuk kursus ijazah selama 4 tahun yang kini terpaksa berhutang RM30k dengan PTPTN setiap orang, agak2 berapa orang yang dapat berkongsi hasilnya? RM250 juta itu cukup untuk membiayai 8,333 orang mahasiswa. Bayangkan kerugian kepada rakyat akibat kebocoran ekonomi yang berjumlah berbilion ringgit?

Hutang negara pada tahun 2007 berjumlah RM287 Bilion iaitu 38% daripada KDNK. Hutang negara terus meningkat dengan mendadak menjadi RM481 Bilion pada tahun 2011 iaitu 56% daripada pendapatan negara. Pembaziran perbelanjaan kerajaan BN sebagaimana didedahkan oleh Laporan Audit Negara 2010 termasuklah RM7.6 Bilion untuk pembelian kereta kebal yang harga pasarannya cuma RM1.7 Bilion. 

Sebaliknya kerajaan negeri-negeri di bawah pentadbiran PR terus mengguguli carta prestasi pengurusan yang cekap mengikut laporan yang sama. Kekayaan negeri di agihkan kepada rakyat bukan masuk poket pemimpin. Sebagai contoh polisi kerajaan PR Selangor memberi 20 liter air percuma bulanan rupanya sudah mencecah angka RM620 juta sepanjang 4  tahun perlaksanaan, maksudnya kekayaan itu diagih untuk dinikmati oleh rakyat. Cuba bandingkan dengan angka RM250 juta dalam skandal NFC yang di songlap oleh beberapa orang sahaja, menyerlahkan dasar tersirat kroni diutamakan dan rakyat dimangsakan. 

Mengapa pilih PR di PRU13? Kerana PR akan melaksanakan program sejahtera rakyat dengan reformasi menyeluruh untuk turunkan harga barangan termasuklah menurunkan harga minyak, elektrik dan kereta. Membina 150,000 rumah mampu milik. Memperkasakan polis untuk menghapuskan jenayah, menghapuskan AES dan membatalkan saman AES. Menyediakan pendidikan percuma dan menghapuskan PTPTN. Meningkatkan ekonomi peneroka dan penduduk desa. 

PR juga meletakkan perang terhadap rasuah sebagai tonggak dasar dalam perjuangannya dan disebut dengan jelas dalam Manifesto Rakyat kearah kerajaan tanpa rasuah. Perkara lain termasuklah memansuhkan akta-akta zalim, bebaskan media, badan keakiman dan polis. Mengadakan pilihanraya yang bersih, adil dan telus. Reformasi institusi Islam dan keagamaan. Memberi pekej gaji yang lebih adil untuk penjawat awam. 

Malaysia boleh menjadi negara yang lebih baik jika di tadbirurus oleh barisan pemimpin yang bijak dan amanah. Kenapa pilih PR? Kerana Pakatan Harapan Rakyat.

@@@

Thursday, April 11, 2013

Kenapa BN Masih Tak Umum Calon?

Pilih Pemimpin yang Amanah
bukan Pemimpin yang Rasuah 

Pakatan Rakyat nampaknya lebih bersedia bertarung dalam PRU13 dalam beberapa hal. Strategi mengistiharkan calon secara berperingkat bermula beberapa minggu lalu sangat menarik. Ia berjaya mengajak tumpuan kawan dan lawan. Orang ramai pun agak rasa teruja dan punyai bahan menarik untuk dikongsi bual di kedai kopi, kedai mamak atau di kaki2 lima surau. Ceramah2 PR menjadi program yang sungguh popular.

Pada orang awam ia menampakkan PR lebih bersatu hati walau pun saban hari di wacanakan dalam TV dan akhbar sebagai satu ikatan yang rapuh dan sering bercakaran.

Sebaliknya BN yang nampak agak bercelaru di sini. Apakah pergolakan menentukan calon terus menuju ke tahap kritikal? Sebagaimana PRU terdahulu acap di dengar calon2 yang gagal dicalonkan bertindak memboikot kempen malah menutup bilek gerakan dan yang parah lagi menikam dari belakang dalam bentuk undi protes dan menyokong pihak lawan. 

PR nampaknya lebih steady di sini. Banyak nama-nama besar telah di umumkan. Yang rata-rata memberi tekanan kepada BN hingga terpaksa menukar strategi termasuklah menukar calon. Bila Lim Kit Siang diumumkan untuk bertanding di Gelang Patah maka bagai nak rak pihak BN untuk counter balik dia punya impak. Sampai hari ini masih belum di istihar calon untuk berdepan dengan Lim Kit Siang.

Bila DSAI mengumumkan untuk bertukar ke Perak maka pelbagai reaksi muncul. Merujuk kepada hasrat DSAI itu, DS Najib bagi komen bahawa dia tidak terlintas walau sedikit pun untuk meninggalkan Pekan kerana katanya ia bukan sekadar kemenangan tapi sokongan rakyat di Pekan yang utama samada masa susah atau senang. Ada juga yang bagi komen bahawa DSAI sudah tidak yakin menang di Permatang Pauh hingga terpaksa mencari tapak baru. 

Sebaliknya ramai pula yang melihat bahawa DSAI membuktikan bahawa dia tidak takut untuk keluar dari kawasan selamat. DSAI menonjolkan dia pemimpin besar yang mendapat sokongan rakyat di kawasan lain bukan tertumpu sekadar di Permatang Pauh sahaja. Apatah lagi setiap gerakkerja dalam roadshow berjumpa rakyat di seluruh negara sentiasa menjadi tumpuan ribuan orang secara sukarela dan kunjungan yang sentiasa dinanti dengan sambutan hangat. Ini sangat digeruni BN. Dan akhirnya DSAI pulang semula ke pangkuan Permatang Pauh dengan sokongan yang lebih besar.

Sangat berbeza dengan program anjuran BN yang menjadi trademark mesti diimbuhkan dengan pelbagai goodies atau slot hiburan dengan majoriti kehadiran dari kelompok yang di import dari tempat lain atau dari pelbagai agensi kerajaan dan NGOs. 

Bila diumumkan Husam Musa bertanding di Putrajaya, sekali lagi BN kelam kabut. PR berjaya melalui tokoh PAS ini meresapkan rasa tidak yakin Tg Adnan untuk mempertahankan kerusi panas itu. Hinggakan ada rumors yang menyatakan Tun M sendiri bakal turun padang sebagai calon winnable di Putrajaya. Fuyooo...menarik bro.

Rafizi Ramli seorang lagi pemimpin muda berkaliber yang dikagumi rakyat dan menjadi duri dalam daging buat BN selama ini disahkan akan bertanding di Pandan. Sampai kini BN masih gagal mengumumkan siapakah pemimpin BN yang bisa menandingi kehebatan Sdra Rafizi, pengarah strategi PKR ini yang berhujah berdasarkan fakta bukan auta. Banyak skandal besar pemimpin BN telah dilondehkan beliau termasuk skandal RM250juta NFC. 

Antara nama besar lain yang telah rasmi diumumkan PR termasuklah Saifuddin Nasution di Kulim Bandar Baru, Mohamad Sabu di Pendang, Dr Abdul Aziz Bari di Sabak Bernam, Wan Aisyah di Jempol, Salahudin Ayub di Pulai, dan Raja Kamarul Bahrin di Kuala Terengganu.

Tun M pula dilihat menjadi de-facto leader untuk mengaturcara di belakang tabir. Sokongannya supaya Ibrahim Ali bertanding sebagai calon BN di Pasir Mas telah membuat DS Najib dalam dilema. Ketidakrestuan Tun M kepada Pak Lah dan KJ juga menyebabkan BN serbasalah, sedangkan KJ adalah antara pemimpin muda BN yang agak berani dan menonjol. Ku Li pula ibarat dibuang mati emak ditelan mati anak. Nak tak nak khabarnya BN kena letak juga Ku Li di Gua Musang sebagai winnable veteran candidates.

Maka mantan PM DS Najib terus berteka-teki untuk beberapa hari lagi ini. Bukan sekadar diam tetapi berusha gigih bagi memuaskan nafsu serakah semua pihak terutamanya kalangan political animal yang buas dan ganas. Siapakah winnable candidates yang akan diumumkan DS Najib secara borong nanti? 

Khabarnya ramai yang tidak patut dicalonkan. Yang dah tarik diri awal2 tu Alhamdulillah boleh mengurangkan sedikit pening kepala DS Najib. Jom kita redah antara pelbagai sumber best known secret yang tersiar di alam maya internet dalam persolan calon BN ini..

Rujukan: http://thecybersniper.blogspot.com/


SENARAI CALON BN YANG DIGUGURKAN:

  1. Nor Mohamed Yakcop (BEKAS ahli parlimen Tasek Gelugor)
  2. Awang Adek Hussein (BEKAS calon parlimen Bachok)
  3. Shahrizat Jalil (sudah mengumumkan tidak akan bertanding)
  4. Noh Omar (BEKAS ahli parlimen Tanjong Karang)
  5. Abdullah Ahmad Badawi (BEKAS perdana menteri dan ahli parlimen Kepala Batas)
  6. Abdullah Md Zin (BEKAS ahli parlimen Besut)
  7. Abu Seman Yusop (BEKAS ahli parlimen Masjid Tanah)
  8. Azalina Othman Said (BEKAS ahli parlimen Pengerang)
  9. Azmi Khalid (BEKAS ahli parlimen Padang Besar)
  10. Baharum Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sekijang)
  11. Bung Mokhtar Radin (BEKAS ahli parlimen Kinabatangan)
  12. Halimah Mohd Sadique (BEKAS ahli parlimen Tenggara)
  13. Hamim Samuri (BEKAS ahli parlimen Ledang)
  14. Ismail Kassim (BEKAS ahli parlimen Arau)
  15. Jamaluddin Jarjis (BEKAS ahli parlimen Rompin)
  16. Lilah Yassin (BEKAS ahli parlimen Jempol)
  17. Mohamed Nazri Aziz (BEKAS ahli parlimen Padang Rengas)
  18. Mohd Johari Baharum (BEKAS ahli parlimen Kubang Pasu)
  19. Mohd Zin Mohamed (BEKAS ahli parlimen Sepang)
  20. Rafidah Aziz (BEKAS ahli parlimen Kuala Kangsar)
  21. Rosnah Abdul Rashid Shirlin (BEKAS ahli parlimen Papar)
  22. Adnan Mansor (BEKAS ahli parlimen Putrajaya)
  23. Shahrir Samad (BEKAS ahli parlimen Johor Bharu)

SENARAI CALON TIDAK DIBENAR UNTUK DICALONKAN:

  1. Reezal Merican Naina Merican (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Kepala Batas)
  2. Abdul Azeez Abdul Rahim (awalnya dicalonkan bagi kerusi parlimen Baling)

KEKAL TIADA DALAM SENARAI:

  1. Abdul Rahim Tamby Chik (Pengerusi GABEM)
  2. Mohd Isa Samad (Pengerusi FELDA)
  3. Radzi Sheikh Ahmad (BEKAS ahli parlimen Kangar)
  4. Syed Hamid Albar (BEKAS ahli parlimen Kota Tinggi)

Menurut sumber blogger pro-Umno ini juga, ada beberapa nama lain yang tidak tersenarai pada awalnya kemudian dicalonkan semula bagi memperkuatkan kedudukan BN antaranya:

  1. Khairy Jamaluddin (BEKAS ahli parlimen Rembau)
  2. Zainal Abidin Osman (BEKAS calon parlimen Nibong Tebal)
  3. Shaziman Abu Mansor (BEKAS ahli parlimen Tampin)

Ramai juga bekas menteri dan timbalan menteri kabinet yang tersenarai dalam calon yang digugurkan ye? Bagi la peluang kepada pemimpin lain pula. Saya agak terkejut melihat nama Mohamed Nazri Aziz tersenerai sama kerana bagi saya dia antara menteri yang agak boleh tahan juga prestasinya berbanding yang lain, tapi mungkin sebab Tun M ada sakit hati sama dia di zaman Pak lah dulu kot? Anyway masa mereka sudah berlalu. You no longer deem winnable guys or no longer in the good book !!

Seramai 13,268,002 layak mengundi dalam PRU13 kali ini dan 42% adalah pengundi muda yang mungkin menjadi pengundi penentu kali ini. Kemenangan 112 daripda 222 kerusi parlimen diperlukan untuk majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan. 

PR juga mendahului BN dalam pengistiharan manifesto PRU13 dengan tema Pakatan Harapan Rakyat menunjukkan sekali lagi PR begitu serius untuk mengambilalih Kerajaan Persekutuan dengan perancangan dan polisi yang komprehensif demi sebuah kerajaan yang lebih amanah dan bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat dan memacu negara kepada era yang lebih cemerlang. 

Segala kebocoran ekonomi perlu dibasmikan dengan bersungguh-sungguh. Iltizam PR yang baik ini terserlah di mata rakyat. Cita2 PR bukan sekadar angan2 mat jenin tapi nampaknya bisa menjadi realiti dengan sokongan padu majoriti pengundi sekelian.

Pabila DS Najib akhirnya mengumumkan manifesto BN secara live di semua stesen TV Malaysia secara terperinci (bukan 10 minit secara rakaman) maka ramai mendapati sebahagian besarnya seolah-olah diciplak daripada manifesto PR. Itulah pro dan kon nya lewat dalam menggezetkan manifesto untuk tatapan umum. Pro nya BN tahu apa yang ingin di tawarkan oleh PR jadi BN dapat bagi counter offer baik punyer, tapi kon nya rakyat anggap BN mencuri idea PR...ish ish.

Dalam era dunia tanpa sempadan via kecepatan broadband 4G ini, isu pengumuman calon juga BN jelas nampak ketinggalan jauh di belakang, ibarat Usain Bolt lawan lari pecut 100m dengan Watson Nyambek. Terpaksa mengejar lagi pihak lawan yang sudah jauh di depan. 

Kenapa BN masih tak umumkan calon? Maka satu sumber di Berita Hairan menyatakan, "Ini adalah amalan dan prosedur biasa BN ketika mengumumkan senarai calon penuh yang bertanding pada pilihanraya umum, tidak seperti pembangkang yang menggunakan pentas ceramah."

@@@

Sunday, April 7, 2013

Kelompok Atas Pagar dan Pengundi Baru Idaman Hati


Para penyokong BN akan pangkah BN dan para penyokong PR akan pangkah PR, insyaAllah. Datanglah fakta atau auta, mereka ini rasanya akan tetap dengan pendirian masing2. They have make-up their mind, no two way about it. Kecualilah timbul undi protes. Protes pasal calon atau pelbagai isu last minute. Ok kita settle kumpulan penyokong tegar parti masing2 ini. Mungkin 70% daripada jumlah pengundi adalah dalam ketogari ini.

Kumpulan penentu ialah kelompok atas pagar. Siapa mereka? Pengundi yang masih 50-50 nak pangkah BN atau depa nak pangkah PR. Tak sure lagi bro, tengok keadaan. Hayyaaa...ini macam orang pun ada ka? Ada dan memang ramai. 

Majoritinya kelompok non-partisan dan tidak ada pendirian jelas, bagai lalang di tiup angin. Mereka ini perlu di tarbiyah (tapi jangan di rasuah). Ingat dosa pahala. Cari mereka. Beri pencerahan kenapa perlu pangkah PR. Usaha anda mungkin boleh menarik mereka menyokong PR. 

Kalaulah seorang dapat mempengaruhi seorang kawan yang 'atas pagar' ini untuk pangkah PR, maka harapan PR untuk menang majoriti mudah ke Putrajaya makin cerah. Rasanya ada kurang lebih 25% dalam kelompok ini, sangat signifikan. Sila kerja keras kawan2 dari sekarang. Jangan sekadar syok sendiri atau sedar sendiri sahaja. Tarik kesederan mereka sama.

Last sekali kelompok pengundi baru yang berjumlah 2.3 juta orang. Mungkin membentuk kurang lebih 5-10% daripada jumlah keseluruhan pengundi yang layak mengundi. Kelompok anak muda berumur 21 tahun termasuklah mahasiswa. Khabarnya 70% daripada anak muda ini adalah penyokong tegar PR, betul ke? 

Anak muda harapan bangsa. Bangkitlah anak muda demi sebuah negara di masa depan yang lebih gemilang. Pakatan Rakyat harapan rakyat. Inilah masanya untuk UBAH. Untuk menanti 5 tahun lagi sudah menjadi tidak relevan. Ini masanya untuk menobat para pemimpin yang lebih jujur, benar dan amanah.

Dalam analisa saya dan borak2 kedai mamak saya jumpa kawan dan lawan yang bermacam rehnah. Di kawasan perumahan saya yg rata2nya dari golongan pesara kerajaan, nampaknya BN pegangan mereka. Saya tak berani kacau. Ada satu rumah tu dengan bangganya siap pacak bendera BN kat pagar rumah dia. Kelompok jiran saya yang berumur 30-40an, nampaknya menyokong PR secara diam. Namun bacaan saya majoriti penduduk taman perumahan saya ini akan pangkah BN. Ish..ish.

Ada teman saya kat ofis nama dia Zamri bila bicara memang semangat giler kutuk BN, tapi tak sure lagi balik mengundi ke tak kat kampung di Kedah. Katanya mungkin sibuk dengan kerja. Hilang satu undi PR di situ. Ada mamat ni pulak umur dah masuk 30 tahun, bila saya tanya ngundi kat mana? Katanya belum mendaftar lagi. Dah dua kali dia miss PRU, aiii takdak kesederan sivik langsung. SPR pulak satu hal, sepatutnya sapa2 yang cukup umur 21 tahun kasi otomatik masuk dalam daftar pemilih saja abis cerita. Kalau SPR betul2 ikhlas la.

Kerani kat ofis saya nama dia Kak Midah, umur dah 50an tapi tak pernah pergi buang undi. Nama dalam daftar pemilih ada. Bila saya tolong check di web SPR, lokaliti mengundi dia di AU3 Keramat. Kata saya, "Pi la mengundi Kak Midah. Tempat mengundi dekat dengan rumah je tu." 

Kawan saya si Maniam pulak orang Penang, kerja di KL. Katanya, " Saya ni orang India di Penang dok tengah2. Tak sokong mana2. Nak cari makan saja dan dapat hidup aman cukup. Tahun ni rasanya saya tak nak mengundi." Tu dia ada jugak orang macam ni. 

Kawan saya si Badrol pulak satu hal, dulu tinggal kat area Batu Caves jadi namanya masih di peti undi parlimen Batu. Kata dia, "Aku maybe tak ngundi kot macam PRU12 sebab dua-dua calon cina." Hmmm...sorry la Tian Chua he he. Isteri dia pulak tak daftar mengundi pun. Kawan2 isterinya kat ofis pun ramai yang senasib (tak daftar). Aduhai malangnya.

Analogi yang disampaikan oleh Ust Azhar Idrus perihal kes tak mengundi ni sangat relevan untuk dijadikan iktibar. Di satu kampung di pinggir kota ada sebidang tanah waqaf untuk dibangunkan. Ada cadangan untuk dibangunkan pusat judi dan satu lagi cadangan untuk bina masjid. Maka para penduduk seramai 100 orang tu kena mengundi. Pak Mat malas nak keluar mengundi. Keputusannya Pusat Judi:50 undi & Masjid:49 Undi. Maka Pusat Judi Enterprise akan tersergam megah di tanah waqaf itu. Satu undi itu sangat berharga bagi sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi when majority win. Fikir2kan sebelum mengambil pendirian untuk tidak mengundi atau suka bagi undi rosak. Undi anda penentu antara 'amal jariah' atau 'dosa jariah'.

Hujung minggu lepas sambil saya menunggu 'car wash', sempat bertegur sapa dengan seorang pemuda. Dia bekerja di Perodua. Tanya saya, "Mengundi di mana?" Jawabnya di Tumpat Kelantan, first time nak mengundi. Tanya saya, "Balik Mengundi tak?" Jawabnya, "Balik tapi kena apply cuti. Mengundi berapa haribulan?" Saya nampak semangat dia nak mengundi kali pertama. Saya kata, SPR hanya akan meeting pada hari Rabu ini dan selepas itu baru boleh mengistiharkan hari penamaan calon dan hari pembuangan undi. "Saya nak claim ticket balik kat mana dan dengan sapa bang? Dengar cerita dapat RM300." Tanya pemuda itu. Jawab saya, "Saya pun tak tahu. Cuba la tanya kawan2 yang lain"

Di kantin tempoh hari saya yang gemar provok topik2 hangat soal politik berborak santai dengan kawan2 sambil minum. Ada seorang pegawai ni dengan nada sinis mengomen, "BN ni buat baik macamana pun orang tak percaya, itu yang masalahnya. Keluar apa2 kat TV atau paper walaupun benar orang kata tipu." Hmmm...betul jugak analisa itu. Mungkin kerana berita TV dan akhbar yang terlalu banyak menyogokkan berita2 untuk kepentingan politik yang berat sebelah dan gagal berfungsi sebagai media yang neutral dan tidak berpihak. Ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pengundi atas pagar dan pengundi baru, ada pro & con samada untuk menyokong atau tidak sesuatu parti itu. Bagi penyokong tegar no issue.

Ustaz Wan tika sembang2 di anjung masjid minggu lepas bagitau pada saya ada satu program yang dia hadir mendengar ucapan pemimpin yang berucap menyatakan sokongan padu rakyat di sini dan memberi contoh kedatangannya tadi di iringi 5,000 pemuda bermotosikal, lalu Ustaz pun menoleh mencari2 mana dia pemuda2 bermotosikal ini. Yang Ustaz nampak mungkin tak samapai 50 orang pun pemuda bermotosikal ini. Kata Ustaz, "Inilah contoh penipuan melampau oleh berita di TV hingga kita naik meluat sampai tahap nak muntah." Pemimpin itu pun tidak malu untuk berdusta depan kamera TV memberi ucapan sedemikian....ish ish.

Kesimpulannya, kelompok atas pagar dan pengundi baru idaman hati BN dan jugak PR. Kebijakan masing2 untuk menambat hati kelompok ini bakal menentukan kemenangan di 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN. 

Sayugia diingatkan bagi 222 kerusi parlimen itu khabarnya 150 adalah kerusi melayu, 42 kerusi cina dan 30 kerusi campuran. Untuk mendapat kemenangan majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan BN atau PR perlu menang 112 kerusi. Untuk setakat hari ini khabarnya PR bisa menang 100 kerusi. Maka 12 kerusi lagi mesti dicari. Usaha gigih menarik undi dari kelompok pengundi atas pagar dan pengundi baru adalah kuncinya. Mereka adalah lubuk emas. Selamat berjaya !!

@@@

Tuesday, April 2, 2013

Parlimen Sudah Bubar




Alhamdulillah penantian sekian lama sudah berakhir dengan pembubaran parlimen yang di umumkan DS Najib sebentar tadi. InsyaAllah rakyat sekelian akan menunaikan hak memilih pemimpin terbaik untuk membentuk kerajaan baru persekutuan dan juga kerajaan negeri. 

Kini rakyat menunggu pengumuman SPR untuk tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi yang mana SPR mesti menentukannya dalam masa 60 hari ini.


*****


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen jam 11.35 pagi ini, 3 April 2013, tepat empat tahun selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, beliau meminta semua ketua-ketua kerajaan negeri menghadap ketua-ketua negeri masing-masing untuk membubarkan DUN di setiap negeri selain Negeri Sembilan yang terbubar dengan  sendiri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin mengiringi beliau ketika membuat pengumuman itu.

Dalam ucapannya, Najib berjanji sebagai pemimpin kerajaan yang ada, akan memastikan jika berlaku peralihan kuasa, ia akan berlaku dalam keadaan aman selepas pilihan raya umum nanti.

Beliau juga memberikan jaminan keselamatan untuk semua rakyat yang akan keluar mengundi di kawasan zon keselamatan di Lahad Datu.

Dengan pembubaran ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai masa 60 hari untuk menentukan tarikh pengundian dan penamaan calon.

Pagi tadi Najib telah menghadap Yang Dipertuan Agung untuk memohon perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Rakyat.

******

Sebagai rakyat Malaysia, kita mengharapkan sebuah kerajaan yang bertanggung-jawab dan amanah supaya kekayaan negara dapat dikecapi bersama. Kita tidak mahu lagi ketirisan ekonomi yang berleluasa kini terus tidak terkawal, kerana ia sangat membebankan rakyat yang terpaksa membayarnya dengan kenaikan harga barangan dan kos hidup. 

Kita mahu pengurusan ekonomi yang lebih efisyen yang boleh meningkatkan lagi taraf hidup dan kesejahteraan rakyat oleh sebuah kerajaan yang peka kepada kebajikan dan kesenangan rakyat, bukan hanya memikir kesenangan kelompok2 tertentu sahaja. 

Kita mahukan barisan pemimpin yang gheti dosa pahala dan faham agama untuk memacu uamat kepada menuju redha Allah. Negara Malaysia yang aman damai dan sejahtera ini boleh meningkat ke tahap yang lebih baik insyaAllah.

@@@

Monday, April 1, 2013

Persatuan Songkok Tinggi


Ahli Persatuan Songkok Tinggi (PST) sangat bangga pakai songkok tinggi walaupun majoriti umat di Malaysia kini memakai kopiah. Saya perhatikan ahli PST kurang minat majlis2 ilmu, dan kalau ada pun yang minat dan berada di majlis ilmu di surau atau masjid, mereka ini sangat sensitip. Selalunya tak dapat bertahan lama, mereka akan angkat kaki meninggalkan majlis. 

Justru penganjuran majlis2 ilmu sangat tidak mereka galakkan, malah suatu masa dulu di Selangor umpamanya tidak dibenarkan sama sekali diadakan kuliah maghrib. Perkara sama berlaku di masjid2 di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Perlis dan Pahang. Sunyi dari majlis ilmu, mereka hanya galakkan masjid untuk tujuan solat berjemaah dan solat jumaat sahaja.

Sumber ilmu utama ahli PST ialah Utusan Meloya dan TV tiga suku. Minda mereka di blok daripada menerima sumber berita yang lain. Ahli PST bangga kekalkan identiti mereka dan sangat komited kepada perjuangan bangsa. Pendebatan secara terbuka dan gentlemen yang mengajak penilaian yang intelek oleh para odian sangat fobia untuk mereka dan menjadi polisi untuk seboleh mungkin mengelakkannya.

Menjadi trademark PST untuk menaja para peserta untuk hadir ke majlis2 anjuran mereka supaya tampak meriah dan mendapat sambutan hangat. Tajaan itu termasuklah penyediaan transport, makan minum, sumbangan wang ringgit, gift pack dan cabutan bertuah. Majlis yang dikembarkan dengan ekspo dan hiburan artis seperti 'jom heboh', pameran atau pelancaran produk/event sangat ditonjolkan bagi menarik orang ramai. Tanpa tajaan atau pakej seumpama itu agak mustahil untuk mendapatkan jumlah penyertaan yang ramai atau yang dapat memenuhi padang atau dewan. 

Kehadiran peserta yang ramai melalui tajaan dan insentif tadi termasuklah melalui paksarela akan di canang sepenuhnya melalui seluruh saluran media arus perdana yang 100% di kontrol mereka untuk mempromosi sokongan padu rakyat. 

Pada bulan lepas di kawasan saya ada di adakan majlis 'sepetang bersama PST' pada hari isnin iaitu hari bekerja pada pukul 3 petang di perkarangan masjid. Penduduk setempat manalah ada pada masa begitu, semuanya keluar bekerja. Maka peserta import lah yang terpaksa memenuhi khemah. Dan sudah tentulah Utusan Meloya dan TV tiga suku akan menyiarkan video dan gambar majlis yang ramai peserta itu, seolah-olah penduduk kawasan ini memberi sokongan padu mereka. Itulah modus-operandi PST dulu kini dan selamanya untuk membrain-wash rakyat jelata bagi menyokong mereka.

Ahli PST ini mempunyai pendirian kukuh dan tidak akan berganjak dalam menyokong agenda parti. Bagi mereka politik adalah kuasa, kuasa dapat menjana wang ringgit. Itulah yang penting, kuasa dan wang ringgit. Walaupun di sana ada penyelewengan, penipuan atau rasuah akan dipejam sebelah mata. Ia sudah sebati manjadi budaya. Semua ahli PST sudah arif dan faham.

Di ceruk2 kampung perlakuan ahli PST lebih menonjol untuk menjadi ejen pembangunan atau wakil yang mengagihkan bantuan seperti subsidi baja, subsidi benih pokok, subsidi berok, subsidi batu jalan, bantuan kewangan, dan infra struktur untuk orang kampung. Penduduk atau kawasan yang dikenali sebagai bukan pro PST akan dianaktirikan tahap maksima. Dengan itu ahli PST sangat asobiyyah dan berlagak hebat mengajar orang kampung seolah-olah apa yang diagihkan itu harta mak bapak dia, bukan dari dana rakyat atau amanah rakyat.

Sudah tentu antara kelebihan menjadi ahli PST ialah soal kebendaan dan kemewahan hidup. Jarang mereka ini tidak bergerak ke sana sini dengan kereta mewah, memiliki rumah yang besar dan pemilik pelbagai projek dan peluang perniagaan. Soal dosa pahala bukan perkara utama. Yang penting hidup mesti sedap dan bergaya. Antara dalil pegangan PST ialah, "Orang agama pun kalau tak solat masuk neraka juga."

Di akhbar Berita Hairan hari ini (2/4/13) terpapar tajuk utama, "Parlimen bubar seawal esok." Perdana Menteri dijangka buat pengumuman selepas mesyuarat terakhir Kabinet. Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR menyatakan, "Jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi." Komen saya ialah, "Bubar je lah, apa yang takut sangat ni?"

Pemimpin PST menegaskan pemimpin pembangkang hanya mahu kejar cita-cita politik. Boss PST kata, "Masa untuk tamatkan karier Anwar, Nik Aziz, dan Lim Kit Siang." 

Dalam era teknologi maklumat rakyat didedahkan oleh media alternatif dan ceramah2 politik. Rupanya Selangor di bawah BN dulu ada rezab tunai sekadar RM400 juta sahaja berbanding di bawah pengurusan efisyen PR mengumpul rezab negeri berjumlah RM2,600 juta. Dalam merakyatkan ekonomi Selangor Kerajaan Selangor sudah membelanjakan RM620 juta memberi bekalan air percuma kepada rakyat Selangor setakat ini. Agihan kepada rakyat bukan agihan masuk poket sendiri.

Rupanya harga air di Johor paling mahal RM0.91 se liter berbanding harga air di P.Pinang yg di jajah PR cuma RM0.31 se liter. PR hanya perlukan RM10 Bilion daripada keuntungan RM80 Bilion setahun Petronas atau daripada keuntungan RM80 Bilion setahun total eksport komoditi untuk memberi pendidikan percuma hingga ke peringkat IPTA kepada anak2 kita. 

Tapi ahli PST peduli hhapa? Lagi pun Utusan Meloya dan TV tiga suku tak pernah citer pun. Yang depa citer kerajaan akan bankrup kalau melaksanakan plan PR itu.

Sudah tiba masanya rakyat Malaysia membuat pilihan barisan kepimpinan dan kerajaan bagaimanakah yang diinginkan. Peluang di depan mata. PRU13 is around the corner.

Walau mungkin ada pelbagai penipuan atau perlakuan diluar tabii akan berlaku, namun sebagai rakyat tunaikanlah tanggung-jawab dan amanah untuk memilih pemimpin yang benar, supaya di hadapan Allah nanti ada jawaban yang dapat diberi, "Saya sudah menjalankan amanah sebagai pengundi." 

Kita merancang dan Allah juga merancang. Kita doakan semoga akan tertegak sebuah kerajaan yang hebat, adil dan amanah. Amiin.

@@@
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...